Chap 35

Hate You Love You

"Awak sendiri dah tahu peraturannya jadi keputusannya biar awak sendiri yang tentukan," kata Rain, tanpa sedikit pun memandang ke arah G.O yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu. G.O  mengetap bibirnya namun tetap berlagak tenang. Jawapan daripada Rain itu memang sudah dijangkanya sejak dari awal lagi. 

"Awak ada dua pilihan. Sama ada awak teruskan hubungan awak dengan gadis tu atau pun awak lupakan saja cita-cita awak ," kata Rain lagi. Kali ini, dia memandang ke arah anak didiknya itu dengan pandangan yang tajam.

" Salahkah kalau saya nak buktikan yang saya tetap boleh teruskan cita-cita saya dan pada masa yang sama saya kekalkan hubungan saya dengan Victoria?" Soal G.O. Rain tersenyum nipis.

"Awak masih mentah, ByungHee. Banyak lagi perkara yang awak tak faham untuk menjadi seorang artis. Saya bukan nak halang awak untuk bercinta dan sebagainya. Cuma sekarang ni bukan waktu yang sesuai. Awak masih lagi dalam latihan. Populariti yang awak ada sekarang ni baru sedikit. Awak perlu fokus pada cita-cita awak. Bukannya sibuk dengan hal bercinta macam ni," balas Rain. Kali ini, suaranya lebih tegas dari sebelumnya.

"Saya sedar dan saya faham, Hyung. Tapi saya betul-betul cintakan dia. Saya perlukan sokongan daripada dia untuk teruskan cita-cita saya. Saya..."

"Victoria atau MBLAQ!"

G.O terdiam. Rain bangun dari tempat duduknya dengan perasaan marah. G.O menundukkan wajahnya. Rain berjalan mendekati ke arahnya sebelum berhenti di sebelah kirinya.

"Pastikan awak dah bersedia untuk ke Jepun esok,"kata Rain, separuh berbisik sebelum dia menepuk lembut bahu kiri anak didiknya itu. Dia kemudiannya terus beredar , meninggalkan G.O berseorangan di dalam biliknya itu. G.O melepaskan keluhan berat. Matanya dipejam rapat.

 

 

"Masuk."

Pintu biliknya itu ditolak perlahan dari luar.

"Awak dah siapkan barang-barang awak untuk esok?" Soal Victoria, sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik G.O. G.O menoleh ke arahnya sambil tersenyum. Perlahan-lahan, dia mengangguk sebelum dia menghulurkan tangannya ke arah Victoria. Victoria yang sememangnya sudah masak dengan perangai manja lelaki itu tersenyum sambil menyambut huluran tangan G.O itu.

"Awak dah nak balikkah?" Soal G.O sambil mengusap lembut rambut Victoria itu. Victoria mengangguk.

"Betulkah awak tak nak saya hantar awak balik?" Soal G.O lagi inginkan kepastian.

"Betul. Kejap lagi adik saya sampai. Lagipun saya nak awak rehat sebelum awak pergi Jepun esok. Saya tak nak awak terlambat bangun. Tak pasal-pasal awak kena jalan kaki ke Jepun pula,"kata Victoria,seraya bergurau. G.O tertawa kecil.

"Lagi bagus kalau kena tinggal esokkan? Bolehlah saya duduk sini dengan awak,"kata G.O. Victoria menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh. Awak kena pergi juga esok. Awak sendiri cakap yang awak akan pastikan cita-cita awak ni tercapai kan?jadi, awak tak bolehlah main-main macam ni. Kalau tak, awak kerjalah macam SungJe oppa tu,"kata Victoria lagi. G.O kemudiannya memeluk gadis itu dari tepi sebelum dia meletakkan dagunya pada bahu gadis itu.

"Em...mulalah tu." Victoria menjeling manja ke arah G.O.

"Kadang-kadang saya rasa lebih baik kalau saya kerja macam SungJe Hyung." Kata G.O. 

"Eh kenapa pula? Awakkan tak suka kehidupan terkongkong macam SungJe oppa?" Soal Victoria.G.O sekadar tersenyum nipis.Pelukannya terhadap Victoria itu dieratnya.

"Awak akan tunggu sayakan,Vic?" Soal G.O.Victoria tersenyum sambil angguk.

"Saya janji yang saya akan tunggu awak,"kata Victoria,penuh yakin.

"Walau apa pun terjadi, awak akan percayakan saya dan awak akan tunggu saya kan?" Soal G.O lagi. Victoria ketawa kecil.

"Awak ni kenapa , ByungHee? Awak takut saya curangkah?" Soal Victoria,bergurau.

"Saya takut kalau awak tinggalkan saya,"kata G.O,meluahkan rasa bimbangnya. Victoria menoleh ke arahnya.Wajah G.O yang kelihatan muram itu dipandangnya dengan penuh tanda tanya.

"Awak okeykah ni,ByungHee? Dari tadi saya tengok awak lain macam je ni,"soal Victoria, mulai bimbang.G.O sekadar menggeleng.

"Saya dah mula rindukan awak. Tu saja,"kata G.O,enggan berterus terang kepada Victoria. 

"Lepas saya balik dari Jepun, saya akan terus berjumpa dengan awak. Awak jangan pergi mana-mana tau,"kata G.O.

"Macamlah saya ada tempat nak lari dari awak,ByungHee,"balas Victoria sambil mencuit manja hidung teman lelakinya itu.

"Baguslah kalau macam tu. Senang saya nak cari awak nanti,"balas G.O sebelum dia mencium lembut dahi Victoria. Victoria ketawa.

"Awak ni dah letih sangat ni,ByungHee. Dahlah. Awak pergi tidur,okey?"Pujuk Victoria,sebelum dia bangun dari katil G.O itu.

"Oh ya. Betulkah awak tak nak saya pergi tengok awak dekat airport esok?"Soal Victoria lagi sebelum dia beredar meninggalkan lelaki itu. G.O menggeleng sambil tersenyum.

"Em mesti sebab Rain pun ada kan esok? It's okay,saya faham,"kata Victoria. G.O kemudiannya memegang tangan Victoria dengan erat. 

"Boleh saya cium awak?"Soal G.O. Victoria ketawa mendengar permintaan G.O yang kedengaran comel padanya itu.

"Eh? Sebelum ni awak tak pernah pun tanya soalan macam ni. Peliklah awak ni, ByungHee,"kata Victoria. G.O ketawa kecil. Dia sendiri sedar akan perubahan sikapnya pada malam itu. Namun, dia tetap enggan untuk berterus terang kepada Victoria perihal perbincangannya dengan Rain pada siang harinya itu. Biarlah hanya dia seorang sahaja yang tahu. Dia amat yakin Victoria akan berkeras untuk berpisah dengannya sekiranya dia memberitahu perkara sebenar kepada teman wanitanya itu. 

"Boleh ke tak ni? Kalau tak, saya merajuk,"kata G.O. Victoria semakin galak ketawa. Dia kemudiannya mendekatkan tubuhnya ke arah G.O sebelum dia menyentuh kedua-dua pipi lelaki itu. Perlahan-lahan, dia mengucup lembut bibir lelaki itu sebelum tubuhnya dirangkul kemas oleh G.O. G.O mengeratkan pelukannya terhadap Victoria seolah-olah enggan melepaskan gadis itu pergi.

"I love you, Victoria. I love you so much,"kata G.O, separuh berbisik. Victoria turut membalas pelukan lelaki itu.

"Saya pun cintakan awak, ByungHee. Saya juga akan rindukan awak. Awak mesti berjanji dengan saya yang awak akan jaga diri awak dekat sana, okey? Awak jangan risaukan saya dekat sini. Saya akan tunggu awak balik,"kata Victoria.

"Kalau saya balik lambat pun awak akan tunggu saya kan?" Soal G.O lagi, masih enggan melepaskan Victoria daripada pelukannya itu.

"Saya dah janji yang saya akan tunggu awakkan? Saya akan tunggu awak dan akan sokong cita-cita awak. Awak hanya perlu fokus dan pastikan awak akan jadi MBLAQ G.O yang berjaya nanti. Arasso?" Soal Victoria,memandang ke arah G.O. G.O turut memandang ke arahnya sebelum dia mencium lembut bibir Victoria.

"Sebab tu saya tak menyesal jatuh cinta dengan awak,Victoria,"kata G.O. Victoria tersenyum. Perbualan mereka terhenti apabila kedengaran telefon bimbit Victoria berdering.

"Bakal adik ipar awak dah tunggu saya kat bawah. Saya balik dulu,okey?"Kata Victoria, sebaik sahaja melihat nama Aron yang tertera pada skrin telefonnya itu. G.O sekadar mengangguk. Victoria tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupan sekali lagi pada pipi lelaki itu.

"Jangan nakal-nakal tau,"pesan Victoria.G.O ketawa kecil. Tangan Victoria itu kemudiannya dilepaskannya secara perlahan-lahan.

"Victoria."

Victoria menoleh ke arahnya. G.O kemudiannya menanggalkan cincin dari jari telunjuknya sebelum diletakkan pada tangan Victoria.

"Simpan cincin ni dulu sebelum saya hadiahkan awak cincin awak yang sebenar,okay?" Victoria terkejut apabila melihat cincin G.O yang berada di atas tapak tangannya itu.

"Apa maksud awak?"

"Kan saya dah cakap...lambat laun Aron akan jadi adik ipar saya juga kan? Jadi,kalau ada orang lain nak kacau awak waktu saya tak ada nanti, awak tunjuk cincin ni. Cincin ni menunjukkan yang awak milik saya,'kata G.O lagi. Victoria tersenyum lebar.

"Tapi saya tak ada..."

"It's okay. Saya pandai reject orang,"kata G.O,selamba. Victoria mencuit hidung G.O.

"Boleh percayakah ni?" Soal Victoria.

"Tadi awak baru saja janji awak akan tunggu saya..percayakan saya semua tadi kan?" Balas G.O.

"Entah. Tengoklah dulu macam mana,"kata Victoria,sengaja mempermainkan G.O.

"Yah!"

"Bye, ByungHee. Jumpa awak lagi,"kata Victoria,sambil melambaikan tangannya. G.O sekadar ketawa kecil. Dia sudah pun merindui gadis itu sebaik sahaja gadis itu melangkah keluar dari biliknya.

"Saya takkan lepaskan awak, Vic. Saya akan cuba pertahankan cinta kita sampai bila-bila."

 

 

"Pastikan awak semua ikut jadual yang dah ditetapkan dan jaga diri baik-baik dekat sana,okey? Kevin akan uruskan awak semua macam biasa dekat sana. Arasso?"Soal Rain, memberikan nasihat terakhir sebelum anak-anak didiknya bertolak ke Jepun.

"Fokus dengan latihan awak di sana...terutamanya awak, Jung ByungHee,"kata Rain lagi, sambil memandang tepat ke arah G.O. G.O yang bercermin mata hitam itu sekadar mengangguk. Mereka yang lain sekadar membisu.

"Okey. Take care,"kata Rain sebelum dia beredar meninggalkan MBLAQ bersama pengurusnya di lapangan terbang itu. Rain kemudiannya mendail nombor telefon seseorang sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta.

"Awak dah tahu dia tinggal dekat mana?" Rain memandang ke arah lapangan terbang sebaik sahaja keretanya bergerak perlahan meninggalkan perkarangan lapangan terbang itu. Bibirnya menguntum senyuman puas.

"Arasso."

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/