Chap 16

Hate You Love You

Bilik Persatuan Pelajar Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

 

Victoria mengesat air matanya yang mengalir itu.Dia sengaja mengunci dirinya di dalam bilik itu.

“Kenapa tak boleh berhenti menangis ni?” Dia mengesat air matanya sekali lagi.

“Yah...janganlah menangis lagi,”katanya,seolah-olah cuba memujuk dirinya sendiri.Dia mengipaskan tangannya ke arah mukanya,begi membolehkan dirinya untuk kembali tenang.

“Kenapa mesti aku menangis lepas nampak apa yang aku nampak tadi?” Soalnya sendiri.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.

“Aku cemburukah?” Soalnya lagi.Namun cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya.

“Tak mungkin.Aku bencikan dia.Tak mungkin aku cemburu dengan apa yang aku nampak tadi,”kata Victoria,cuba menafikan apa yang sedang terlintas dalam fikirannya itu.

“Aku bencikan dia...kan?”Soalnya,perlahan.Dia meletakkan tangan pada dadanya.

“Tapi kenapa hati aku ni sakit sangat bila aku nampak dia bersama perempuan lain tadi?” Soalnya lagi.Ternyata Victoria sedang cuba menafikan perasaannya terhadap G.O itu sendiri.Dia mengeluh lagi sambil mengesat air matanya.

 

Setelah hampir 15 minit dia mengurungkan dirinya di dalam bilik itu,perlahan-lahan Victoria melangkah menuju ke arah pintu bilik itu.Tombol pintu itu dipusingnya secara perlahan-lahan.Kakinya menjadi kaku apabila melihat G.O sedang berdiri menunggunya di luar bilik itu.Wajah lelaki itu kelihatan muram sekali.G.O memandang ke arahnya.Begitu juga dengan Victoria.Lidah mereka bagaikan kelu untuk bersuara.Victoria mengalihkan pandangannya daripada G.O.

“Awak buat apa dekat sini?” Soal Victoria,perlahan.

“Saya nak jumpa dengan awak,”kata G.O,memandang tepat ke arah wajah Victoria yang muram itu.Jelas sekali bahawa gadis itu baru sahaja menangis.

“Cakap lain kali boleh?Saya nak masuk ke kelas,”kata Victoria,cuba untuk berjalan melepasi G.O namun lengannya dipegang oleh G.O.Victoria menoleh ke arahnya.

“Saya nak masuk ke kelas.Awak tak dengarkah?” Soal Victoria,dingin.G.O memandang ke arahnya.

“Saya nak cakap dengan awak.Awak tak dengarkah?” Balas G.O pula sambil mengeratkan pegangan tangannya terhadap lengan gadis itu.Victoria mengaduh kesakitan.

“Sakit...”Rintih Victoria,cuba melepaskan lengannya daripada genggaman lelaki itu.G.O kemudiannya menarik Victoria masuk ke dalam sebelum dia mengunci pintu bilik itu dengan rapat.Lengan Victoria itu dilepaskan secara perlahan.Wajah gadis itu dipandangnya.

“Awak nak cakap apa?” Soal Victoria.G.O tidak segera menjawab pertanyaan gadis itu.

“Saya tak tahu,”balas G.O.Victoria memandang ke arahnya.

“Awak tak tahu?”Soal Victoria.

“Saya Cuma nak jumpa dengan awak,”kata G.O.Victoria tersenyum sinis.

“Saya tak fahamlah dengan awak ni.Awak jangan buang masa saya boleh tak?”Balas Victoria,cuba untuk beredar dari situ.Namun sekali lagi langkahnya dihalang oleh G.O apabila lelaki itu memegang erat tangannya.G.O memandang ke arahnya.

“Nanti,”kata G.O.Perlahan-lahan,dia memusingkan tubuh Victoria supaya menghadap ke arahnya.Wajah Victoria yang muram itu ditatapnya.

“Saya tahu apa yang awak nampak tadi,”kata G.O,perlahan.

“Tapi tu semua bukan yang awak sangkakan,”kata G.O lagi.Victoria tertawa kecil.

“So?Apa kaitannya dengan saya?”Soal Victoria pula.

“Terpulanglah awak nak bermesra dengan siapa pun.Semua tu tak ada kena mengena dengan saya pun,”kata Victoria.

“Kalau semua tu tak ada kaitan dengan awak,kenapa awak menangis dekat sini?Hm?”Soal G.O pula.

“Suka hatilah saya nak menangis atau tak.Yang awak sibuk sangat ni kenapa?” Soal Victoria,rimas dengan pertanyaan lelaki itu.

“Sekarang lepaskan tangan saya,”kata Victoria,cuba melepaskan tangannya daripada genggaman lelaki itu.Namun G.O terus mengeratkan genggaman tangannya itu.

“G.O...tolong lepaskan tangan saya,”rayu Victoria.

“Sampai bila awak nak nafikan perasaan awak terhadap saya?”Soal G.O,dengan tenang.Victoria memandang ke arahnya.

“Sampai bila awak nak terus katakan yang awak bencikan saya?”Soal G.O lagi.Victoria menelan air liur apabila memandang wajah G.O yang kelihatan tegang itu.

“Saya tak kisah...tapi sampai bila?Awak takut kalau awak betul-betul dah jatuh cinta dengan saya?Sebab tu awak nak terus nafikan perasaan awak?”Victoria terus diasak dengan soalan daripada G.O.

“Lepaskan saya...”Victoria terus cuba melepaskan tangannya daripada G.O.Victoria memandang ke arahnya.

“Saya betul-betul bencikan awak.Puas?”Balas Victoria sambil memandang tepat ke arah anak mata G.O.

“Saya bencikan awak!”

“Saya bencikan awak!”

“Sampai bila-bila pun saya bencikan awak!”

“Saya bencikan awak...G.O...”Kata Victoria,sebelum dia mengalihkan wajahnya daripada G.O.

“Baik...”Perlahan-lahan,G.O melepaskan genggaman tangannya terhadap tangan Victoria itu.G.O kemudiannya terus beredar meninggalkan Victoria di situ tanpa sepatah kata.Victoria memandang ke arah kelibat G.O yang kian menghilang itu.

Dia sedang marahkah?

 

 

Rumah Agam Keluarga Jung

 

“Kenapa dia tak jawab call ni?” SungJe mengomel sambil menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu.Sekali sekala dia akan melihat jam tangannya.

“Selalukah ByungHee balik lewat macam ni,Hyung?” Soal YongHwa,ingin tahu.

“Sebab dia jarang balik lewat macam nilah,Hyung tengah risau ni.Selalu kalau dia balik lambat pun,dia akan beritahu dulu,”kata SungJe,geram apabila panggilan telefonnya langsung tidak dijawab oleh G.O.

“Mana dia pergi ni?” Soal SungJe.

“Hyung tak call kawan-kawan diakah?”Soal YongHwa.

“Dah.Tapi mereka pun tak tahu mana dia pergi,”kata SungJe.Fikirannya buntu.Dia sudah tidak tahu lagi bagaimana mahu menghubungi adik lelakinya itu.YongHwa turut melepaskan keluhan kecil.Sesekali dia akan menoleh ke arah Victoria yang sedang bersiap untuk pulang itu.Victoria juga kelihatan berbeza daripada kebiasaannya.Dia kerap mendiamkan diri,tidak ceria seperti hari-hari sebelumnya.Mereka bergaduhkah?

“SungJe oppa...”

SungJe menoleh.Kelihatan Victoria sedang berdiri di belakangnya,bersiap sedia untuk pulang ke rumah.

“Saya dah nak balik ni.Ada apa-apa yang SungJe oppa nak saya tolong sebelum saya balik?” Soal Victoria.

“Oh...em..tak ada apa.Cuma oppa nak tanya...Victoria tahu mana ByungHee pergi?” Soal SungJe.YongHwa turut memandang ke arah Victoria.

“Saya pun tak tahu,”jawab Victoria.

“Oh...tak apalah.Awak boleh balik.Terima kasih,”kata SungJe sambil tersenyum hambar.

“Biar saya hantarkan awak balik,”kata YongHwa.

“Tak apalah,YongHwa.Saya nak balik sendiri.Gomawo,”kata Victoria,menolak baik pertolongan lelaki itu.

Mereka terus memerhatikan Victoria sehinggalah kelibat gadis itu kian menghilang.

“Kenapa dengan Victoria tu?Lain macam saja Hyung tengok dia hari ni.Macam tak ada mood,”kata SungJe,mengesyaki sesuatu yang terjadi antara G.O dan Victoria itu.YongHwa pula sekadar membisu.

 

 

“Noona dah balik,”kata Victoria dengan lemah.Dia menyangkutkan baju sejuknya pada penyangkut baju sebelum dia melangkah masuk ke dalam ruang tamu rumahnya.Matanya terbuka luas apabila melihat sekujur tubuh seorang lelaki sedang terbaring di atas sofa.

G.O?

“Aron! Aron ah!”

Victoria memanggil adik lelakinya sebaik sahaja melihat G.O yang sedang terbaring di atas sofa itu.Aron yang sedang berada di dalam bilik itu segera keluar dari biliknya sebaik sahaja terdengar namanya dipanggil oleh Victoria.

“Macam mana dia boleh ada dekat sini?” Soal Victoria.

“Aron pun tak tahu nak cakap macam mana.Tapi...G.O Hyung cari Noona.Dia baru lepas minum kot,”kata Aron sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.Victoria melepaskan keluhan berat.Aron memandang ke arah kakaknya.

“Noona dengan Hyung bergaduhkah?” Soal Aron.Kedengaran ada nada usikan di situ.

“Jangan nak sibuklah.Dahlah pergi masuk bilik.Biar Noona uruskan,”kata Victoria sambil meletakkan begnya di atas meja.

“Arasso...”Akur Aron,terus melangkah masuk ke dalam biliknya.

 

“Awak ni kenapa,G.O?Awak kata awak kan tak boleh minum...yang awak minum juga ni kenapa?”Victoria mengomel sambil membantu G.O supaya baring di atas sofa dengan betul.Perlahan-lahan,dia menggerakkan bahu lelaki itu.

“G.O yah...”Victoria cuba mengejutkan lelaki itu.Dia melepaskan keluhan kecil apabila lelaki it uterus tidak sedarkan diri.

“Macam mana ni?Dahlah SungJe oppa tengah cari dia ni,”keluh Victoria.Dia memandang ke arah G.O sekali lagi.

“Terpaksalah...”

 

Dari: Victoria

Kepada: SungJe oppa

SungJe oppa,

G.O ada di rumah Victoria.Tapi dia tengah tidur,mungkin sebab baru lepas balik dari minum kot.Victoria tak dapat nak kejut dia.Mungkin terpaksalah bagi dia bermalam dulu dekat sini.

 

2 minit kemudian....

 

Dari: SungJe oppa

Kepada:Victoria

 

Okay! =)

 

“ ‘Okay’ saja dia balas?” Soal Victoria tidak percaya.

“Ingatkan dia nak datang ambil G.O ni.Tapi...”Victoria memandang ke arah G.O.Satu keluhan berat dilepaskannya.

 

Victoria membantu menanggalkan stoking yang dipakai oleh G.O itu.Dia melihat pakaian seragam sekolah yang masih tersarung pada tubuh lelaki itu.Pastinya lelaki itu menghabiskan masanya di Monalisa Night Club sebentar tadi.Victoria kemudiannya cuba mengangkat tubuh G.O,bagi membolehkan lelaki itu berada dalam posisi duduk.Perlahan-lahan,dia menanggalkan blazer yang tersarung pada tubuh lelaki itu.Niatnya untuk membaringkan G.O semula itu terhenti apabila lelaki itu merangkul pinggangnya secara perlahan-lahan.G.O meletakkan dagunya pada bahu Victoria.Victoria tergamam untuk seketika.

“G.O yah...”

“Jamkkanman...”balas G.O,separuh berbisik.Victoria merasakan pelukan lelaki terhadapnya itu kian erat.

“G.O...”

“Miane...”

Victoria tergamam apabila mendengar ucapan maaf daripada lelaki itu.

“Miane...”G.O mengulangi ucapan maafnya sekali lagi.Victoria terus kaku di situ.

“Saya tahu...awak bencikan saya...”Ucap G.O,perlahan.Matanya masih lagi terpejam rapat.Victoria tidak membalas kata-kata lelaki itu.Kedengaran keluhan kecil daripada G.O yang masih dalam keadaan separuh sedar itu.

“Saya tak peduli kalau awak bencikan saya sampai bila-bila pun...yang penting saya Cuma nak bersama dengan awak,Vic...”Kata G.O lagi.G.O kemudiannya melepaskan pelukannya sebelum dia membuka matanya perlahan-lahan.Wajah Victoria itu ditatapnya sambil menguntum senyuman nipis.

“Saya Cuma nak bersama dengan awak...”

Victoria memandang tepat ke arah lelaki itu.

“Sebab saya cintakan awak,Victoria...”

Victoria terkejut apabila mendengar kata-kata G.O itu.G.O terus memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Saranghae...”G.O mengulangi kata-katanya itu sebelum dia mencium bibir Victoria dengan lembut.Victoria memejamkan matanya sebelum air matanya mengalir laju.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/