Chap 30

Hate You Love You

Hospital N

 

 

“Tak apa.Semuanya dah okey.Aron tak perlu risaulah.Hyung boleh tengokkan dia dulu.”

“Dia tengah tidur.Nasib baik tak ada apa-apa yang teruk terjadi dekat dia.Cuma…kaki dengan tangan dia ada luka sikit.”

“Lagipun dah lewat ni.Aron boleh datang esok saja.Malam ni biar Hyung jagakan dia dulu.”

Kelihatan G.O menguntum senyuman nipis ketika berbual melalui telefon bimbitnya itu.

“Okey.Nanti Hyung cakap dengan dia kalau dia dah bangun nanti.Good night,”katanya sebelum dia menamatkan panggilan telefonnya itu.G.O kemudiannya menoleh ke arah Su Ji dan YongHwa yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk bilik rawatan yang menempatkan Victoria ketika itu.

“Dah lewat ni.Kamu berdua tak nak balik lagikah?” Soal G.O.Wajahnya kelihatan letih sekali.

“Su Ji risaukan unni.Sepatutnya Su Ji pergi temankan dia.Kalau tak,mesti perkara ni takkan terjadi,”kata Su Ji,kelihatan masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa Victoria itu.YongHwa memaut bahu Su Ji dengan erat,cuba menenangkan sepupunya itu.

“Gwenchana.Yang penting dia tak ada apa-apa.Su Ji pergi balik dulu ya? Esok Su Ji datanglah sini balik,”kata G.O,memujuk adik perempuannya yang masih lagi bersedih itu.Dia kemudiannya memandang ke arah YongHwa.

“Kau tolong temankan Su Ji balik ya?Aku tunggu Victoria dekat sini.Kalau nanti,SungJe Hyung tanya…pandai-pandailah kau jawab nanti,”kata G.O,sambil tersenyum.YongHwa turut tersenyum sambil angguk.

“No problem.Kalau kau nak apa-apa,kau telefon saja aku nanti,okey?” Balas YongHwa.G.O angguk sambil tersenyum.

“Jom,Su Ji.Kita balik.Nanti SungJe Hyung risau sebab Su Ji balik lewat,”kata YongHwa.Perlahan-lahan,Su Ji angguk.

“Oppa…”

G.O memandang ke arahnya.

“Miane,”kata Su Ji.G.O sekadar tersenyum.

“Su Ji pergi balik dulu,okey?Jangan fikir banyak sangat pasal hal ni,”kata G.O.Su Ji kemudiannya beredar meninggalkan G.O di situ.YongHwa pula menoleh seketika ke arah G.O yang sedang berdiri di hadapan bilik rawatan Victoria itu.Lelaki itu kelihatan letih sekali.Timbul rasa simpati dalam benaknya terhadap pasangan itu.Entah mengapa hubungan mereka itu begitu tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang mengetahui mengenai hubungan rahsia mereka itu.

 

G.O melangkah masuk ke dalam bilik sebelum dia melihat ke arah Victoria yang sedang terbaring lesu di atas katil itu.Gadis itu masih belum sedar sejak dijumpai oleh G.O dan rakan-rakannya di dalam bangunan stor sebentar tadi.Dia berjalan mendekati ke arah gadis itu sebelum dia melabuhkan punggung di tepi katil.Wajah Victoria yang pucat itu ditatapnya.Hatinya berasa sakit apabila melihat luka yang terdapat pada kedua-dua tangan dan kaki gadis itu.Jika dia berjaya mendapatkan dalang di sebalik kejadian yang menimpa Victoria itu,pasti akan dikerjakannya sehingga mati.G.O mengusap lembut pipi Victoria yang terasa panas itu.G.O melepaskan keluhan berat.Ternyata gadis itu mengalami demam panas akibat daripada trauma terhadap kejadian sebentar tadi.Dia kemudiannya bangun dari katil itu sebelum dia menuju ke arah bilik air.

Tuala kecil itu dicapainya sebelum direndamnya di dalam air sejuk.Dia perlu memastikan suhu badan Victoria kembali normal sebelum keadaannya menjadi lebih teruk.

“ByungHee….”

Kelakuan G.O terhenti apabila telinganya dapat menangkap sesuatu dari luar bilik air itu.

“ByungHee…!”

G.O segera melangkah keluar dari bilik air sebaik sahaja terdengar tangisan Victoria dari luar.Dia terkejut apabila melihat Victoria yang sedang duduk bersandar sambil memeluk kedua-dua lututnya di atas katil itu.Tubuhnya menggigil.Air matanya pula mengalir laju membasahi kedua-dua pipinya.

“Vic..”

Victoria menoleh ke arahnya.

“ByungHee?”

Victoria bagaikan terkejut melihat G.O yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya itu.Tanpa menunggu lama lagi,dia terus berlari mendapatkan G.O sebelum dia memeluk tubuh lelaki itu dengan erat.

“Awak pergi mana?Saya takut…” Tangis Victoria,mengeratkan pelukannya terhadap G.O.Tubuhnya kelihatan menggigil,ternyata  trauma dengan kejadian yang baru sahaja menimpanya itu.G.O membalas pelukannya sambil menepuk perlahan belakang Victoria.

“Shh…saya ada dekat sini.Awak jangan takut,okey?” Pujuk G.O.Victoria pula masih lagi menangis dalam dakapannya.G.O mengeluh perlahan.Hatinya sakit apabila melihat keadaan Victoria sebegitu rupa.

“Jom,saya baringkan awak dekat katil.Kaki awak cedera lagi,”pujuk G.O lagi.Victoria tidak menjawab sebaliknya hanya terus menangis.G.O kemudiannya mendukung Victoria menuju ke arah katil sebelum membaringkan gadis itu di atas katil.

“Kajima…” Rintih Victoria sambil memegang baju yang dipakai oleh G.O itu dengan erat.

“Saya tak pergi mana-mana.Saya ada dekat sini.Mari saya temankan awak tidur,”kata G.O sambil membaringkan tubuhnya di sebelah Victoria.Victoria terus memeluk tubuh G.O dengan erat.Dia begitu takut sekiranya dirinya ditinggalkan bersendirian di dalam bilik itu.G.O mengusap lembut rambut Victoria sebelum dikucupnya kepala gadis itu dengan lembut.

Setelah sekian lama mereka membisu sambil berdakapan antara satu sama lain itu, G.O memandang ke arah Victoria.Kelihatan gadis itu masih belum tidur.

“Miane…”Ucap G.O sambil mengusap pipi gadis itu dengan lembut.Victoria mendongak.G.O tersenyum nipis ke arahnya sambil menyeka air mata Victoria yang masih bersisa itu.

“Sepatutnya saya ada bersama dengan awak tadi.Kalau tak perkara ni takkan berlaku,”kata G.O.

“Saya tak kenal mereka,ByungHee.Mereka terus ikat saya…dan tinggalkan saya dalam gelap…” Suara Victoria kedengaran sebak.Air matanya mengalir lagi.

“Awak tak perlu cerita perkara tu kepada saya kalau awak tak nak.Awak jangan paksa diri awak ingat balik pasal kejadian tu.Okey?”Pujuk G.O sambil mengesat air mata Victoria.

“Saya dah ada dekat sini.Saya akan temankan awak dekat sini sampai awak rasa nak tendang saya keluar dari sini,”kata G.O,cuba untuk menceriakan gadis itu.Victoria tersenyum.

“Awak ni…” Balas Victoria.G.O tersenyum lebar apabila melihat Victoria yang mulai tersenyum itu.Dia kemudiannya mencapai lengan Victoria sebelum dia melihat pergelangan tangan Victoria yang cedera itu.

“Sakit lagi?” Soal G.O.Perlahan-lahan,Victoria angguk.G.O kemudiannya tersenyum sebelum dia mencium pergelangan tangan Victoria dengan lembut.

“Sekarang sakit lagi?” Soal G.O.Victoria tersenyum.Dia kemudiannya mengusap pipi G.O dengan lembut.

“Gomawo…”Ucapnya perlahan.Dia memandang tepat ke arah anak mata G.O yang kelihatan redup itu.

“Sebab awak sentiasa berada di sisi saya bila saya perlukan awak,”katanya lagi.G.O tersenyum.

“Lain kali..kalau awak nak pergi mana-mana,awak cakap dengan saya,okey?Jangan buat macam tadi.Awak betul-betul buat saya risau tadi,”kata G.O.Victoria angguk.

“Saya rasa macam saya ni dah jadi isteri awak saja.Semuanya saya kena beritahu awak,”balas Victoria.G.O sekadar tersenyum sebelum dia mencium dahi teman wanitanya itu.

“Kan saya dah cakap…lambat laun…Aron tu akan jadi adik ipar saya juga,”kata G.O.Victoria tertawa kecil.Ternyata ketakutannya terhadap kejadian sebentar tadi mulai hilang sedikit demi sedikit apabila G.O berada di sisinya.G.O kemudiannya meletakkan tangannya pada dahi Victoria.

“Badan awak panas lagi.Saya pergi ambil tuala basah untuk awak sekejap,”kata G.O,mulai untuk bangun dari katil.Namun kelakuannya terhenti apabila Victoria memegang bajunya dengan erat.

“Kajima…”Suaranya mulai berubah sebak.

“Saya Cuma nak pergi ambil tuala basah.Awak demam ni,”pujuk G.O.Victoria menggeleng.Peristiwa di bilik stor itu mulai terbayang dalam fikirannya.G.O kemudiannya duduk semula di atas katil.

“Okey okey…saya tak pergi mana-mana.Saya temankan awak tidur,okey?”Akhirnya G.O mengalah.Pastinya gadis itu masih berada dalam ketakutan sekiranya ditinggalkan berseorangan di dalam bilik itu walaupun untuk seketika.G.O membiarkan Victoria memeluknya sementara menunggu gadis itu terlena dalam pelukannya itu.

 

 

Victoria membuka matanya perlahan-lahan.Dia memegang tuala kecil yang berada di atas dahinya itu.Perlahan-lahan,dia bangun dari pembaringannya sambil meletakkan tangan di atas dahi.Pandangannya kemudiannya teralih ke arah G.O yang sedang tidur di atas sofa itu.Bibirnya menguntum senyuman manis.Pastinya lelaki itu letih menjaganya semalaman sehingga demamnya kebah.Perlahan-lahan,dia berjalan ke arah G.O yang sedang tidur itu.Dia mengusap lembut rambut G.O yang keperangan itu.Dia tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupan selamat pagi pada bibir lelaki itu.

“Victoria?”

G.O terjaga dari lenanya.Victoria tersenyum ke arahnya.

“Awak dah okey?” G.O segera bangun dari pembaringannya sebelum dia meletakkan tangannya pada dahi Victoria.Victoria tersenyum sambil memegang tangan G.O yang berada pada dahinya itu.

“Saya okey.Terima kasih,”ucap Victoria sebelum dia mengucup lembut tangan G.O itu.

“Kenapa awak tidur sini?Kenapa awak tak tidur atas katil saja?” Soal Victoria.

“Selesa saja tidur sini,”kata G.O sambil mengurut belakangnya yang terasa lenguh itu.

“Awak sakit belakangkan?”Soal Victoria.

“Aniya,”balas G.O,cuba menafikan kata-kata Victoria.Victoria tersenyum lagi sebelum dia menarik tangan G.O menuju ke arah katil.

“Eh,Victoria.Kenapa ni?” Soal G.O.

“Awak tidurlah dekat sini.Lagipun awak mesti berjaga semalaman sebab jaga saya kan.Biar saya temankan awak tidur pula,”kata Victoria.

“Tak payahlah,Vic.Awak berehat sajalah atas katil.Saya tak ada apa-apalah,”balas G.O.

“Kalau awak tak nak baring atas katil,saya pun tak nak baring atas katil.Biar saya berehat atas sofa,”kata Victoria sebelum dia berjalan menuju ke arah sofa.

“Eh eh…tak payah.Awak tu belum betul-betul sihat lagi.Awak kena berehat atas katil,”kata G.O.

“Kalau macam tu,awak pun kena berehat di atas katil.Kalau nanti,awak pula yang sakit macam mana?”Soal Victoria.G.O mengeluh.

“Arasso.Saya akan baring atas katil,”kata G.O sambil menarik tangan Victoria menuju ke arah katil.Victoria tersenyum kemenangan.

 

“Awak tak nak makankah?” Soal G.O sambil mengusap lembut rambut Victoria.

“Belum lagi.Nantilah saya makan,”kata Victoria.G.O tersenyum.Entah mengapa matanya masih lagi terasa berat,seolah-olah dia memerlukan sedikit lagi waktu untuk tidur.Victoria sekadar memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Kalau awak nak makan nanti….” Suara G.O kedengaran perlahan.

“…Awak beritahu saya ya…”

Victoria menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat G.O yang mulai lena itu.Dia mengusap pipi lelaki itu dengan lembut.Perlahan-lahan,dia mengucup bibir lelaki itu sebelum dia memeluk tubuh lelaki itu dengan erat.

“Saranghae…ByungHee yah..” Ucapnya.ByungHee tersenyum dalam lenanya sambil membalas pelukan Victoria terhadapnya itu.

 

 

Aron berdiri di hadapan pintu bilik rawatan yang menempatkan Victoria itu.

“Awak siapa ya?”

Aron menoleh.Kelihatan seorang gadis bersama 5 orang lelaki berdiri di hadapannya.

“Em…saya Aron.Adik Victoria,”balas Aron sambil menundukkan sedikit badannya.

“Oh…awak adik Victoria unni?Saya tak tahu pula unni ada adik,”kata gadis itu.Aron sekadar tersenyum.

“Saya Su Ji.Awak mesti kenal dengan ByungHee oppa kan?Saya adik dia,”kata Su Ji.

“Oh…annyeonghaseyo.Saya tak tahu pula ByungHee Hyung ada adik yang cantik macam awak,”kata Aron.Su Ji tersenyum.Kedengaran Mir berdehem beberapa kali.Su Ji menoleh ke arahnya.

“Saya YongHwa.Saya sepupu kepada ByungHee.Dan ni..kawan-kawan ByungHee.Awak mesti pernah dengar pasal MBLAQ kan?” Soal YongHwa.Aron tersenyum sambil angguk.

“Em..saya nak minta maaf pasal kejadian yang menimpa Victoria.Awak mesti risau pasal keadaan dia sejak malam semalam,”kata YongHwa.

“Eh tak apa.Lagipun Hyung cakap yang Noona tak ada apa-apa.Jadi…saya tak adalah rasa risau sangat.Saya percaya ByungHee Hyung mesti jaga Noona saya sebaik yang mungkin,”kata Aron.Mereka yang berada di situ tertawa.

“Eh,jomlah kita masuk.Mesti Victoria dah sedar,”kata Lee Joon.

 

 

“Noona…”

Aron terkejut apabila melihat G.O dan Victoria yang sedang berbaring di atas katil itu.Victoria juga terkejut apabila melihat Aron dan yang lain berada di dalam bilik itu.

“Noona?”

“Shh…” Victoria meletakkan jarinya di bibir.Perlahan-lahan,dia mengalihkan tangan G.O yang sedang merangkul tubuhnya itu.Dia kemudiannya membetulkan selimut yang membaluti tubuh G.O itu.

“Noona,gwenchana?” Soal Aron sebaik sahaja Victoria sedang berjalan ke arahnya itu.Victoria tersenyum sambil mengangguk.

“Woah…siapa yang sakit sebenarnya ni?” Soal Lee Joon.

“Awak jangan nak usik ByungHee ya,Lee Joon?Dia letih…dia tak tidur pun semalam sebab sibuk tengokkan saya,”balas Victoria.

“Wah,Noona.Sebab tulah Aron tak perlu risau bila Aron dapat tahu yang ByungHee Hyung akan jaga Noona dekat sini,”kata Aron.Victoria tersenyum.

“Awak betul-betul dah okey,Vic?” Soal YongHwa.Victoria angguk.Dia kemudiannya menoleh sekilas ke arah G.O yang sedang tidur itu.Jika bukan kerana keprihatinan G.O menjaganya semalaman,sudah tentu keadaannya tidak akan pulih seperti ketika itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/