Chap 26

Hate You Love You

 

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

 

 

Keadaan di dalam kelas G.O menjadi riuh sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kelas itu setelah sekian lama tidak menghadirkan diri ke sekolah akibat kemalangan yang menimpanya itu. G.O terus berlagak biasa menuju ea rah tempat duduknya walaupun dia diasak oleh bermacam jenis soalan daripada rakan-rakan sekelasnya itu.

“G.O yah...gwenchana?”

“Oppa! Oppa betul-betul dah  sihatkah?”

“Kepala oppa tak sakit lagi?”

G.O sekadar menguntum senyuman nipis sebagai menjawab soalan-soalan yang dilemparkan oleh rakan-rakan sekelasnya itu. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di tempat duduknya tanpa menghiraukan Ye Jin yang sedang memerhatikannya itu.Jauh di sudut hatinya,dia bimbang sekiranya perbuatannya itu diketahui oleh G.O melalui YongHwa.Namun,melihat sahaja reaksi G.O yang kelihatan biasa dan tidak mengendahkannya itu,Ye Jin menganggapkan bahawa lelaki itu masih tidak mengetahui akan kemalangan yang dirancang olehnya itu.

 

Ye Jin kemudiannya berjalan mendekati ea rah G.O yang sedang kusyuk mendengar muzik melalui earphonenya itu.Sebaik sahaja dia berdiri di hadapan G.O itu,Ye Jin menanggalkan earphone dari telinga kanan G.O untuk menarik perhatian lelaki tersebut.

“Hei.”

Perlahan-lahan,G.O membuka kedua-dua matanya.Riak wajahnya kelihatan tidak senang apabila tumpuannya itu diganggu oleh Ye Jin.Ye Jin melabuhkan punggung di atas meja G.O sambil tersenyum ke arahnya.

“Ah...janganlah pandang saya macam tu.Saya tahulah awak rindukan saya,”kata Ye Jin.G.O melepaskan keluhan kecil sebelum dia memejamkan kembali matanya,malas mahu mengendahkan gangguan Ye Jin ketika itu.Ye Jin tersenyum sebelum dia mendekatkan bibirnya pada telinga kanan G.O.

“I miss you so much,”bisiknya sambil tersenyum.G.O membuka matanya , membuatkan pandangan mereka bertembung antara satu sama lain.Ye Jin masih lagi tersenyum ke arahnya.

“Awak tak tahu tak...yang saya sangat sangat rindukan awak.Ada sekali saya datang ke hospital nak melawat awak,tapi...pengawal peribadi awak tak benarkan awak diganggu.Saya betul-betul risau pasal keadaan awak,tahu tak?” Soal Ye Jin.G.O pula sekadar membisu sambil memandang ke arahnya.Ye Jin tersenyum lagi sambil mengusap lembut pipi lelaki itu.

“Tapi mujurlah awak tak ada apa-apa.Lega hati saya,”sambungnya lagi.G.O kemudiannya memegang tangan Ye Jin yang masih lagi berada pada pipinya itu.

“Kalau saya mati sekalipun...saya tak perlukan kehadiran awak ke majlis pengebumian saya,tahu tak?” Balas G.O.Wajah Ye Jin berubah riak.G.O tersenyum sinis.

“Jangan ganggu saya...boleh?” Soal G.O sambil mengalihkan tangan Ye Jin daripada pipinya itu.Ye Jin mengetap bibir,geram dengan kata-kata sinis G.O sebentar tadi.

“Sampai macam tu sekali awak bencikan saya?Saya Cuma nak berkawan dengan awak...dan ini layanan awak yang saya dapat?”Soal Ye Jin.

“Kalau awak tahu yang saya bencikan awak...kenapa awak nak ganggu saya lagi?Saya tak suruh pun awak berkawan dengan saya,”kata G.O.

“Awak buat semua ni sebab Victoria kan?” Soal Ye Jin.G.O memandang ke arahnya,terkejut mendengar nama Victoria yang disebut oleh Ye Jin itu.Ye Jin tersenyum sinis.

“Salahkah saya cakap?” Soal Ye Jin.

“Awak jangan nak libatkan orang lain dalam hal kita berdua.Kalau bukan sebab Victoria pun...saya memang tak ingin nak berkawan dengan awak.Dan untuk pengetahuan awak...saya bukannya jenis yang mudah berkawan.Dan seperti yang awak nampak...kawan-kawan saya hanyalah MBLAQ.Tak ada yang lebih...dan tak ada yang kurang,”kata G.O.

“Come onlah,G.O.Semua orang dah tahu pasal khabar angin antara awak dengan Victoria.Tak perlu nak bersembunyi lagi,”kata Ye Jin.G.O tersenyum.

“Dan pastinya yang sebarkan khabar angin tu...mesti awak kan? Saya rasa awak saja yang suka ganggu kehidupan peribadi saya,”balas G.O,selamba.Dia kemudiannya berdiri dari tempat duduknya sambil memandang ea rah Ye Jin.

“Sejujurnya...saya tak tahu apa niat awak untuk mendekati saya,Ye Jin.Tapi walau apapun niat awak,saya minta maaf.Saya tak boleh berkawan dengan awak,”kata G.O,berura-ura mahu beredar dari situ.

“Sebab awak bencikan saya?Tanpa sebarang sebab awak bencikan saya?” Soal Ye Jin,inginkan kepastian.G.O menoleh ke arahnya.

“Kalau bukan sebab saya bencikan awak pun...saya memang tak nak.Saya lebih selesa dengan kehidupan macam ni.Biar tak ramai kawan...asalkan mereka setia ketika susah dan senang bersama saya,”kata G.O.

“Kalau saya cintakan awak pun...awak tetap tak boleh terima saya juga?” Soal Ye Jin.Suaranya berubah sebak.Ternyata hatinya benar-benar terluka dengan layanan dingin G.O terhadapnya itu.Walaupun itu bukanlah yang pertama kali,namun kali ini tahap kesabarannya kian tipis.Kemarahannya terhadap Victoria kian memuncak.

“Tak,”jawab G.O,pendek.Keputusannya muktamad.Tanpa mengendahkan pandangan tajam Ye Jin terhadapnya itu,G.O segera beredar meninggalkan gadis itu di dalam kelas.Ye Jin menggenggam erat tangannya.Dia yakin,Victoria adalah sebab di sebalik kelakuan dingin G.O terhadap pelajar-pelajar wanita di sekolah itu termasuk dirinya.

“Kau ingat kau dah menang,Victoria? Selama aku hidup...belum pernah keinginan aku tak dipenuhi tau..Apa yang aku nak,aku mesti dapat.Dan...kalau aku nak Jung ByungHee...aku akan pastikan dia akan menjadi milik aku.Kalau ada yang cuba menghalang aku untuk dapatkan apa yang aku nak,aku akan hapuskan halangan tu dengan segala keupayaan yang aku ada.Kau tunggu saja,Victoria.Mungkin sebelum ni G.O ada untuk selamatkan kau daripada kemalangan tu.Tapi kali ni kau tak akan terlepas dari tangan aku,”kata Ye Jin,perlahan.Ternyata dendamnya terhadap Victoria kian menebal.

“Dan G.O...kita tengok...sampai bila awak akan berkelakuan dingin dengan saya.Saya akan pastikan...awak akan tunduk kepada saya suatu hari nanti,”kata Ye Jin,sebelum dia ketawa kecil.

 

 

 

Bilik Peribadi MBLAQ

 

 

G.O memutar tombol pintu bilik itu sambil melepaskan keluhan berat.Dia benar-benar memerlukan waktu untuk bersendirian daripada gangguan rakan-rakan sekelasnya itu,terutamanya gangguan daripada Ye Jin.Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik itu,G.O dikejutkan dengan jeritan dari dalam bilik tersebut.

“Welcome back!”

G.O terkejut apabila melihat rakan-rakan MBLAQnya yang sedang berkumpul di dalam bilik itu sambil menjerit menyambut kehadirannya di situ.

“Ap...apa semua ni?” G.O masih lagi terkejut dan keliru yang sedang berlaku itu.

“Saja nak buat kejutan untuk Hyung.Welcome back to school!”Balas Mir,teruja.G.O kemudiannya tersenyum lebar dengan kejutan ringkas yang disediakan oleh rakan-rakannya itu.Matanya kemudiannya tertumpu ke arah Victoria yang turut berada di dalam bilik itu.

“Awak pun bersubahat dengan mereka juga,Vic?” Soal G.O,tidak percaya.

“Em...sebenarnya...”

“Aku yang ajak Victoria.Sebab aku rasa kau mesti lagi gembira kalau buah hati kau ada dekat sini,”kata SeungHo,memintas kata-kata Victoria sambil memaut bahu gadis itu.

“Hei hei hei...tangan tu jangan nak menggatal ekh?Turunkan tangan tu..kalau tak...”Ternyata G.O tidak senang dengan tindakan SeungHo yang sengaja memaut bahu Victoria itu.

“Kalau tak,apa?” Soal SeungHo,sengaja mengusik.

“Yah,Yang SeungHo!”

SeungHo ketawa terbahak-bahak melihat reaksi G.O yang kelihatan lucu padanya itu.Dia kemudiannya melepaskan tangannya daripada memaut bahu Victoria.

“Okey okey...aku mengalah.Aku Cuma tak nak mati muda saja,”kata SeungHo,seraya bergurau.Victoria turut ketawa melihat reaksi G.O terhadap gurauan SeungHo itu.Dia kemudiannya berjalan mendekati ke arah G.O.Ketika itu,G.O pula mengalihkan wajahnya daripada Victoria,kononnya merajuk dengan tindakan Victoria itu.

“Ala...kami bergurau saja.Takkan merajuk kot?Hm?” Soal Victoria,cuba memujuk G.O.G.O pula masih membisu,tidak langsung menoleh ke arah Victoria.Victoria tersenyum.

“Okey fine..kalau awak tak nak layan saya,saya baliklah.Habiskan masa dengan YongHwa lagi seronok,”kata Victoria,sengaja membuat lelaki itu berasa cemburu.G.O kemudiannya memegang tangannya dengan pantas.Victoria tersenyum kemenangan.

“Jom masuk dalam bilik saya,”kata G.O,terus menarik Victoria menuju ke arah bilik istirihatnya.

“Hyung! Nak buat apa dalam bilik tu? Matahari tinggi lagi ni,”kata Lee Joon,seronok mengusik G.O.Peluang yang datang hanya sekali seumur hidup – membuli G.O.

“Shut up,”balas G.O,malas melayani kerenah rakan-rakannya itu.

 

 

G.O memeluk tubuhnya sambil memandang ke arah Victoria yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Wae?” Soal Victoria,hairan dengan pandangan G.O terhadapnya itu.

“Saya tak tahu pula yang girlfriend saya ni nakal orangnya.Sejak bilanya girlfriend saya ni jadi nakal macam tadi?” Soal G.O ,memandang tajam ke arah Victoria.Victoria tersenyum.

“Disebabkan saya dapat boyfriend yang nakal...takkanlah saya nak terus jadi girlfriend yang baik kot.Tak bestlah kan,”kata Victoria.

“Oh~~~jadi awak nak lawan dengan sayalah ye?Hm?” Soal G.O,perlahan-lahan mendekati ke arah Victoria.Victoria yang menyedari jarak antaranya dengan G.O itu kian dekat, mulai berundur beberapa langkah ke belakang.Langkahnya terhenti apabila tubuhnya bersandar pada dinding bilik itu,membuatkan dia tiada lagi ruang untuk melepaskan diri.G.O tersenyum kemenangan sambil meletakkan kedua-dua tangannya pada dinding,enggan membiarkan Victoria terlepas daripadanya.Victoria memandang tepat ke arah anak mata G.O.

“Sekarang siapa yang lebih nakal?Awak...atau saya?” Soal G.O,separuh berbisik.

“ByungHee...awak jangan nak buat apa-apa ya.Kita ada dekat sekolah sekarang ni,”kata Victoria.

“Saya peduli apa.Bukannya orang lain nampak pun kita berdua dekat sini,”balas G.O,selamba.

“ByungHee...” Victoria cuba menolak tubuh G.O supaya jauh darinya.

“Awak dah buat nakal tadi...So maknanya...awak mesti didenda,”kata G.O,tersenyum sinis.Mata Victoria terbuka luas apabila G.O mengucup bibirnya.

“Kalau lepas ni awak ugut saya nak lari dekat YongHwa,saya ikat awak dekat katil.Saya takkan bagi awak lepas pun dari saya,”kata G.O.

“Wow...garang juga boyfriend saya ni rupanya,”balas Victoria.

“Mestilah.Awak ingat awak seorang saja boleh garang dengan saya?” Soal G.O sambil memeluk pinggang Victoria dengan kemas.Victoria tersenyum.

“Mesti awak penat kena temuramah dengan peminat-peminat awak dekat kelas tadi kan?” Soal Victoria sambil membetulkan rambut G.O yang menutup dahinya itu.G.O memuncungkan mulutnya.

“Sebab tu saya lari ke sini.Rimas.Saya nak tumpu perhatian dalam kelas pun susah,”kata G.O.

“Alahai...kasihannya boyfriend glamour saya ni.Susah juga kalau ada ramai peminat ni kan?” Soal Victoria.G.O memandang ke arahnya.

“Awak bukan peminat sayakah?” Soal G.O.Tanpa memikir panjang,Victoria menggelengkan kepalanya.Kelihatan G.O terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Victoria itu.

“Sikit pun tak?” Soal G.O,tidak percaya.Victoria tersenyum sambil menggeleng.Perlahan-lahan,G.O melonggarkan pelukannya terhadap Victoria itu.

“Jinjayo?” Soal G.O lagi.

“Iya.Saya tak minat langsung dekat awak walau sikit pun,”kata Victoria.G.O menundukkan wajahnya.Victoria kemudiannya memegang pipi G.O sebelum membuatkan lelaki itu memandang ke arahnya.

“Saya tak minat dekat MBLAQ G.O...sebab saya cintakan Jung ByungHee,”kata Victoria.

“Tapi merekakan orang yang sama,”balas G.O,perlahan.

“Siapa kata sama? Saya tak minat MBLAQ G.O sebab saya tak suka berkongsi dengan orang lain. Kalau Jung ByungHee ni lainlah.Sebab saya tak payah nak berebut dengan orang lain,”kata Victoria sambil mencuit hidung teman lelakinya itu.G.O kemudiannya tersenyum.

“Awak memang makin pandai mengusik saya sekarang ya,Vic,”kata G.O.

“Mestilah.Saya belajar daripada awak juga,”kata Victoria.G.O kemudiannya mendekatkan wajahnya ke arah Victoria sehingga tiada lagi ruang antara bibir mereka itu.

“Hyung,jom!Waktu rehat dah habis,”kata Joon yang segera membuka pintu bilik G.O tanpa mengetuknya sebelum masuk itu.Kakinya menjadi kaku apabila melihat G.O yang sedang mengucup bibir Victoria itu.G.O yang menyedari kehadiran Lee Joon di situ , menoleh ke arah lelaki itu.

“Tak boleh nak ketuk pintu dulukah sebelum masuk?” Soal G.O,tidak puas hati.

“Em..sorry Hyung.Em...kami masuk kelas dulu ya,”kata Lee Joon sebelum dia segera beredar dari situ.

“Aish...” Keluh G.O.

“Dah.Kita pun kenalah masuk kelas sekarang.Nanti lambat pula,”kata Victoria.

“Baiklah,sayang~~~” Balas G.O.Wajah Victoria berubah merah apabila mendengar panggilan G.O terhadapnya itu.G.O pula sekadar ketawa geli hati melihat reaksi Victoria yang kelihatan lucu itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/