Chap 13

Hate You Love You

“Boleh tak kalau ByungHee tak nak pergi?ByungHee penatlah,”kata G.O,sambil menyandarkan tubuhnya di atas sofa.SungJe turut mengambil tempat di hadapan G.O sambil memandang ke arah adik lelakinya itu.

“Tapi kitakan dah lama tak jumpa dengan omma appa.Lagi pun nanti apa yang orang lain akan cakap kalau mereka tahu yang ByungHee tak datang nanti,”kata SungJe,cuba untuk memujuk G.O.G.O melepaskan keluhan berat.

“Ala Hyung...ByungHee bukannya minat dengan hal-hal bisnes ni.ByungHee malaslah,”kata G.O,tetap berdegil.SungJe memandang ke arahnya sambil menggelengkan kepalanya.

“Walaupun ByungHee tak minat,tapi lama-kelamaan ByungHee akan uruskan juga perniagaan keluarga kita ni.Takkan selama-lamanya ByungHee nak terikat dengan bidang muzik.Apa salahnya kalau ByungHee cuba belajar selok-belok hal perniagaan ni?Masa depan ByungHee takkan terjamin kalau hanya tertumpu kepada bidang muzik tau.Bukan mudah ByungHee nak bertahan dalam bidang tu nanti,tambahan lagi kalau ada penyanyi baru yang mungkin jauh lebih hebat dari ByungHee.Sekurang-kurangnya,ByungHee tak perlu risau dengan masa depan ByungHee kalau ByungHee tahu selok-belok perniagaan ni.Anggap sajalah bidang tu sebagai kerjaya yang ByungHee minat...dan perniagaan ni sebagai tanggungjawab ByungHee untuk keluarga kita.Boleh kan?” Soal SungJe.G.O tidak segera menjawab.Kata-kata abangnya itu ada benarnya.Cuma dia benar-benar tidak berminat dengan hal perniagaan keluarganya itu.Tambahan pula apabila melihat kehidupan abangnya yang sering dikawal oleh bapanya itu.Hatta sehingga kehidupan peribadi lelaki itu turut diganggu oleh bapanya.G.O lebih gemarkan kehidupan yang bebas.Walaupun minatnya dalam bidang muzik itu ditentang keras oleh bapanya,namun dia tetap mahu membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya seperti abangnya yang berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang usahawan muda yang berjaya di Korea itu.

“Okey...Hyung tak nak paksa.Tapi Hyung harap yang ByungHee boleh datang untuk omma dengan appa.Okey?” Soal SungJe,tetap mengharapkan agar adiknya bersetuju untuk menghadiri majlis yang diadakan oleh syarikat keluarganya itu.G.O sekadar melepaskan keluhan berat.

 

 

“Hai.”

Victoria menoleh sebelum dia menguntum senyuman manis apabila melihat YongHwa yang sedang berjalan menghampirinya itu.YongHwa berdiri di sebelah Victoria sambil melihat Victoria yang sedang mengemas ruang tamu itu.

“Saya ingatkan awak tak datang hari ni,”kata YongHwa,masih terus memerhatikan kerja yang sedang dilakukan oleh Victoria itu.

“Hujung minggu pun kenalah kerja,”balas Victoria,sambil melakukan kerjanya itu.

“ByungHee tak bagi awak berehat pun waktu hujung minggu?” Soal YongHwa,tidak percaya.Victoria menggeleng.

“Tak adalah.Saya yang nak kerja.Lagipun dekat rumah saya bukannya buat apa-apa pun.Kalau saya kerja lebih masa,saya boleh minta bayaran lebih kan?” Balas Victoria sambil tersenyum.YongHwa tertawa kecil sambil mengangguk.

“Betul juga tu.Pandai awak ekh,”balas YongHwa.Victoria sekadar tersenyum.

“Nak saya tolong?” Soal YongHwa,cuba menawarkan bantuan kepada Victoria.

“Eh tak payah.Inikan memang kerja saya.Lagipun awakkan tetamu rumah ni.Awak nak saya kena marah kalau G.O dapat tahu yang awak buat kerja rumah ni?”Balas Victoria.

“Saya rasa dia lagi suka kalau saya tolong buatkan kerja awak.Diakan tak suka kalau awak kena buli,”balas YongHwa pula.Dia kemudiannya mengambil spray dan kain pengelap sebelum menuju ke arah pintu kaca yang terletak berhampiran dengan taman itu.

“Yah,kan saya cakap tak payah.Saya boleh buat sendirilah,”kata Victoria,cuba menghalang tindakan YongHwa itu.Dia cuba mengambil semula spray dank ain pengelap dari tangan YongHwa namun lelaki itu mengangkat tinggi tangannya,membuatkan sukar bagi Victoria untuk mencapai tangannya.YongHwa tersenyum geli hati.

“Aniyo.Saya tetap nak buat juga,”kata YongHwa,terus berdegil.Victoria memuncungkan mulutnya.

“Saya cuci dari luar.Awak pula cuci dari dalam.Okay?” YongHwa memberi cadangannya.Victoria tidak segera menjawab.Sungguh dia tidak bersetuju dengan cadangan lelaki itu.

“Come on.Kali ni saja saya tolong awak.Lepas ni saya janji saya tak kacau awak buat kerja lagi,okay?” Pujuk YongHwa lagi.

“Janji?”Soal Victoria,inginkan kepastian.YongHwa mengangguk.

“Okay,kita mulakan kerja sekarang,”kata Victoria,terpaksa mengalah dengan kemahuan lelaki itu.Walaupun YongHwa kelihatan lebih lembut jika mahu dibandingkan dengan G.O,namun tahap kedegilan mereka tetap sama.Oh ya...bercakap mengenai G.O...

Victoria menoleh ke kiri dan kanan,bagaikan baru menyedari sesuatu di dalam rumah agam itu.

“Awak cari apa tu?” Soal YongHwa,ingin tahu.

“Em..saya baru perasan.Mana yang lain?Saya tak nampak pun mereka sejak saya datang sini,”soal Victoria.

“Oh...SungJe Hyung cakap mereka ada hal malam ni.Rasanya hal syarikat kot,”kata YongHwa.

“G.O pun?” Soal Victoria,tidak percaya apabila mengetahui G.O turut terlibat dalam hal perniagaan keluarganya itu.Sangkaannya G.O sedang sibuk dengan latihannya di Jtune.

“Yup,”jawab YongHwa,pendek.

“Kenapa awak tak pergi?” Soal Victoria pula.

“Saya tak ada kaitan pun dengan hal perniagaan mereka.Lagipun keluarga saya ada urusan sendiri.Sebab tu saya ikut keluarga saya di Kanada 10 tahun yang lalu,”kata YongHwa.

“Wah...keluarga awak berdua ni memang hebat-hebat belaka kan?Masing-masing ada perniagaan sendiri,”kata Victoria,kagum.

“Tapi kemewahan keluarga saya tak setanding dengan keluarga ByungHee ni.Keluarga ByungHee ni 10 kali ganda lagi kaya tau,”kata YongHwa.

“Tak kisahlah.Siapa kisah siapa lagi kaya.Asalkan nanti,awak tak perlu susah nak cari kerja pun.Sebab kerja tu dah memang menanti awak kan,”balas Victoria.YongHwa sekadar tersenyum.

“Dah,jom kita mulakan kerja?”Ajak Victoria.YongHwa tersenyum sambil angguk.

 

 

Jung Sky Tower

 

G.O melepaskan keluhan berat sambil duduk bersandar di atas kerusi.SungJe yang sedang duduk di sebelahnya sekadar memerhatikannya.Sekurang-kurangnya adik lelakinya itu bersetuju untuk menghadiri majlis itu setelah puas dipujuk beberapa kali.

“Wae?” Soal SungJe,tersenyum melihat G.O yang kelihatan resah.Kelihatan G.O membetulkan kot hitamnya berkali-kali.Sungguh dia tidak selesa berpakaian formal itu.

“Pakai kostum pelik-pelik boleh pula.Takkan pakai formal macam ni pun dah tak senang duduk kot,”kata SungJe,seraya mengusik.Su Ji yang turut berada di situ sekadar tertawa kecil.

“Hyung jangan usik ByungHee.Nanti ByungHee lari balik rumah baru tahu,”ugut G.O.SungJe sekadar ketawa mendengar kata-kata G.O yang berbaur ugutan itu.

“ByungHee oppa tengah bosan sebab Victoria unni tak ada,”kata Su Ji pula.G.O memandang tajam ke arah adik perempuannya.SungJe pula sekadar ketawa.Perbualan mereka terhenti apabila mereka didekati oleh sepasang suami isteri dalam linkungan 50-an itu.Ketiga-tiga mereka serentak menundukkan tubuh mereka sebagai tanda hormat.

“Omma..appa,”sapa SungJe.G.O dan Su Ji sekadar mengikut rentak abang sulung mereka.Su Ji kemudiannya memeluk ibunya.

“Su Ji rindu dekat omma,”ucap Su Ji sambil tersenyum.Puan Jung tersenyum sambil membalas pelukan anak perempuannya itu.

“Oppa-oppa tak buli Su Ji dekat rumahkah?” Soal Puan Jung sambil memegang kedua-dua pipi Su Ji.Su Ji pula sekadar ketawa.

“Oppa,”sapa SungJe sambil menunduk hormat kepada bapanya.

“Macam mana dengan urusan syarikat kita?Ada apa-apa masalahkah sepanjang appa tak ada?” Soal Tuan Jung,ingin tahu.SungJe hanya tersenyum.

“Semua okay.Appa jangan risau.Setakat ni SungJe boleh uruskan semuanya tanpa sebarang masalah,”kata SungJe.Tuan Jung tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk lembut bahu anak lelaki sulungnya itu.Perhatiannya kemudiannya teralih ke arah satu-satu anaknya yang paling keras kepala itu.G.O menundukkan sedikit tubuhnya.

“Kamu pula macam mana?”Soal Tuan Jung.

“Okey,”jawab G.O,pendek.Tuan Jung melepaskan nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya.SungJe pula sekadar membisu.Ternyata dia tidak dapat berbuat apa-apa apabila G.O dan bapa mereka bertemu.Tersilap langkah,peperangan besar boleh berlaku.Kedua-dua lelaki itu sama-sama ego,tidak mahu mengalah.

 

 

“Bosannya~~~” G.O melepaskan keluhan berat sambil memandang ke arah pemandangan malam di luar bangunan itu.Sesekali dia akan meneguk jus yang berada dalam pegangannya itu.

“Kalau ajak Victoria pun tak apa.Ada juga kerja yang nak dibuat,”katanya sambil tersenyum.Dia melihat ke arah jam tangannya.Dia perlu menunggu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dia dibenarkan pulang oleh abangnya.G.O mengeluh lagi.

“Hai...seorang sajakah?”

G.O menoleh apabila terdengar seseorang menegurnya dari arah kirinya.Kelihatan seorang wanita berpakaian gaun berwarna hitam sedang berdiri di sebelahnya sambil tersenyum.G.O mengalihkan semula pandangannya daripada wanita itu.

“Saya macam tak pernah nampak awak dekat sini.Awak ni mesti anak lelaki Tuan Jung yang lagi seorang tu kan?” Soal wanita itu,cuba menarik minat G.O untuk berbual dengannya.

“Hebat juga awak ni boleh bezakan saya dengan SungJe Hyung,”balas G.O,perlahan.Matanya masih tidak memandang ke arah wanita itu.Wanita itu tersenyum lebar.Walaupun G.O berkelakuan dingin dengannya,namun lelaki itu tetap sudi berbual dengannya.

“Saya tahulah,”balas wanita itu.Dia memandang penampilan G.O dari atas hingga ke bawah.Kacak!

“Keluarga awak kan ada dekat dalam.Kenapa awak tak sertai mereka?Awak tak bosankah duduk sini seorang?” Soal wanita itu,tertarik dengan penampilan G.O yang kelihatan cukup sempurna pada pandangan matanya itu.

“Duduk dekat sini lagi seronok,”balas G.O sambil memandang ke arah gelas berisi jus yang dipegangnya itu.

“Saya Ye Jin...Lee Ye Jin.”

G.O menoleh ke arahnya.Kelihatan Ye Jin sedang tersenyum sambil menghulurkan tangan ke arahnya.G.O sekadar tersenyum sinis.

“Bwo?”Soal G.O.

“Saya Cuma nak berkenalan dengan awak.Tak salahkan?” Balas Ye Jin,masih lagi menghulurkan tangannya ke arah G.O.

“Sorry.Saya tak berminat,”kata G.O,mulai beredar dari situ.Ye Jin sekadar tersenyum nipis.Ternyata dia masih belum berjaya untuk menjatuhkan ego lelaki itu.

“Awak ingat saya akan berhenti setakat ni?” Soal Ye Jin.G.O menghentikan langkahnya.

“Kalau awak nak tahu...saya bukannya seorang yang mudah mengalah.Apa yang saya nak...saya akan dapat.Kalau saya nak berkenalan dengan awak,saya akan pastikan ianya terjadi,”kata Ye Jin,penuh yakin.G.O tersenyum sinis.Dia menoleh ke arah wanita itu.

“Awak buatlah apa yang awak nak.Saya tak kisah,”balas G.O.

“Oh really?Okay.Saya akan buktikan kepada awak,”kata Ye Jin.

“Gunbae,”katanya lagi sambil menunjukkan gelasnya kepada G.O sebelum dia meneguk jus itu.Dia kemudiannya beredar meninggalkan G.O di situ.

“Whatever...”

 

 

Rumah Agam Keluarga Jung

 

Victoria mengemas barangnya,bersiap sedia untuk beredar dari rumah itu setelah tamat waktu kerjanya.Rambutnya yang diikat itu dilepaskannya melepasi bahu.Niatnya untuk beredar tertangguh apabila merasakan tubuhnya dirangkul dari belakang.

“G.O?”

“Aish...dah tak seronok dah nak usik awak,”kata G.O,sambil melepaskan pelukannya terhadap gadis itu.Victoria menjeling ke arahnya.

“Awak ni memang tak serik kan,G.O?”Kata Victoria.G.O sekadar tertawa kecil.

“Saya ingatkan awak tak datang tadi.Sepatutnya awak berehat.Hujung minggu tak payah datang pun tak apa,”kata G.O sambil menanggalkan kot hitamnya.Kot itu dibiarkan tergantung pada kerusi.Keletihan jelas terpancar pada wajah lelaki itu.

“Awak nak minum?” Soal Victoria,prihatin.

“Boleh juga,”jawab G.O sambil bersandar malas pada kerusi.Victoria sekadar tersenyum.Dia meletakkan semula begnya di atas meja sebelum menyediakan air untuk tuan mudanya itu.

“Nah air awak,”kata Victoria sambil meletakkan gelas berisi air di hadapan G.O.

“Lah...tidur pula dia,”ngomel Victoria apabila menyedari G.O yang sudah pun lena di atas kerusi itu.Pastinya lelaki itu berasa letih yang teramat setelah menghadiri majlis yang dianjurkan oleh syarikat keluarganya itu.Victoria kemudiannya mengambil tempat di sebelah G.O,dengan niat untuk mengejutkan lelaki itu.

“G.O yah...bangunlah.Kalau awak nak tidur,awak naiklah ke bilik.”Victoria berusaha mengejutkan lelaki itu dari lena.Namun usahanya gagal apabila G.O langsung tidak terjaga dari lenanya itu.Victoria melepaskan keluhan kecil.

“Nanti awak sakit belakanglah kalau tidur macam ni,”kata Victoria lagi.Dia memandang ke arah G.O yang sedang tidur itu.Perlahan-lahan,tangannya menyentuh rambut G.O yang diwarnakan perang itu.Dia tertawa kecil apabila lelaki itu mengerutkan dahinya sebaik sahaja Victoria menyentuh keningnya.Victoria kemudiannya menggerakkan jarinya pada bibir G.O yang merah itu.Wajahnya terasa hangat setiap kali memikirkan kucupan lelaki itu terhadapnya.

 

YongHwa menuruni anak tangga sebelum dia menuju ke arah dapur.Dia menjangkakan Victoria sudah pun bersiap sedia untuk pulang.Niat di hatinya mahu menghantarkan gadis itu pulang ke rumah memandangkan G.O masih lagi belum pulang dari majlis itu.

“Victoria..awak..”

YongHwa terus menyembunyikan dirinya di sebalik dinding sebaik sahaja tiba di pintu masuk dapur itu.Dia menelan air liur.Seolah-olah sukar untuk percaya apabila melihat Victoria yang sedang mengucup bibir G.O yang sedang tidur itu.YongHwa melepaskan keluhan berat sebelum dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/