Chap 27

Hate You Love You

Rumah Agam Keluarga Jung

 

 

“Oppa…please…” Rayu Su Ji bersungguh-sungguh sambil memegang lengan SungJe yang sedang membaca surat khabar itu.SungJe menghentikan bacaannya sebelum dia menoleh ke arah adik perempuannya itu.

“Kenapa tiba-tiba Su Ji nak pergi pula? Sebelum ni, Su Ji tak pernah kisah pun pasal festival dekat sekolah ByungHee tu,”soal SungJe,sedikit hairan dengan permintaan adik perempuannya itu.

“Em…Su Ji saja nak pergi.Lagipun bosanlah duduk rumah.Sekurang-kurangnya Su Ji boleh tengok ByungHee oppa dengan YongHwa oppa buat persembahan nanti,”kata Su Ji,bersungguh-sungguh mencari alasan.

“ByungHee tahu tak pasal Su Ji nak pergi festival tu? Oppa tak boleh nak cakap apa-apa kalau ByungHee tak benarkan Su Ji pergi,”kata SungJe,sebelum dia menyambung semula bacaannya itu.Su Ji memuncungkan mulutnya,tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh abangnya itu.

“Bolehlah oppa.Lagipun Su Ji bukannya pergi seorang.Victoria unni kan ada.Dia boleh tengok-tengokkan Su Ji juga,”kata Su Ji,sambil memandang ke arah Victoria yang sedang melakukan kerja di luar rumah itu.SungJe turut melihat ke arah yang sama.

“Mana boleh Su Ji kacau Victoria.Nanti tak pasal-pasal ByungHee merajuk pula sebab Su Ji rampas Victoria daripada dia,”balas SungJe,selamba.

“Ala oppa…bolehlah…ekh?” Su Ji tidak berputus asa untuk merayu daripada abangnya itu.

“Ni kenapa ni?”

Perhatian Su Ji kemudiannya teralih daripada SungJe apabila terdengar suara YongHwa yang tiba-tiba muncul itu.Senyuman Su Ji kian melebar apabila melihat sepupunya berada di ruang tamu itu.Tanpa berlengah lagi,dia terus mendapatkan YongHwa yang baru sahaja tiba di ruang tamu itu.

“Oppa…” Su Ji segera memaut lengan YongHwa dengan erat.Belum sempat YongHwa bersuara, Su Ji segera menarik lengan YongHwa, untuk berbincang dengan lelaki itu di suatu sudut yang agak jauh daripada SungJe itu.SungJe yang melihat telatah adik perempuannya itu sekadar menggeleng sebelum dia menyambung bacaannya itu semula.

“Kenapa ni,Su Ji?” Soal YongHwa,hairan dengan kelakuan Su Ji itu.

“Su Ji nak minta tolong oppa ni,”kata Su Ji,separuh berbisik.

“Apa dia?” Soal YongHwa.

“Su Ji nak pergi festival sekolah oppa tu.Tapi SungJe oppa tak nak bagi Su Ji pergi.Boleh tak oppa tolong pujukkan SungJe oppa untuk Su Ji?”Pinta Su Ji,bersungguh-sungguh.Dahi YongHwa berkerut sebaik sahaja mendengar permintaan daripada sepupunya itu.

“Em…bukan oppa tak nak tolong.Cuma oppa pelik.Kenapa tiba-tiba saja Su Ji nak pergi ni?” Soal YongHwa.

“Ala…oppa.Su Ji Cuma nak jalan-jalan dekat situ.Lagipun bosanlah duduk rumah.Tak adillah kalau ByungHee oppa,YongHwa oppa dengan Victoria unni berseronok dekat festival tu,Su Ji pula duduk dekat rumah seorang,”balas Su Ji.YongHwa tersenyum.

“SungJe Hyung kan ada?” Soal YongHwa.Su Ji mencebik.

“Ala oppa…bolehlah.SungJe oppa Cuma risau kalau tak ada orang yang boleh tengokkan Su Ji dekat sana.Lagipun Su Ji bukannya nak pergi seorang.Su Ji datang dengan kawan,”pujuk Su Ji lagi.

“Lagipun dengar cerita…nanti MBLAQ dengan YongHwa oppa buat persembahan kan? Mestilah Su Ji nak tengok,”kata Su Ji sambil tersenyum.YongHwa turut tersenyum.

“Oppa tak kisah kalau Su Ji nak pergi.Lagi ramai lagi meriah.Cuma nanti Su Ji beritahulah ByungHee.Sekurang-kurangnya dia tahulah yang Su Ji pun ada dekat festival tu nanti,”kata YongHwa.

“Kalau dia tak bagi macam mana?” Soal Su Ji.YongHwa terdiam seketika,cuba memikirkan jalan penyelesaian untuk Su Ji.Sebaik sahaja matanya melihat ke arah kelibat Victoria yang sedang bekerja itu,bibirnya menguntum senyuman.

“Oppa ada cadangan.Mari sini,”kata YongHwa,cuba membisikkan sesuatu kepada Su Ji.Tidak lama selepas itu,Su Ji turut menguntum senyuman lebar sebaik sahaja mendengar bisikan daripada YongHwa itu.SungJe yang menyedari kelakuan YongHwa dan Su Ji itu sekadar menggelengkan kepala.

“Itu tak lain tak bukan…mesti nak kenakan ByungHee lah tu,”katanya perlahan.Tidak lama selepas itu,Su Ji berjalan menuju ke arah SungJe.

“Oppa…kalau Su Ji tanya ByungHee oppa…dan ByungHee oppa benarkan Su Ji pergi,oppa pun akan benarkan Su Ji pergi kan?” Soal Su Ji.

“Kan oppa dah cakap…yang oppa tak boleh nak cakap apa-apa. Kalau ByungHee benarkan, Su Ji pergilah,”kata SungJe.

“Betul ni?Oppa tak boleh tarik balik kata-kata oppa tu,”kata Su Ji,sukar untuk percaya.YongHwa yang turut berada di situ sekadar tersenyum mendengar perbualan antara dua beradik itu.SungJe memandang ke arah YongHwa sekilas.

“Mungkin Su Ji patut beritahu oppa apa yang kamu berdua dah rancang untuk ByungHee,”kata SungJe sambil tersenyum.Su Ji menoleh ke arah YongHwa.Begitu juga dengan YongHwa.Mereka kemudiannya tersenyum sesama sendiri.

 

 

 

 

“Su Ji nak buat apa dekat festival tu?” Soal G.O,terkejut dengan pertanyaan Su Ji itu.

“Saja.Oppa tak kisahkan kalau Su Ji nak pergi sekali?”Soal Su Ji,cuba untuk memujuk G.O supaya membenarkannya pergi ke festival muzik yang akan diadakan di sekolah abangnya itu.

“Ni mesti ada apa-apa ni.Sebelum ni,Su Ji tak pernah kisah langsung pasal festival dekat sekolah oppa tu,”kata G.O,sangsi.

“Su Ji nak tengok MBLAQ lah.Harapkan ada abang masuk MBLAQ,tapi sekali pun Su Ji tak pernah tengok konsert MBLAQ percuma,” kata Su Ji,sebelum dia memuncungkan mulutnya.G.O tertawa kecil mendengar kata-kata adik perempuannya itu.

“Oppa bukan apa…Oppa Cuma risau kalau Su Ji kena kacau dekat festival tu nanti.Oppa tak suka,”kata G.O,memberi alasannya sendiri di sebalik keengganannya untuk membenarkan adik perempuannya turut serta ke festival muzik sekolahnya itu.

“YongHwa oppa dah janji yang dia akan jaga Su Ji dekat sana nanti.Oppa janganlah risau,”kata Su Ji.

“Dia pun sibuklah dekat festival tu nanti,Su Ji.Kalau  Su Ji datang semata-mata nak tengok MBLAQ saja,nanti oppa cakap dengan kawan-kawan oppa.Kami boleh buat persembahan khas untuk Su Ji seorang saja.Okey?” Cadang G.O.

“Oppa~~~”

“Oppa sibuk.Dah pergi.Jangan kacau oppa,”kata G.O,malas untuk melayani kerenah Su Ji yang tidak berkesudahan itu.Su Ji mencebik.Nampaknya dia perlu menggunakan senjata rahsianya bagi membolehkannya untuk turut serta ke festival muzik anjuran sekolah G.O itu.

“Oppa….”

“Apa lagi,Su Ji?Oppa cakap tak boleh…tak bolehlah,”balas G.O.

“Kalau oppa bagi Su Ji pergi ke festival tu….Su Ji akan bagi hadiah untuk oppa,”kata Su Ji,cuba memancing minat abangnya itu.

“Oppa dah ada semuanya.Tak perlu susah-susah nak bagi hadiah,”kata G.O,kelihatan langsung tidak berminat.

“Tapi hadiah daripada Su Ji ni…Su Ji yakin oppa takkan sesekali menolak,”kata Su Ji,penuh yakin.G.O menoleh ke arahnya dengan kening kanannya terangkat.Su Ji tersenyum ke arahnya sebelum dia membisikkan sesuatu kepada G.O. Mata G.O kemudiannya terbuka luas sebaik sahaja mendengar bisikan daripada adik perempuannya itu.

“So?Takkan oppa nak tolak kot,”kata Su Ji.G.O menelan air liur.

“T…t..ta..tapi…”

“Shh! Takkan oppa tak nak tengok dengan mata oppa sendiri?”Soal Su Ji.

“Bukan…maksud oppa…em..oppa suka Cuma…”

“Jangan risau.Pandai-pandailah Su Ji buat nanti,”kata Su Ji sambil mengenyitkan mata ke arah G.O.G.O pula terus terdiam,masih lagi memikirkan kata-kata Su Ji sebentar tadi.

“Jadi….Su Ji anggap yang oppa dah bersetuju lah ye? Su Ji boleh pergikan ke festival tu?” Soal Su Ji,inginkan kepastian. G.O memandang ke arahnya sebelum dia melepaskan keluhan kecil.

 

 

Bilik Peribadi MBLAQ

 

 

Victoria menolak pintu bilik G.O dengan perlahan.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat G.O yang sedang berbaring di atas sofa dengan kertas-kertas lirik yang bersepah di atas meja itu.

“Dah agak dah.Mesti tidur dekat sini,”katanya,perlahan.Victoria kemudiannya berjalan mendekati ke arah G.O yang sedang lena dibuai mimpi itu.Perlahan-lahan,dia mengalihkan kertas-kertas yang berada dalam pegangan G.O itu sebelum dia mengemaskan meja yang dipenuhi oleh kertas-kertas itu.Victoria kemudiannya memandang ke arah not not lagu yang tersusun kemas di dalam kertas itu.Bibirnya menguntum senyuman manis.Dia begitu menyukai lagu-lagu yang digubah oleh G.O itu.Perlahan-lahan,dia menyanyi kecil mengikut not not lagu yang terdapat di dalam kertas itu.

“Em…sedap juga suara awak ya.”

Victoria terkejut apabila melihat G.O yang sedang tersenyum ke arahnya itu.

“Bila awak bangun?” Soal Victoria.Cepat-cepat dia meletakkan semula kertas itu di atas meja.

“Baru saja.Terdengar saja suara merdu awak,terus saya terjaga,”kata G.O sambil tersenyum.

“Tak adalah.Saya saja cuba-cuba.Lagu-lagu yang awak gubah ni boleh tahanlah,”kata Victoria.G.O kemudiannya bangun dari pembaringannya sebelum dia duduk berhadapan dengan Victoria.

“Tak sangka pula awak pandai baca not-not lagu tu,”kata G.O,kagum.

“Saya belajar dengan Aron.Dia pun ambil kursus muzik juga.Kalau awak nak tahu,dia pun bercita-cita nak jadi macam awak juga,”kata Victoria.

“Oh really?Kalau macam tu,suruhlah dia datang ujibakat dekat Jtune.Boleh juga saya tolong tengok-tengokkan bakal adik ipar saya nanti,”kata G.O.

“Bwo?Adik ipar?” Soal Victoria,terkejut.

“Yalah.Salahkah saya cakap?Dia kan memang bakal adik ipar saya,”kata G.O sambil tersenyum.

“Tapi ByungHee….tak terlalu cepatkah awak panggil dia macam tu?”Soal Victoria.

“Cepat atau lambat…dia tetap akan jadi adik ipar saya juga,”kata G.O.Victoria tersenyum.

“Ada-ada sajalah awak ni,”balas Victoria,tidak memandang ke arah lelaki itu.G.O tersenyum.

“Awak buat semua ni untuk festival sekolah nantikah,ByungHee?” Soal Victoria.Perlahan-lahan,G.O mengangguk.

“Awak rasa macam mana?Okey tak?” Soal G.O.Victoria angguk sambil tersenyum.

“Pada saya okey saja.Mesti ramai yang suka,”balas Victoria.

“Selalunya…apa yang awak jadikan inspirasi untuk hasilkan lagu macam ni?” Soal Victoria,berminat untuk tahu.

“Awaklah inspirasi saya,”jawab G.O,tanpa berfikir panjang.

“Jinja?”Soal Victoria,tidak percaya.

“Tipulah.Takkanlah saya jadi inspirasi awak untuk awak hasilkan lagu yang hebat macam ni,”kata Victoria lagi.

“Habis tu….dah girlfriend saya ada seorang saja.Mestilah awak saja yang saya jadikan inspirasi.Lainlah kalau saya ada 10 teman wanita.Baru betul setiap lagu ada inspirasi yang berbeza-beza,”balas G.O,seraya bergurau.Victoria mencebik.

“Oh…ada hati nak cari girlfriend baru ya?” Soal Victoria,memandang tajam ke arah G.O.G.O tertawa kecil sambil mencuit hidung Victoria.

“Sampai bila-bila pun…saya hanya ada awak saja,Victoria,”kata G.O.

“Awak ni memang pandai berkata-kata manis kan,ByungHee?”Balas Victoria.

“Biar berkata-kata manis…asalkan saya betul-betul jujur dengan awak,”balas G.O pula.Victoria tersenyum lagi.

“Nanti awak datang tak ke festival tu nanti?” Soal G.O.

“Mestilah saya kena datang.Saya kena uruskan banyak kerja waktu festival tu nanti,”kata Victoria.

“Tapi nanti awak tengok tak saya buat persembahan?” Soal G.O lagi.

“Mestilah saya kena tengok.Kalau tak,macam mana saya nak kritik awak,”kata Victoria sambil mencubit pipi G.O.

“Nanti Su Ji pun nak datang ke festival tu juga.Saya harap awak boleh tengok-tengokkan dia sekejap waktu saya sibuk nanti,”kata G.O.

“Oh yeke? Boleh saja.Saya tak kisah pun,”kata Victoria,teruja apabila mengetahui akan kehadiran Su Ji ke festival muzik itu nanti.G.O kemudiannya tersenyum sebelum dia teringatkan kembali kata-kata Su Ji tempoh hari.Tanpa disedari,wajahnya berubah merah.

“Eh?Kenapa muka awak merah,ByungHee?” Soal Victoria,hairan.

“Huh?Muka saya merah?” Soal G.O sambil menyentuh pipinya.Victoria angguk.

“Em…mungkin sebab panas kot.Kejap saya nak pergi cuci muka,”kata G.O,segera beredar dari situ menuju ke arah bilik air.

“Ada-ada sajalah dia tu,”kata Victoria sambil menggelengkan kepalanya.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/