Chap 18

Hate You Love You

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

Victoria mengemas barangnya,bersiap-sedia untuk bergerak pulang ke rumah.YongHwa yang sudah siap berkemas itu segera berjalan ke arahnya.

“Jom kita balik sama?” Soal YongHwa.Yi Young yang duduk di sebelah Victoria itu tersenyum sambil menyiku lengan Victoria.

“Wah Victoria...dah pandai ya sekarang?”Kata Yi Young seraya mengusik Victoria yang masih lagi sedang sibuk mengemas barangnya itu.YongHwa pula sekadar tersenyum mendengar usikan Yi Young terhadap Victoria.

“Awak nak balik sekali tak,Yi Young?” Soal Victoria,setelah siap berkemas.

“Tak apalah.Saya tak nak kacau awak dengan YongHwa.Saya boleh balik sendiri,”kata Yi Young.

“Yah...jangan nak mengada-ngada dekat sini.Kalau nak balik sekali,jom,”balas Victoria.

“Betul tu,Yi Young.Kalau awak nak balik sekali,jomlah,”kata YongHwa sambil memegang beg yang tergantung pada bahunya itu.

“It’s okay.Awak berdua baliklah dulu.Saya ada pergi pejabat sekejap.Annyeong,”ucap Yi Young sambil melambai ke arah Victoria dan YongHwa.Victoria dan YongHwa saling berpandangan.

“Em...jomlah kita balik?”Ajak YongHwa.Victoria mengangguk sambil tersenyum.

 

“Jadi...memang betul ByungHee bermalam dekat rumah awak?” Soal YongHwa,inginkan kepastian.

“Ni mesti SungJe oppa yang beritahu ni,”balas Victoria.YongHwa tertawa kecil.

“A’ah...dia bermalam dekat rumah saya.Mungkin dia habiskan masa dekat Monalisa Night Club sampai mabuk.Macam manalah dia sampai kat rumah saya tu pun...saya tak tahu,”kata Victoria.

“Em...jadi awak dengan dia...dah berbaik semula?” Soal YongHwa,sambil memandang ke arah Victoria.

“Kami tak bergaduh pun...buat apa nak berbaik?”Balas Victoria sebelum dia ketawa di hujung katanya.

“Yalah tu.Biar betul awak dengan ByungHee tak ada apa-apa.Musykil saya dibuatnya,”kata YongHwa.Victoria tersenyum.

“Saya pun...keliru.Saya pun tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ni,”kata Victoria.YongHwa masih lagi memandang ke arahnya.

“Awak rasa...sepupu awak tu macam mana orangnya?Dia memang nakal dan keras kepala macam tukah?”Soal Victoria,menoleh ke arah YongHwa.

“Awak rasa?”YongHwa memulangkan persoalan itu kepada Victoria semula.Victoria mencebik.

“Ish...saya yang tanya awak dulu,awak tanya saya balik pula,”balas Victoria.YongHwa ketawa.

“Betullah saya tanya tadi.Awak rasa dia tu macam mana?Awak selesakah bersama dengan dia walaupun awak kata dia selalu buli dan usik awak?”Soal YongHwa.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu.YongHwa pula terus memandang ke arahnya.

“Eh ByungHee!”Jerit YongHwa.Victoria segera menoleh apabila terdengar YongHwa memanggil G.O.Namun tidak pula kelihatan kelibat lelaki itu di situ.

“Gotcha!”

Victoria menoleh ke arah YongHwa.YongHwa pula sedang tersenyum ke arahnya.

“Yah...apa awak cuba buat ni?” Soal Victoria.

“Awak rindukan ByungHeekah?Laju saja awak cari dia bila saya panggil nama dia tadi,”usik YongHwa.Wajah Victoria terasa hangat.

“Aish..jinja..awak pun dua kali lima macam G.O juga.Suka menyakat saya,”balas Victoria,tidak puas hati.YongHwa ketawa.

“Awak sukakan dia.Kenapa awak tak nak mengaku saja?”Soal YongHwa.

“Taklah.Mana ada saya sukakan dia.Awak saja yang anggap macam tu,”kata Victoria,terus cuba menafikan perasaan sebenarnya terhadap G.O itu.Sebolah-bolehnya dia langsung tidak mahu perasaan sebenarnya itu diketahui oleh orang lain terutamanya G.O.

“Dia tak cakap yang dia sukakan awak?” Soal YongHwa pula.Mulut Victoria terkunci.

 

“Saya cintakan awak,Victoria...”

“Saranghae...”

 

Wajah Victoria berubah merah saat mengingatkan kembali kata-kata G.O kepadanya pada malam itu.

“Em...”

“YongHwa Hyung!”

Victoria melepaskan nafas lega apabila melihat 3 orang lelaki yang sedang berjalan ke arah mereka berdua.YongHwa menoleh ke arah ketiga-tiga lelaki yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Hyung nak pergi mana?” Soal MinHyuk.

“Nak baliklah.Kenapa?” Soal YongHwa.

“Oh...kami ingat nak ajak Hyung berlatih kat bilik muzik tu.Nasib baik kami sempat kejar Hyung ke sini,”kata JongShin pula.Victoria sekadar mendengar perbualan mereka.

“Oh...boleh juga,”kata YongHwa,sebelum dia menoleh ke arah Victoria.

“Em...awak nak ikut sekali?” Soal YongHwa sambil tersenyum.

“Huh?”

 

 

“Saya tak tahu pula yang awak ni pandai main gitar,”kata Victoria yang sedang duduk sambil melihat YongHwa memasangkan wayar pada gitarnya itu.YongHwa sekadar tersenyum.

“Awak yang tak nak tanya,”balas YongHwa.Mereke tersenyum sesama sendiri.

“Dah sedia?” Soal YongHwa sambil menoleh ke arah JongHyun, MinHyuk dan JongShin yang sudah pun bersedia dengan peralatan muzik mereka sendiri.Ketiga-tiga mereka mengangguk sebagai menjawab pertanyaan YongHwa itu.

 

Neul ttokgateun haneure
Neul gateun haru
Geudega omneun-gotmalgoneun
Dallajin-ge omneunde

Nan utgoman sipeunde
Da ijeundeusi
Amuir-anin deut geuroke
Useumyo salgopeunde

Geuriwo geuriwoso
Geudega geuriwoso
Meil nan honjasoman
Geudereul bureugo bullobwayo

Bogopa bogopaso
Geudega bogopaso
Ije nan seupgwanchorom
Geudea ireumman bureuneyo
Oneuldo

Nan bonenjur-aratjyo
Da namgim-obsi
Anijyo anijyo nan ajik
Geudereul motbonetjyo

 

 

Lagu yang dinyanyikan oleh YongHwa itu membuatkan Victoria terkenangkan G.O tanpa dia sedari.

“Saya cintakan awak,Victoria...”

“Saranghae...”

Victoria melepaskan keluhan kecil.Dia menjadi keliru.Adakah G.O benar-benar maksudkan kata-katanya pada malam itu?Jika ya,pasti lelaki itu dapat mengingati semula insiden yang berlaku pada malam itu.Namun,ternyata lelaki itu langsung tidak dapat mengingati apa-apa yang telah terjadi malam itu.

 


Geuriwo geuriwoso
Geudega geuriwoso
Neil nan honjasoman
Geudereul bureugo bullobwayo

Bogopa bogopaso
Geudega bogopaso
Ije nan seupgwanchorom
Geudea ireumman bureuneyo
Oneuldo

Haruharuga jugeul gotman gateunde
Ottoke heyaheyo

Saranghe sarangheyo
Geudereul sarangheyo
Maljocha mot-hagoso
Geudereul geuroke bonenneyo

Mianhe mianheyo
Ne mari deullinayo
Dwineujeun ne gobegeul
Geuden deureul su isseulkkayo
Sarangheyo

 

(Jung YongHwa-Because I Miss You {Heartstring OST})

 

Victoria menepuk tangannya sebaik sahaja tamat persembahan ringkas daripada YongHwa dan rakan-rakannya itu.YongHwa tersenyum lebar apabila persembahannya itu mendapat tepukan daripada Victoria.

“Daebak!”Kata Victoria,memuji persembahan YongHwa itu.

“Kamsahamida,”ucap YongHwa,sambil tersenyum.

 

 

Rumah Agam Keluarga Jung

 

“Awak buat apa dekat sini?Tak puas lagikah nak kacau saya dekat sekolah?” Soal G.O,tidak senang dengan kehadiran Ye Jin di rumahnya itu.Ye Jin sekadar memuncungkan mulutnya.Enggan mahu berganjak keluar dari rumah itu walaupun kehadirannya ternyata jelas tidak disenangi oleh G.O.

“Ala G.O...saya saja nak jumpa dengan awak.Takkan itu pun tak boleh?” Soal G.O.Kedengaran G.O melepaskan keluhan berat.

“Awak nak apa?” Soal G.O,malas untuk berbalah.Dia benar-benar berasa letih ketika itu.Andai diikutkan hati,mahu saja dia masuk ke dalam biliknya untuk berehat.

“Kan saya cakap tadi yang saya nak jumpa dengan awak.Awak tak dengarkah tadi?”Soal Ye Jin sebelum dia mencapai tangan G.O.G.O segera melepaskan tangannya.

“Kita kan boleh jumpa dekat kelas.Kalau penting sangat pun apa yang nak cakap dengan saya ni,tak bolehkah kalau tunggu esok?Saya betul-betul penat ni,awak tahu tak?”Balas G.O,rimas.

“Dah saya rindukan awak.Nak buat macam mana,”kata Ye Jin.G.O mendengus kasar.

“Sekarang awak dah tengok muka saya kan?Awak dah tak rindu saya dah kan?Jadi..boleh tak kalau awak tolong balik?Izinkan saya berehat ,boleh?”Soal G.O.

“Kalau awak nak berehat..awak berehat sajalah.Saya nak duduk sekejap dekat rumah awak ni.Saya sukalah rumah awak.Cantik.Nanti kalau saya nak balik,saya baliklah,”kata Ye Jin.

“Suka hati awaklah.Saya malas nak layan dah,”kata G.O,segera meninggalkan Ye Jin di ruang tamu.Dia benar-benar mengantuk ketika itu.Latihan tanpa henti di Jtune sebentar tadi benar-benar menyebabkan dia kehabisan tenaga ketika itu.G.O terus menaiki tangga menuju ke arah biliknya tanpa langsung mempedulikan pandangan Ye Jin terhadapnya.

 

 

Ye Jin menolak pintu bilik G.O secara perlahan-lahan.Bibirnya tersenyum puas apabila melihat G.O yang sedang lena dibuai mimpi di atas katil itu.Kehadirannya di situ langsung tidak disedari oleh G.O.Perlahan-lahan,dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

“Lenanya awak tidur,”bisik Ye Jin sambil mengusap lembut rambut G.O yang perang itu.Bibirnya tersenyum melihat G.O yang sedang tidur dengan begitu lena sekali.

“Saya suka tengok awak,G.O.Saya suka tengok mata awak...hidung awak..”

Ye Jin memandang ke arah bibir G.O sambil tersenyum.Perlahan-lahan,dia menyentuh bibir lelaki itu.

“Bibir awak...”Sambungnya lagi.

“Saya suka semuanya pasal awak.Awak memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya yang saya cari selama ni,”bisik Ye Jin lagi.

“Awak ingat...kalau awak bersikap dingin dengan saya,saya akan menjauhi awak?”Soal Ye Jin sambil mengusap lembut pipi lelaki itu pula.Ternyata G.O benar-benar letih,sehingga langsung tidak sedar akan sentuhan lembut Ye Jin terhadap wajahnya itu.

“Semakin awak bersikap dingin dengan saya...semakin kuat usaha saya untuk mendekati awak,Jung ByungHee...’Bisiknya lagi.

“Mungkin sekarang,awak bencikan saya.Tapi nanti...saya akan pastikan awak tunduk dengan saya,”katanya lagi sebelum dia mencium lembut pipi lelaki itu.

“Good night my dear,”ucap Ye Jin sambil tersenyum.Perlahan-lahan,dia melangkah keluar dari bilik itu.Namun langkahnya terhenti apabila melihat YongHwa yang sedang berdiri di hadapannya,tidak jauh dari bilik G.O itu.Kelihatan YongHwa terkejut dengan kehadiran Ye Jin di situ.

“Ye Jin ah?”

“YongHwa?”

 

 

“Awak buat apa dekat sini?” Soal YongHwa,sambil menoleh ke arah Ye Jin.

“Ye Jin ah?” Soal YongHwa lagi apabila gadis itu tidak menjawab pertanyaannya.

“Yang awak sibuk nak tahu kenapa?Suka hatilah saya nak balik ke Korea ni sebab apa,”balas Ye Jin,kasar.

“Apa awak buat dalam bilik ByungHee tadi?”Soal YongHwa.Ye Jin tersenyum sinis.

“Kenapa?Awak cemburukah?Saya ingatkan awak dah tak cintakan saya lagi,”balas Ye Jin.Kedengaran Yonghwa melepaskan keluhan kecil.

“Saya tak tahu pula awak ada sepupu yang kacak macam G.O tu.Saya sukalah tengok dia.Kacak..keras kepala..sikit pun tak ubah macam awak,”kata Ye Jin.

“Saya tak faham apa tujuan awak datang ke sini.Tapi saya tak nak awak ganggu G.O dan keluarga dia.Kalau awak nak balas dendam awak terhadap saya pun,tolong jangan ganggu keluarga sepupu saya,”kata YongHwa.

“Apa yang saya buat ni...tak ada kaitan dengan awak,okey?Saya mendekati G.O bukan sebab awak.Saya mendekati dia sebab saya nakkan dia.Buat apa saya nak tunggu awak lagi kalau saya dah tahu yang G.O tu jauh lebih baik daripada awak?”Balas Ye Jin pula.

“Tapi dia tak cintakan awak pun.Buat apa awak kejar dia lagi?”Soal YongHwa.

“Awak ingat saya akan mudah mengalah?Kalau dia tak cintakan saya,saya akan buat dia jatuh cinta dengan sayalah.Bukannya susah pun.Awak pun tertarik dengan saya jugakan sebelum ni?”Soal Ye Jin pula sambil tersenyum.

“Awak betul-betul dah berubah Ye Jin,”kata YongHwa,perlahan.Ye Jin sekadar tersenyum sinis.

“Awak juga yang menyebabkan saya berubah macam ni.Jadi awak tak boleh nak bisinglah,”kata Ye Jin.Yonghwa terus memandang ke arahnya tanpa membalas kata-kata gadis itu.

“Okeylah.Saya dah penat.Saya datang sini sebab nak jumpa dengan sepupu awak yang hot tu.Tak sangka pula saya boleh jumpa awak dekat sini.Kecil betul dunia ni,”kata Ye Jin.

“Well..nice to see you again,YongHwa.Mungkin kita akan lebih kerap berjumpa selepas ni.Saya harap awak tak kisah,”kata Ye Jin sambil tersenyum.Tanpa membuang masa lagi,dia segera beredar dari situ dengan kereta mewahnya itu.Dia langsung tidak mempedulikan pandangan Yonghwa terhadapnya itu.YongHwa pula melepaskan keluhan berat.

“Kenapa ni,YongHwa?” Soal Victoria,yang baru sahaja tiba itu.YongHwa menoleh ke arahnya.

“Oh tak ada apa-apa,”balas YongHwa sambil tersenyum.

“Awak cakap dengan siapa tadi?” Soal Victoria,ingin tahu.

“Em...kawan...kawan lama,”balas YongHwa.Victoria sekadar tersenyum mendengar jawapan daripada YongHwa itu.

“Awak tahu tak G.O dekat mana?” Soal Victoria.

“Kenapa?Rindu dia ekh?”Usik YongHwa.

“Taklah.Saya nak tanya dia nak makan malam ke tak.Awak pun tak nak makankah?”Soal Victoria.

“Dia ada dekat bilik.Tengah tidur kot,”kata YongHwa.

“Oh okay.Saya pergi tengok dia sekejap,”kata Victoria,kemudiannya beredar meninggalkan YongHwa di situ.YongHwa pula memandang ke arahnya sebelum mengeluh perlahan.

“Apa yang Ye Jin nak buat sebenarnya?”Keluhnya.

 

 

“G.O yah~~”

Victoria mendekati G.O yang sedang lena dibuai mimpi itu.Keletihan jelas terpancar pada wajahnya ketika itu.Victoria tersenyum melihat G.O yang langsung tidak menyedari akan kehadirannya di situ.Perlahan-lahan,dia menyentuh bahu G.O.

“G.O yah..makan malam dah siap.Awak nak makan tak?’Soal Victoria sambil menggerakkan bahu lelaki itu.Kelihatan G.O menggerakkan sedikit tubuhnya,seolah-olah tidak selesa apabila tidurnya diganggu oleh Victoria.

“G.O yah...bangunlah.Awak tak makan lagi ni.Awak makanlah dulu.Lepas tu awak tidurlah,”kata Victoria lagi.

“Hm...”Balas G.O dalam tidurnya.

“G.O yah...”

Perlahan-lahan lelaki itu membuka matanya.

“Victoria?”

Victoria tersenyum apabila melihat G.O yang mulai terjaga dari lenanya itu.

“Awak nak makan tak?Makan malam dah sedia dekat bawah,”kata Victoria,sambil mengusap lembut rambut G.O.G.O tersenyum melihat Victoria yang sedang mengusap rambutnya itu.

“Cantiknya awak...saya tak tahu pula yang awak cantik macam ni,”kata G.O.Suaranya kedengaran serak.Victoria tertawa kecil.

“Apa awak ni,G.O?Awak mimpi lagikah?”Soal Victoria.G.O turut ketawa.

“Awak memang cantik.Salahkah saya nak puji awak,”kata G.O,perlahan.Matanya masih lagi kelihatan kuyu.Seolah-olah mahu menyambung tidurnya semula.

“Awak memang tak nak makankah malam ni?” Soal Victoria.

“Saya letihlah.Saya nak tidur.Awak temankan saya...hm?”Soal G.O sambil merangkul tubuh Victoria supaya dekat dengannya.

“Saya ada kerja dekat bawah.Kalau awak nak tidur,awak tidurlah.Kalau awak lapar,nanti awak turunlah bawah,okey?”Soal Victoria.G.O terus menarik Victoria ke dalam pelukannya sambil memejamkan matanya.

“G.O...”

Namun,lelaki itu tidak membalas panggilannya.Pasti lelaki itu sudah kembali hanyut ke dalam dunia mimpinya semula.Victoria melepaskan keluhan kecil.Dia memandang ke arah G.O yang sedang lena itu.

 

“Saya cintakan awak,Victoria...”

“Saranghae...”

 

Victoria mengusap lembut pipi G.O sambil tersenyum.

 

“Awak sukakan dia.Kenapa awak tak nak mengaku saja?”

 

 

Kata-kata Yonghwa turut terngiang-ngiang dalam fikirannya.Victoria terus menatap wajah lelaki itu.

“G.O yah...”

“Saya...saya...”

“Saya bencikan awak...”

“...sebab awak dah..awak dah buat saya jatuh cinta dengan awak...”

“Saya cintakan awak...Jung ByungHee...”

Perlahan-lahan,Victoria mencium lembut bibir G.O sambil menyentuh lembut pipi lelaki itu.G.O pula masih lagi terbaring kaku di situ tanpa langsung menyedari Victoria yang sedang mencium bibirnya itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/