Chap 1

Hate You Love You

G.O tidak mengendahkan pandangan pelajar-pelajar wanita yang sedang asyik memerhatikannya di dalam kelas itu.Dia lebih selesa menghabiskan masanya dengan membaca buku sambil mendengar lagu melalui headphonenya itu.Terdapat juga sebahagian daripada pelajar wanita yang curi-curi mengambil gambarnya untuk simpanan peribadi.

“Kacaknya dia ni!” Kedengaran jeritan beberapa orang pelajar wanita yang melihat gambarnya yang berjaya ditangkap melalui telefon bimbitnya itu.G.O melepaskan keluhan kecil.Tidak lama selepas itu,kedengaran jeritan sekumpulan pelajar perempuan yang semakin kuat di dalam kelas itu.G.O langsung tidak memandang ke arah sekeliling seolah-olah sudah mengetahui punca yang menyebabkan kekecohan berlaku di dalam kelas itu.

“Aku dengar kau buat budak perempuan menangis lagi hari ni.”

G.O langsung tidak menoleh sebaik sahaja mendengar sapaan daripada suara yang begitu dikenalinya itu.Sebaliknya dia lebih selesa meneruskan bacaannya sambil mendengar muzik itu.

“Apa kau buat dekat sini?” Soal G.O,tanpa menoleh.Lelaki itu tersenyum sambil melihat ke arah sekeliling kelas tersebut.Kelihatan mereka sedang asyik diperhatikan oleh pelajar-pelajar wanita di dalam kelas itu.

“Aku tak faham betul macam mana kau boleh selesa belajar dalam kelas yang bising macam ni,ByungHee,”kata lelaki itu.G.O tidak menjawab sebaliknya dia meneruskan bacaannya itu.

“Budak-budak tu dah tunggu dekat practice room.Jom?”Ajak lelaki itu.G.O menoleh ke arah lelaki tersebut sambil menanggalkan headphonenya itu.

“Bagus juga.Aku pun bercadang nak beli headphone baru,”kata G.O sebelum dia mengemas barangnya untuk beredar dari kelas itu.

“G.O OPPA!!!”

“SEUNGHO OPPA!!!”

“Bising betul.Kenapalah appa kau tak sediakan kelas khas untuk kita berlima.Aku rimas,”kata G.O sebaik sahaja mereka sudah pun melangkah keluar dari kelas itu.

“Nilah bayarannya kalau dah jadi terkenal,”kata SeungHo sambil tersenyum.

 

 

Bilik Latihan,Jtune Camp

 

“Okey,kita rehat untuk 15 minit,”kata jurulatih tari sebelum dia beredar meninggalkan bilik latihan itu.Sebaik sahaja,mereka dibenarkan untuk berehat selama 15 minit,Lee Joon segera membaringkan dirinya di atas lantai dengan dadanya yang masih berombak kencang.Tubuhnya yang sasa itu basah dengan peluh kerana latihan yang berterusan itu.

“Ah!!!Seronoknya kalau dapat tidur,”katanya sambil memejamkan matanya.Cheondung dan Mir pula duduk bersandar pada dinding sambil meneguk air sejuk bagi menghilangkan rasa dahaga mereka itu.G.O dan SeungHo juga duduk di suatu sudut sambil memerhatikan gelagat rakan-rakan mereka yang sedang berehat itu.

“Malam ni...kita ada latihan lagi ke?” Soal Cheondung sambil memandang ke arah SeungHo.G.O yang berada di sebelah SeungHo itu sekadar membisu.Dia yang hanya memakai t-shirt hitam dan berseluar track hitam itu tetap kelihatan kacak.Tambahan pula dengan rambutnya yang basah kerana peluh itu membuatkan penampilannya kelihatan lebih seksi daripada kebiasaannya.

“Tak ada.Kenapa?”Soal SeungHo.Lee Joon yang sedang berbaring itu terus bangun dari pembaringannya sambil memandang ke arah SeungHo.

“Kami bercadang nak pergi lepak dekat tempat biasa.Dah lama kita tak pergi situ.Boleh tak,G.O Hyung?”Soal Lee Joon sambil memandang ke arah G.O.SeungHo turut memandang ke arah G.O,selaku penyanyi utama kumpulan itu.G.O memandang ke arah Lee Joon dan SeungHo bersilih ganti.

“Kenapa tanya Hyung?Tanyalah SeungHo.Dia kan leader kumpulan kita,”kata G.O.

“Tapi tempat tu kan family G.O Hyung yang punya?Mestilah kami kena tanya G.O Hyung,”celah Mir pula.G.O memandang ke arah ahli kumpulannya bersilih ganti sebelum bibirnya menguntum senyuman nipis.

“Sure.Why not?”

 

 

Monalisa Night Club

 

“Dah lama tak nampak kamu berlima datang sini,”kata Ji Hoon sambil mengambil tempat bersama-sama kumpulan MBLAQ itu.SeungHo tersenyum ke arah Ji Hoon yang merupakan sepupu kepada G.O itu.G.O pula sedang kusyuk memerhatikan gelagat beberapa orang wanita yang sedang seronok menari dalam kelompok orang ramai itu.

“Kami sibuk dengan latihan kami,Hyung.Ni pun si Lee Joon yang ajak.Kalau tak,rasanya kami tak sampai ke sini malam ni,”kata SeungHo.

“Dah banyak juga yang berubah dengan tempat ni kan,Hyung?”Soal Lee Joon pula,kagum melihat suasana kelab malam milik keluarga G.O yang serba mewah itu.Ji Hoon tersenyum.Ji Hoon kemudiannya menoleh ke arah sepupunya itu.

“Yah,Jung ByungHee.Kenapa diam saja ni?” Soal Ji Hoon,sambil memaut bahu lelaki itu.

“Tak ada apa,Hyung.Cuma bosan,”kata G.O.

“Bosan?Em...patutkah Hyung jadikan malam ni lebih hangat dari biasa?”Soal Ji Hoon,sambil tersenyum nakal.G.O menoleh ke arahnya.

“Tapi itu pun kalau kamu semua boleh tolonglah,”kata Ji Hoon lagi.Kali ini dia memandang ke arah SeungHo,Lee Joon,Cheondung dan Mir pula.

“Tolong apa,Hyung?” Soal Cheondung pula.G.O yang bagaikan sudah dapat menangkap maksud di sebalik kata-kata sepupunya itu segera menggelengkan kepalanya.

“Aniyo!Kami takkan buat,”kata G.O.

“Wae?Lagipun kamu berlima kan dah ada kelompok peminat kamu sendiri.Takkan kamu semua sanggup nak menghampakan peminat-peminat kamu ni?Come onlah,ByungHee.Takkanlah tak nak tolong perniagaan keluarga sendiri?” Soal Ji Hoon.

“ByungHee tak sukalah,Hyung.Apa kata Hyung suruh saja Lee Joon buat seorang?ByungHee tak nak terlibat ,”kata G.O,tetap berdegil.

“Come on,ByungHee.Please~~~” Pujuk Ji Hoon lagi.G.O melepaskan keluhan berat.

 

Hey girl it’s BLAQ style
Now turn it up

I don’t know what to do
Eodiseo mwol hago inneunji
I don’t know what to do
Nal hanbeonjjeumeun saenggakhaneunji
I don’t care about you
Gunggeumhangeonji jipchagingeoji
Nado moreugesseo
Jeongmal moreugesseo

I don’t know what to do
Eodiro nal deryeoganeunji
I don’t know what to do
Naemaeumi neol hyanghaeinneunji
I don’t care about you
Nananan moreugesseo
Jeongmal moreugesseo
Jeongmal moreugesseo

You
It’s you
It’s you
Nan nega animyeon jeoldae andoendago

 

 

Semua orang yang berada di situ menjerit , teruja melihat tarian seksi daripada MBLAQ di atas pentas itu.Mereka turut menyanyi sambil menari mengikut rentak muzik yang sedang dimainkan itu.Jeritan pelanggan-pelanggan wanita di situ semakin kuat apabila melihat kelima-lima jejaka kacak MBLAQ itu membuat tarian seksi dengan baju kemeja putih itu.MBLAQ kemudiannya turun dari pentas sambil menari bersama-sama beberapa pelanggan wanita dalam khalayak ramai itu.G.O turut mengikut rentak MBLAQ yang begitu asyik menari bersama-sama pelanggan wanita di dalam kelab malam itu.Ji Hoon yang memerhatikan mereka dari jauh itu sekadar tersenyum.

“I told you,G.O...”Kata Ji Hoon sebelum dia beredar memasuki ke dalam biliknya yang terdapat di dalam kelab malam itu.

 

G.O memeluk pinggang wanita itu dengan erat sambil menari sebelum wanita itu menariknya menuju ke arah suatu sudut tersembunyi di dalam kelab itu.Tanpa berlengah lagi,wanita itu terus merangkul leher G.O sebelum dikucupnya bibir lelaki itu.G.O cuba melepaskan dirinya daripada pelukan wanita itu namun tidak berjaya.

“Nanti dulu...”G.O cuba melepaskan dirinya.

“Wae?” Soal wanita itu sambil mengucup leher G.O pula.G.O terus cuba melepaskan dirinya daripada wanita itu,bimbang sekiranya dia juga hanyut dengan godaan wanita itu.

“Kajima...”Pujuk wanita itu,berbisik dengan menggoda.Dia cuba untuk membuka butang baju kemeja yang dipakai oleh G.O itu namun lelaki itu sempat memberhentikan kelakuannya itu.Dia menguntum senyuman manis ke arah wanita itu.

“Kita tak boleh buat dekat sini,”kata G.O,separuh berbisik.Wanita itu turut tersenyum sambil mengusap pipi lelaki itu.

“Habis tu...you nak buat dekat mana?” Soal wanita itu.

“You tunggu I dekat atas dulu.Nanti I datang,”kata G.O,cuba mencari jalan untuk melepaskan diri daripada wanita itu.Wanita itu tersenyum menggoda.

“Arasso.I tunggu you dekat atas,”kata wanita itu sebelum dia mengucup bibir G.O sekali lagi.Sebaik sahaja,wanita itu beredar G.O melepaskan nafas lega.Dia segera mengelap bibirnya dengan tangannya.

“Kau ingat dapat goda aku dengan mudah?” Kata G.O sambil tersenyum sinis.Dia kemudiannya memerhatikan rakan-rakannya yang masih seronok menari di ruang tengah kelab itu.Dia kemudiannya berjalan keluar menuju ke ruang belakang bangunan kelab itu untuk bersendirian.Dia segera mengeluarkan sekotak rokok sebelum dihidupkan api pada salah satu rokok yang terdapat di dalam kotak itu.Rokok itu dihisapnya sebelum asap rokok itu dilepasnya secara perlahan-lahan.Dia berasa sedikit tenang apabila berada di situ sebelum ketenangannya terganggu oleh bunyi bising dari suatu sudut.

“Lepaslah!”

“Janganlah macam tu.Kami Cuma nak ajak awak berseronok dengan kami saja.”

“Saya cakap lepaslah.Awak tak faham ke?!”

 

G.O segera memijak rokoknya yang masih menyala itu sebelum dia berjalan menuju ke arah bunyi bising itu.Kelihatan seorang wanita sedang diganggu oleh sekumpulan lelaki di situ.Wanita itu berkemungkinan merupakan salah seorang pekerja di kelab malam itu berdasarkan pakaian seragam yang dipakainya itu.

“Lepaslah!”Wanita itu berusaha melepaskan genggaman tangan lelaki itu terhadapnya.Kedengaran sekumpulan lelaki itu ketawa mengejeknya.

“Saya cakap lepaslah!” Jeritan wanita itu semakin kuat.

“Ish,bisinglah kau ni!”Lelaki itu cuba untuk menampar pipi wanita itu sebelum kelakuannya dihalang oleh G.O yang baru muncul itu.Lelaki itu menoleh ke arah G.O.G.O pula tersenyum ke arahnya.

“Yah...janganlah macam tu,bro.Takkan tak faham-faham bahasa lagi.Dah dia kata tak nak..tak naklah.Tak payahlah nak paksa-paksa,”kata G.O,dengan tenang.

“Kau siapa nak kacau aku hah?!Ni urusan aku.kau jangan sibuklah!”Jerkah lelaki itu sebelum dia bertindak untuk menumbuk G.O.Namun,G.O lebih pantas apabila dia sempat mengelak daripada menerima tumbukan lelaki tersebut.G.O tersenyum sinis.

“Tak payahlah sampai nak guna kekerasan ,bro.Selagi angin aku masih baik,baik kau pergi dari sini,”kata G.O,perlahan sambil menggosok belakang lehernya.Namun ternyata rundingannya itu tidak berjaya apabila lelaki itu tetap mahu melawannya.G.O segera menumbuk lelaki itu sehingga membuatkan lelaki itu terjatuh di atas lantai.G.O tersenyum lagi.

“Aih...kan dah kena,”kata G.O sebelum dia menoleh ke arah beberapa lelaki lain yang turut berada di situ.

“Eh...dia ni sepupu pemilik kelab ni kan.Baik kita pergi dari sini sebelum dia panggil orang-orang dia belasah kita,”kata salah seorang daripada kumpulan lelaki itu sebelum mereka beredar meninggalkan G.O dan wanita itu di situ.G.O menoleh ke arah wanita itu.

“Gwenchana?” Soal G.O sambil menggosok-gosok tangannya yang merah itu.Wanita itu memandang ke arahnya.Kedua-dua mereka terkejut apabila berpandangan antara satu sama lain.

“Victoria?!”

“G.O?!”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/