2

Hello, Mr. Crush!

“Wah, kita bertiga satu kelas. Seronoknya!” teriak Hana. Yoon Hee dan Ja Eun hanya menggeleng melihat sikap Hana yang agak kebudak-budakan.

            “Hari ni hari pertama dan esok baru kita ada kelas. Korang nak pergi mana lepas ni?” soal Hana. Memandangkan hari ini ialah hari pendaftaran sahaja jadi tiada kelas untuk mereka pada hari itu memandangkan pihak universiti perlu menguruskan banyak perkara seperti pensyarah untuk setiap kelas, dan jadual kuliah untuk setiap kursus.

            “Kitorang nak cari rumah sewa dekat-dekat kawasan sini sebab kitorang rancang nak tinggal sendiri,” balas Yoon Hee. Dia dan Ja Eun sudah merancang seandainya mereka ada kelepangan pada hari itu mereka akan terus pergi cari rumah di sekitar kawasan situ.

            “Macam kebetulan je. Aku sebenarnya tinggal sorang. Keluarga aku ada belikan aku apartment dekat kawasan sini. Apa kata korang tinggal dengan aku aje? Lagipun aku bosanlah tinggal kat rumah tu sorang-sorang. Kalau korang ada mesti seronok,” ujar Hana penuh teruja.

            “Tak pe ke? Kitorang serba salah pulak,” kata Ja Eun. Mereka berdua baru mengenali Hana kurang dari 24 jam dan Hana sudah mengajak mereka untuk tinggal bersamanya. Dia diburu rasa bersalah kerana terasa seperti menyusahkan gadis itu pula.

            “Mana ada menyusahkan. Mesti seronok. Kita sekelas lepas tu duduk serumah kan senang kalau nak belajar sama-sama? Jomlah tinggal dengan aku. Mesti keluarga aku setuju lagipun diorang memang nak aku cari kawan untuk duduk rumah tu dengan aku,” pujuk Hana.

            Yoon Hee dan Ja Eun berpandagan sesama sendiri sebelum mengangguk tanda setuju. Tak perlulah mereka susah untuk cari rumah sewa lagi. Nampaknya satu masalah sudah selesai dan mereka sangat berterima kasih kepada Hana.

            Hana melompat keriangan apabila kawan yang baru dikenalinya itu bersetuju dengan cadangannya. “Yehet! Jom pergi makan. Aku laparlah. Jangan risau aku belanja.” Hana menarik tangan sahabatnya ke kafe untuk makan tengah hari.

 

“Hana, kau tak payahlah susah nak belanja kitorang makan. Kitorang jadi serba salah pulak,” ujar Ja Eun. Pertama kali dia jumpa dengan gadis yang sebaik Hana. Mula pula Ja Eun dibuatnya.

            “Ala, tak pe lah anggaplah ni sebagai tanda terima kasih sebab korang sudi tinggal dengan aku,” ujar Hana ceria.

            “Korang makan dululah. Aku nak pergi tandas kejap.” Yoon Hee meminta diri untuk ke tandas.

            Yoon Hee berjalan menuju ke tandas. Di pertengahan jalan, dia terlanggar seseorang yang sedang bercakap dalam telefon. Akibatnya, telefon yang dipegang oleh lelaki itu terjatuh ke atas lantai.

            “Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja.” Ujar Yoon Hee sambil tunduk. Lelaki itu hanya diam. Dia mengutip telefon bimbitnya yang tersadai di atas lantai.

            “Tak pe. Hal kecil je,” kata lelaki itu.

            Yoon Hee mendongak. ‘Handsomenya.’ Yoon Hee tak dapat mengelak daripada memuji lelaki itu di dalam hati.

            “Handphone awak rosak ke? Kalau rosak awak bagi tahu saya. Nanti saya gantikan yang baru,” ujar Yoon Hee bersungguh-sungguh. Dia memandang telefon bimbit yang ada di tangan di lelaki itu.

            iPhone 5! Mak datuk! Handphone mahal ni beb! Memang habis duit elaun aku macam ni. Tapi nak buat macam dah memang salah aku. Yoon Hee menelan liur saat melihat telefon bimbit di tangan lelaki itu. Wajahnya menjadi pucat serta merta. Kalau handphone lelaki tu betul-betul memang masak dia.

            Lelaki itu perasan riak wajah Yoon Hee yang mengalahkan ayam berak kapur. Dia tahu apa yang bermain di fikiran gadis itu.

            “Jangan risau. Handphone saya okey je. Awak tak perlu bayar ganti rugi.” Lelaki itu tersenyum.

            ‘Dia nampak lagi handsome bila senyum.’ Sempat lagi Yoon Hee memuji lelaki itu.

            “Kalau macam tu saya pergi dulu.”

            Yoon Hee hanya memandang lelaki itu yang semakin menjauh. Entah mengapa dalam hati dia sangat berharap yang dia akan jumpa lelaki itu lagi.

           

"Sorry lambat." seorang lelaki mendekati 11 orang rakannya yang sedang menunggu di tempat letak kereta.

            "Asal kau lambat? Kau pergi tandas ke betulkan tandas?" salah seorang dari mereka yang memakai topi memerli lelaki itu.

            "Tapi sebelum balik boleh tak kita pergi satu tempat?" pinta lelaki itu. 

            "Nak pergi mana?" kali ini lelaki yang wajahnya persis seperti perempuan pula bertanya.

            Lelaki itu menunjukkan telefon bimbit yang sudah retak skrinnya kepada 11 orang lelaki tadi. "Aku kena tukar handphone baru. Handphone aku ni dah rosak," ujar lelaki itu.

             Walaupun telefon bimbit iPhone5 kesayangannya rosak teruk, dia tidak rasa yang itu satu perkara yang membebankan kerana dia tahu ada sesuatu di sebalik insiden tadi. Yang pasti dia tak menyesal pun kalau dia perlu menukar telefon baru gara-gara pelanggaran tadi.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel