15

Hello, Mr. Crush!

Yoon Hee merenung tepat ke dalam mata Chen. Bibir lelaki itu mulai dekat dengan bibirnya. Semakin lama semakin dekat. Yoon Hee tidak berganjak di tempatnya. Dia terketar-ketar sambil kedua-dua belah tangannya mencengkam erat bahagian tepi gaun yang dipakainya. Dia tak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Sehinggalah pandangannya menjadi gelap tiba-tiba.

            “Yoon Hee!”

Hana dan Ja Eun mula panik apabila Yoon Hee rebah tidak sedarkan diri. Suasana mula bertukar menjadi kelam-kabut. Kyung Soo bangun dari tempatnya dan menuju ke arah Yoon Hee. Dia memangku kepala gadis itu di atas ribanya. Chen mula diburu rasa bersalah. Dia hanya memandang Yoon Hee yang masih tidak sedarkan diri.

            “Yoon Hee-ah.” Kyung Soo menampar lembut pipi Yoon Hee tetapi gadis itu masih tidak sedarkan diri.

            “Ya! Tengoklah apa yang kau dah buat.” Marah Xiumin. Dia mendekati Chen yang masih kaku di tempatnya.

            “Mianhei, aku cuma nak bergurau je,” balas Chen penuh rasa bersalah.

            Kyung Soo mendukung Yoon Hee lalu membaringkan gadis itu di atas sofa.

            “Nak bergurau pun agak-agaklah. Nasib baiklah tak jadi apa-apa kat anak orang ni. Kalau tak, kau nak bertanggungjawab?” sampuk Suho pula. Dia tahu Chen memang suka mengenakan orang tapi bila benda dah jadi begini bagi Suho, kali ini Chen agak keterlaluan.

            Kyung Soo tidak mempedulikan Xiumin dan Suho yang sibuk ‘brainwash’ Chen. Dia duduk bersimpuh di tepi sofa. Tangannya mengusap lembut rambut Yoon Hee. Yoon Hee membuka matanya perlahan-lahan. Orang pertama yang menangkap pandangan matanya ialah Kyung Soo. Cepat-cepat Kyung Soo mengalihkan tangannya sebelum bangun dan menuju ke dapur.

            “Yoon Hee-ah, awak okey ke? Sorry pasal tadi. Saya cuma bergurau je. Tak sangka pulak awak boleh pengsan.” Chen mendekati Yoon Hee. Jelas kekesalan di wajahnya.

            “Tak apa. Patutnya saya yang kena minta maaf sebab buat korang risau. Sorry.” Yoon Hee tunduk memandang lantai. Dia sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh pengsan. Malunya.

            “Nah, minum air ni dulu.” Segelas air dihulurkan kepada Yoon Hee.

            Dia mengangkat wajah. Kyung Soo memandangnya tanpa berkelip. Perlahan-lahan Yoon Hee mengambil gelas tersebut dari tangan Kyung Soo.

            “Kumawo,” ucap Yoon Hee sebelum meneguk air yang diberikan oleh Kyung Soo.

            Cawan yang kosong diletakkan di atas meja kopi. Yoon Hee mendongak memandang Kyung Soo yang masih lagi setia berdiri di hadapannya. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya sekarang tetapi dia hanya biarkan sahaja tanpa diluahkan.

            “Kalau macam tu kitorang balik dulu. Terima kasih sebab ajak kitorang,” ujar Hana yang sudah berdiri diikuti oleh Yoon Hee dan Ja Eun.

            “Sekali lagi saya minta maaf pasal tadi, Yoon Hee,” ujar Chen.

            Yoon Hee tersenyum memandang Chen. “Tak apa.”

            “Terima kasih Kyung Soo.” Ucap Yoon Hee. Dia sendiri tak tahu kenapa dia perlu berterima kasih kepada lelaki itu.

            Kyung Soo hanya membalas dengan senyuman.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel