17

Hello, Mr. Crush!

Yoon Hee dan Lay berjalan beriringan ke pintu masuk kolej. “Terima kasih sebab sudi tumpangkan saya pergi kolej,” ucap Yoon Hee.

            Lay mempamerkan senyumannya yang  mampu mencairkan semua gadis. “Tak ada apalah. Hal kecil je. Lagipun dah kebetulan saya pun nak pergi kolej, apa salahnya kalau saya tumpangkan awak sekali?”

            Lay mengusap-ngusap lehernya. “Emm... saya nak pergi sarapan kat kafe awak nak ikut?” tanya Lay.

            Yoon Hee menggeleng. “Tak apalah. Saya dah sarapan tadi. Terima kasih. Kalau macam tu saya masuk kelas dulu.”

            Sejujurnya Yoon Hee masih lagi belum bersarapan. Dia bukannya mahu menipu Lay tetapi dia ada perkara penting yang perlu dilakukan. Yoon Hee dan Lay berpisah di lobi, lelaki itu menuju ke kafe manakala Yoon Hee terus mengorak langkah menuju ke kelas.

            Di koridor, beberapa meter sebelum sampai ke kelas dia menerima SMS daripada rakan sekelasnya yang kelas mereka pada pukul 9.00 terpaksa dibatalkan sebab pensyarah mereka ada urusan lain.  Yoon Hee mengeluh perlahan. Dia  masih ada masa 2 jam kerana kelas mereka yang seterusnya bermula pada pukul 11.00 pagi. Dia mula merencana apa yang dia lakukan dengan masa yang ada.

Kemudian dia mengeluarkan  kad yang seharusnya diberikan kepada Kyung Soo. Dia terpaksa membatalkan niatnya untuk meletakkan kad itu sekarang. Takut nanti ada yang mengambilnya. Lagipun untuk apa dia letakkan kad itu terlalu awal kerana dia yakin Kyung Soo pasti akan sampai lewat ke kolej.

            Yoon Hee menyimpan kembali kad itu di dalam beg dan mengambil keputusan untuk ke perpustakaan. Sekurang-kurangnya dia boleh manfaatkan masa yang ada dengan membaca.

 

 

 

Masa berdetik begitu pantas sehingga Yoon Hee tidak sedar yang dia sudah terlalu lama di perpustakaan. Yoon Hee memandang jam di pergelangan tangannya. Sudah pukul 10.30 pagi. Masih ada setengah jam sebelum kelas bermula. Tetapi Yoon Hee masih belum mahu pergi dari situ memandangkan dia masih lagi belum habis membaca buku di tangannya. Namun dia teringat tentang kad yang harus diberikan kepada Kyung Soo.

            Yoon Hee mengeluarkan kad dari beg tangannya dan menuju ke kelas. Nasibnya baik kerana masih belum ada sesiapa pun di dalam kelas itu. Dia melangkah masuk lalu meletakkan kad tersebut di atas meja Kyung Soo. Setelah selesai, dia keluar semula dari kelas untuk pergi ke perpustakaan bagi mengambil beg yang sengaja ditinggalkan di situ sekali gus meminjam buku yang dibacanya tadi.

           

 

 

            “Kyung Soo-ah, kitorang nak pergi kafe. Nak beli makananlah lapar. Kau nak ikut tak?” soal Baek Hyun. Dia menggosok perutnya yang sudah mula berkeroncong memainkan irama muzik tradisional.

            Bertaut kening Kyung Soo memandang Baek Hyun. “Bukan tadi kita dah sarapan kat rumah ke? Takkan lapar lagi?” soalnya. Bela hantu raya ke apa kawan aku ni?

            “Tadi lain sekarang lain. Kau nak ikut tak?” soal Baek Hyun lagi sebelum Kyung Soo berleter panjang kepadanya.

            Kyung Soo menggeleng. “Aku nak masuk kelas dulu. Kau pergi berdua ajelah dengan Chan Yeol.”

            “Okey.” Baek Hyun menarik tangan Chan Yeol supaya mengikutnya ke kantin sementara Kyung Soo menuju ke kelas.

 

 

Kyung Soo tiba dan masuk ke kelas seperti biasa. Dia berhenti di muka pintu. Seorang gadis yang berdiri di meja Kyung Soo berpaling apabila terasa dirinya seperti diperhatikan.

            “Kyung Soo.” Gadis itu terkejut apabila Kyung Soo memandangnya tanpa berkelip.

            Untuk seketika, Kyung Soo tak tahu apa yang dia harus lakukan. Dia memandang kad yang berada di tangan gadis itu tanpa berkelip. Dia tidak mengenali gadis itu bahkan inilah kali pertama dia melihat gadis itu. Tetapi dia tak dapat nafikan yang gadis itu memang cantik. Matanya merenung mata hazel gadis itu. Siapa agaknya gadis ini? Soalan itu yang bermain dalam fikirannya dari tadi.

            Gadis itu perasan yang Kyung Soo memandang kad yang berada di tangannya. “Oh, kad ni... sebenarnya saya...” gadis itu kehilangan kata-kata. Dia meletakkan kad itu semula di atas meja.

            Suara lembut gadis itu menyapa halwa telingnya, membawa Kyung Soo kembali ke realiti. Dia mendekati gadis yang masih tidak diketahui namanya. “Kad ni...”

            “Saya....” gadis itu cuba berkata-kata sesuatu tetapi terasa seperti tersekat di kerongkong.

            “Awak secret admirer saya?” soal Kyung Soo. Matanya tidak berkalih memandang gadis itu.

            “Huh? Nae....” balas gadis itu sambil tertunduk malu. Tidak berani memandang wajah Kyung Soo.

            “Jadi selama ni awak yang....” ayat Kyung Soo terhenti di situ. Gadis itu masih lagi tunduk.

            “Nae.”

 

 

Yoon Hee melihat segala yang berlaku antara Kyung Soo dan gadis yang dia tidak kenal siapa. Bibirnya terketar-ketar ingin berkata sesuatu tetapi tak terluah. Hanya matanya yang memainkan peranan mengalirkan mutiara jernih. Tetapi Yoon Hee tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Kata hatinya tetap berdegil mahu terus berdiri di situ menyaksikan perbualan antara Kyung Soo dan gadis yang telah mengaku sebagai secret admirer lelaki itu. Pastinya keputusan Yoon Hee untuk terus berdiri di situ adalah satu kesilapan besar.

            “Kyung Soo-ssi.” Gadis itu mula memandang wajah Kyung Soo. Pada awalnya dia kelihatan teragak-agak tetapi kemudiannya dia memberanikan diri mendekati Kyung Soo yang hanya beberapa sentimeter jauh daripadanya.

            “Saya...” gadis itu bermain-main dengan jari-jemarinya.

            Kyung Soo tidak bersuara. Dia hanya menanti apa yang ingin gadis itu katakan.

            “Saya sukakan awak,” luah gadis itu berani.

            Tanpa siapa menduga. Gadis itu mencium bibir lelaki di hadapannya. Kyung Soo tergamam. Jantung Yoon Hee bagaikan retak seribu melihat tindakan berani gadis itu. Dia menapak beberapa langkah ke belakang. Peristiwa yang terjadi beberapa detik yang lalu bagaikan layar perak yang kerap bermain di ruang fikirannya. Yoon Hee berpaut pada palang besi sebelum dia terduduk di atas lantai yang dingin.

            Yoon Hee bingung. Dia tak boleh berfikir. Apa yang dia harus lakukan sekarang? Masuk ke dalam kelas dan melihat perempuan yang entah dari mana datangnya cuba menggoda Kyung Soo dan meyakinkan lelaki itu bahawa dialah secret admirer yang sebenar? Atau pergi dari situ? Yoon Hee berdiri tegak. Air mata yang masih belum berhenti mengalir dibiarkan saja. Dia tak boleh terus berada di situ dan berlagak tenang seolah-olah dia tak peduli dengan apa yang berlaku. Tanpa bertangguh, Yoon Hee terus menghayun kakinya pergi dari situ. Dia tak peduli kalau dia perlu ponteng kuliah yang penting dia boleh bersendiri dan menjauh dari semua orang. Terutamnya Kyung Soo.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel