22

Hello, Mr. Crush!

Yoon Hee dan Ja Eun terpisat-pisat keluar dari bilik sambil menuju ke dapur. Memandangkan hari ini hari minggu mereka semua bangun lebih lewat daripada biasa. Tetapi hari ini Hana pula yang bangun lebih awal daripada mereka.

            “Nae oppa. Bye.” Hana menamatkan panggilan telefon lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

            “Sehun telefon ke?” soal Ja Eun yang masih mamai. Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya sebelum meletakkan kepalanya di atas meja. Walaupun dia bangun lewat rasa kantuknya masih lagi bersisa.

            “Kenapa abang kau telefon?” Yoon Hee meletakkan susu kotak di atas meja.

            “Lay dia masuk hospital,” ujar Hana memeranjatkan dua orang lagi kawannya.

            “Apa?” Ja Eun yang berniat hendak  menyambung tidurnya di meja makan untuk terus duduk tegak sambil matanya buntang memandang Hana.

            “Sakit apa?” Yoon Hee duduk di sebelah Hana.

            “Demam panas,” balas Hana ringkas.

            “Tapi sepanjang minggu ni dia nampak biasa aje. Tak nampak macam orang sakit pun,” ujar Ja Eun. Cuma yang lainnya cara Lay melayan Yoon Hee daripada biasa kepada luar biasa.

            Selepas kejadian Yoon Hee tercedera, Lay terlalu ambil perhatian akan Yoon Hee sehingga mengundang tanda tanya kepada ahli EXO yang lain. Sepanjang minggu ini mereka berdua selalu perhatikan cara Lay melayan Yoon Hee dan berdasarkan pemerhatian mereka, sah yang Lay memang menyimpan perasaan terhadap kawan mereka.

 

FLASHBACK 1

“Yoon Hee-ah.”

            Yoon Hee duduk di sebelah Lay. Senyuman diukirkan kepada lelaki itu. Saat itu tiada siapa yang betapa berdebarnya lelaki itu saat Yoon Hee menghadiahkan senyumannya kepada dia. Hari ini Soo Jin tidak lagi menyertai mereka di kafe itu. Tiada siapa yang tahu apa puncanya tetapi apa yang Yoon Hee pasti itu tidak bermakna yang minah tiga suku itu akan menyerah begitu saja. Pasti ada sesuatu yang dia rancangkan. Entahlah.

            “Macam mana dengan kaki awak? Dah okey?” soal Lay prihatin.

            “Saya kena berterima kasih pada Chen sebab dia memang pandai urut. Kaki saya dah kurang sikit sakitnya,” balas Yoon Hee.

            “Tak adapalah Yoon Hee. Hal kecil je. Tapi kalau awak rasa berterima kasih, belanjalah saya makan,” ujar Chen.

            “Awak nak makan apa?” soal Yoon Hee.

            Chen cepat-cepat menolak. “Saya gurau ajelah. Janganlah ambil serius sangat.”

            “Yoon Hee, awak nak makan apa?” Lay bertanya.

            Kyung Soo memandang Lay dengan ekor matanya. Dia pelik apabila Lay tiba-tiba ambil berat terhadap Yoon Hee.

            “Saya ingat nak minum susu je,” balas Yoon Hee. Dia sudah mengambil sarapan sebelum ke kelas dan hingga sekarang dia masih kenyang. 

            “Kalau macam tu saya pergi belikan untuk awak.” Belum sempat Yoon Hee menghalang Yoon Hee sudah bangun dari tempatnya.

            Ahli EXO yang lain memandang rakan mereka yang seorang. Apa yang tak kena dengan Lay agaknya. Tiba-tiba baik semacam. Bukannya sebelum ini dia tak baik. Lay memang baik orangnya. Cuma peratusan Lay berbuat baik hari ini jauh lebih tinggi daripada biasa. Hana dan Ja Eun bertukar pandangan. Nampak sangat yang Lay tu sukakan Yoon Hee kenapalah yang lembap sangat. Benda senang macam ni pun tak tahu.

            Kyung Soo memandang yang sedang membeli susu untuk Yoon Hee dengan pandangan yang tidak puas hati. Dia dapat mengagak sesuatu tapi dia harap yang tekaannya salah.

 

FLASHBACK 2

            “Mana pulak Yoon Hee ni? Lamanya.” Hana mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. Matahari yang memancar terik boleh memanggang kulitnya. Dia dan Ja Eun sudah lama tunggu di padang itu seperti yang disuruh oleh Yoon Hee tapi bayang gadis itu langsung tak kelihatan.

            “Itu dia.” jari telunjuk Ja Eun lurus menghala ke arah Yoon Hee yang sedang berjalan sambil matanya fokus ke arah buku di tangan.  Kedua-dua telinganya disumbat dengan earphones.

            “Tengah berjalan pun sempat lagi baca buku,” ujar Hana sambil menggeleng.

            Yoon Hee terlalu fokus dengan bukunya sehingga dia tak sedar yang sebiji  bola meluru laju ke arahnya. Apa yang dia tahu tiba-tiba saja dia terbaring di atas rumput dan Lay berada di atas badannya. Terkebil-kebil mata Yoon Hee memandang Lay. Dia cuba memproses apa yang jadi. Sementara itu Hana dan Ja Eun bangun dari bangku dan berlari mendapatkan Yoon Hee.

            Lay berdiri dia kemudiannya membantu Yoon Hee berdiri. “Awak okey?”

            Yoon Hee yang masih bingung hanya mengangguk.

            “Sorry kitorang tengah berlatih main bola. Tiba-tiba bola yang Kai tersasar dan hampir terkena awak. Kitorang cuba beritahu awak tapi awak tak dengar. Sebab tu saya...” Lay tak tahu bagaimana dia harus terangkan apa yang jadi seterusnya.

            “Tak apa.”

            Lay tersenyum. Terselah lesung pipitnya. “Lain kali hati-hati tau. Kat sini memang bahaya sebab kat sini orang selalu berlatih main bola,” nasihat Lay sambil mengusap lembut rambut Yoon Hee sehingga gadis itu terkaku di tempatnya berdiri.

            Kyung Soo memandang Lay dan Yoon Hee dengan pandangan yang penuh rasa marah dan cemburu. Tanpa bertangguh dia berjalan keluar dari padang. Jeritan rakan-rakannya yang lain langsung tak dipedulikan.

 

 

Hana dan Ja Eun mengeluh serentak. Mereka memandang Yoon Hee yang sedang menghabiskan kepingan roti bakar yang terakhir. Apalah agaknya reaksi Yoon Hee kalau mereka beritahu pasal Lay sukakan dia?

            “Lepas ni korang siap-siaplah. Kita pergi hospital tengok Lay.” Hana berdiri lalu melangkah ke biliknya untuk bersiap.

 

 

Hana menolak pintu bilik yang menempatkan Lay. EXO menoleh ke arah pintu lalu tersenyum pada mereka bertiga. Yoon Hee meletakkan buah-buahan yang dibelinya tadi di atas meja. Bibir Lay yang pucat itu mengukirkan senyuman ke arah Yoon Hee.

            “Awak apa khabar?” soal Yoon Hee. Hana dan Ja Eun duduk di sofa menyertai Xiumin, Luhan, Kris, Kai, dan Sehun yang berada di situ.

            Suho membantu Lay menaikkan separuh badannya.

            “Macam mana awak boleh demam? Sebelum ni awak okey je,” ujar Ja Eun.

            “Saya demam sikit aje. Diorang ni yang melebih hantar saya pergi hospital.” Lay mengadu kepada Ja Eun untuk mendapatkan simpatinya tetapi sudahnya dia hanya mendapat ketukan di kepala daripada Chen.

            “Banyaklah kau punya demam sikit. Suho badan kau tu dekat 40 darjah celcius itu yang kau kata demam sikit,” marah Chen.

            Lay menggosok-gosok kepalanya yang diketuk oleh Chen tadi.

            “Demam sikit apanya. Kitorang jumpa dia hampir pitam dalam bilik semalam,” sampuk Kai.

         Sudah beberapa hari mereka perasan kesihatan Lay yang kurang baik. Puas jugalah mereka nasihatkan Lay supaya pergi ke klinik tetapi dia tetap berdegil dan cuba meyakinkan kawan-kawannya yang dia tak apa-apa.

            Semalam ketika mereka semua berkumpul di ruang tamu, Kris masuk ke dalam bilik untuk memastikan Lay dalam keadaan baik. Ketika itulah Lay hampir pengsan. Nasib baiklah dia tergerak hati untuk ke bilik Lay. Kalau tidak tak tahulah apa yang akan jadi. Mereka terus membawa Lay ke hospital dan doktor memberitahu bahawa suhu badan Lay hampir mencecah 40 darjah celcius dan kalau Lay lewat dibawa ke hospital pasti keadaannya semakin teruk.

             “Awak ni lain kali kena jaga diri. Kalau benda buruk jadi kat awak macam mana?” ujar Yoon Hee.

             Lay tersenyum bahagia apabila Yoon Hee mengambil berat tentang dirinya. Dia meletakkan tangannya di atas tangan Yoon Hee.

            “Saya janji lepas ni saya jaga diri saya baik-baik. Tak payah risaulah. Lagipun doktor dah beritahu saya yang petang ni saya dah boleh keluar,” beritahu Lay.

           Yoon Hee hanya tersenyum. Tapi senyumannya nampak agak terpaksa. Dia tiba-tiba tak selesa apabila tangan Lay di atas tangannya. Tetapi dia hanya membiarkannya sahaja.

            Dari sofa tempat mereka duduk, Hana dan Ja Eun boleh lihat dengan jelas tangan Lay yang terletak kemas di atas kawan mereka. Baik Hana mahupun Ja Eun yang Lay sengaja berbuat begitu. Tiada seoarang pun ahli EXO yang mempersoalkan tindakan Lay itu kerana mereka menganggap itu hanyalah perkara biasa. Tetapi ekor mata mereka menangkap Kyung Soo yang bersandar di tingkap. Dia memandang Lay tanpa berkalih ke tempat lain. Hana dan Ja Eun mengerti maksud disebalik pandangan itu. Kyung Soo cemburu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel