13

Hello, Mr. Crush!

“Ya! Hwang Yoon Hee! Cepatlah. Kau tak siap lagi ke?” Ja Eun sudah berteriak di ruang tamu apabila sahabatnya yang seorang itu masih lagi belum keluar dari bilik.

            Ja Eun sudah berulang alik di ruang. Hana kata majlis bermula pukul 8.30 dan mereka hanya ada 5 minit sahaja lagi. Mustahil untuk diorang sampai tepat pada masanya. Tapi apa yang menyebabkan Yoon Hee lama sangat bersiap dalam bilik? Mereka hanya menghadiri majlis hari jadi bukannya buat persiapan untuk majlis perkahwinan. Ja Eun menggurutu dalam diam.

            “Biarlah dia nak bersiap lama sikit. Diakan nak jumpa Mr. Crush kesayangan dia mestilah dia kena nampak cantik,” ujar Hana yang masih lagi tenang duduk di sofa membela Yoon Hee yang masih lagi sedang bersiap di dalam bilik.

            “Tapi kita dah lambat. Aku takut nanti tak sempat nak sampai rumah diorang,” balas Ja Eun. Dia tak mahulah EXO fikir yang mereka tidak menepati masa. Lagipun dia pasti EXO mesti sedang menunggu kehadiran mereka sekarang.

            “Jangan risau. Sempat punya. Aku jamin kita akan sampai on time. Bagi Yoon Hee masa untuk bersiap,” ujar Hana penuh yakin. “Yang kau pun satu. Boleh tak duduk diam? Ini tidak, ke hulu ke hilir peninglah kepala aku tengok,” tegur Hana. Tingkah-laku Ja Eun itu boleh buat kepalanya berpinar-pinar.

            Ja Eun rasa macam nak cekik aje Hana sekarang. Dah sah-sah sekarang ni diorang dah lambat boleh pulak dia yakin yang mereka akan sampai tepat pada masanya. Siap bela Yoon Hee lagi. Ja Eun merengus geram.

            Akhirnya orang yang dinanti keluar dari bilik. Dia berpusing beberapa kali di hadapan Hana dan Ja Eun. Demi hari jadi Kyung Soo, Yoon Hee sanggup menggunakan separuh daripada duit simpanannya semata-mata untuk membeli baju baru.

            “Korang, ok tak aku pakai macam ni?” soal Yoon Hee. Dia risau kalau dia tak nampak cukup cantik malam ni.

            Ja Eun dan Hana bangun mendekati Yoon Hee yang tercegat di muka pintu biliknya. Mereka akui Yoon Hee nampak cantik dengan dress paras lutut bercorak flora yang terlekat di tubuh Yoon Hee nampak sesuai dengan gadis itu yang sukakan sesuatu yang ringkas dan selesa.

            “Comelnya. Jomlah cepat kita dah lambat ni.” Macam ikhlas tak ikhlas saja Ja Eun memuji Yoon Hee.

            “Aish dia ni. Tak habis-habis dengan lambat dia. Aku dah cakap kita takkan lambat. Jom.” Hana menarik tangan Yoon Hee dan Ja Eun ke arah pintu.

            “Tapi rumah diorang kat mana eh? Aku sebenarnya dah lama nak tanya tapi asyik lupa je,” soal Ja Eun sambil menyarungkan kasut tumit tinggi kesayangannya.

            Hana menolak daun pintu. “Ya tak ya, aku lupa nak beritahu korang rumah EXO. Patutlah aku rasa macam ada benda penting yang aku kena beritahu korang. Tak pe jangan risau. Kejap lagi korang tau.” Hana memberi ruang kepada kawan-kawannya keluar sebelum dia menutup pintu.

            “Hana? Kenapa turun ikut tangga? Lif kan ada?” soal Yoon Hee apabila Ja Eun tidak menuju ke arah lif sebaliknya ke arah tangga kecemasan.

            “Membazir masa. Nak tunggu lif dah berapa lama? Guna tangga lagi cepat,” balas Hana selamba. Dia menolak daun pintu lalu menuruni anak tangga satu persatu dengan penuh berhati-hati.

            Yoon Hee dan Ja Eun hanya membuntuti Hana tanpa banyak bertanya. Baru satu tingkat, Hana sudah menarik pintu yang menghubungkan tangga kecemasan dan kediaman di tingkat 5.

            “Kita baru turun satu tingkat takkan dah give nak guna lif?” Ja Eun bersuara.

            Hana tidak menjawab pertanyaan itu sebaliknya dia terus berjalan sambil diikuti oleh Ja Eun dan Yoon Hee. Sampai di hadapan sebuah rumah, Hana berhenti lalu menekan loceng. Rumah siapa pulak ni? Soalan yang sama bermain di ruang fikiran Ja Eun dan Yoon Hee. Hana menekan loceng sekali lagi apabila percubaan pertamanya gagal.

            Yoon Hee mencuit bahu Hana. “Hana, ni rumah siapa? Kau cakap EXO tak ajak orang lain tapi yang ni rumah siapa pulak?” soal Yoon Hee bingung. Dia menggaru-garu kepalanya.

            “Kejap lagi kau tahulah.” Hanya itu yang dibalas oleh Hana. Yoon Hee memandang Ja Eun berharap yang mungkin kawannya itu jawapan untuk soalannya. Tetapi hampa. Ja Eun hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

            Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam. Seorang lelaki yang tidak asing lagi bagi Yoon Hee dan Ja Eun berdiri di muka pintu sambil tersenyum.

            “Datang pun. Jomlah masuk. Kitorang dah lama tunggu.” Sehun mengajak Hana dan dua orang lagi masuk ke dalam rumah.

            Yoon Hee dan Ja Eun tak tahu reaksi bagaimana lagi yang harus mereka berikan untuk kejutan kali ini. Disebabkan Hana sudah terlalu banyak berahsia dan membuat mereka berdua hampir diserang sakit jantung, kali ini mereka seperti boleh menerima apa yang tejadi sekarang. Walaupun mereka berasa seperti mahu dilunyai-lunyai Hana sekarang dan uli dengan tepung buat cekodok pisang.

            Hana memandang kedua-dua kawannya yang sedang bersiap sedia untuk menelannya pada bila-bila masa. Hana hanya tersengih sambil buat muka tak bersalah. “Lain kali ajelah korang marah kat aku sekarang ni kita masuk dulu. Diorang semua dah tunggu.” Hana menolak Ja Eun dan Yoon Hee masuk ke dalam rumah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel