Hello Mr. Crush Special Chapter #3

Hello, Mr. Crush!

Another special chapter.. sorry sebab chapter ni sangat pelik (?).. saya tak ade idea sebenarnya.. tapi saya akan tukar balik jalan cerita ni kalau saya ada idea yang lagi bagus... Sorry readers... :( 


Xiumin ft. Gaeul - Latte

bnct4CT.jpg

Xiumin melangkah masuk ke dalam “Heavenly Cafe.” Kafe yang selalu dikunjunginya jika dia kelapangan. Dia sangat suka minum kopi dan kafe itu menyediakan pelbagai jenis kopi mengikut cita rasanya. Oleh itu, dia sering meluangkan masanya minum di kafe itu. Sudah hampir 3 tahun dia menjadi pelanggan di kafe itu, sejak dia di sekolah tinggi lagi. Dan pemilik kafe itu juga rapat dengannya.

            Xiumin duduk di tempat kegemarannya bersebelahan tingkap sebelum memesan Latte sebaik saja seorang pelayan datang ke arahnya. Sementara menanti minumannya tiba, dia membelek buku rujukan Psychology yang berada di tangannya. Dia memang berminat akan bidang itu sejak dulu lagi tetapi pada masa yang sama dia turut berminat untuk menjadi seorang Barista kerana dia sangat suka akan kopi. Jadi dia sudah merancang, andai satu saat nanti dia mempunyai  masa, dia akan belajar menjadi seorang Barista.

            “Xiumin.”

            Lelaki itu mengangkat wajahnya apabila namanya dipanggil. Dia tersenyum sebaik memandang si pemanggil.

            “Hyung.” Riak wajah kegembiraan jelas terserlah di wajahnya sambil berjabat tangan dengan Donghae, kenalan rapatnya yang juga pemilik kafe itu.

            “Dah lama sampai ke?” soal Donghae sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Xiumin.

            Xiumin menggeleng. “Baru je. Hyung tak sibuk ke?”

            Walaupun dia sering datang ke “Heavenly Cafe” tetapi dia begitu sukar sekali berjumpa dengan lelaki di hadapannya kerana kesibukannya. Tambahan pula sekarang ni Donghae sudah membuka dua lagi kafe dia sekitar Seoul. Makin bertambah sibuklah lelaki yang sudah dianggap seperti abangnya itu.

            “Hari ni tak ramai orang bolehlah curi masa jumpa kau kejap kalau tak nak rehat sekejap pun susah,” ujar Donghae.

            Perbualan Donghae dan Xiumin tertangguh apabila seorang pelayan membawa Latte yang dipesannya tadi. “Ini minumannya encik.”

            “Terima kasih,” ucap Xiumin sebelum pelayan itu pergi. Bau aroma Latte sudah menusuk masuk ke dalam hidungnya. Hampir seminggu dia tidak menikmati minuman kegemarannya. Dia menghirup kopi panas itu. Mukanya berkerut saat minuman itu sampai ke kerongkongnya.

            “Kenapa? Tak sedap ke kafe kopi tu?” Donghae yang perasan perubahan riak wajah Xiumin itu bertanya.

            “Sedap. Tapi kenapa rasa dia lain ya? Tak macam yang saya minum sebelum ni.” Xiumin meletakkan cawan putih itu di atas piringnya. Sudah 3 tahun dia minum di kafe ini dan setiap kopi dari kafe ini sudah sebati dengan tekaknya.

            Tetapi kali ni kopi yang dipesannya sedikit berbeza berbanding yang sebelumnya. Rasa, tekstur jauh lebih baik berbanding kopi-kopi yang dia nikmati sejak tiga tahun lepas.

            “Owh.. sebab barista yang biasa kerja kat sini dah berpindah ke tempat lain. Minggu lepas hyung ambil barista baru bekerja. Macam mana sedap ke?” soal Donghae lagi.

            Xiumin mengangguk tanda faham. “Sedap. Pandai hyung cari pekerja.”

            “Dia tu bukannya orang lain. Sepupu hyung sendiri. Dia baru balik dari Itali, ambil lesen jadi barista di sana. Bila balik sini, hyung terus tawarkan dia kerja kat sini. Tak sangka dia setuju. Kamu nak jumpa dia?”

            Pertanyaan yang tidak disangka daripada Donghae membuatkan Xiumin terpinga-pinga. Belum sempat dia berkata apa-apa Donghae sudah mengarahkan seorang pekerjanya untuk memanggi orang yang dimaksudkannya tadi.

            Xiumin meneguk lagi Latte yang hampir sejuk sebelum mereka disapa oleh seorang gadis.

            “Oppa panggil saya ke?”

            Suara gadis itu yang lembut membuatkan Xiumin terpanggil untuk memandangnya. Cantik. Hanya itu yang boleh Xiumin boleh gambarkan tentang gadis itu. Rambutnya yang panjang hingga paras bahu itu diikat satu. Wajahnya putih kemerah-merahan. Matanya pula bundar. Dan bibir yang merah seperti delima itu tersenyum manis.

            Donghae berdiri. “Gaeul, kenalkan ini Xiumin. Dia nilah lelaki yang oppa maksudkan tu. Xiumin, dia ni sepupu hyung yang cakap tadi. Gaeul. Dialah yang buatkan Latte kegemaran kamu tu.”

            Xiumin terus berdiri lalu melakukan tunduk hormat. Gaeul juga melakukan perkara yang sama. “Xiumin. Tapi nama betul saya Kim Minseok.” Xiumin menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan gadis itu.

            Gaeul menyambut huluran tangan Xiumin. “Lee Gaeul.”

            Bagai terkena kejutan eletrik, itulah yang dirasai oleh Xiumin saat bersalaman dengan Gaeul. Serentak itu, jantungnya mula berdegup laju. Kenapa aku rasa macam ni?

 

Sejak itu, Xiumin semakin kerap datang kafe untuk bertemu Gaeul dan menikmati Latte yang dibuat oleh gadis itu. Dan dia mula sedar yang dia bukan saja tertarik dengan Latte yang dibuat oleh Gaeul malah dia tertarik dengan Gaeul sendiri. Dia dan Gaeul mempunyai banyak persamaan dan dia selesa setiap kali bersama-sama dengan gadis itu.

            “Gaeul,” panggil Xiumin.

            “Xiumin.” Senyuman terukir di wajah gadis itu.

            Xiumin mendekati Gaeul yang sangat cantik memakai dress paras lutut dan rambutnya yang panjang disanggul kemas. Wajahnya juga dihiasi dengan solekan nipis.

            “Awak tak kerja ke hari ni?” soal Xiumin walaupun dia masih lagi terkaku dengan kecantikan Gaeul.

            “Saya kerja separuh hari je. Sebab saya ada hal hari ni,” balas Gaeul.

            Ada kekecewaan pada raut wajah Xiumin. Sebaik saja kelas tamat, dia terus bergegas ke situ untuk berjumpa Gaeul. Tapi nampaknya gadis itu ada urusannya sendiri hari ini.

            “Gaeul.”

            Xiumin dan Gaeul masing-masing menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki mendekati mereka.

            “Kenalkan ni Xiumin.” Gaeul memperkenalkan Xiumin kepada lelaki itu.

            Walaupun Xiumin sendiri tak pasti siapa gerangan lelaki itu, dia tetap menyambut huluran lelaki yang masih belum diketahui namanya.

            “Saya Hakyeon, teman lelaki Gaeul.”

            Bagaikan belati yang menghiris hati Xiumin saat lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai teman lelaki Gaeul.

            Xiumin tersenyum pahit. “Jadi awak nak pergi datinglah ni?” soalnya seperti tiada apa yang berlaku.

            Gaeul hanya tersenyum malu.

            “Kitorang pergi dulu.” Hakyeon memegang tangan Gaeul.

            “Semoga bergembira,” ujar Xiumin. Dia sendiri tak pasti sama ada dia ikhlas atau tidak berkata seperti itu.

            Xiumin memandang pasangan itu dengan penuh terluka. Rupa-rupanya dia dah terlewat. Dia hanya bertepuk sebelah tangan.

 

“Xiumin, kau kat mana?” kedengaran nada suara Luhan yang kerisauan di hujung talian.

            “Aku ada kat taman ni. Kejap lagi aku balik,” balas Xiumin. Tanpa membenarkan Luhan berkata atau bertanya apa-apa lagi, Xiumin terus menamatkan panggilan. Dia tak ada mood untuk bercakap dengan sesiapa.

            Xiumin melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi yang ada di taman itu. Kakinya bermain-main dengan pasir sambil mindanya cuba untuk menerima yang Gaeul sudah berpunya.

            “Gaeul-ah.”

            Xiumin tersentak. Dia seperti terdengar ada orang memanggil nama Gaeul. Dia memerhati sekitar kawasan taman itu sehinggalah matanya tertumpu ke arah Gaeul dan teman lelakinya. Apa yang diorang buat kat sini?

            Dia tergerak hati untuk dekat sikit dengan pasangan itu. Mereka nampak seperti sedang bertengkar. Xiumin tidak berniat untuk masuk campur atau menyibuk urusan orang lain. Tetapi melihat Gaeul yang sudah berendam dengan air mata itu membuatkan Xiumin diserang rasa ingin tahu.

            Apa dah jadi sebenarnya? Petang tadi Gaeul kelihatan sungguh cantik dengan solekan di wajahnya. Tetapi sekarang semua solekan itu sudah dibersihkan dengan air mata.

            Xiumin berdiri di sebalik pokok itu dan menonton drama sebabak di hadapannya.

            “Gaeul, nantilah.” Hakyeon menarik tangan Gaeul tapi pantas ditepis oleh gadis itu.

            “Lepaskan saya! Rupa-rupanya niat awak ajak saya keluar hari ni sebab awak nak minta putus dengan saya dan beritahu saya yang awak dah ada perempuan lain?” bentak Gaeul.

            Xiumin sudah menggenggam penumbuknya. Ini puncanya mengapa Gaeul menangis.

            “Sekurang-kurangnya saya cuba jujur dengan awak.”

            “Tapi perlu ke ajak saya keluar? Tak boleh ke beritahu saya terus? Tak perlulah nak pura-pura luangkan masa dengan saya padahal niat awak ajak saya keluar hanya nak putus dengan saya?” pintas Gaeul.

            Hakyeon hanya diam.

            “Cuba awak beritahu saya apa yang bagus sangat perempuan tu sampai awak sanggup pilih dia daripada saya? Apa yang bagusnya perempuan tu?” bentak Gaeul lagi. Dia memukul dada Hakyeon dengan kudrat yang dia ada.

            Hakyeon memegang kedua-dua pergelangan tangan bekas kekasihnya.

            “Setiap awak tak layak dengan saya!” jerkah Hakyeon.

            Gaeul tersentak. Dia terkedu.

            “Awak tak perasan ke? Kita langsung tak serasi. Dalam diri awak langsung tak ada ciri-ciri gadis idaman saya. Dan sebenarnya saya sendiri tak faham macam mana saya boleh bercinta dengan awak. Kalau awak nak tahu saya hanya cintakan Jisu. Hanya dia aje yang layak dengan saya.”

            Seluruh wajah Hakyeon dipandang dengan perasan yang bercampur-baur. Selama ini dia hanya diperbodohkan oleh lelaki itu. Kau ingat aku lemah? Kau ingat aku hadap sangat dengan kau? Aku akan buktikan yang aku jauh lebih bagus daripada kau!

            Gaeul mengesat air matanya dengan kasar. Lalu satu senyuman sinis dihadiahkan buat Hakyeon. Lelaki itu terpinga-pinga dengan perubahan mendadak Gaeul.

            “Macam mana? Seronok? Bila ada perempuan nangis untuk awak?”

            “Apa maksud awak Gaeul?”

            “Awak ingat saya betul-betul nangis sebab awak ke? Excuse me... saya takkan bazirkan air mata saya semata-mata sebab awak. Membazir masa dan tenaga saya aje tau. Baguslah kalau awak dah jumpa pengganti sebab saya pun dah tak sanggup nak tipu awak. Kalau awak nak tahu, sebelum awak curang dengan saya, saya dah macam tu dulu kat awak. Setakat lelaki macam awak saya tak kisahlah.” Gaeul mencuba sebaik mungkin meluahkan setiap bait perkataan dengan penuh yakin seolah-olah dia langsung tak terkesan dengan perpisahan itu.

            Hakyeon ketawa. “Dahlah. Awak tak payah nak tipu. Saya kenal sangat awak, Gaeul. Awak ni perempuan naif.”

            Gaeul mengetap bibir apabila Hakyeon terus mempermainkannya.

            “Jagiya.”

            Dia dan Hakyeon terkejut melihat Xiumin yang tiba-tiba muncul di sebalik pokok. Sementara itu, Xiumin hanya berlagak selamba. Lantaklah Gaeul nak marah, nak sepak atau terajang dia kejap lagi yang penting dia boleh tebus balik maruah yang dipijak-pijak oleh Hakyeon.

            “Jagiya.” Xiumin merangkul pinggang Gaeul sebelum menciumnya di pipi.

            Gaeul terkebil-kebil. Dia tiba-tiba rasa susah nak bernafas. Apa yang jadi sekarang ni?

            “Dah habis cakap dengan Hakyeon? Saya tunggu awak dah lama tau,” rengek Xiumin manja. Dalam hati dia berharap sangat yang dia takkan dibunuh oleh Gaeul malam ni.

            “Awak ni bukan ke lelaki yang saya jumpa kat kafe tadi? Awak ni siapa?” soal Hakyeon. Dia masih lagi cam wajah Xiumin yang baru dia jumpa di kafe petang tadi.

            “Yup. Sayalah lelaki yang awak jumpa kat kafe tadi. Tapi saya tak sempat nak kenalkan diri saya betul-betul. Saya Xiumin. Teman lelaki Gaeul,” ujar Xiumin. Dia sengaja menekankan sedikit perkataan “teman lelaki” itu.

            Gaeul tidak mengambil masa yang lama untuk memahami situasi yang berlaku sekarang.

            “Sekarang ni awak dah percaya?” soal Gaeul sinis.

            “Sejak bila awak curang dengan saya Gaeul?” soal lelaki itu pula. Nampaknya dia kelihatan terkejut.

            Xiumin cepat-cepat membalas apabila Gaeul kelihatan buntu.

            “Sebenarnya kitorang dah lama bercinta. Sebelum awak kenal dengan Gaeul lagi,” balas Xiumin. Dia sendiri pun tak tahu sejak bila Gaeul bercinta dengan Hakyeon tapi tak kisahlah. Itu tak penting pun.

            “Saya rasa korang berdua mungkin tak ada benda yang nak dibincangkan lagi. Excuse us.”

            Tanpa bertangguh dia terus menarik Gaeul pergi dari situ. Dia menarik nafas lega apabila Gaeul tidak menunjukkan tanda-tanda marah kerana dia tiba-tiba mencelah. Xiumin  menyelitkan jari-jemarinya dengan jari-jemari Gaeul.

            Dia berjanji yang mulai hari ini dia akan lindungi Gaeul dan dia akan pastikan yang gadis itu tidak lagi disakiti oleh lelaki seperti Hakyeon.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel