5

Hello, Mr. Crush!

“Kau ni gila ke Hana? Jadi secret admirer dia? kalau kantoi nanti macam mana?” soal Yoon Hee. Cadangan Hana supaya dia jadi secret admirer Kyung Soo dan beri hadiah kepada lelaki itu memang tak masuk akal.

            “Tapikan Yoon Hee, aku rasa tak adalah teruk sangat idea Hana tu. Lagipun dah lama kita tak buat kerja gila macam ni. Macam seronok je.” Ja Eun menyebelahi Hana. Bagi Ja Eun tak ada apa yang salah tentang cadangan Hana.

            Yoon Hee berfikir sejenak. Walaupun cadangan Hana kedengaran seperti tak masuk akal tetapi sebahagian daripada kata hatinya kuat menyatakan supaya dia bersetuju dengan cadangan itu. Cuma apa yang merisaukan Yoon Hee ialah Kyung Soo. Macam mana kalau semuanya tak berjalan lancar? Itu satu hal, macam mana kalau dia dimarahi oleh Kyung Soo saat semuanya terbongkar? Dia memang sukakan Kyung Soo tetapi dia tak tahu Kyung Soo itu orangnya bagaimana.

            Setelah berfikir untuk beberapa detik dan memikirkan baik  dan buruk yang akan berlaku akhirnya Yoon Hee membuat keputusan.

            “Okey, aku setuju.” Kata Yoon Hee dengan hati yang berbelah bahagi. Dia berharap yang dia tidak membuat keputusan yang salah.

 

 

Pagi itu Yoon Hee sampai awal di bilik kuliah. Hana dan Ja Eun ke kafe dahulu untuk sarapan manakala dia terus ke bilik kuliah memandangkan dia tak ada selera untuk makan. Sampai saja di situ, ada orang yang terlebih dahulu tiba daripadanya. Dan orang itu ialah Kyung Soo. Yoon Hee berdiri di muka pintu. Dia memandang Kyung Soo yang sedang leka membuat kerjanya. Yoon Hee jadi serba salah untuk masuk kerana dalam bilik itu hanya ada Kyung Soo. Takkanlah dia nak berdua dengan Kyung Soo dalam kelas tu? Mesti kekok jadinya.

            “Tak pelah Yoon Hee. Abaikan dia. Buat macam biasa je.” Yoon Hee berkata kepada dirinya sendiri sedangkan dia sendiri tak dapat kawal jantungnya yang berdegup kencang sekarang ni. Yoon Hee menarik nafas lalu dihembus perlahan-lahan. Dia mengulang perbuatan yang sama beberapa kali.

            Yoon Hee masuk ke dalam bilik kuliah seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku dan duduk di tempatnya. Dia terus buka buku dan buat sedikit ulangkaji sebelum kelas bermula. Tapi dia gagal untuk terus fokus. Seolah-olah ada magnet di matanya supaya terus memandang Kyung Soo.

 Walaupun dia tak nampak wajah lelaki itu  dan hanya memandang dari belakang, itu sudah cukup buat gadis itu.  Dia mengeluh perlahan. ‘Kronik sangat angau kau kat Kyung Soo, Yoon Hee.’ Dia kembali fokus ke arah buku yang dibacanya.

            “Yoon Hee.” Jantungnya berdegup kencang apabila namanya dipanggil oleh Kyung Soo. Cara lelaki itu memanggil namanya sangat sedap didengar bagi Yoon Hee. Dia mendongak memandang Kyung Soo sambil mengingatkan dirinya sendiri cuba berlagak seperti biasa.

            Kyung Soo berdiri dan datang ke tempat Yoon Hee sebelum duduk di sebelah gadis itu. Kyung Soo menggaru-garu kepalanya. Yoon Hee tak dapat menahan dirinya daripada memuji betapa comelnya lelaki itu di dalam hati.

            ‘Oh my god! Yoon Hee tolonglah buat macam biasa. Janganlah nampak sangat yang kau tengah jadi fangirl.’ Minda Yoon Hee memberi peringatan kepada gadis itu.

            “Boleh tak tolong ajar saya macam mana nak jawab soalan ni? Saya dah cuba kira tapi tak dapat jawapan.” Dia menghulurkan pensil kepada Yoon Hee. Terketar-ketar tangannya mengambil pensil dari tangan Kyung Soo.

            Dia meneliti soalan yang dimaksudkan oleh Kyung Soo sebelum memandang lelaki itu. Tetapi dia cepat-cepat mengalihkan pandangan ke tempat lain sebelum dia jatuh pengsan di situ.

            “Awak tak dapat jawapan yang betul sebab awak tak guna formula yang betul. Sepatutnya awak guna formula Y=C+I dan C ialah consumption function. Untuk I pulak awak masukkan nilai yang dia dah bagi dalam soalan ni.” Terang Yoon Hee. Dia menulis formula yang dia sebutkan tadi di hujung soalan supaya lelaki itu boleh merujuknya nanti.

            Kyung Soo mengangguk tanda faham. “Saya cuba buat kejap.” Pensil bertukar tangan dan Kyung Soo cuba selesaikan soalan tersebut sambil diperhatikan oleh Yoon Hee.

            Pandangan Yoon Hee berubah daripada memandang kertas soalan itu kepada wajah Kyung Soo. ‘Tak pernah aku jumpa orang yang handsome macam dia,’ puji Yoon Hee dalam hati.

Dia leka memandang wajah Kyung Soo yang putih. Keningnya terukir cantik, matanya yang bulat nampak sangat comel pada pandangan mata Yoon Hee. Hidungnya yang cantik dan yang paling penting bibir lelaki itu. Bibir yang berbentuk hati setiap kali lelaki itu mempamerkan senyumannya. Senyuman yang nampak sangat sempurna bagi Yoon Hee dan sebab senyuman itulah dia jatuh hati pada lelaki di sebelahnya itu.

            Kyung Soo yang terasa dirinya diperhatikan terus mengangkat wajah. Yoon Hee terkejut apabila Kyung Soo ‘menangkap’ perbuatannya. Tapi dia tak mampu nak mengalih pandangannya ke tempat lain. Sudahnya, mereka bertukar pandangan untuk beberapa detik.

            Na eureurong eureurong dae~

            Deringan telefon bimbit Kyung Soo membuatkan mereka berdua tersentak. Yoon Hee melarikan pandangannya ke tempat lain manakala Kyung Soo terus menjawab panggilan telefon.     

            “Hello? Aku kat kelas. Nae.” Kyung Soo mematikan panggilan.

            Yoon Hee memandang Kyung Soo. “Awak tukar telefon?” soal Yoon Hee matanya dialah ke arah Samsung Note 3 di tangan lelaki itu.

            “Ah... ini..” Kyung Soo tak tahu apa yang dia harus beritahu Yoon Hee.

            “Mesti iPhone awak rosak masa saya terlanggar awak hari tu kan?” Yoon Hee memintas kata-kata Kyung Soo. Riak wajah bersalah jelas terukir di wajah gadis itu.

            “Saya minta maaf. Kenapa awak tak cakap telefon awak rosak? Kalau tak saya boleh bayar ganti rugi. Saya minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja. Saya minta maaf.” Cepat-cepat Yoon Hee meminta maaf. Semuanya salah dia kerana terlalu cuai.

            Kyung Soo tersenyum. “Awak ni comellah.” Tanpa sedar, Kyung Soo memuji gadis itu.

            Yoon Hee terkedu. ‘Dia cakap aku comel? Aku salah dengar ke? Takkanlah dia nak puji aku kot?’ Yoon Hee menggigit bibir. Wajahnya sudah kemerah-merahan.

Kyung Soo tergamam. Dia mengusap tengkuknya sambil pandangan dilarikan ke tempat lain. ‘Macam mana aku boleh terlepas cakap ni.’

            Krik...krik...krik...krik.. suasana terus berubah menjadi kekok. Yoon Hee tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila berdua-duaan di situ dengan Kyung Soo. Otaknya ligat mencari idea supaya dia boleh lari dari situ.

“Err... saya nak pergi tandas.” Yoon Hee cepat-cepat bangun dari tempatnya. Disebabkan terlalu kelam-kabut untuk keluar dari situ. Kakinya tersadung pada salah satu kaki meja menyebabkan dia hampir tersembam ke hadapan.

Tetapi Kyung Soo pantas menyambar tangan Yoon Hee menghalang gadis itu daripada terjatuh. Bagaikan aliran eletrik dengan kuasa 120 V mengalir ke dalam tubuh Yoon Hee saat tangannya bersentuhan dengan tangan Kyung Soo. Untuk seketika minda Yoon Hee gagal berfungsi menyebabkan dia tak boleh berfikir apa yang dia harus lelaki sekarang.

“Awak okey ke?” Kyung Soo membantu Yoon Hee berdiri dengan betul. Sebelah lagi tangannya diletakkan pada bahu gadis itu.

Dup dap dup dap... Yoon Hee dapat dengar bunyi degupan jatungnya sendiri. Mulutnya terkunci rapat untuk menjawab pertanyaan Kyung Soo. Sudahnya dia hanya mengangguk. Kyung Soo mengalihkan tangannya daripada tangan dan bahu Yoon Hee. Tanpa menunggu lama Yoon Hee terus keluar dari bilik kuliah sebelum memecut laju pergi ke tandas.

“Kenapa dengan Yoon Hee tu?” soal Hana apabila melihat Yoon Hee yang memecut laju ke tandas.

Ja Eun mengangkat bahu. “Entah. Sakit perut kot,” balasnya sebelum mereka melangkah masuk ke dalam bilik kuliah.

            

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel