21

Hello, Mr. Crush!

Kyung Soo keluar dari perpustakaan secepat mungkin. Hari ini kelasnya habis awal tetapi dia mengambil keputusan untuk ulangkaji di perpustakaan manakala Baek Hyun dan Chan Yeol terlebih dahulu pulang ke rumah. Pada awalnya, dia dapat belajar dengan tenang sehinggalah ketenteramannya diganggu gugat oleh Soo Jin. Bilalah agakanya perempuan sakit mental ni boleh berhenti kacau hidup dia?

            “Oppa tunggulah.” Terkedik-kedik dia berlari dengan kasut tumit tingginya mendapatkan Kyung Soo. Dah macam itik patah kaki pun ada. Dia memeluk lengan lelaki itu menghalang Kyung Soo pergi.

            “Nak apa lagi?” soal Kyung Soo malas. Dia menolak tangan Soo Jin supaya jatuh dari tangannya.

            “Oppa nak pergi mana? Jom temankan saya makan?” Soo Jin kembali memeluk lengan Kyung Soo malah semakin erat.

            Kyung Soo menarik tangannya dari pegangan Soo Jin. “Pergi sendiri,” balas Kyung Soo dingin.

            “Oppa ni kenapa? Kenapa oppa dingin dengan saya?  Apa yang kurangnya saya? Saya jadi secret admirer oppa dan buat semuanya untuk oppa,” luah Soo Jin tulus dari hatinya. Kecuali part yang dia jadi secret admirer. Sebab part tu memang sah-sah dia menipu.

            “Saya betul-betul sukakan oppa,” luah Soo Jin lagi.

            Tapi Kyung Soo macam orang tak ada perasaan je. Luahan hati Soo Jin langsung tak memberi apa-apa kesan pada Kyung Soo.

            “Tapi aku tak sukakan kau.” Dengan tenang Kyung Soo berkata.

            Kyung Soo ingin pergi dari situ tapi kata-kata Soo Jin menghalang dia untuk terus melangkah.

            “Ini mesti sebab Yoon Hee kan?  Oppa abaikan saya sebab perempuan tu. Betul tak?”

            Kyung Soo berpaling menghadap Soo Jin. “Kalau Yoon Hee tak wujud pun aku tetap tak akan suka kat kau.”

            Soo Jin terkedu apabila Kyung Soo berkata seperti itu. Bagi dia, apa yang Kyung Soo katakan itu agak kasar. Tak boleh dia diberi peluang? Dia pun ada hak untuk mencintai dan dicintai.

            “Tolonglah Soo Jin. Carilah lelaki lain. Aku bukan untuk kau. Kau cubalah macam mana sekali pun aku tetap takkan sukakan kau. Suatu hari nanti kau akan jumpa jugak lelaki yang jauh lebih baik daripada aku,” ujar Kyung Soo lalu pergi dari situ.

            Air mata Soo Jin mengalir deras sambil dia menghantar Kyung Soo dengan pandangan mata. Namun kata-kata Kyung Soo seolah-olah tidak berkesan untuknya. Malah cita-citanya untuk mendapatkan Kyung Soo semakin kuat.

            “Aku tak peduli. Walau apapun Kyung Soo mesti jadi milik aku jugak.”

 

 

Yoon Hee berjalan sambil mencari-cari telefon bimbitnya di dalam beg galasnya. Tiba-tiba dia ditolak dari belakang. Yoon Hee terduduk di atas lantai sambil mengerang kesakitan. Siapa pula yang tolak dia? Buku lali yang berdenyut-denyut itu dipegang.

            “Hwang Yoon Hee.”

            Yoon Hee mendongak. Dia merengus saat melihat wajah yang memang dia tak mahu lihat walaupun 100 tahun yang akan datang.        

            “Apa yang kau nak sebenarnya?” soal Yoon Hee.

            “Jangan dekat dengan Kyung Soo lagi.”

            Yoon Hee tersenyum sinis. “Kalau aku tak nak. Kau nak buat apa?” ujarnya sengaja menambah kemarahan Soo Jin.

            Melihat Soo Jin yang kehilangan kata-kata itu, Yoon Hee ketawa kecil. Dengan tenaga yang ada dia cuba untuk berdiri walaupun kaki kirinya terasa sangat sakit sekarang ini. Dia tak boleh lemah dan dia tak boleh kalah dengan Soo Jin.

            “Aku rasa kau yang kena jauhkan diri kau daripada Kyung Soo. Kau tahu kenapa? Sebab dia tak pernah sukakan kau. Aku rasa kau sendiri boleh nampak dengan jelas betapa meluatnya dia bila nampak kau. Kalau orang dah tak suka buatlah cara macam orang tak suka. Jangan nak menggedik sangat,” balas Yoon Hee dengan berani.

            “Sekarang ni mungkin dia tak sukakan aku. Tapi aku akan pastikan suatu hari nanti dia suka jugak kat aku. Kalau kau nak tahu aku ni secret admirer dia tau. Aku dah buat macma-macam untuk dia dan dia tak pernah buang semua yang aku bagi pada dia. Kau tahu maksudnya apa? Maksudnya dia sukakan aku. Tetapi disebabkan kau, Kyung Soo lupa yang aku ni secret admirer dia. Semua yang aku buat dia lupakan macam tu aje.”

            Yoon Hee menggigit bibirnya. Dipandangnya Soo Jin yang sedang buat drama swasta di lobi yang sepi itu. Kalaulah pembunuhan dibenarkan, dah lama dia kecik minah gedik ni sampai mati. ‘Sesedap blueberry cheesecake aje kau cakap kau ni secret admirer Kyung Soo. What the fish! Selama ni aku yang berusaha keras buat semuanya untuk Kyung Soo. Dia boleh pulak mengaku dia yang buat semuanya? Ini dah lebih bro. Ada jugak yang kena debik dengan aku kejap lagi.’

            “Kau tengok muka aku ni macam aku ni peduli sangat ke kisah tragik yang jadi dekat kau tu? Nasib kaulah Kyung Soo tu tak layan kau apa kaitan dengan aku pulak?” balas Yoon Hee selamba.

            Soo Jin semakin berapi dia ingin menolak Yoon Hee sekali lagi. Tetapi ada suara yang menghalangnya daripada berbuat demikian.

            “Soo Jin.”

            Yoon Hee dan Soo Jin berpaling ke arah suara itu.

            “Apa yang kau cuba buat ni?” soal Lay.

            Soo Jin lebih memilih untuk pergi dari situ meninggalkan Yoon Hee berdua dengan Lay.

            “Awak okey ke?” Lay memegang tangan Yoon Hee.

            Yoon Hee menangguk. “Tak ada apa-apa. Sakit sikit je ni.” Dia cuba berjalan tetapi kakinya semakin berdenyut-denyut dan mula membengkak. Sahlah kaki dia dah terseliuh.

            Tanpa diduga Lay mengdukung Yoon Hee dan membawa gadis itu ke tempat letak kereta. “Memandangkan awak tak boleh berjalan. Hari ni awak balik dengan saya je.”

            Yoon Hee kehilangan kata-kata. Dia memandang wajah Lay yang terlalu dekat dengannya. ‘Omg! Dah kenapa mamat ni tiba-tiba dukung aku pulak. Telenovela mana yang dia ikut ni.’

 

Dalam kereta tiada siapa pun yang bersuara. Yoon Hee lebih suka menikmati pemandangan di luar daripada memulakan topik perbualan dengan Lay.

            “Pasal tadi tu saya minta maaf,” ujar Lay mematikan sepi.

            Yoon Hee mengalihkan pandangan ke arah Lay yang fokus pada pemanduannya. “Tak apa,” balasnya pendek. ‘Iye ke tak pe? Macam nak gila jugaklah aku bila dia buat macam tu tadi. Nasib baik kau handsome. Kalau orang aku memang debik tadi.’ Yoon Hee berbicara dalam hati.

            Lay memakir keretanya lalu mematikan enjin. Dia keluar dari keluar lalu membuka pintu kereta di untuk Yoon Hee.

            “Tak pe saya boleh jalan sendiri.” Yoon Hee menolak apabila Lay ingin mendukungnya seperti tadi.

            “Kaki awak kan tengah sakit? Takpelah biar saya dukung awak.”

            Yoon Hee malas mahu berbalah tentang perkara remeh itu lagi. Dia akhirnya mengalah dan membiarkan saja Lay mendukungnya hingga ke rumah. Masuk ke dalam lif, Lay menekan butang nombor 5.

            “Kenapa awak tekan tingkat lima?” soal Yoon Hee apabila Lay menekan butang ke tingkat lima, rumah EXO.

            “Tadi Suho beritahu saya yang kawan-kawan awak ada kat rumah kitorang. Lagipun takkan saya nak tinggalkan awak sorang-sorang kat rumah. Nanti saya tolong urutkan kaki awak,” jelas

 

 

Chen berlari ke arah pintu apabila loceng berbunyi. “Lay,” ujarnya ceria tetapi berubah bingung apabila Yoon Hee didukung oleh kawannya.

            “Yoon Hee? Kenapa ni?” soal Chen risau.

            “Boleh tak bagi kitorang masuk dulu?” Lay mula rasa lenguh. Walaupun Yoon Hee tak adalah berat mana tapi kalau dah dukung lama-lama alamatnya boleh patah riuklah tulangnya nanti.

            “Mian.” Chen tersengih sambil memberi ruang kepada Lay membawa gadis itu ke dalam.

            “Yoon Hee.” Hana dan Ja Eun masing-masing terkejut apabila Yoon Hee muncul di ruang tamu sambil didukung oleh Lay. Dengan penuh berhati-hati, Lay mendudukkan Yoon Hee di atas sofa.

            Semua orang mengerumuni Lay dan Yoon Hee.

            “Apa yang dah jadi?” soal Suho.

            “Dia terseliuh tadi sebelum balik,” terang Lay.

            “Macam mana boleh terseliuh pulak?” Kris pula bertanya.

            Lay ingin menceritakan apa yang terjadi tetapi Yoon Hee pantas menghalang. Dia memegang bahu lelaki itu sambil menggeleng.

            “Saya tergelincir sebab lantai licin. Nasib baiklah Lay ada waktu tu,” sampuk Yoon Hee. Dia malas nak menceritakan perkara sebenar kerana dia tahu itu akan menyulitkan keadaan.

            Kyung Soo datang dengan membawa sebotol mintak urut. Dia melutut di sebelah Lay.

            “Biar saya urut kaki awak.” Dia ingin memegang bahagian kaki Yoon Hee yang terseliuh tapi Lay pantas menghalang.

            “Tak pe. Biar aku aje yang urut,” ujar Lay sambil merampas botol minyak urut dari tangan Kyung Soo.

            Kyung Soo memandang Lay dengan pandangan yang tak puas hati. “Apa salahnya kalau aku nak tolong urutkan.”

            “Aku ada aku boleh tolong urutkan.” Lay masih lagi tak mahu mengalah.

            EXO berpandangan sesama sendiri. Suasana di dalam rumah itu berubah menjadi tegang. ‘Dah kenapa diorang ni? Benda macam ni pun nak gaduh ke?’  Mereka boleh nampak dengan jelas. Kyung Soo dan Lay berpandangan sesama sendiri dengan pandangan yang tak puas hati.

            Sementara itu Hana dan Ja Eun melihat situasi yang terjadi di hadapan mereka dengan pandangan yang teruja. Mereka mula berbisik sesama sendiri.

            “Hana, kau nampak tak apa yang aku nampak?”

            “Nampak.”

            “Apa yang kau nampak?”

            “Aku nampak Kyung Soo dengan Lay berebut nak urutkan kaki Yoon Hee.” Hana cuba mengawal perasaan terujanya.

            “Kau tahu tak apa maksudnya?” Ja Eun memandang ke arah Hana.

            Hana juga memandang Ja Eun sambil tersenyum lebar.

            Mereka berbisik serentak. “Lay sukakan Yoon Hee!”

            “Dah, tak payah nak bergaduh. Nak adil dan saksama. Biar aku je yang urut kaki Yoon Hee.” Chen merampas botol minyak dari tangan Lay lalu melutut di hadapan gadis itu.

            Sudahnya dua-dua tak dapat.


Another update :) sorry kalau chapter ni agak membosankan. Jangan lupa komen dan subscribe :) thank you :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel