8

Hello, Mr. Crush!

Ja Eun dan Hana mengintai ke dalam bilik kuliah, setelah pasti tiada sesiapa di dalam kelas itu mereka memberi isyarat kepada Yoon Hee supaya masuk manakala mereka akan tunggu di luar untuk pastikan tiada sesiapa yang akan masuk semasa Yoon Hee meletakkan cupcake di atas meja Kyung Soo. Dengan penuh hati-hati, Yoon Hee meletakkan kotak berisi cupcake di atas meja Kyung Soo sebelum kembali duduk di tempatnya. ‘Harap-haraplah dia suka cupcake ni.’

            Semalaman Yoon Hee bertungkus lumus menyiapkan cupcake ini dengan bantuan Ja Eun dan Hana. Dia tak tahu bagaimana rasanya tetapi dia yakin percubaan pertamanya ini menjadi.

            Kyung Soo, Baek Hyun, dan Chan Yeol masuk ke dalam kelas. Macam biasa, kehadiran mereka mendapat perhatian daripada pelajar perempuan di dalam kelas itu. Mata Kyung Soo tertancap ke arah kotak di atas mejanya. Sejujurnya dia terkejut dengan kemunculan kotak di atas mejanya tetapi dia hanya berlagak biasa. Dengan tenang dia duduk di tempatnya.

Yoon Hee menanti reaksi Kyung Soo penuh berdebar. Bukan Yoon Hee sahaja yang berdebar, Hana dan Ja Eun juga sama. Malah, mereka pula yang lebih-lebih.

            Kyung Soo membuka kad kecil yang diletakkan di atas kotak itu. Dia yakin hadiah itu untuknya memandangkan tertulis namanya di luar kad itu, Do Kyung Soo. Dia membuka kad itu untuk membaca isi dalamnya.

Handmade-Valentine-card.jpg

“Hello, Mr. Crush :)” – secret admirer

            Baek Hyun merampas kad itu dari tangan Kyung Soo. “Wah! Secret admirer. Untunglah dah ada peminat,” usik Baek Hyun. Suaranya yang kuat cukup untuk menarik perhatian semua orang di dalam bilik kuliah itu.

            Yoon Hee sudah menutup mukanya dengan buku. Dia berasa malu apabila semua orang tertarik dengan kata-kata Baek Hyun. Walaupun tiada siapa yang tahu bahawa secret admirer Kyung Soo ialah dia. Yoon Hee tetap malu. Apatah lagi apabila pelajar perempuan di situ sudah mula berbisik sesama sendiri.

            “Kyung Soo dah ada secret admirer?”

            “Heol? Berani gila perempuan tu? Tak takut kena reject ke?”

            “Berani dia tackle Kyung Soo aku? kalau aku tahu siapa perempuan tu memang aku siat-siat dia jadi daging cincang.”

            Yoon Hee menelan liur. Bulu romanya meremang. Betul ke apa yang dia buat ni?

            Sementara itu Chan Yeol mengambil kad tadi dari tangan Baek Hyun lalu membaca isi kandunganya. Dia mempamerkan senyumannya yang menyeramkan, dah macam perogol bersiri pun ada.

“Kena beritahu yang lain ni,” sampuk Chan Yeol teruja. Tak sabar nak beritahu berita gempar ini kepada rakan-rakan mereka yang lain.

            “Hajima,” ujar Kyung Soo. Wajahnya sudah merona kemerah-merahan.

            “Chukahae, Kyung Soo-ah.” Baek Hyun menepuk bahu kawannya. Kyung Soo pula sudah tak senang duduk dibuatnya.

            “Ada apa dalam tu? Bukalah,” arah Chan Yeol. Kyung Soo membuka kotak di hadapannya. Beberapa biji cupcake berperisa coklat tersusun cantik di dalamnya. Kyung Soo tersenyum sendiri. Walaupun dia tak tahu siapa penghantarnya, dia tetap berterima kasih.

chocolate-cupcake-wedding-cakes-153.jpg

            Yoon Hee tersenyum lega apabila misi pertamanya berjaya. Walaupun dia tak pasti sama ada Kyung Soo suka atau tidak cupcake buatannya, sekurang-kurangnya  lelaki itu tidak buang hasil air tangannya atau berikan kepada orang lain. Cuma apa yang merisaukannya ialah reaksi peminat Kyung Soo yang lain. Dia yakin tak lama lagi satu universiti akan tahu tentang secret admirer Kyung Soo. Harap-harap dia tak kantoi.

            Sebaik saja habis kelas mereka yang ketiga, iaitu Statistik, ketiga-tiga sahabat itu cepat-cepat kemas buku untuk ke kafe sebab masing-masing dah kelaparan.

            “Hana.”

            Dia mengangkat wajah apabila namanya dipanggil. Sehun yang berdiri di muka pintu terus masuk ke dalam bilik kuliah menyebabkan sekumpulan pelajar perempuan yang berada di situ diserang histeria.

            Yoon Hee dan Ja Eun terkejut melihat kehadiran Sehun di situ. Walaupun mereka bukanlah meminati Sehun ataupun menyukai lelaki itu. Tetapi melihat lelaki tinggi lampai itu menghampiri mereka bertiga, Yoon Hee dan Ja Eun tidak dapat mengelak diri mereka untuk memuji dan terpersona dengan wajahnya yang kacak.

            “Korang nak pergi mana?” soal Sehun. Kedua-dua tangannnya dimasukkan ke dalam kocek seluar menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu.

            “Makan. Lapar.” Hana merengek macam budak kecil. Sehun meletakkan tangannya di atas bahu Hana menyebabkan beberapa orang pelajar perempuan yang melihat adegan itu menjerit.

            Yoon Hee dan Ja Eun hanya tergelak melihat reaksi ‘fangirl’ Sehun yang terlebih cemburu.

            “Jom pergi makan dengan oppa kat kafe,” ajak Sehun.

            “Sekali dengan EXO?” soal Hana.

            “Yup.” Sehun mengangguk.

            Dengar saja perkataan EXO, bulu roma Yoon Hee sudah mula meremang. Takkanlah dia nak makan satu meja dengan EXO? Bila makan sama-sama dengan EXO bermakna dia perlu makan sekali dengan Kyung Soo dan mesti diorang akan cakap cupcake dan juga secret admirer Kyung Soo iaitu dia.

            “Okay. Nanti kitorang datang.” Tanpa disangka Hana setuju dengan ajakan Sehun.

            “Jumpa kat kafe.” Yoon Hee menanti hingga Sehun keluar dari bilik kuliah. Setelah pasti Sehun tiada, dia mendekati Hana.

            “Kita nak makan dengan EXO ke?” soal Yoon Hee menginginkan kepastian.

            “Yup. Jomlah diorang semua dah ada kat kafe.” Hana menarik tangan Yoon Hee.

            Tetapi Yoon Hee hanya kaku di tempatnya. Sedikit pun tidak bergerak. “Tapi Kyung Soo...” Yoon Hee membiarkan ayatnya tergantung berharap Hana faham apa yang dia ingin sampaikan.

            “Aku faham kau mesti malu kan? Tapi kau kena gunakan peluang ni,” ujar Hana.

            “Yoon Hee cuba kau fikir, tadi kau baru aje bagi dia cupcake. Kau mesti nak dengar sendiri dari mulut Kyung Soo pasal “secret admirer” dia kan? Inilah satu-satunya cara kau nak tahu apa reaksi Kyung Soo,” ujar Ja Eun bagi pihak Hana.

            “Janganlah risau. Kitorang ada.” Hana cuba meyakinkan Yoon Hee.

            Yoon Hee menghela nafas berat. “Okeylah. Jom.”


Double update :) Subscribe and Comment okay? 

* pictures are not mine. Credit to the real owner.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel