12

Hello, Mr. Crush!

Hana dan Ja Eun memandang Yoon Hee yang masam mencuka. Gaya dah macam orang baru lepas telan 10 botol cuka. Mereka tahu apa yang bermain dalam fikiran Yoon Hee sekarang ini. Pastinya sekarang Yoon Hee sedang bersedih sebab kelas mereka dibatalkan. Jadi tak dapatlah Yoon Hee lihat reaksi Kyung Soo bila terima hadiah daripada secret admirernya. Ketika mereka bertiga hendak keluar dari kelas sebaik saja dimaklumkan tentang pembatalan kelas, Kyung Soo baru duduk dan masih belum sempat buka hadiah yang diterimanya.

            Hana memicit kedua-dua belah bahu Yoon Hee. “Alah, janganlah sedih. Nanti aku tanya Sehun reaksi Kyung Soo macam mana bila dapat hadiah daripada kau. Okay?” Hana cuba menceriakan hati Yoon Hee yang sedang gundah gulana.

            “Betul tu. Jomlah pergi makan. Aku dah lapar ni,” sampuk Ja Eun lantas ketiga-tiga sahabat itu menuju ke kafe.

            “Hana,” panggil Sehun. Dia melambai ke arah saudara kembarnya.

            Mereka bertiga berpaling ke arah suara itu. “Jomlah makan dengan kitorang,” ajak Sehun.

            “Yoon Hee, jom makan dengan diorang. Nanti kau boleh jumpa Kyung Soo,” ujar Hana.

            Yoon Hee menggeleng laju. “Tak pe ke? Aku seganlah. Lagipun dia ajak kau bukannya kitorang,” balas Yoon Hee.

            “Dia maksudkan kita bertigalah. Jomlah. Tadi kau yang beria-ia nak tengok reaksi Kyung Soo pasal hadiah yang kau bagi tadi. Aku yakin diorang mesti akan cakap pasal benda tu. Jomlah,” desak Hana lagi.

            Mereka bertiga menatang dulang yang berisi makanan dan duduk satu meja dengan EXO.

            “Kenapa rasa macam tak cukup orang je?” soal Hana.

            “Oh, Kyung Soo dia lambat sikit. Tak tahu pergi mana?” balas Baek Hyun. Hana mengangguk tanda faham.

            “Itu Kyung Soo.” Jari telunjuk Luhan lurus menghala ke arah Kyung Soo yang datang ke arah mereka.

            “Tapi apa benda yang dia bawak tu?” soal Xiumin yang lebih tertarik ke arah kotak dan beg yang ada di tangan Kyung Soo.

            Yoon Hee memandang Kyung Soo sehinggalah lelaki itu berdiri di tepi meja. Jantungnya berdegup kencang melihat hadiah pemberiannya ada di tangan lelaki itu.

            “Sorry lambat,” ujar Kyung Soo sambil duduk di sebelah Sehun.

            “Apa benda tu?” soal Suho.

            “Hari nikan hari jadi Kyung Soo. Jadi secret admirer dia belikan hadiah.” Belum sempat Kyung Soo berkata apa-apa, Chanyeol terlebih dahulu bersuara. Ish mangkuk ni, bab-bab ambil tahu hal orang nombor satu. Kyung Soo menjeling tajam ke arah Chan Yeol. Chan Yeol yang perasan akan jelingan berpeluru maut yang dihantar oleh Kyung Soo hanya membalasnya dengan tersengih.

            “Wah, seronoknya. Dapat hadiah hari lahir daripada secret admirer,” ujar Lay.

            “Bukaklah, dia bagi apa?” Kris bersuara.

            Kyung Soo diam. Dia membuka kotak di hadapannya. Dia tahu itu kotak kek cuma dia masih belum berkesempatan untuk melihat kek di dalamnya.

Black-Forest-Cake-colors-35336656-552-46

            “Wah Blackforest cake!!!”  bersinar-sinar mata EXO melihat kek di hadapan mereka. Yoon Hee tidak mempedulikan reaksi ahli EXO yang lain kerana yang paling penting sekarang ni ialah Kyung Soo. Dia suka atau tidak?

            “Hyung, kenapa buat muka seposen macam tu? Tak suka ke dapat kek ni? Bukan ke ni kek kesukaan hyung?” Kai bersuara.

            “Aniya, cuma terkejut aje sebab dapat kek ni. Ingatkan nak beli kek ni lepas habis kelas tapi dia dah belikan dulu,” ujar Kyung Soo sambil tersenyum.

            Dalam diam Yoon Hee memasang senyum. ‘Dia suka kek tu. Yes! Yes! Yes!’ minda Yoon Hee mula meraikan kejayaannya untuk kali ini. Ternyata dia tak salah memilih kek.

            Baek Hyun menarik-narik tangan Kyung Soo. “Bukaklah hadiah tu pulak, nak tau apa yang secret admirer kau bagi.” Baek Hyun pula yang melebih. Macamlah dia yang dapat hadiah daripada secret admirer. Nak buat macam mana dah tak ada secret admirer terpaksalah dia jadi ahli mesyuarat tingkap.

            Masing-masing mula berdebar apabila Kyung Soo mengeluarkan sebuah kotak daripada beg kertas yang berwarna putih itu. Dia membuka kotak hitam yang berada di tangannya. Seutas jam tangan tersemat kemas di dalamnya. 

100630_Chopard-Watch.jpg      

            “Cantiknya.” Kali ni Tao pulak yang melebih macamlah dia yang dapat hadiah tu. Tuan punya badan yang dapat hadiah pun tak overreact macam dia.

            “Ada kad.” Chen mengambil kad yang diletakkan di dalam beg kertas bersama-sama dengan jam tangan tadi.

birthday_greeting_cards.jpg

            Nothing lasts forever, so live it up, drink it down, laugh it off, avoid the bull, take chances, & never have regrets, because at one point, everything you did was exactly what you wanted. You are never too old to set another goal or to dream a new dream. Happy Birthday, Mr. Crush!    - secret admirer

            Kyung Soo tak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Bait-bait ayat yang terukir di dalam kad itu dibaca lagi untuk kesekian kalinya. Sebelum ini dia pernah mendapat hadiah  dan surat cinta daripada perempuan semasa di sekolah tinggi dahulu tetapi semua surat cinta yang dia dapat semuanya jiwang-jiwang yang boleh buat dia muntah hijau setiap kali dia membacanya. Tapi kali ini lain, gadis yang dia tidak ketahui identitinya itu lebih memilih untuk memberikan dia kata-kata semangat berbanding ayat-ayat cinta yang puitis.

            “Senyum sorang-sorang nampak? Sukalah tu.” Chen mengusik Kyung Soo sebaik saja dia perasan senyuman yang terukir di bibir lelaki itu.

            Kyung Soo hanya tunduk sambil tersenyum malu. Yoon Hee juga dalam diam memasang senyum. ‘Misi ketiga, berjaya!’

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel