20

Hello, Mr. Crush!

“Yoon Hee-ah,” panggil Hana sebaik saja menutup pintu rumah.

            Lepas makan tengah hari tadi Yoon Hee memberitahunya dan Ja Eun yang dia tak akan masuk kelas dan pulang ke rumah atas alasan tidak sihat. Tanpa bertanya lebih lanjut, mereka hanya mengangguk. Mereka tahu apa yang bermain dalam fikiran Yoon Hee sekarang.

            Sebaik saja mereka sampai di kolej pagi tadi, Yoon Hee tiada dalam kelas. Pada awalnya mereka sangkakan Yoon Hee ada di perpustakaan seperti selalu tetapi selepas 15 minit kelas bermula, Yoon Hee masih juga belum muncul. Segala kegusaran yang melanda hanya dibiarkan sahaja dan mereka berniat untuk bertanya kepada Yoon Hee waktu makan tengah hari nanti.

            Selepas kelas tamat, Hana dan Ja Eun tunggu Yoon Hee di kafe bersama-sama EXO. Ketika itulah Kyung Soo datang bersama-sama dengan Soo Jin dan memperkenalkan gadis itu sebagai secret admirernya. Sudah semestinya berita itu mengejutkan EXO dan mereka berdua. Serta-merta persoalan tentang kehilangan Yoon Hee terjawab dengan sendirinya. Pastinya Yoon Hee sudah tahu berita ini terlebih dahulu. Sebab itulah Yoon Hee tak hadir ke kelas. Sebab dia terlalu sedih untuk menerima semua ni.

            “Yoon Hee-ah.” Ja Eun memulas tombol pintu bilik Yoon Hee. Tiada cahaya lampu yang menerangi bilik itu tetapi Ja Eun dan Hana masih dapat menangkap bayang Yoon Hee duduk di sudut bilik.

            “Yoon Hee.” Hana memetik suis lampu. Yoon Hee sedang duduk merapatkan kakinya ke dada.

            Hana dan Ja Eun mendekati sahabat mereka. “Yoon Hee. Kenapa menangis ni?” Hana mengusap lembut tangan sahabatnya.

            Lantas Yoon Hee memeluk Hana dan Ja Eun sebelum menghamburkan tangisannya. Hana dan Ja Eun masing-masing tidak bersuara.

            “Sudahlah tu. Janganlah menangis.” Hanya itu yang mampu disuarakan oleh Ja Eun kala ini. Dia tak tahu macam mana nak memujuk Yoon Hee sebab dia tak pernah alami apa yang Yoon Hee lalui sekarang.

            “Kenapa Kyung Soo percayakan perempuan tu? Soo Jin bukan “secret admirer” dia. Orang yang dia cari tu aku. Aku yang buat semuanya untuk dia,” tangis Yoon Hee di bahu Hana.

            “Sudahlah tu. Aku yakin lambat-laun nanti Kyung Soo tahu jugak yang perempuan tu penipu. Janganlah nangis lagi. Nanti kalau kau jatuh sakit macam mana,” pujuk Hana. Dia mengusap belakang Yoon Hee untuk menenangkan gadis itu. Tak sangka yang semuanya boleh jadi seperti ini.

            Yoon Hee mengelap air mata yang masih bersisa. Ja Eun mengusap lembut belakang badan kawannya. “Aku tahu kau terkejut dengan apa yang jadi hari ni. Tapi itu tak bermakna kau kena putus asa. Aku yakin Kyung Soo tak ada simpan apa-apa perasaan kat perempuan tu,” ujar Ja Eun lembut.

            Hana mengangguk tanda setuju. “Betul apa yang Ja Eun cakap tu. Kau sendiri pun nampak tadi betapa meluatnya Kyung Soo bila perempuan tu tergedik-gedik kat dia. Kalau kau nak tahu bukannya Kyung Soo yang ajak perempuan tu makan sekali dengan kita. Tetapi minah senget tu  yang tak tahu malu. Menggedik dekat bakal teman lelaki kau.”

            Yoon Hee memandang Hana dan Ja Eun silih berganti. “Bakal teman lelaki?”

            “Yalah, bakal teman lelaki. Kitorang akan pastikan yang Kyung Soo tetap jadi milik kau. Jangan risaulah, Yoon Hee. Selagi aku dengan Ja Eun ada kitorang berdua akan pastikan yang minah senget tu tak kacau hidup kau,” ujar Hana dengan penuh semangat.

            Ketawa kecil keluar dari mulut Yoon Hee. “Korang ni merepeklah.”

            “Kau ingat kitorang ni main-main ke? Kau tau tak bukan aku dengan Hana je yang meluat dengan minah muka tebal 14 inci tapi EXO pun sama. Kitorang ni tunggu masa je tau nak hantar Soo Jin tu jauh-jauh guna kapal kargo. Dia tu merimaskan tau tak,” ujar Ja Eun geram. Dia memang langsung tak berkenan dengan Soo Jin. Apatahlagi bila perempuan tak sedar diri tu memperkenalkan dirinya sebagai secret admirer Kyung Soo.

            Saat itu, Ja Eun rasa macam nak tonyoh-tonyoh muka perempuan tu dengan mop biar sedar diri sikit. Yoon Hee yang penat-penat buat semuanya untuk Kyung Soo, dia dengan senangnya dapat nama. Setiap kali mengingat perempuan tu, Ja Eun mesti sakit hati.

            Yoon Hee bangun dari tempatnya. “Aku nak tidur dulu. Mengantuk. Korang tu kalau nak tidur jangan lupa mandi dulu.” Dia bergerak menuju ke katil.

            “Kau tu jangan nak sedih sangat. Nanti kalau kau sakit kitorang jugak yang susah.” Hana mengingatkan kawannya itu sebelum keluar dari bilik bersama-sama Ja Eun.

 

 

 

Keesokan harinya, Yoon Hee hadir ke kelas seperti biasa. Berkat nasihat kawan-kawannya, dia mula bersemangat untuk menawan hati Kyung Soo. Setakat perempuan macam Soo Jin tu, senang aje dia nak kalahkan. Lagipun minah tak sedar diri tu memang bukan saingannya. Tak sesuai u alllzzz..

            Semuanya berjalan dengan lancar hari itu sehinggalah tiba waktu makan tengah hari. Tanpa sedar Yoon Hee melepaskan satu keluhan berat. “Mesti Soo Jin tu ada sekali nanti,” keluh Yoon Hee perlahan.

            “Yoon Hee-ah, jom pergi makan? Laparlah.” Hana dan Ja Eun sudah berdiri di hadapan Yoon Hee.

            Yoon Hee tersenyum pahit lalu bangun dari kerusi. “Jom.” Mereka bertiga berjalan menuju ke kafe.

            “Hai korang,” sapa Hana dan Ja Eun serentak sebelum mengambil tempat mereka.

            EXO menyambut gembira kedatangan mereka bertiga. Soo Jin yang dari tadi terabai dibiarkan saja tanpa melayan gadis itu. Soo Jin yang duduk paling hujung menarik muka masamnya apabila EXO langsung tak menegurnya. Malah menganggap yang dia langsung tak wujud selepas kedatangan Hana, Ja Eun, dan Yoon Hee.

            “Yoon Hee kenapa tak duduk?” tegur Luhan apabila Yoon Hee masih lagi kaku di tempat dia berdiri.

            Yoon Hee menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia teragak-agak untuk duduk di tempat yang kosong itu kerana bersebelahan dengan Kyung Soo. Tetapi dia tak kisah kalau kena duduk sebelah lelaki itu cuma yang menjadi masalahnya sekarang ialah dia kena menghadap wajah Soo Jin yang menyakitkan hati itu.

            ‘Tak pe Yoon Hee. Mungkin ini peluang kau untuk kenakan balik Soo Jin. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.’ Minda Yoon Hee berbicara. Dengan tenang, dia menarik kerusi lalu duduk di tengah-tengah antara Kyung Soo dan Lay.

            “Hari ni Kyung Soo ada masak kimchi spageti tau. Cubalah rasa.” Xiumin menghulurkan satu bekas makanan kepada Hana dan Ja Eun manakala satu lagi bekas ada pada Kyung Soo.

            “Spageti kimchi? Wah sedapnya,” ujar Soo Jin ceria.

            Krik.... krik.... krik... krik... tiada siapa yang ambil pusing dengan kata-kata Soo Jin.

            Suho membuka penutup bekas makanan untuk Hana dan Ja Eun. “Rasalah korang mesti suka.”

            Hana mencapai garfu. “Korang semua tak nak makan ke?” soal Hana.

            Kris menggeleng. “Kitorang semua dah makan tadi.”

            “Kitorang bungkuskan ni untuk korang dengan Yoon Hee sebab nak bagi korang rasa. Mesti korang suka.” Chen mencelah.

            Soo Jin mencebik apabila namanya langsung tak disebut. ‘Asyik-asyik nama diorang aje yang korang sebut. Aku ni macam tak wujud je kan?’ Soo Jin menggumam. Memang EXO anggap Soo Jin tak wujud pun. Cuma dia aje yang lambat pick-up tak sedar yang dia sememangnya tidak diperlukan dalam kumpulan tu.

            “Kyung Soo oppa. Suapkan,” arah Soo Jin dengan gaya manjanya.

            Sumpah ketika itu ahli-ahli EXO yang lain rasa macam nak muntahkan balik spageti yang mereka makan tadi.

            “Dah kenapa nak panggil oppa? Setakat umur beza berapa bulan je ada hati nak panggil oppa. Gelinya,” kutuk Sehun dengan penuh selamba. Nasibnya baik kerana Soo Jin tak dengar akan kata-katanya kerana sibuk menyuruh Kyung Soo menyuapkan spageti ke dalam mulutnya.

            Kyung Soo mengeluh perlahan. Dengan penuh terpaksa dia suapkan juga spageti ke dalam mulut Soo Jin. Kalau boleh dengan garfu sekali dia nak suruh Soo Jin telan biar mati tercekik. Aman sikit hidupnya selepas ini.

            Setelah itu, Kyung Soo mengambil lagi spageti dengan menggunakan garfu. Tetapi dia tidak suapkan kepada Soo Jin sebaliknya dia garfu tersebut dihalakan ke arah Yoon Hee. Berubah air muka Soo Jin apabila Kyung Soo menyuapkan spageti ke dalam mulut Yoon Hee tanpa disuruh.

            “Sedap tak?” soal Kyung Soo.

            Yoon Hee mengunyah makanan di dalam mulutnya perlahan-lahan lalu mengangguk. Dia akui yang Kyung Soo memang pandai masak. Dia menjeling ke arah Soo Jin merenung tajam ke arahnya. Sempat lagi dia senyum sinis kepada gadis itu. ‘Satu kosong!’

            Dia sudah cukup bahagia apabila Kyung Soo menyuapkan makanan ke dalam mulutnya tanpa disuruh tetapi dia tidak menyangka yang Kyung Soo akan suapkan makanan untuknya lagi.

            “Kyung Soo..” Yoon Hee jadi malu. Apatahlagi tindakan Kyung Soo itu turut mendapat perhatian daripada mereka yang duduk tidak jauh dari meja mereka.

            Tetapi Kyung Soo tetap berkeras mahu menyuapkan gadis itu. Nak tak nak Yoon Hee menurut saja. Kyung Soo mengelap bahagian tepi bibir Yoon Hee dengan ibu jarinya. Yoon Hee tergamam. Jantungnya berdegup laju.

            ‘Betul ke apa yang aku lalui sekarang? Ini bukan mimpi kan? Kenapa dia mesti jadi sweet macam ni?’ Yoon Hee dapat rasakan yang wajahnya tengah membahang sekarang ni. Semuanya sebab Do Kyung Soo.

            “Oppa, kenapa suap Yoon Hee sorang je? Tak nak suap saya sekali ke?” Soo Jin merengek manja.

            EXO, Hana, dan Ja Eun cuba sebaik mungkin menghalang mulut mereka daripada mengeluarkan sebarang sumpah seranah yang boleh menyebabkan cerita ni dilabel sebagai “M”

            “Kau kan ada tangan, ada sepuluh jari semuanya sempurna. Tak boleh makan sendiri ke? Mengada-ngada. Umur dah 20 tahun bukannya budak kecil yang baru dua tahun,” ujar Chen selamba. Lantaklah kalau perempuan nak maki hamun dia yang penting minah gedik ni mesti dihalang daripada terus mengada-ngada.

            “Habis tu Yoon Hee tak pe pulak? Dia pun ada tangan,” balas Soo Jin yang tak mahu kalah pada Chen.

            “Biarlah dia. Lagipun Kyung Soo sendiri yang nak suapkan Yoon Hee bukannya Yoon Hee yang paksa pun.” Kai bersuara membela Yoon Hee membuatkan Soo Jin makin panas hati.

            Soo Jin memandang Yoon Hee dengan pandangan yang berapi. Apa yang istimewa sangat perempuan ni sampai Kyung Soo lebihkan dia? Sampai semua orang nak bela dia? Siaplah kau Yoon Hee. Aku akan pastikan Kyung Soo pandang aku sorang je. Soo Jin sudah bertekad yang Kyung Soo mesti jadi milik dia.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel