23

Hello, Mr. Crush!

Yoon Hee, Hana, dan Ja Eun tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya mereka menunggu di hospital sehingga Lay dibenarkan pulang. Mereka ingin pulang bersama-sama dengan Lay dan yang lain. Mereka bertiga duduk di taman hospital sementara EXO membantu Lay mengemas barang dan menguruskan urusan yang berkaitan.

            “Yoon Hee.”

            Dia menoleh ke arah Ja Eun. “Kenapa?”

            “Kau ada perasan sesuatu tak kebelakangan ni?” Ja Eun bertanya.

            Soalan itu dibiarkan sepi seketika. “Perasan apa?” soal Yoon Hee pula.

            Ja Eun menggaru-garu kepalanya. Tak tahu nak luahkan bagaimana.

            “Lay.” Hana tiba-tiba bersuara. “Kau tak perasan ke cara dia layan kau sekarang ni dah lain. Dia nampak macam dia ambil berat sangat pasal kau.”

            Yoon Hee berfikir sejenak. Dia juga sebenarnya perasan yang Lay lebih prihatin terhadapnya berbanding dengan yang lain. Tetapi dia hanya buat tak tahu sebab bagi dia itu ialah perkara biasa.

            “Perasan. Tapi kenapa tiba-tiba korang cakap pasal benda ni?” Yoon Hee bingung apabila Hana dan Ja Eun tiba-tiba membangkitkan soal Lay.

            “Kau perasan tak yang Lay sukakan kau?” ujar Ja Eun.

            Yoon Hee memuntahkan tawanya. Hana menyiku lengan kawannya.

            “Kenapa kau ketawa?” Hana tak berpuas hati. Bagi dia ini ialah perkara serius tetapi Yoon Hee boleh pula ketawa.

            “Apa yang korang berdua merepek ni? Memang taklah dia nak sukakan aku.”

            “Tapi Yoon Hee. Kitorang cakap benda betul. Mungkin kau tak perasan dan kau anggap apa yang dia buat tu cuma benda biasa. Tapi kitorang boleh nampak cara dia pandang kau, cara dia layan kau bukannya sebagai seorang kawan. Lebih daripada tu.” Ja Eun berkata dengan serius.

            Yoon Hee mula memikirkan kata-kata Ja Eun itu. Mindanya cuba menghadam setiap bait-bait ayat yang diluahkan oleh Ja Eun. ‘Lay suka aku. Lay suka aku. Lay suka aku.’ Dia tak tahu sama ada dia perlu percaya atau tidak dengan kata-kata Hana dan Ja Eun. Sudahlah rancangannya untuk terus menjadi secret admirer Kyung Soo mati di tengah jalan sebab Soo Jin. Sekarang ni dia Lay pula sukakan dia. Tapi logik kalau orang macam Lay tu nak sukakan dia? Macam mustahil je. Apa yang ada pada dia yang boleh buat tertarik kepadanya?

            Hana memegang tangan Yoon Hee. “Kitorang bukannya nak membebankan kau dengan perkara ni. Kitorang cuma nak kau tau pasal benda ni dan kitorang nak kau bersedia manalah tahu kalau tiba-tiba Lay luahkan perasaan dia pada kau. Tak adalah kau terkejut nanti,” jelas Hana.

            Yoon Hee memandang kawannya sambil tersenyum. Ja Eun menepuk lembut paha Yoon Hee.

            “Jomlah kita naik atas. Aku rasa mesti diorang dah tunggu.”

 

Lay sudah pun siap menukar pakaiannya. Dia membiarkan semua orang keluar dari bilik itu sehinggalah tinggal dia berdua dengan Yoon Hee. Lay cepat-cepat menutup pintu dan menarik Yoon Hee ke tengah-tengah bilik.

            Yoon Hee tersentak apabila tiba-tiba pintu ditutup rapat dan tangannya ditarik oleh Lay.

            “Saya ada benda nak cakap dengan awak.” Lay melepaskan tangan Yoon Hee.

            Tiada satu suara pun yang keluar dari mulut Yoon Hee. Dia hanya mendiamkan diri membiarkan Lay bersuara.

            Lay menghela nafasnya. Pandangan dilemparkan ke arah tingkap sebelum kembali menatap wajah Yoon Hee yang masih menanti ayat seterusnya yang akan keluar dari mulutnya.

            “Sebenarnya Yoon Hee. Saya sukakan awak.”

            Pengakuan Lay itu mengejutkan Yoon Hee. Terus kata-kata Hana dan Ja Eun tentang Lay bermain di ruang mindanya. Diorang betul tentang Lay yang sukakan dia. Walaupun Hana dan Ja Eun memberitahu tentang hal ini terlebih dahulu tetapi luahan mengejut daripada Lay masih mampu membuatkan jantungnya berhenti berfungsi untuk seketika.

             “Lay, sebenarnya saya.....” Yoon Hee kehilangan kata-kata. Dia tak tahu macam mana nak beritahu Lay yang dia tak menyimpan perasaan yang sama tanpa menyakiti hati lelaki itu.

            “Tapi saya tahu yang awak tak ada perasaan yang sama terhadap saya. Sebab Kyung Soo dah mencuri hati awak terlebih dahulu.” Lay memintas kata-kata Yoon Hee.

            Yoon Hee merasakan dadanya mula sesak. “Awak tahu yang saya sukakan Kyung Soo?”

           Lay mengangguk. Walaupun hatinya terluka tapi dia masih mampu tersenyum pada Yoon Hee. “Mungkin orang lain tak perasan tapi saya boleh nampak yang awak simpan perasaan kat Kyung Soo. Cara awak pandang dia, tingkah laku awak setiap kali berdepan dengan dia nampak sangat yang awak sukakan dia. Awak nangis masa saya jumpa awak di bilik tarian pun sebab Kyung Soo kan?”

          Sejak awal lagi dia boleh baca apa yang bersarang dalam hati Yoon Hee dan dia sengaja buat tak tahu. Dia sangkakan dia boleh merubah hati Yoon Hee supaya berpaling ke arahnya tapi dia gagal. Yoon Hee hanya pandang Kyung Soo seorang sahaja.

        Yoon Hee tak sangka yang Lay boleh meneka dengan begitu tepat sekali. Dia tunduk memandang lantai. “Saya minta maaf sebab tak boleh balas perasaan awak. Tapi saya minta tolong jangan beritahu sesiapa pasal hal ni,” rayu Yoon Hee. Dia ingin Kyung Soo tahu tentang perasaannya tapi bukan sekarang dan bukan dari mulut orang lain. Dia mahu Kyung Soo dengar dari mulutnya sendiri.

           Lay memegang kedua-dua belah bahu Yoon Hee. “Awak boleh percayakan saya. Tapi saya rasa awak patut beritahu Kyung Soo pasal perasaan awak. Kyung Soo perlu tahu siapa secret admirer dia yang sebenar,” ujar Lay sambil tersenyum.

          Wajah Yoon Hee terus berubah tatkala mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Lay. Dia tak sangka yang Lay juga tahu akan hal itu. Bibirnya terketar-ketar ingin berkata sesuatu tetapi tak terluah.

           “Awak tak boleh sembunyikan apa-apa daripada saya Yoon Hee. Saya boleh baca reaksi wajah awak setiap kali kitorang cakap pasal “secret admirer” dia.”

            Untuk seketika sepi menguasai ruang. Masing-masing kelu untuk berbicara.

          “Saya luahkan perasaan kat awak bukan mengharapkan yang awak akan terima saya. Tapi saya hanya nak awak tahu yang selama ni ada seorang lelaki yang pernah menyimpan perasaan kat awak. Awak tak payah risau sebab lepas ni saya akan cuba lupakan perasaan ni. Dan saya harap awak akan dapat cinta sejati awak.” Lay bersuara lagi.

             Yoon Hee masih lagi kelu untuk berbicara. Lay menjatuhkan tangannya dari bahu Yoon Hee.

             “Terima kasih sebab masuk dalam hati saya walaupun hanya seketika.” Lay mengucup pipi Yoon Hee.

 

 

Kyung Soo berjalan jauh di belakang sambil ingatannya menerawang memikirkan perihal Lay dan Yoon Hee. Semakin hari semakin kuat hatinya mengatakan yang kawannya juga menyimpan perasaan terhadap Yoon Hee. Walaupun Lay ialah kawan baiknya, dia tetap tak boleh seandainya benar Lay juga sukakan Yoon Hee. Macam mana kalau suatu hari nanti Lay meluahkan perasaan pada Yoon Hee dan gadis itu menerimanya. Bolehkah dia terima hakikat itu?

            Sebut tentang Lay dan Yoon Hee, baru dia perasan yang mereka berdua tiada di situ. Kyung Soo berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang untuk pastikan yang Lay dan Yoon Hee ada di belakangnya. Tetapi tiada. Kyung Soo membiarkan mereka yang semua yang semakin jauh di hadapan. Dia berpatah balik ke bilik tadi kerana dia pasti Lay dan Yoon Hee ada di situ.

            Kyung Soo menolak daun pintu. Sangkaanya tepat. Belum sempat dia menolak pintu dengan lebih luas tangannya berhenti.

            “Terima kasih sebab masuk dalam hati saya walaupun hanya seketika.” Lay mengucup pipi Yoon Hee.

             Tika itu dia berfikir alangkah bagusnya kalau dia tidak berpatah balik ke bilik ini.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel