7

Hello, Mr. Crush!

“Duduk.”

Hana duduk di atas sofa seperti yang disuruh. Kecut perut dibuatnya apabila Yoon Hee dan Ja Eun memandangnya macam singa tak makan seminggu. Dia terasa seperti kanak-kanak lima tahun yang kena marah dengan ibu bapanya. Sejak dalam perjalanan pulang lagi mereka berdua tidak bersuara. Hana pasti baik Ja Eun mahupun Yoon Hee, kedua-dua marahkannya. Tapi dia akui ini memang silapnya juga kerana terlalu berahsia dengan dua orang kawannya.

            “Aku minta maaf. Aku tak ada niat pun nak berahsia daripada korang.” Hana terlebih dahulu berbicara. Matanya melekat ke arah lantai. Dia tak berani memandang wajah Yoon Hee dan Ja Eun yang masih lagi berdiri tegak di hadapannya.

            “Kenapa kau tak beritahu korang pasal latar belakang keluarga kau? Kau anggap kitorang sahabat kau tapi satu pun pasal keluarga kau kitorang tak tahu,” ujar Yoon Hee tenang tapi penuh dengan nada kecewa.

            Betapa terkejutnya tadi bila dia dapat tentang diri Hana yang sebenar. Dia tak kisah tentang latar belakang yang datang dari keluarga yang kaya. Tapi apa yang buat dia terkejut ialah tentang Hana dan EXO. Dia tidak menyangka yang Hana begitu rapat dengan EXO. Yoon Hee terasa seperti diperbodohkan.

            “Sebenarnya aku buat macam ni sebab aku nak korang berkawan dengan aku sebab diri aku yang sebenar dan bukan sebab latar belakang aku. Masa aku kat sekolah tinggi, aku langsung tak ada seseorang yang boleh digelar sahabat. Diorang semua kawan dengan aku untuk kepentingan diorang sendiri. Sebab aku anak orang kaya dan sebab aku rapat dengan EXO. Diorang cuma ada masa aku senang tapi masa aku susah semua orang lari.

            Bila masuk U, aku nekad untuk rahsiakan latar belakang keluarga untuk sementara waktu sebab aku nak cari orang yang boleh dijadikan sahabat. Bila aku jumpa korang masa hari pertama kat U aku dapat rasa yang korang baik dan ikhlas nak kawan dengan aku. Sebenarnya aku dah lama nak berterus terang, tapi masa tak sesuai. Sebab tu aku pilih hari jadi aku sebagai tarikh yang sesuai. Aku minta keluarga aku buat jamuan makan, dan aku minta abang aku ajak kawan-kawan dia supaya korang tahu pasal aku. Aku tak nak simpan apa-apa rahsia daripada korang lagi dah,” terang Hana. Dia memandang Yoon Hee dan Ja Eun tanpa hanya untuk beberapa saat sebelum kembali menunduk memandang lantai.

            Yoon Hee dan Ja Eun masing-masing tak bersuara. “Kalau ni sebabnya kenapa kau berahsia daripada kitorang pasal latar belakang kau. Kitorang faham. Terima kasih sebab percayakan kitorang untuk jadi kawan kau.” Akhirnya Ja Eun bersuara. Mereka berdua mengambil tempat di sebelah Hana.

            Hana mengangkat wajahnya. “So, sekarang ni kita kawan balik?” wajah Ja Eun dipandang.

            “Bila masa pulak kita jadi musuh?” ujar Yoon Hee. Hana melompat keriangan. Dia bangun dari sofa lalu menarik tangan Yoon Hee dan Ja Eun.         

“Jom pergi makan ais krim,” ajak Hana.

            “Bukan kita baru balik dari makan kat rumah keluarga kau ke?” Ja Eun memandang Hana dengan pandangan tak percaya. Makanan yang mereka makan tadi pun tak habis hadam lagi, ni nak tambah lagi.

            “Tapi tadi kat rumah keluarga aku tak ada ais krim.” Kata Hana mengundang gelak tawa Yoon Hee dan Ja Eun. Nak tak nak terpaksalah dipenuhi permintaan Hana. Maklumlah ‘birthday girl’ katakan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel