10

Hello, Mr. Crush!

Sudah lebih seminggu selepas Yoon Hee membuatkan Kyung Soo cupcake. Dia jadi lebih semangat untuk teruskan misinya tetapi dia tak tahu apa yang patut dia beri kepada Kyung Soo sebab dia tak tahu apa yang lelaki itu suka. Dia perlu lancarkan misinya secepat mungkin kalau tidak Kyung Soo akan lupa akan kehadirannya sebagai secret admirer.

            Hari itu, Yoon Hee ke kelas seperti biasa. Bilik kuliah yang tadinya kosong mula dipenuhi sedikit demi sedikit. Yoon Hee mengetuk meja dengan jari-jemarinya manakala sebelah lagi tangannya menongkat dagu sambil mata dilekatkan ke arah pintu masuk. Lagi 5 minit kelas akan bermula tetapi bayang Kyung Soo masih belum kelihatan sedangkan kawan-kawannya yang lain sudah pun sampai.

            ‘Dia tak datang ke hari ni? Kenapa dia tak datang? Sebelum ni dia tak pernah ponteng kelas.’ Yoon Hee bersoal jawab dengan dirinya di dalam hati. Dia tersenyum lega apabila orang yang dinanti akhirnya tiba. Tapi wajah lelaki itu kelihatan sedikit pucat dan matanya juga merah. Macam orang sakit.

            Profesor Shin sudah masuk ke dalam kelas dan mula sesi pembelajaran tapi mata Yoon Hee tidak dapat fokus langsung terhadap topik yang diajar sebaliknya matanya tertumpu ke arah Kyung Soo. Dia menongkat dagu menggunakan kedua-dua tangannya. Dia memandang nota ringkas yang ditulis di papan putih tanpa berniat untuk memahaminya. Ada perkara penting yang dia perlu fikirkan selain daripada memahami topik yang mereka belajar hari ini.

                       

 

 

Tamat saja kelas makroekonomi, Yoon Hee terus keluar dari bilik kuliah meninggalkan kawan-kawannya. Dia bergegas ke farmasi yang terletak tidak jauh di hadapan universiti. Masa 1 jam yang ada sebelum kelas seterusnya bermula digunakan sebaik mungkin. Walaupun terpaksa abaikan makan tengah hari, dia tak kisah. Asalkan dia boleh buat sesuatu untuk Kyung Soo.

            “Annyeonghaseyo, ada apa yang boleh saya bantu?” sapa pekerja farmasi itu dengan ramah.        

            “Saya nak beli ubat demam,” balas Yoon Hee.

            “Untuk kanak-kanak atau dewasa?” soal pekerja itu lagi.

            “Dewasa.”

            Pekerja itu menangguk. “Tunggu sekejap ya.” Pekerja itu menghilang di sebalik rak ubat-ubatan.

            “Ini dia. Pastikan ubat ni diambil selepas makan, 2 kali sehari. Kalau dalam masa 3 hari masih belum sembuh, pesakit perlu jumpa dengan doktor,” ujar pekerja itu.

            Yoon Hee mengangguk tanda faham. Selepas membuat bayaran, dia bergegas ke kedai hadiah yang terletak selang beberapa kedai dari farmasi. Masih ada 30 minit, harap-harap sempat. Selepas mendapatkan kad untuk Kyung Soo di kedai hadiah, dia berjalan pulang ke universiti. Yoon Hee berjalan di koridor menuju ke kelasnya, di pertengahan jalan dia ternampak Kyung Soo keluar dari bilik kuliah.

            ‘Alamak, dia dah sampai dulu? Sempat ke aku letak ubat ni kat tempat dia?’ Yoon Hee mula khuatir kalau rancangannya kali ini tak berjaya. Dia cepat-cepat berlari masuk ke dalam bilik kuliah. Beg Kyung Soo sudah pun ada di tempatnya. Dia perlu cepat sebelum lelaki itu balik semula.

            “Nak letak kat mana ubat ni? Atas meja? Ke dalam beg dia? Tapi kalau dalam beg dia perasan ke?” dalam pada Yoon Hee kekalutan memikirkan tempat yang sesuai untuk letakkan ubat yang debelinya tadi, dia terdengar bunyi tapak kaki dari luar.

            Sebaik saja Kyung Soo melangkah masuk, Yoon Hee sudah duduk di tempatnya. ‘Nasib baik sempat’, bisik Yoon Hee lega. Dia perasan riak wajah Kyung Soo yang terkejut melihat ubat dan kad yang berada di atas mejanya. Agak-agak dia tahu tak aku yang letakkan ubat tu?

            “Yoon Hee.” Panggil Kyung Soo.

            Yoon Hee pura-pura pandang tempat lain sebelum memandang lelaki itu. “Ya?”

            “Awak tahu tak siapa yang letak benda ni atas meja saya?” jari telunjuknya lurus menghala ke arah kad, ubat dan sebotol air mineral di atas mejanya. Tiba-tiba Yoon Hee terfikir mahu memberikan air mineral itu kepada Kyung Soo. Itu air yang dibeli olehnya pagi tadi. Memandangkan dia masih belum membukanya, Yoon Hee terfikir mahu beri kepada lelaki itu saja.

            “Tak.” Yoon Hee pantas menjawab. “Waktu saya sampai tadi benda tu memang dah ada kat situ,” ujarnya lagi berharap yang Kyung Soo akan percaya kata-katanya. ‘Tolonglah percaya. Tolonglah percaya. Tolonglah percaya.’ Yoon Hee berdoa dalam hati.

            Kyung Soo tidak memberi sebarang respon dan terus duduk di tempatnya. Yoon Hee menarik nafas lega apabila Kyung Soo tidak bertanya apa-apa lagi. Kyung Soo tersenyum melihat kad yang comel itu sebelum membukanya.

get+well.JPG

            Hello Mr. Crush! Saya dapat tahu yang awak tak sihat. Saya belikan awak ubat pastikan awak makan 2 kali sehari selepas makan. Jangan lupa makan tau. Semoga cepat sembut, Mr. Crush. – secret admirer.

            “Yoon Hee.” Ja Eun dan Hana masuk ke dalam bilik kuliah. Sempat lagi mereka menjeling ke arah Kyung Soo. Melihat kad yang ada pada tangan lelaki itu baik Hana mahupun Ja Eun sudah dapat menjangka yang kad itu daripada Yoon Hee. Mereka berdua memasang senyum apabila memikirkan Yoon Hee yang sudah boleh bertindak sendiri tanpa perlu meminta pendapat mereka terlebih dahulu.

            Hana menarik kerusi di sebelah kanan Yoon Hee manakala Ja Eun di sebelah kiri. “Kau belikan ubat untuk Kyung Soo ke?” soal Ja Eun sebaik saja melabuhkan punggung di atas kerusi.

            Yoon Hee hanya tersenyum.

            “Patutlah ada orang tu tak pergi makan tadi, belikan ubat untuk Mr. Crush rupanya,” usik Hana pula. Dia menyiku lembut lengan Yoon Hee.

            Yoon Hee meletakkan jari telunjuknya di bibir. “Shhh... diamlah. Nanti kalau Kyung Soo tahu macam mana?” bisik Yoon Hee sambil menjeling ke arah Kyung Soo. Rasanya lelaki tu tak dengar apa yang Hana cakap tadi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel