14

Hello, Mr. Crush!

Mereka bertiga melangkah ke ruang tamu. EXO sudah pun duduk berkumpul di situ. Yoon Hee sempat lagi memerhati segenap sudut ruang tamu. Susah nak percaya yang rumah ni milik 12 orang lelaki bujang. Kemas. Semua perabot dan perhiasan tersusun rapi.

            “Mesti awak terkejut sebab tengok rumah kitorang kemas macam ni kan?” Yoon Hee berpaling ke arah Luhan yang berdiri di sebelahnya. Terkejut kerana lelaki itu apa yang bermain dalam fikirannya sekarang.

            “Kitorang berterima kasih dekat Xiumin sebab dia tu pembersih orangnya. Pantang tengok rumah ni bersepah. Suho pun sama, dia tu memang rajin membebel. Membebel ajelah tapi biasanya yang kemas rumah ni Kyung Soo,” sambung Luhan lagi.

            “Kyung Soo?”

            Luhan mengangguk. “Perangai dia macam mak orang. Kuat membebel tapi rajin. Selalunya dialah yang kemas rumah ni. Yang masak pun dia. Awak patut rasa dia masak Spageti Kimchi. Sedap sangat.”

            Hati Yoon Hee berbunga riang apabila Luhan memuji lelaki pujaannya. Satu lagi benda menarik yang dia tahu pasal Kyung Soo. Yoon Hee mencuri pandang ke arah Kyung Soo yang sedang ‘dibuli’ oleh Chen dan Baek Hyun. Semakin lama dia kenal Kyung Soo semakin menarik lelaki itu pada pandangan matanya.

 

 

 

Akhirnya majlis pun bermula. Walaupun ringkas tapi sangat meriah. Mulut ahli-ahli EXO saja sudah terasa seperi 1000 orang yang berada di dalam rumah itu. Terlalu bising. Bagi Hana, mungkin dia dah biasa dengan 1001 perangai EXO, tetapi tidak bagi Yoon Hee dan Ja Eun. Rasa macam tak percaya. EXO yang ada di hadapan sekarang jauh berbeza dengan EXO yang mereka lihat setiap hari di universiti.

Masing-masing sudah mula kekeyangan disebabkan terlebih makan. Setelah selesai mengemas ruang tamu dan mencuci pinnggan mangkuk yang digunakan tadi, mereka kembali ke ruang tamu duduk membentuk satu bulatan besar di tengah-tengahnya.

            “Apa kata kalau kita main truth or dare?” cadang Chanyeol penuh bersemangat.

            “Truth or dare? Okay. Siapa yang nak mula dulu?” Suho bangun dan mengambil satu botol kosong yang berada di atas meja.

            “Apa kata kita suruh Xiumin hyung mula dulu. Kita ni kena beradab, dahulukan yang tua dulu. Yang tua dihormati yang muda disayangi,” ujar Chen disambut dengan hilai tawa daripada yang lain.

            Xiumin merenung tajam ke arah Chen. “Ada yang terjunam dari tingkat 5 ke bawah kejap lagi.” Dia memusingkan botol di hadapannya dan berhenti di hadapan Lay.

            “Lay hyung, truth or dare?”

            “Dare.” Lay membalas pertanyaan Baek Hyun dengan penuh yakin.

            “Menari depan kitorang,” arah Xiumin. Yang lain mula bersorak. Ja Eun, Hana dan Yoon Hee memandang Lay yang sudah berdiri di tengah-tengah. Pernah juga diorang dengar tentang kehebatan Lay menari tapi baru hari ni mereka dapat melihatnya depan mata.

            Muzik mula dimainkan dan Lay mula menari mengikut rentak. EXO memandang Lay dengan penuh rasa bangga. Bangga kerana ada kawan yang sangat berbakat seperti Lay. Manakala Ja Eun, Hana dan Yoon Hee masih lagi tidak lepas daripada memandang Lay yang lincah menari di hadapan mereka. Lay yang mereka lihat sekarang jauh berbeza dengan Lay yang mereka lihat sebelum ni. Lay yang sebelum ni penuh dengan sikap merendah diri dan ‘innocent’ berubah menjadi seorang lelaki yang sangat cool dan bergaya. Setiap langkah tariannya sangat sempurna dan cantik. Sorakan dan tepukan memenuhi segenap ruang tamu sebaik saja Lay selesai menari. Lay yang tadinya berkarisma kembali berubah menjadi Lay yang merendah diri dan tersipu malu apabila dipuji oleh Hana.

            Lay memutar botol di hadapannya. Muncung botol berhenti betul-betul di hadapan Baek Hyun membuatkan lelaki itu menyeringai.

            “Dare.” Belum sempat yang lain bersuara Baek Hyun terlebih dahulu membuat keputusan.

            “Buat aegyo depan kitorang,” arah yang lain.

            “Aegyo? Takkanlah depan diorang? Malulah,” Baek Hyun mula merungut macam budak tadika. Bukannya dia tak pernah buat aegyo selama ni. Banyak kali. Tapi hanya di hadapan EXO itupun untuk menceriakan suasana. Dia tak pernah buat aegyo depan mana-mana perempuan sebelum ni.

            “Buat ajelah, tak payah malu depan kitorang,” ujar Ja Eun. Dia ternanti-nanti bagaimana agaknya aegyo Baek Hyun.

            Baek Hyun duduk tegak. Dia menarik nafas-nafas sedalam mungkin sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Wajahnya sudah mula merona kemerahan kerana 14 pasang mata yang tak berkelip memandang ke arahnya.

            “Bboong Bboong-ah mianhei~” Baek Hyun membuat suara comelnya sambil menunjukkan eye smile yang menjadi kegilaan semua peminatnya selama ni.

            Ruang tamu itu mula kecoh dengan gelak tawa daripada EXO. Baek Hyun sudah malu tak terkata. Dia menutup wajahnya dengan kedua-dua tapak tangan. Ja Eun, Hana dan Yoon Hee masing-masing tercengang. Tak percaya yang ada lelaki boleh buat aegyo jauh lebih bagus daripada perempuan.

            Baek Hyun mengipas-ngipas mukanya yang kemerahan dengan tangan. Rasa malu masih lagi berbekas. Permainan diteruskan dan kali ni muncung botol itu menghala ke arah Ja Eun dan dia memilih truth. Semuanya kerana dia tak mahu disuruh buat benda yang bukan-bukan oleh EXO.

            “Kalau diberi peluang untuk dating dengan salah seorang daripada kitorang siapa yang kau akan pilih?” soal Baek Hyun.

            “Saya!” ujar Tao penuh semangat.

            “Kalaulah Ja Eun pilih kau, mesti dia ada masalah mata,” ujar Chan Yeol. EXO mula ketawa terbahak-bahak apabial Tao membuat muka comelnya.

            “Apalah korang ni tanya soalan macam tu? Mestilah dia pilih aku,” ujar Kris penuh bangga.

            “Tapi saya tak suka lelaki yang perangai macam alien,” balas Ja Eun. Serentak itu EXO memuntahkan tawanya. Hana dan Yoon Hee pun tak boleh menahan diri mereka untuk ketawa.

            “Habis tu kau pilih siapa?” soal Baek Hyun.

            “Emmm... Kai.”

            “HAH?!”

            “Kenapa?” soal Ja Eun melihat mata EXO yang macam dah nak tercabut itu. Mata Kyung Soo yang memang semula jadi bulat jadi semakin bulat membuatkan Yoon Hee tersenyum sendiri. Comel!

            “Kenapa kau pilih Kai?”Chanyeol bertanya.

            “Sebab dia handsome,” jawapan yang ringkas tapi penuh ketulusan keluar dari mulut Ja Eun membuatkan Kai tersenyum.

            “Awww~” EXO dah mula jadi fanboys. Sumpah over!

            Ja Eun memusingkan botol dan kali ini ia berhenti ke arah Kyung Soo.

            “Dare,” lantas dia bersuara.

            “Kenapa korang semua pilih dare?” soal Hana.

            “Kitorang lebih rela kena buat benda mengarut daripada bocorkan rahsia kitorang sendiri tau,” balas Sehun. Yang lain hanya mengangguk. Apalah sangat kalau disuruh buat sesuatu daripada luahkan apa yang terbuku dalam hati.

            “Nak suruh Kyung Soo buat apa eh?” soal Ja Eun.

            “Suruh dia nyanyi. Kyung Soo pandai menyanyi tau. Suara dia sedap sangat,” ujar Suho.

            Yoon Hee memandang tepat ke arah Kyung Soo. Dia boleh menyanyi? Yoon Hee tak pernah tahu pun tentang hal ni.

            “Kalau macam tu aku nak dengar Kyung Soo nyanyi.”

            Kyung Soo meminta Chanyeol untuk memainkan gitar. Chanyeol mengambil gitar yang bersandar pada dinding sebelum mengambil tempat di sebelah Kyung Soo. Kemudian, dia mula memetik gitar kesayangannya menghasilkan satu melodi indah. Bunyi gitar mula memenuhi suasana, seketika kemudian Kyung Soo memulakan nyanyiannya. Saat itu, hati Yoon Hee benar-benar cair.

            If I told I was perfect I’ll be lying.

            If there’s something I’m not doing girl I’m trying

            I know I’m no angel but not so bad

            If you see me at the party conversating

            That doesn’t mean telephone numbers are exchanging

            I know I’m no angel girl but no so bad no no no

            You should know that..

Beautiful girl all over the world

            I could be chasing, but my time will be wasted

They got nothing on you baby

            Nothing on you baby

            They might say hi, and I might say hey

            But you shouldn’t worry about what they say

            Cause they got nothing on you baby

            Nothing on you baby

Semua menepuk tangan saat Kyung Soo selesai menyanyi. Yoon Hee masih lagi terkaku. Suara Kyung Soo yang lunak masih lagi berputar di mindanya tanpa henti. Dia memandang Kyung Soo tanpa berkelip. Tanpa disangka, Kyung Soo juga memandang ke arahnya membuatkan Yoon Hee terpaku. Mereka bertentang mata untuk beberapa detik. Untuk seketika, mereka berdua hanyut di dalam dunia mereka sendiri.

            “Kyung Soo-ah giliran kau pulak.” Suara Chan Yeol yang terlebih kuat itu mematikan khayalan Yoon Hee lantas mengembalikan gadis itu ke alam realiti. Kyung Soo mengambil botol dari tangan Chan Yeol untuk menutup rasa terkejutnya.

            Kali ini tiba giliran Chen pulak. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain, Chen memilih true.

            “Kau ada suka sesiapa tak kat kolej?” soal Kyung Soo.

            Semua mata tertumpu ke arah Chen. Berdebar-debar menantikan jawapan daripada Chen.

            “Ada.” Jawapan lelaki itu mengejutkan semua orang.

            “Siapa?” Xiumin pula bertanya.

            Chen memandang wajah setiap orang satu persatu. Kemudian matanya berhenti ke arah Yoon Hee. Dia bangun dan mendekati gadis itu lalu melutut di hadapannya.

            “Yoon Hee-ah.”

            Yoon Hee mula tidak keruan apabila wajah Chen semakin dekat dengannya hanya jarak beberapa inci sahaja yang memisahkan mereka. Sementara itu, Kyung Soo sudah tidak tentu arah dibuatnya. Dia sendiri tak tahu kenapa tetapi tindakan Chen ketika ini membuatkan hatinya menjadi tidak keruan. Dari tempat dia duduk sekarang ni, Chen dan Yoon Hee kelihatan seolah-olah sedang bercium.

            Suasana mula menjadi tegang. Masing-masing tergamam dan terkedu dengan tindakan drastik Chen. Mereka semua ternanti apa yang akan dilakukan oleh Chen. Yoon Hee merenung tepat ke dalam mata Chen. Bibir lelaki itu mulai dekat dengan bibirnya. Semakin lama semakin dekat. Yoon Hee tidak berganjak di tempatnya. Dia terketar-ketar sambil kedua-dua belah tangannya mencengkam erat bahagian tepi gaun yang dipakainya. Seketika kemudian Yoon Hee terdengar Hana dan Ja Eun memanggil namanya.

            “Yoon Hee!”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel