EXO and Him?!

Hello, Mr. Crush!

Guys!!! OMG! OMG! OMG! I'm so excited. nak tahu kenapa?? sebab masanya yang dinanti-nanti telah tiba.... memperkenalkan... Mr Crush yang dirahsiakan sebelum ni... dung dung dung dung *drum rolls* kalau korang nak tahu siapa, baca chapter ni :))) XOXO


Are+You+Ready+4.png

 

 

“Ya! Hwang Yoon Hee. Sekarang nikan masa makan. Takkanlah kau nak hadap buku jugak,” tegur Hana. Daripada tadi Yoon Hee tak pernah berenggang dengan bukunya. Waktu makan pun masih lagi dengan bukunya. Adakah buku itu lebih menarik dan mengenyangkan daripada makanan yang terhidang di hadapan mereka kini.

            “Kalau kau nak tahu kawan kau yang sorang ni ulat buku. Dia dengan buku mana boleh dipisahkan. Asyik nak berkepit aje 24 jam,” ujar Ja Eun. Dia yang sudah berkawan lama dengan Yoon Hee sudah terlalu masak sangat dengan perangai kawannya yang seorang itu. Yoon Hee dan buku tak dapat dipisahkan.

            “Mesti dia pandai masa kat sekolah dulu kan?” soal Hana.

Melihat cara betapa khusyuknya Yoon Hee dengan bacaannya tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya, dia dapat agak yang Yoon Hee mesti seorang pelajar yang sewaktu di sekolah dulu.

            Ja Eun mengangguk. “Kalau kat sekolah, setiap kali peperiksaan mesti nama Yoon Hee akan tersenarai dalam senarai pelajar cemerlang. Pendek cerita, kedudukan top 3 tu memang sah-sah akan jadi milik dia.”

            Hana tercengang. Dia tak sangka yang dia berkawan dengan seorang genius. Yoon Hee pula seolah-olah tidak dengar yang dua orang kawannya sedang bercakap tentang dia.

            “Oh ya, korang dah dengar pasal EXO?” soalan Ja Eun menarik perhatian Yoon Hee.

            “EXO?” soal Yoon Hee. Binatang planet mana tu?

            “Apa tu? Istilah baru ekonomi ke?” soalan Yoon Hee yang terlalu lurus itu mendapat ketukan daripada Ja Eun di bahagian kepala.

            “Ah!” Yoon Hee menyeringai apabila tangan Ja Eun yang keras macam batu itu mendarat tepat ke atas kepalanya.

            “Kau ni. Ada ke istilah ekonomi lepasnya. EXO tu kingka kat universiti nilah,” ujar Ja Eun. Yoon Hee mengusap kepalanya. Manalah dia tahu. Dia tak nak tahu pun kingka yang nama kumpulannya macam nama alien dari planet marikh.

            “Diorang tu junior macam kita jugak tapi sekejap aje dah popular padahal hari ni baru hari kedua kita kat U ni,” ujar Ja Eun lagi.

Yoon Hee seolah-olah dengar tak dengar sahaja. Tak ada kaitan dengan dia, buat apa nak tahu. Yoon Hee meneruskan bacaannya tanpa mempedulikan Hana dan Ja Eun yang masih lagi sibuk bercakap tentang EXO. Tetapi kadang-kala dia tidak dapat menahan dirinya untuk mendengar sedikit sebanyak tentang EXO. Apalah yang menarik sangat EXO tu sampai sekejap aje diorang dah popular?

            “EXO tu memang dari dulu lagi dah popular,” sampuk Hana.

            “Kau kenal ke EXO tu?” soal Ja Eun. Dia tertarik dengan kenyataan Hana.

            Hana mengangguk. “Kenal macam-macam tu aje. Kalau kau nak tau, EXO tu popular sangat kat sekolah aku dulu sebab salah seorang ahli kumpulan tu satu sekolah dengan aku. Setiap kali lepas habis sekolah semua budak perempuan kat sekolah aku akan berkumpul kat pagar sekolah sebab nak jumpa ahli EXO yang lain. Diorang tu memang bagi pengaruh besar kat sekolah aku walaupun dioarang bukan satu sekolah dengan aku.”

            Ja Eun terlopong mendengar cerita Hana. Diorang cuma kingka tetapi popular mengalahkan kumpulan SHINee. Hebat!

            Kawasan kafe yang tadinya aman mula hinga-bingar dengan jeritan pelajar perempuan yang seperti diserang histeria. Hana dan Ja Eun berpaling ke pintu kafe. 12 orang lelaki yang memang tidak dapat menafikan sangkat kacak dan bergaya melangkah masuk ke dalam kafe. Semua mata tertumpu ke arah EXO kecuali Yoon Hee. Bagi dia buku ditangannya berjuta kali ganda lebih menarik daripada EXO.

            “Nampak tak lelaki yang yang pakai snow cap warna hitam tu?” jari Hana lurus menghala ke arah seorang lelaki yang sedang tersenyum sehingga terserlah lesung pipitnya. Menyebabkan beberapa orang gadis yang berdiri tidak jauh dari lelaki itu pitam dalam kegembiraan. Sumpah over!

            Ja Eun mengangguk sambil matanya tertumpu ke arah lelaki yang dimaksudkan oleh Hana.

thumb.jpg

            “Yang tu nama dia Zhang Yixing. Tapi semua orang panggil dia Lay. Dia tu dari China.” Terang Hana.

            “Lelaki yang muka comel macam perempuan tu pulak nama dia Luhan. Dia pun sama macam Lay dari China.” Jari telunjuk Hana lurus menghala ke arah seorang lelaki yang mukanya sangat cantik. Persis seorang perempuan!

tumblr_mac4v30odC1r0jy7ro1_250.png

            “Daebak! Muka dia lagi cantik daripada perempuan,” ujar Ja Eun yang terpegun dengan ‘kecantikan’ Luhan.

            Yoon Hee juga tidak dapat menahan dirinya daripada memandang lelaki yang dimaksudkan oleh Hana. Heol! Mamat ni buat plastik surgery ke apa? Comel gila. Untuk seketika Yoon Hee terpesona dengan kecomelan wajah lelaki yang bernama Luhan itu. Tapi sekejap ajelah, kemudian dia kemudian fokus kepada bacaannya.

            “Itu pulak Kim Jong Dae. Dia tulah budak sekolah aku dulu. Tapi kitorang panggil dia Chen.” Hana memperkenalkan salah seorang ahli kumpulan EXO yang berambut perang dan bercermin mata.

tumblr_inline_mw4lfs0ke51rt7lky.jpg

            “Yang tu pulak siapa?” Jari telunjuk Ja Eun lurus menghala ke arah seseorang. Dia terpaksa akui yang lelaki itu nampak sangat kacak pada pandangan matanya.

 thumb.png

            

             “Kim Jun Myeon. Tapi kitorang tak panggil nama betul dia. Kebanyakannya panggil dia Suho. Dia tulah ketua EXO.” Ja Eun menangguk tanda faham. Dia seoalah-olah tertarik dengan Suho.

            Yoon Hee mengalihkan pandangannya daripada buku untuk seketika lalu dia tertarik dengan seseorang . “Siapa yang rambut warna-warni tu?” soal Yoon Hee. Warna rambut lelaki sangat menarik perhatiannya. Dia terpaksa akui yang walaupun nampak pelik tetapi sangat sesuai dengan lelaki tinggi lampai itu.

11883251-256-k558234.jpg                                thumb.png

 

             “Itu Oh Sehun, yang sebelah dia pulak Wu Yifan. Tapi orang panggil dia Kris. Dia pun dari China,” balas Hana sekali gus memperkenalkan Kris kepada Yoon Hee dan Ja Eun.

            “Yang comel tu pulak nama dia Xiumin. Tapi nama betul dia Kim Min Seok?” soal Hana.

tumblr_static_tumblr_mwxg9kc5uy1rpz8gwo4

“Lastly, yang pakai t-shirt putih tu Kai. Kim Jong In dan yang pakai cermin mata hitam tu pulak Huang Zitao. Dia dari China.”

tumblr_ml6ieydl2u1qj3bjeo2_250.png                       9d0a261d0bffdf1dd1eb7374644d07f3.jpg

            “Korang patut tengok Kai menari. Cool gila mesti korang cair. Tao pulak pandai martial arts. So, macam mana? Dah jatuh hati dengan diorang ke?” usik Hana dalam nada berseloroh.

            Dia yakin sedikit sebanyak kawan-kawannya itu tertarik dengan EXO. Siapa yang tak tertarik dengan diorang? Sedangkan dia sendiri kadang-kadang cair bila nampak Chen waktu di sekolah dulu. Bagi Hana tiada siapa pun yang dapat melepaskan pandangan mereka daripada 12 orang lelaki yang kacak seperti EXO.

            “Lupa pulak ada lagi tiga orang ahli EXO yang aku belum kenalkan kat korang.” Hana mencari-cari kelibat tiga orang ahli EXO yang masih belum kelihatan bayangnya. Kemudian matanya tertumpu ke arah tiga orang lelaki kacak yang baru menyertai rakan-rakan mereka yang lain. Kehadiran mereka juga mendapat perhatian semua pelajar perempuan di situ.

            “Yang tinggi lampai tu namanya Park Chanyeol. Lelaki yang kat tengah-tengah pakai topi tu pulak Byun Baekhyun, dan lelaki yang mata bulat yang comel tu Do Kyungsoo.” Hana memperkenalkan lagi tiga orang ahli EXO kepada Ja Eun dan Yoon Hee, yang nampaknya langsung tak berminat.”

ChanYeol-chanbaek-exo-couple-31543557-50

9773626-256-k170186.jpg

   tumblr_me9y3ee6do1riav2to1_500.jpg

            “Ya! Hwang Yoon Hee!” Hana merampas buku dari tangan Yoon Hee menyebabkan gadis itu tersentak.

            “Kau ni kenapa?” Yoon Hee ingin mendapatkan buku itu dari tangan Hana tapi entah macam mana buku itu tiba-tiba tercampak dan mendarat cantik tidak jauh dari meja tempat EXO duduk.

            Yoon Hee memandang Hana macam nak ditelannya gadis itu hidup-hidup. Hana pula hanya buat muka selamba dan tak terfikir pun nak ambil buku itu bagi pihak Yoon Hee. Sudahnya Yoon Hee sendiri yang terpaksa mengambil buku itu.

            Perhatian EXO tiba-tiba jatuh ke arah sebuah buku yang tiba-tiba mendarat tidak jauh dari mereka. Buku jatuh dari langit ke apa ni? Kemudian padangan mereka dialihkan ke arah seorang gadis yang tiba-tiba muncul untuk mengambil buku itu.

            “Mianhei.” Dengan muka tebalnya, Yoon Hee mengutip buku itu sambil dalam hati dia menyumpah seranah terhadap Hana. Mesti diorang fikir aku ni minah pelik yang datang entah dari mana. Ah lantaklah, dia membuang fikiran negatif itu jauh sebelum berdiri tegak dan matanya menangkap sesuatu yang tidak terduga.

            ‘Lelaki semalam? Dia tu ahli kumpulan EXO? Kingka?’ 

 

Yoon Hee tidak peduli akan bilik kuliah yang sudah mula penuh dengan para pelajar. Ini ialah kelas mereka yang pertama pada hari itu kerana kelas mereka pagi tadi dibatalkan. Ini juga ialah kelas mereka yang pertama untuk semester ini. Sepatutnya Yoon Hee berasa teruja untuk kelas pertamanya tetapi semuanya jadi serba tak kena bila mengenang kembali peristiwa di kafe tadi.

            Semuanya berlaku begitu pantas. Dia dan EXO, atau lebih tepat lelaki yang dia terlanggar semalam langsung tak bertegur tetapi yang pasti dia masih cam wajah lelaki itu dan lelaki itu juga seperti mengingatinya kerana riak wajah lelaki itu seolah-olah terkejut apabila melihatnya tadi.

            Jauh di sudut hati, Yoon Hee gembira apabila hajatnya untuk berjumpa dengan lelaki itu lagi tercapai. Tetapi di sudut hatinya yang lain, dia seperti putus harapan. Dia akui dia agak sukakan lelaki itu walaupun baru sekali berjumpa tetapi bila mengingat kembali yang lelaki itu ialah kingka. Yoon Hee hanya mengeluh. Sekarang ni tak ada harapanlah untuk dia dekat dengan lelaki itu. Namanya pun dia tak tahu. Tiba-tiba dia rasa menyesal sebab tak ambil peduli bila Hana memperkenalkan ahli EXO kepadanya.

            ‘Bodohnya kau Yoon Hee.’ Dia memarahi dirinya sendiri sambil merehatkan kepala di atas meja. Dia menyesal kerana melepaskan satu peluang berharga untuk mengenali lelaki itu. Suasana bilik kuliah tiba-tiba betukar menjadi riuh dengan teriakan pelajar perempuan tetapi dia tak ambil peduli. Dia terlalu sedih untuk ambil tahu apa yang berlaku ketika itu.

            Yoon Hee menegakkan badannya yang apabila seorang wanita dalam lingkungan usia 40-an melangkah masuk ke dalam bilik kuliah dan suasana menjadi sunyi sepi serta merta. Yoon Hee pasti itu ialah pensyarah yang akan mengajarnya nanti.

            “Selamat pagi semua. Saya Puan Yoon dan saya akan ajar kamu subjek macroeconomic. Memandangkan hari ni ialah hari pertama, saya yakin yang kamu semua masih belum ada mood untuk belajar. Jadi saya rasa untuk hari ini kita mulakan dengan berkenalan dulu. Saya nak kamu bangun memperkenalkan diri kamu seorang demi seorang. Kita mula dari belakang,” ujar Puan Yoon dan cara percakapannya yang  lembut dan ramah membuatkan semua pelajar di dalam kelas itu mula menyenanginya.

            Seorang demi seorang mula bangun memperkenalkan diri masing-masing. Sehinggalah tiba giliran ketiga-tiga lelaki yang menarik perhatian semua orang tadi yang duduk di barisan paling hadapan.

            “Annyeonghaseyo, Park Chan Yeol imnida. Panggil aje Chan Yeol.” Lelaki bernama Chan Yeol itu melemparkan senyumannya menyebabkan hampir semua pelajar perempuan di dalam kelas itu cair.

            Seterusnya lelaki disebelah Chan Yeol berdiri dan memperkenalkan dirinya. “Annyeonghaseyo, Byun Baek Hyun imnida.” Baek Hyun juga berjaya membuat gadis-gadis di dalam kelas itu menjadi separuh gila tapi tidak bagi Yoon Hee.

            Kemudian tibalah pelajar terakhir memperkenalkan dirinya. Lelaki itu bangun dan menghadap pelajar-pelajar yang duduk di belakangnya                                                                                                         

            “Annyeonghaseyo, Do Kyung Soo imnida.”

            ‘Nama dia Do Kyung Soo! Lelaki semalam tu jadi classmate aku dan nama dia Do Kyung Soo!’


Tada!!! akhirnya semua persoalan dah terjawab.. and Mr.Crush is Do Kyungsoo. Saya dah lama nak buat fanfiction pasal dia dan baru hari ni ada kesempatan :) so harap korang boleh enjoy cerita ni dari awal sampai habis XOXO

jwTUMB0hTQrou.jpg

Special thanks to:

jbl1GCYZJlULw5.jpg

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel