16

Hello, Mr. Crush!

“Macam mana kau boleh pengsan tadi?” soal Ja Eun. Mereka terus duduk di sofa tanpa terfikir untuk menukar pakaian terlebih dahulu.

            Yoon Hee mengangkat bahu. “Aku pun tak pasti kenapa aku boleh pengsan. Mungkin aku terkejut sebab tiba-tiba Chen buat aku macam tu.” Bila difikirkan balik apa yang jadi tadi dia memang malu. Bukannya ada benda teruk yang jadi pun tapi dia boleh pulak pengsan.

            “Tapikan ada bagusnya jugak bila kau pengsan. Kitorang boleh tengok drama free?” ujar Hana sekadar mahu mengusik sahabatnya itu. Ja Eun tersengih mendengar kata-kata Hana. Dia mengangguk tanda setuju.

            Tetapi Yoon Hee tak dapat menangkap maksud yang cuba disampaikan oleh Hana. “Apa maksud kau tengok drama free?” soal Yoon Hee.

            Hana hanya tersengih mengalahkan kerang busuk. Dia menyiku lengan Ja Eun sebagai isyarat supaya menceritakan apa yang berlaku tadi kepada Yoon Hee. Ja Eun yang faham akan isyarat itu mengangguk.

            “Kau tau tak waktu kau pengsan tadi betapa risaunya Kyung Soo? Dia terus bangun dari tempat  duduk dia dan dapatkan kau. Siap pangku kepala kau atas riba dia lagi. OMG! So Sweet!” Ja Eun dah mula jadi fangirl. Dia sendiri terkejut dengan tindakan Kyung Soo. Dah macam dalam drama yang dia selalu tengok kat TV.

            “Kyung Soo buat macam tu? Kau orang  ni biar betul?” Yoon Hee menggeleng tidak percaya. Dah kenapa Kyung Soo nak kena risaukan dia sampai macam tu sekali?

            “Kau fikir kitorang ni nak tipu kau ke? Kalau ikutkan hati nak aje kitorang rakam apa yang jadi tadi. Lepas dia pangku kau, dia dukung kau letak atas sofa,” sambung Hana.

            Yoon Hee diam. Sebab itulah dia boleh ada atas sofa. Rupa-rupanya Kyung Soo yang dukung dia tadi.

            “Tak cukup dengan tu, dia usap rambut kau macam ni?” Ja Eun melakonkan semula adegan di mana Kyung Soo mengusap rambut Yoon Hee kepada Hana.

            “Dia buat macam tu?” soal Yoon Hee tidak percaya. Membulatnya matanya melihat lakonan dua orang kawannya itu.

            Hana dan Ja Eun mengangguk laju. Patutlah tadi bila dia sedar terasa seperti orang mengusap rambutnya. Saat itu, orang yang paling dekat dengannya hanyalah Kyung Soo. Tapi bila difikirkan secara logik, kenapa Kyung Soo tiba-tiba nak buat macam tu. Sebab itulah dia hanya diamkan saja dan menyangkakan yang dia hanyalah berkhayal. Ternyata semuanya ialah satu realiti.

            “Yoon Hee, aku rasakan Kyung Soo tu sukakan kaulah.” Ja Eun tiba-tiba bersuara.

            Yoon Hee menepuk lembut lengan Ja Eun. “Hish, mengarutlah kau ni. Takkanlah Kyung Soo tu nak sukakan aku.” Dia memeluk erat kusyen di tangannya sambil pandangan dilarikan ke tempat lain. Tapi betul ke dia sukakan aku? Macam mustahil je. Takkanlah orang yang macam Kyung Soo tu nak suka kat orang macam aku? Mustahil. Mustahil. Hati kecil Yoon Hee cuba menafikan kata-kata Ja Eun. Tetapi pada masa yang sama dia juga berharap tekaan Ja Eun itu betul.

            Hana mengangguk. “Aku pun rasa Kyung Soo tu sukakan kau. Kalau tak, kenapa dia buat macam tu bila kau pengsan tadi?” Hana meluahkan pendapatnya. Bagi dia, seorang lelaki tak akan prihatin terhadap seorang perempuan tanpa sebarang sebab. Dia dapat rasa betapa risaunya Kyung Soo bila Yoon Hee tiba-tiba pengsan tadi.

            Yoon Hee mengembalikan pandangannya ke arah Ja Eun dan Hana.

            “Tak semestinya apa yang dia buat tadi dah cukup nak buktikan yang dia sukakan aku. Manalah tahu kalau dia buat macam hanya sebab dia prihatin kat aku je. Korang ni terlebih sangat tengok drama. Kyung Soo tu tak ada apa-apa korang yang lebih.”

Yoon Hee bangun dari sofa. “Dahlah aku nak tidur. Esok ada kelas. Korang tu jangan tidur lambat pulak. Karang terlajak bangun pagi aku tinggalkan aje korang,” ugut Yoon Hee sebelum masuk ke dalam biliknya.

 

 

 

Yoon Hee sudah bersiap-siap untuk pergi ke kolej. Dia mengambil kad buatan tangan yang berada di atas meja. Malam tadi sebaik saja selesai menukar pakaian dia tidak terus masuk tidur. Sebaliknya dia membuat sesuatu untuk Kyung Soo. Dengan hanya menggunakan barang-barang yang ada Yoon Hee membuat satu kad untuk Kyung Soo. Pada awalnya, dia ingin membuat kad ucapan “Terima Kasih” untuk lelaki itu. Tetapi bila difikirkan balik, Kyung Soo pasti tertanya-tanya kenapa “secret admirer”nya berterima kasih kepada dia. Jadi dia hanya berniat untuk membuat “greeting card” untuk Kyung Soo.

            Sebaik saja Yoon Hee keluar dari bilik, bayang Hana dan Ja Eun masih belum kelihatan. Pintu bilik mereka masih tertutup rapat. “Jangan cakap kat aku yang diorang masih lagi terbungkang atas katil,” bisik Yoon Heer perlahan. Jam yang tergantung di dinding ruang tamu dipandang sekilas. Dia berharap sangat pada waktu itu dua orang kawannya itu sudah bangun.

            Yoon Hee mengetuk pintu bilik Hana. “Hana. Kau dah bangun ke? Kita ada kelas ni. Kau dah siap ke?”

            Hana yang sedang lena diulit mimpi sedikit terganggu dengan bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu. Dalam hati dia memarahi sesiapa saja yang menganggu tidurnya.

            “Hana. Kau dah bangun ke?” suara Yoon Hee kedengaran dari luar. Dengan malas, dia bangun dan menuju ke pintu.

            “Ya! Kau baru bangun ke?” sedikit tinggi suara Yoon Hee sebaik saja Hana muncul di muka pintu dan masih berpakaian baju tidur.

            “Yoon Hee... awalnya kau siap? Nak pergi mana ni?” soal Hana yang masih lagi mamai.

            “Awal? Cuba kau tengok jam dah pukul berapa?” marah Yoon Hee. Pukul berapalah agaknya dia ni tidur ampai bangun lewat.

            Hana memandang jam yang tergantung di biliknya. Matanya yang tadinya kuyu menunggu masa untuk terpejam sudah terbuka seluas-luas alam. “Dah 8.20 pagi?” kelam kabut dia mencapai tuala dan bergegas ke bilik air. Dia ada masa 40 minit untuk bersiap.

            Yoon Hee menggeleng. Kalau Hana baru bangun tidur, mesti Ja Eun pun sama. Dia dah masak sangat dengan perangai kedua-dua sahabatnya. Dua kali lima je. Kalau Hana lambat, Ja Eun pun lambat. Nasib baiklah diorang ada kawan macam Yoon Hee yang sudi nak kejutkan diorang. Kalau tidak, memang harulah hidup dua sahabat tu.

            Yoon Hee melangkah keluar dari rumah selepas mengejutkan Ja Eun. Dia dah maklumkan kepada mereka berdua yang dia akan pergi dulu. Kalau nak tunggu diorang berdua bersiap alamatnya dengan dia pun jadi lambat.

            Sebaik saja pintu lif terbuka, Yoon Hee melangkah masuk dan menekan butang untuk ke lobi. Di tingkat lima, lif tiba-tiba berhenti dan pintu terbuka. Lay berdiri di hadapan pintu lif dengan headphone yang tersemat kemas di kepala. Dia tersenyum sebaik saja terpandang Yoon Hee dari dalam lif.

            Yoon Hee membalas senyuman itu. “Annyeonghaseyo,” sapa Yoon Hee sebaik saja Lay berdiri di sebelahnya.

            “Annyeonghaseyo. Awak sorang je ke? Mana Hana dan Ja Eun?” soal Lay ramah.

            “Diorang bangun lambat. Nak tunggu diorang bersiap memang berkurunlah nampaknya. Last-last saya pergi dulu tinggalkan diorang. Padan muka,” balas Yoon Hee.

            “Awak pun sorang je? Mana yang lain?” soal Yoon Hee pula.

            Lay menanggalkan headphone dari kepalanya lalu dimasukkan ke dalam beg galas. “Saya pun sama je macam awak. Bila saya nak keluar tadi diorang semua baru bangun. Tulah akibatnya bila tidur lewat. Entah apa yang diorang malam tadi pun saya tak tahu.”

            “Classmate saya pun sama?” sebenarnya Yoon Hee hanya mahu bertanya tentang Kyung Soo tapi apa pulak Lay fikir kalau dia bertanya tentang lelaki itu. Jadi dia gunakan perkataan “Classmate” untuk menutup niat asalnya.

            “Dioranglah yang paling lewat tidur malam tadi dan diorang jugaklah yang lewat bangun. Kyung Soo yang sebelum ni tak pernah-pernah tidur lewat pun terikut-ikut perangai Baek Hyun dan Chan Yeol. Kejap lagi kalau diorang semua sampai lewat faham-faham sendirilah,” ujar Lay.

            Yoon Hee mengangguk sambil tersenyum. Sepi mula menguasai suasana. Yoon Hee tidak tahu topik apa yang harus dibualkan dengan Lay. Dia tidaklah begitu rapat dengan Lay. Inilah kali pertama dia berborak hanya berdua dengan lelaki dari jurusan seni persembahan itu.       

            Pintu lif akhirnya terbuka dan Yoon Hee keluar dari lif diikuti oleh Lay.

            “Yoon Hee.” Panggil Lay.

            Yoon Hee berpaling. Hanya senyuman yang terukir di bibirnya.

“Awak pergi kolej naik apa?” tiba-tiba lelaki itu bertanya.

            “Huh?” Yoon Hee tiba-tiba bingung apabila soalan seperti itu ditanyakan kepadanya.

            “Nak pergi kolej naik kereta dengan saya tak?” 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel