28

Hello, Mr. Crush!

Yoon Hee membuka matanya perlahan-lahan. Tekaknya terasa perit dan dia sangat perlukan air sekarang ini. Dia memalingkan badannnya ke sebelah kiri dan ternampak dulang yang berisi semangkuk bubur, segelas air, dan ubat. Yoon Hee menaikkan separuh badannya lalu bersandar pada kepala katil.

            Keningnya berkerut melihat makanan yang dihidangkan di atas meja lampu itu. Dia tak tahu pula Hana dan Ja Eun memasak bubur untuknya sebelum pergi ke kolej? Mangkuk bubur yang masih panas itu dicapai. Yoon Hee mula hairan. Bubur yang masih lagi berasap itu dipandang. Sudah lebih dua jam kawan-kawannya itu pergi ke kolej, macam mana bubur ni masih lagi boleh panas?

            Tetapi Yoon Hee malas memikirkan hal remeh itu lama-lama, perlahan-lahan dia menyuapkan bubur itu ke dalam mulutnya. Hanya beberapa suap seleranya mula mati. Perutnya mula terasa sebu lantas mangkuk bubur diletakkan kembali ke tempat asalnya. Lalu dia mengambil ubat dan segelas air. Dua biji pil dikeluarkan dari plastiknya lalu ditelan dan air mineral diteguknya sehingga habis. Setelah itu ubat dan gelas yang sudah kosong tadi diletakkan kembali di atas dulang. Yoon Hee kembali membaringkan tubuhnya di atas katil sebelum terlena.

 

Bunyi yang datang dari arah dapur dan bau enak yang menusuk ke dalam hidung Yoon Hee membuatkan gadis itu terjaga. Dia melihat jam di telefon bimbitnya. Sudah pukul 2.30 petang rupanya patutlah dia terasa lapar dan bau makanan yang semerbak itu mula menaikkan seleranya. Tetapi siapa pulak yang masak? Setahunya pada waktu begini kelas mereka masih lagi belum habis. Takkanlah Hana dan Ja Eun dah pulang? Mungkin ada kelas yang dibatalkan agaknya.

            Yoon Hee duduk di birai katil. Dulang yang tadinya berada di situ juga sudah tiada. Mungkin Hana atau Ja Eun sudah kemaskannya. Yoon Hee masuk ke dalam bilik air untuk mencuci muka dan berus gigi. Kemudian dia rambutnya yang panjang itu diikat satu sebelum dia keluar dari bilik.

            Matanya liar mencari kelibat dua orang kawannya itu tetapi tak jumpa. Kakinya yang lemah itu diatur perlahan ke arah dapur. Juga tiada sesiapa di situ. Yang ada hanyalah makanan yang sudah siap terhidang di atas meja makan. Dengan menggunakan kudrat yang ada dia mendekati meja makan. Belum pun sempat dia menarik kerusi, kepalanya berpinar-pinar dan dia hampir saja terduduk di atas lantai sebelum ada tangan yang merangkul kemasnya pinggangnya dari belakang.

            Pada awalnya Yoon Hee sangkakan orang itu ialah Hana atau pun Ja Eun. Tetapi tangan itu bukan milik kawannya. Sentuhan itu juga bukan sentuhan salah seorang daripada mereka. Sentuhan itu adalah sentuhan yang hangat sekali gus membuat jantungnya berdegup laju.          

            Yoon Hee berpaling ke belakang. Kehadiran lelaki itu langsung tidak diduga. Dia memandang Kyung Soo tanpa berkelip.

            “Jom makan,” ujar Kyung Soo seperti tiada apa yang berlaku.

            Dia membantu Yoon Hee yang masih lagi bingung itu duduk di atas kerusi.

            Kyung Soo meletakkan nasi dan semangkuk sup di hadapan Yoon Hee tetapi gadis itu masih lagi mematung. Dia menghulurkan sudu dan gadis itu mengambilnya tanpa sebarang bicara. Kyung Soo duduk di sebelah Yoon Hee.

            “Awak ke yang masak semua ni?” akhirnya Yoon Hee mula bersuara tetapi wajah lelaki itu tidak dipandangnya.

            “Saya yang masak. Pastikan awak habiskan nasi dengan lauk ni sebab pagi tadi awak makan sikit je bubur yang saya masak.”

            Kata-kata Kyung Soo itu memaksa Yoon Hee menoleh ke arah lelaki itu.

            “Jadi awak dah ada kat sini sejak pagi tadi?” soal Yoon Hee.

            Kyung Soo mengangguk sebagai jawapan.

            “Habis tu awak ponteng kelas?” Dia bertanya lagi dan Kyung Soo mengangguk lagi.

            Yoon Hee merenung makanan di hadapannya. Tak tahu sama ada dia perlu marahkan Kyung Soo sebab sanggup ponteng kelas semata-mata mahu menjaga dia atau pun merasa terharu sebab Kyung Soo sudah bersusah-payah memasakkan makanan untuknya.

            Tiba-tiba Kyung Soo mengambil sudu dari tangannya lalu mencedok nasi sebelum menyuakannya pada Yoon Hee.

            “Apa yang awak buat ni?”

            “Suapkan awak makananlah. Buka mulut,” arah Kyung Soo.

            Yoon Hee ingin memprotes. Dia boleh makan sendiri tanpa perlu disuap oleh Kyung Soo. Tetapi Kyung Soo masih berkeras mahu menyuapkannya.

            Dia membuka mulut seperti yang disuruh dan Kyung Soo menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Tanpa dia sedar, semangkuk nasi dan semangkuk sup berjaya dia habiskan. Terima kasih kepada Kyung Soo yang tidak berhenti memaksa dia habiskan nasi dan sup itu.

            Kyung Soo mengelap mulut Yoon Hee dengan tisu. Yoon Hee nyata terkejut bercampur terharu dengan tindakan Kyung Soo. Terserlah keprihatinan lelaki itu terhadapnya. Ternyata dia tidak salah apabila mencintai lelaki di hadapannya. Kyung Soo bangun dan mengemas pinggan mangkuk di atas meja sebelum dibawa ke sinki untuk dibasuh.

            Yoon Hee hanya memerhati Kyung Soo yang sibuk melakukan kerjanya. Seumur hidupnya, dia tak pernah jumpa lelaki seperti Kyung Soo. Lelaki yang hampir sempurna. Lelaki itu ada semuanya yang dia inginkan untuk ciri-ciri lelaki idamannya. Baik, prihatin, penuh dengan kasih sayang, dan siapa sangka lelaki yang bernama Do Kyung Soo itu juga cekap melalukan kerja-kerja rumah. Mengemas, membasuh, dan memasak. Bahkan Yoon Hee perlu akui air tangan Kyung Soo jauh lebih sedap berbanding masakannya. Bagi dia, lelaki seperti Kyung Soo hanya ada satu dalam sejuta.

            Terlalu asyik dalam khayalannya, sehingga Yoon Hee tidak sedar yang Kyung Soo sudah pun kembali duduk di sebelahnya di meja makan.

            “Awak.” Panggilan Kyung Soo menyedarkannya Yoon Hee ke alam realiti. Dia mengeluarkan dua biji pil dari dalam plastik. Ubat yang sama yang diambil oleh Yoon Hee pagi tadi.

            Sama seperti tadi, Kyung Soo menyuapkan ubat ke dalam mulut Yoon Hee. Dia memberikan segelas air kepada Yoon Hee dan gadis itu meneguknya perlahan-lahan.

            “Terima kasih untuk semuanya,” ujar Yoon Hee. Gelas tadi diletakkan di atas meja.

            Kyung Soo mengusap lembut rambut Yoon Hee membuatkan gadis itu membeku di tempatnya.

            “Kenapa awak bersusah-payah untuk saya? Awak sanggup ponteng kelas semata-mata nak jaga saya sedangkan saya bukannya sesiapa bagi awak?” Yoon Hee merenung ke dalam mata Kyung Soo.

 Sepasang mata yang mampu membuat jantungnya berdetak laju sejak kali pertama mereka berjumpa. Sehinggalah ke hari ini, sepasang mata milik lelaki itu masih lagi belum pernah gagal membuat jantung menjadi tak tentu arah.

“Ada dua sebab kenapa saya sanggup bersusah payah untuk awak, Yoon Hee. Sebab yang pertama, sebagai tanda terima kasih pada awak sebab belikan ubat untuk saya masa saya depan dulu. Sebab kedua dan sebab yang paling penting ialah awak sangat istimewa dalam hidup saya.”

Yoon Hee terlalu asyik memandang wajah Kyung Soo hingga dia tak sedar betapa rapatnya wajah lelaki itu dengannya sekarang.

“Saya cintakan awak, Yoon Hee,” luah Kyung Soo dengan suara yang pernah romantis.

Ketika itu bibir mereka bertembung.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Selepas dua hari berehat di rumah, akhirnya Yoon Hee hadir semula ke kolej seperti biasa. Tetapi apa yang luar biasanya ialah dia tidak lagi berjumpa dengan Kyung Soo. Selepas Kyung Soo mengucapkan kata cinta untuk pertama kalinya, dia sudah tidak berjumpa dengan lelaki itu. Kyung Soo tidak lagi datang ke rumah untuk menjaganya membuatkan Yoon Hee dalam keadaan tertanya-tanya. Tetapi dia cepat-cepat membuat kesimpulan yang kemungkinan Kyung Soo sibuk dengan assignment dan tutorial yang perlu disiapkan.

            Sebab itu hari ini dia tak sabar untuk berjumpa dengan Kyung Soo. Setelah dua hari berfikir, dia sedar yang dia tak perlu malu atau mengelak daripada Kyung Soo dan hari ini dia sudah bersedia untuk meluahkan perasaannya terhadap lelaki itu. Dia ingin luahkan dua hari lepas selepas Kyung Soo meluahkan perasaannya. Tetapi dia terlalu terkejut dengan luahan Kyung Soo dan tindakan mengejut lelaki itu sehinggalah dia berlari masuk ke dalam bilik. Meninggalkan Kyung Soo seorang diri di dapur dalam keadaan terpinga-pinga. Pasti Kyung Soo berfikir yang dia menolaknya sedangkan dia tak terniat untuk buat begitu.

            Yoon Hee melangkah masuk ke dalam kelas bersama-sama Hana dan Ja Eun. Matanya bertembung dengan Kyung Soo yang sudah pun berada di situ. Segaris senyuman diukirkan khusus untuk lelaki itu saat mata mereka bertaut. Tetapi apa yang mengejutkannya ialah Kyung Soo langsung tidak membalas senyumannya sebaliknya dia terus berpaling ke tempat lain menyebabkan Yoon Hee kebingungan.

            Dia tak boleh berfikir dengan mendalam situasi yang berlaku tadi kerana pensyarah yang mengajar mereka sudah pun tiba. Yoon Hee hanya mampu memandang belakang badan Kyung Soo sambil mengeluh.

            Kelas mereka yang kedua berakhir dan mereka ada masa sejam sebelum kelas seterusnya. Sebaik saja pensyarah mereka keluar, Yoon Hee terus bangun dari tempatnya dan menuju ke tempat Kyung Soo.

            “Kyung Soo-ah,” panggil Yoon Hee. Tetapi apa yang dia dapat hanyalah tidak dipedulikan oleh Kyung Soo malah lelaki itu terus berjalan keluar dari bilik kuliah.

            Betapa bingungnya Yoon Hee dengan perubahan sikap Kyung Soo yang mendadak itu. Tidak dapat dinafikan yang dia juga terluka saat ini. Sangat terluka. Kenapa Kyung Soo boleh berubah secara tiba-tiba? Semuanya baik saja antara mereka dua hari lepas. Sungguh Yoon Hee bingung.

            Seperti biasa, waktu makan tengah hari Hana, Ja Eun, dan Yoon Hee menghabiskan masa mereka bersama-sama EXO. Kali ini Yoon Hee ingin manfaatkan masa yang ada untuk bercakap dengan Kyung Soo. Mereka bernasib baik kerana semua kelas selepas waktu makan tengah hari dibatalkan dan akan diganti pada tarikh yang ditetapkan nanti. Jadi Yoon Hee boleh gunakan masa yang panjang itu untuk menyelesaikan kecelaruannya dengan Kyung Soo.

            Yoon Hee tersenyum apabila melihat kelibat Kyung Soo mendekati mereka yang sudah berkumpul di meja makan. Tetapi senyuman ikhlas yang terukir di bibir Yoon Hee mati begitu sahaja saat Kyung Soo bersuara.

            “Kenapa dia ada kat sini?” soalan Kyung Soo ditujukan khas untuk Yoon Hee.

            “Aku takkan makan kat sini kalau dia ada kat sini.” Tanpa memandang atau menjeling ke arah Yoon Hee, Kyung Soo terus pergi dari situ.

            Lidah Yoon Hee kelu untuk berbicara walaupun sepatah perkataan. Matanya berlinang dengan air mata yang seterusnya jatuh ke pipi. Esakan halus mula kedengaran dari mulut Yoon Hee dan saat itu dia tak peduli tentang pandangan dari kawan-kawannya dan juga EXO.

                                                                                                                                                                                                

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel