29

Hello, Mr. Crush!

Another update :) sebenarnya saya sendiri pun tak pasti macam mana boleh datangnya idea nak buat Kyung Soo berubah 360 darjah sebab kalau ikutkan cerita asal memang jauh beza dengan apa yang saya update kat sini :P so, this is another chapter sekali gus menjawab segala persoalan korang tentang Kyung Soo. Sorry kalau chapter ni buat korang krik...krik...krik..krik.. anyway, just enjoy it :) 


Betapa leganya Hana dan Ja Eun sebaik saja mereka melihat Yoon Hee sedang duduk di tepi padang. Mereka berjalan mendekati Yoon Hee. Dari belakang jelas kelihatan bahu Yoon Hee yang sedikit bergetar diselangi dengan esakan halus. Yoon Hee menangis.

            “Yoon Hee.”

            Hana dan Ja Eun mengambil tepat di antara Yoon Hee. Sebaik saja kawan-kawannya melabuhkan punggung di sebelahnya, Yoon Hee terus menyandarkan kepalanya pada bahu Hana. Ja Eun mengusap lembut belakang badan kawannya. Cuba menenangkan Yoon Hee yang sedang galau hatinya.

            “Kenapa dia mesti buat aku macam ni? Dia cakap dia sukakan aku, dia cintakan aku. Dia beritahu yang aku orang yang dia sayang. Tapi kenapa dia mesti berubah sebelum aku sempat luahkan perasaan aku kat dia? Apa niat dia sebenarnya? Kenapa dia mesti mainkan perasaan aku macam ni?” Yoon Hee menghamburkan isi hatinya.

            Hana kehilangan kata-kata. Dia tiada jawapan untuk setiap persoalan yang diutarakan oleh Yoon Hee malah dia juga berharap yang dia tahu mengapa Kyung Soo boleh berubah sampai begitu sekali.

                Yoon Hee masih lagi leka melayan perasaannya sehinggalah satu tangan mendarat cantik di atas bahunya. Pada awalnya dia tidak mempedulikannya, kerana dia sangkakan Ja Eun ingin menenangkannya. Tetapi entah mengapa dia tergerak hati untuk berpaling ke belakang. Dan tindakannya itu hanya menyebabkan air matanya yang mula berhenti mengalir, tumpah kembali. Bahkan lebih deras daripada tadi.

            Dia memandang Kyung Soo tanpa sebarang bicara. Yoon Hee cuba mencari jawapan melalui raut wajah lelaki itu tetapi eskpresi wajah Kyung Soo sangat sukar ditafsir. Mereka berdua membisu. Hana sudah lama bangun dan menyertai Ja Eun dan EXO yang berdiri tidak jauh dari situ. Memerhatikan Yoon Hee dan Kyung Soo yang mungkin perlukan masa berdua untuk selesaikan kekusutan yang berlaku.

            “Yoon Hee-ah.” Tangan Yoon Hee yang lembut itu dicapainya.

            Dia merenung tepat ke dalam mata Yoon Hee yang basah dan kemerah-merahan kerana terlalu banyak menangis sebelum bersuara lagi. “Saya minta maaf.”

            Yoon Hee menarik tangannya. “Saya bukannya nak dengar awak minta maaf. Saya nak awak terangkan kenapa awak buat saya macam ni? Apa niat awak sebenarnya Do Kyung Soo? Awak cakap awak sukakan saya, cintakan saya. Tapi hari ini awak anggap saya ni macam tak pernah wujud dalam hidup awak. Dan sekarang awak nak minta maaf. Apa yang yang awak cuba buat sebenarnya? Awak nak main-mainkan perasaan saya?” luah Yoon Hee. Nada suaranya bergetar.

            “Yoon Hee sebenarnya....”

            Saengilchukahamnida.. saengilchukahamnida...

            Yoon Hee menoleh lalu berdiri. EXO, Hana, dan Ja Eun menghampirinya dan Kyung Soo sambil membawa sebiji kek sambil menyanyikan lagu hari jadi untuknya. Yoon Hee bingun dan keliru. Dia memandang Hana, Ja Eun, EXO silih berganti. Kemudian dia memandang Kyung Soo yang hanya beriak wajah selamba.

            “Apa semua ni?” soal Yoon Hee.

            Tapi pertanyannya diabaikan. Suho menghulurkan kek ke arah Yoon Hee. “Tiup lilin dulu.”

            Yoon Hee meniup lilin seperti yang disuruh walaupun dia masih lagi tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. EXO meletakkan kek tadi di atas satu bangku yang terdapat di situ.

            “Boleh tak explain apa yang jadi sebenarnya?” Dia memandang EXO yang tersenyum lebar.

            Chen mendekati Kyung Soo lalu memeluk bahu kawannya itu. “Macam mana? Pandai tak Kyung Soo berlakon?”

            Dahi Yoon Hee berkerut seribu. “Berlakon?”

            “Sebenarnya apa yang jadi hari ini cuma nak kenakan hari ni awak je. Hari nikan hari jadi awak?” ujar Luhan.

            Hari jadi? Dia langsung tak teringat tentang hari jadinya. Dia memandang Hana dan Ja Eun. “Hari ni berapa hari bulan?” soalnya.

            “Hari ini kan 13 Mac. Takkan hari lahir sendiri pun lupa.”

“Jinjja?” Dia terlalu sibuk fikirkan tentang Kyung Soo sehinggakan dia terlupa yang hari ini ialah 13 Mac iaitu hari lahirnya.

            “Apa yang jadi hari ni. Semua hanya satu lakukan semata-mata? Sebab korang nak kenakan aku?”

            EXO mengangguk.

            “Kenapa korang tak beritahu aku?” soal Yoon Hee kepada Hana dan Ja Eun.

            “Masalahnya baru beberapa minit yang lepas kitorang tahu pasal benda ni. Memanglah kitorang ada beritahu diorang sebelum ni yang hari ini hari lahir kau sebab manalah tahu kalau kita boleh celebrate sama-sama. Tapi kitorang tak tahu pulak yang diorang nak buat melodrama khas untuk kau. Kitorang pun matilah-matilah ingat apa yang jadi hari ini betul-betul berlaku,” ujar Ja Eun. Sama seperti Yoon Hee, dia sendiri terkejut apabila tiba-tiba Kai dan Sehun datang sambil membawa kek. Ketika itu jugalah mereka semua terangkan apa yang berlaku hanyalah lakonan semata-mata.

            “Yoon Hee-ah.” Kyung Soo ingin berkata sesuatu tetapi tindakan Yoon Hee terlebih dahulu mendahuluinya.

            Pang! Tanpa disangka satu tamparan hinggap di pipi Kyung Soo. Semua terkejut sambil mata mereka terlekat ke arah Yoon Hee. Mereka semakin bingun bertambah panik apabila Yoon Hee sekali lagi mengalirkan air matanya.

            “Awak tahu tak hari ni je dah berapa gelen air mata saya habiskan hanya sebab awak? Saya puas fikir apa salah saya sampai awak layan saya dingin sangat hari ini? Macam-macam benda buruk saya fikir bila awak tiba-tiba bencikan saya? Awak ingat semua benda ni kelakar? Seronok sangat ke buat saya macam ni?” marah Yoon Hee. Tiada siapa yang bersuara.

            Salah satu benda yang Yoon Hee paling tak suka ialah bila dia dikenakan seperti ini. Dia tak kisah kalau kawan-kawannya ingin buat kejutan sempena hari lahirnya tetapi bukanlah sesuatu yang melampau macam ni. Yoon Hee hanya mengharapkan jawapan yang keluar dari mulut Kyung Soo tetapi lelaki itu hanya membisu.

            “Yoon Hee-ah, janganlah marah Kyung Soo. Sebenarnya semua benda ni cadangan kitorang. Kyung Soo cuma ikut aje apa yang kitorang rancang,” ujar Baek Hyun bagi pihak Kyung Soo.

            “Betul cakap Baek Hyun tu. Kitorang tak sangka pulak semuanya jadi macam ni. Sebab kitorang ingat mungkin plan kitorang tak jadi. Manalah tahu kau dapat agak yang ni cuma kejutan untuk hari jadi kau. Tapi kau sendiri pun lupa yang hari ni hari lahir kau.” sampuk Chan Yeol.

            Saat mereka merancanakan semua ini, mereka sudah bersedia dengan kemungkinan yang Yoon Hee mungkin akan dapat mengesan rancangan mereka dari awal. Tetapi mendapat tamparan wanita daripada Yoon Hee? Yang itu memang langsung tidak diduga oleh sesiapa.

            Wajah Kyung Soo dipandang. Kalau tadi pandangannya penuh dengan rasa marah, kali ini pandangannya lebih kepada rasa bersalah. Walaupun Chan Yeol dan Baek Hyun dah jelaskan yang ini ialah idea mereka tetapi bila memikirkan yang Kyung Soo tetap terlibat dia masih lagi marah. Tetapi pada masa yang sama dia tetap rasa bersalah. Mungkin tindakannya untuk menampar Kyung Soo adalah keterlaluan. Dia ingin meminta maaf tetapi Kyung Soo terlebih dahulu menariknya ke dalam pelukan hangat.

            “Saya minta maaf sebab saya dah buat awak menangis. Saya nak awak tahu yang langsung tak maksudkan apa yang saya cakap tadi. Saya cintakan awak, Hwang Yoon Hee.” Kyung Soo meletakkan dagunya di atas kepala Yoon Hee.

            “Kyung Soo dah berubah. Dulu aku ingat dia ni hati beku. Tak ada perasaan. Tapi sekarang dia hampir-hampir nak buat aku muntahkan balik apa yang aku makan tengah hari tadi,” ujar Sehun mendapatkan sokongan daripada Chen.

            “Mula-mula aku ingat Kyung Soo ni gay. Yalah, macam tak ada perasaan kat perempuan. Nak pandang pun susah. Tapi nasib baiklah dia normal. Kalau tak bahaya aku,” sampuk Chen hanya dapat ketukan dari bahagian kepala daripada Xiumin.

            Chen menggosok-gosok kepalanya. “Salah ke apa yang aku cakap?” Dia mencebik.

            Kyung Soo meleraikan pelukan. Dia hampir terlupa yang EXO, Hana, dan Ja Eun masih ada di situ.  Mereka berpaling menghadap kawan-kawan mereka yang masih lagi setia menjadi penonton drama Kyung Soo dan Yoon Hee yang tadinya bergenre melodrama bertukar kepada romantik.

            “Ingat lagi kat kitorang rupanya. Ingatkan kau dah hanyut dengan alam percintaan korang yang ‘romantik’ sangat tu?” sindir Baek Hyun.

            “Untunglah dah ada kekasih hati. Apalah nasib kita yang single ni kan?” Baek Hyun memandang ahli EXO yang lain.

            Walaupun Kyung Soo tak umumkan pada mereka hubungannya dengan Yoon Hee. Mereka tahu yang sekarang ini secara rasminya Kyung Soo dan Yoon Hee adalah pasangan kekasih. Nampaknya semua fangirl Kyung Soo perlu berkabung 7 hari 7 malam berendam air mata. Kerana sudah rasminya Kyung Soo dah jumpa Juliet hatinya.

            “Excuse me? Kita? Bukan kau sorang je ke yang solo?” ujar Chan Yeol dengan nada mengejek.

            Baekhyun memandang kawan-kawannya seorang demi seorang. “Korang semua dah ada girlfriend ke?”

            “Dah.” Jawab mereka serentak. Sebenarnya hanya Chen dan Kai sahaja yang secara rasminya mempunyai kekasih. Tetapi mereka yang lain sudah menemui “Mrs. Right” masing-masing. Hanya menanti masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan mereka.

            Xiumin sudah jatuh hati dengan barista di kafe tempat dia sering meluangkan masanya. Luhan pula tanpa disangka terpaut dengan gadis yang menyangkakan dia seorang perempuan yang cuba menjadi lelaki. Kris yang kadang kala perangai macam alien pun dah tangkap cintan dengan “make-up artist” sewaktu dia buat part time jadi model dua bulan lepas.

            Suho pula sekarang ni sedang berusaha mendekati gadis yang dia jumpa di kelab golf. Lay yang memang terkenal dengan sikap sabar sedang cuba melembutkan hati dance partnernya yang sekeras kerikil. Siapa sangka dia hanya mengambil masa seminggu untuk menerima hakikat yang Yoon Hee bukan miliknya dan setelah itu hatinya mula tertarik dengan gadis brutal yang terpaksa menjadi dance partnernya. Chen, mamat yang kaki troll ni pun berjaya kalahkan Baekhyun dan berjumpa cinta hatinya.

             Chan Yeol sekarang ni tengah cuba untuk meluahkan perasaannya kepada gadis yang belajar bermain gitar dengannya. Tao yang dalam hati ada taman ni pun dah bercinta dengan gadis yang belajar martial arts di tempat yang sama dengannya.

             Kai yang selalu merendah diri sebab kulitnya yang gelap sedikit berbanding yang lain juga dah ada buah hati. Begitu juga dengan Sehun. Sekarang ni dia dalam proses mengenal hati budi “Gadis Bubble Tea.”

             “Tak pelah. Aku ada Hana dan Ja Eun. Korang pun single kan?” Baekhyun meletakkan tangannya di atas bahu Hana dan  Ja Eun.

             Lantas mereka berdua menolak tangan Baekhyun. “Sorry. Kitorang pun dah ada buah hati.”

             "Dia ni girlfriend aku tau.” Kai menarik tangan Ja Eun supaya menjauh daripada Baekhyun. Tanpa disangka Ja Eun memilih Kai sebagai teman lelakinya. Pada awalnya, dia tertarik dengan Suho tetapi setelah mengenali hati budi Kai dia mula sukakan lelaki itu. Tetapi

             “Sorrylah Baekhyun, tapi Hana ni milik aku sekarang.” Chen menggenggam erat tangan Hana.

              “Apa?!” kali ni bukan Baekhyun yang terkejut sebaliknya Sehun.

             “Okey part kau dah ada girlfriend tu aku dah tahu. Tapi part kau couple dengan adik kembar aku, yang itu aku tak tahu.” Sehun berkata kepada Chen. “Sejak bila kau dengan Hana ni?” soalnya tanda tidak puas hati. Dalam diam, Chen boleh mengurat Hana.

             Chen tersengih mengalahkan kerang busuk. “Peace,” balas Chen sambil buat tanda “peace.”

             “Nampaknya aku sorang ajelah yang kesepian.” Baekhyun sudah bersiap sedia untuk pergi dari situ.

             “Baekhyun-ah, nak pergi mana tu?” panggil Xiumin.

             “Nak pergi bilik muzik. Nyanyi lagu Sistar – Alone,” balas Baekhyun sebelum membawa diri. Lagu itulah yang paling sesuai dengan situasinya sekarang.

             “Memang sah Drama King.” Suho menggeleng melihat gelagat Baekhyun yang berperangai macam budak 7 tahun.

             “Ya! Baekhyun! Jangan nyanyi aje tau menari sekali. Barulah datang feel tu,” teriak Chen sebelum Baekhyun hilang dari pandangan. Selama ni Baekhyun yang rajin mengenakan orang lain hari ni biar dia rasa macam mana dikenakan.

            “Seronok kerjanya orang nampak? Hal kau dating dengan Hana belum settle lagi tau. Ada syarat dan peraturan yang kau kena ikut kalau nak bercinta denga adik aku,” ujar Sehun tegas tapi Chen langsung tak ambil pusing kerana dia tahu Sehun bukannya serius sangat.

            “Baik abang ipar,” balas Chen sambil memberi tabik hormat kepada Sehun.

            “Sejak bila aku jadi abang ipar kau?”

            “Sejak aku couple dengan adik kau,” balas Chen selamba.

            Sehun ingin saja gantung Chen di pokok tetapi ditahannya.

            “Dahlah. Jom pergi kafe. Kesian kek ni. Dah lama dia terabai. Come to daddy my son,” ujar Xiumin mendapat gelak tawa daripada semua orang.

tumblr_mtq0w0aRtB1rmkupgo1_500.gif


The end? Pada dasarnya, cerita ni boleh dikatakan complete. Finally, Kyung Soo dengan Yoon Hee. EXO dah jumpa orang yang diorang suka kecuali Baek Hyun lolzzz... tapi saya mungkin akan update lagi dengan special chapter pasal Kyung Soo dan Yoon Hee bila diorang dah rasminya jadi pasangan kekasih. Maybe saya jugak akan update special chapter pasal ahli EXO dengan Juliet diorang. tapi semuanya masih lagi dalam perancangan. Harap korang semua sabar menunggu.

Terima kasih banyak-banyak sebab korang sudi support cerita ni. Walaupun cerita ni dah tamat saya harap korang masih lagi boleh beri sokongan padu pada cerita ni. Lastly, jangan lupa subscribe, upvote dan beri komen...

Kamsahamnida readers :) sokongan korang sangat-sangat saya hargai :)

here some EXO gif for you

tumblr_inline_n5jn2p2xkW1r8x9ve.gif

tumblr_my7ao3R2Tg1ru8saco1_500.gif

PqKeAJz.gif

ott12.gif

ps: these are not mine. credit to the real owner :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel