19

Hello, Mr. Crush!

Yoon Hee membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang kawasan sekelilingnya sambil cuba mengingat kembali apa yang jadi. Kemudian jam yang tersemat kemas di tangan dikerling. Dah pukul 1.00 tengah hari. Dah hampir dua jam berlalu. Yoon Hee mengeluh apabila teringat yang dia dah ponteng kelas. Kemudian dia teringat akan Hana dan Ja Eun. Pasti mereka berdua risau tentang dia yang tiba-tiba menghilang.

            Lay juga terjaga dari lenanya. “Awak okey ke?” Lay terus bertanya sebaik saja melihat Yoon Hee yang terpisat-pisat.

            “Nae. Terima kasih dan sorry sebab saya tertidur atas bahu awak tadi,” ujar Yoon Hee sambil tertunduk malu. Hari ini dia sudah banyak menyusahkan Lay.

            “Tak pe. Jom kita pergi kafe. Sekarang dah masuk waktu makan tengah hari. Lagipun mesti Hana dan Ja Eun risaukan awak.” Lay seolah-olah tahu apa yang sedang bermain di mindanya kala ini.

            Lay bangun dan menghulurkan tangannya membantu Yoon Hee berdiri. Yoon Hee menyambut huluran tangan lelaki itu dan mereka berjalan beriringan menuju ke kafe. Sampai di kafe, perkara pertama yang menangkap pandangan mata Yoon Hee ialah Kyung Soo. Tetapi apa yang menyakitkan hatinya sekarang ialah gadis yang bersama-sama dengan Kyung Soo pagi tadi turut ada di situ. Gadis yang mengaku dirinya ialah “secret admirer” Kyung Soo. Tanpa sedar Yoon Hee mengenggam erat tangan Lay.

            “Yoon Hee, awak okey ke?” Lay tersentak dengan tindakan Yoon Hee.

            Yoon Hee sehabis mungkin cuba untuk mengawal air matanya daripada mengalir. “Tolong jangan lepaskan tangan saya. Saya mohon kat awak.”

            Lay perasan yang suara Yoon Hee bergetar. Malah tangan gadis itu juga menggigil. Tetapi dia tidak mahu bertanya. Tanpa melepaskan tangan Yoon Hee mereka berjalan menuju ke meja di mana semua orang sudah berkumpul.

            “Hai semua,” sapa Lay. Semua mata tertumpu ke arah Lay dan Yoon Hee. Saat itu tiada siapa pun yang bersuara.

            “Kenapa semua orang diam?” soal Lay apabila semua orang mematung sambil mata mereka tidak lepas memandang ke arah mereka berdua.

            “Sejak bila pulak korang bercinta ni? Kenapa tak beritahu kitorang?” soal Suho. Dahinya berkerut saat matanya perasan tangan Yoon Hee dan Lay saling bertaut.

            Lay dan Yoon Hee melepaskan pegangan tangan mereka. “Apa yang kau merepek ni. Kitorang bukannya ada apa-apa hubungan pun.” Lay sudah mengambil tempat di sebelah Luhan. Manakala Yoon Hee duduk di antara Hana dan Ja Eun.

            Satu keluhan keluar dari mulut Yoon Hee. ‘Kenapalah setiap kali waktu makan aku mesti duduk menghadap dia?’ Yoon Hee bertanya dirinya sendiri sambil matanya menjeling ke arah Kyung Soo. Kalau sebelum ini itu merupakan perkara yang menggembirakannya, sekarang tidak lagi. Tidak mungkin dia suka melihat Kyung Soo yang sekarang ini sudah ada seseorang yang istimewa di hatinya malahan gadis itu turut ada di hadapannya.

            “Kenalkan, saya Soo Jin. Teman wanita Kyung Soo.” Tanpa disuruh dengan penuh selamba dan muka tebalnya gadis yang bernama Soo Jin itu memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita Kyung Soo.

            Yoon Hee memandang Soo Jin tanpa berkelip. Dia ragu-ragu sama ada mahu menyambut huluran tangan tersebut atau tidak. Tetapi demi menjaga air muka Soo Jin, Yoon Hee bersalam juga dengannya.

            Sementara itu riak wajah Kyung Soo terus berubah saat Soo Jin memperkenalkan dirinya pada Yoon Hee. Air mineral yang diteguk hampir tersembur keluar. Sejak bila pula aku couple dengan perempuan ni?

            Manakala ahli EXO yang lain merenung tajam ke arah Soo Jin macam nak cari gaduh. Masing-masing menunjukkan riak wajah meluat apabila Soo Jin memandai menggelar dirinya teman wanita Kyung Soo kecuali Lay yang masih lagi tidak dapat menghidu apa yang terjadi.

            “Teman wanita? Euwww.. bakal teman wanita pun belum tentu lagi tau,” sindir Baek Hyun. Soo Jin menjeling ke arah Baek Hyun tapi lelaki itu langsung tak pedulikannya.

            Baek Hyun mengangkat bahunya. “Aku cakap benda yang betul je.”

            “Saya Yoon Hee,” balasnya.

            “Yoon Hee-ah, kenapa awak tak cakap yang awak ada hubungan dengan Lay hyung?” pertanyaan Tao membuat Yoon Hee dan Lay sama-sama tersentak. Mereka berpandangan untuk beberapa saat.

            “Kitorang mana ada apa-apa hubunganlah,” balas Lay.

            “Kalau tak ada apa-apa takkanlah sampai berpegangan tangan?” sampuk Chen pula.

             Lay terdiam untuk seketika. Cuba memikirkan alasan yang terbaik untuk diberikan.

            “Tadi tu... Yoon Hee nak terjatuh sebab lantai kafe ni licin. Sebab tu aku pegang tangan dia.” Lay sendiri tak pasti sama ada alasannya itu logik atau tidak tetapi melihat mereka semua percaya dengan alasannya, dia menarik nafas lega. Yoon Hee memandang ke arah Lay. Dalam hati dia berterima kasih kepada Lay kerana menjawab soalan itu bagi pihaknya.

             “Tapi Lay dengan Yoon Hee sesuai apa. Korang nampak serasi.” Kai tiba-tiba bersuara.

              Tetapi pujian itu tidak disenangi oleh seseorang. Kyung Soo. Cukuplah jantungnya hampir tercabut apabila Yoon Hee datang bersama-sama Lay sambil berpegangan tangan. Dia tak suka kalau orang lain cuba satukan Yoon Hee dengan kawannya. Dia memandang tepat ke dalam mata Yoon Hee. Gadis itu juga melakukan perkara yang sama. Pandangan mereka bertaut untuk seketika.

              “Ehem... ehem..” Soo Jin sengaja berdehem dengan kuat. Dia mencebik apabila Kyung Soo tidak berkalih memandang Yoon Hee. Apa yang cantik sangat Yoon Hee ni? Hati kecilnya menggerutu geram.

             Tautan mata Kyung Soo dan Yoon Hee mati di situ. Sementara itu Tao yang perasan akan sikap tindakan Soo Jin cuba menahan dirinya daripada jadikan gadis itu kuih bingka ubi. Tiada siapa pun yang suka akan kehadiran Soo Jin di situ. Kyung Soo ada memberitahu mereka tentang Soo Jin tetapi untuk mengajak gadis itu makan bersama-sama mereka, memang jauh sekali.

             Tetapi gadis yang tak tahu malu itu sendiri datang ke meja mereka dan ingin makan bersama. Dengan penuh terpaksa mereka izinkan saja walaupun berat hati. Sejujurnya inilah kali pertama mereka berjumpa dengan gadis yang bermuka tebal 14 inci. Harap-harap selepas ini Soo Jin tak akan mengganggu ketenteraman hidup mereka lagi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel