24

Hello, Mr. Crush!

Kyung Soo menghirup kopi yang dipesannya. Dia tidak terus pulang ke rumah bersama-sama kawannya. Dia ingin bersendirian. Peristiwa yang dia lihat antara Lay dan Yoon Hee sebentar tadi masih lagi sukar dipadamkan dari ingatannya. Dia sukakan Yoon Hee. Dia akui yang dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu sejak awal lagi. Sejak dia berlanggar dengan Yoon Hee pada hari pertama di universiti. Tetapi dia tidak menjangka yang sahabat yang sendiri boleh jatuh hati pada orang yang sama.

            Dia terasa kecil sekarang ini. Memikirkan yang dia perlu bersaing dengan Lay untuk merebut hati Yoon Hee, dia tahu yang dia tak akan menang. Sudah pasti Yoon Hee akan memilih dia daripada Lay. Siapa yang tak suka akan lelaki macam Lay? Sesiapa saja yang berjaya mendapatkan sekeping hati milik lelaki itu pastinya gadis itu sangat bertuah.

            Kyung Soo bingung. Adakah dia patut terus menyukai gadis itu? Atau biarkan saja Lay dengan Yoon Hee?

            “Oppa macam mana boleh ada kat sini?” sapa Soo Jin ceria.

            Tetapi Kyung Soo langsung tak nampak ceria. Tak ada maknanya dia nak ceria bila nampak perempuan tu. Hidupnya dah cukup tenang sejak kali terakhir dia berjumpa Soo Jin sehinggalah hari ini dia terpaksa berjumpa lagi perempuan di hadapannya itu.

            “Aku buat apa kat sini  bukannya ada kaitan dengan kau,” balas Kyung Soo.

            Soo Jin mencebik. Tak habis-habis dengan sikap dingin dia tu. Bilalah agaknya dia nak berlembut dengan aku? Nampaknya benda tu memang takkan jadi dan tak  akan pernah terjadi.

            Kyung Soo sudah bersiap sedia untuk pergi dari situ. Tanpa menghiraukan Soo Jin dia terus bangun dan keluar dari kafe. Niatnya untuk tenangkan fikiran semakin tak tenang apabila dia di situ.

            “Oppa.” Soo Jin mengejar Kyung Soo sehingga ke luar kafe.

            “Apa lagi yang kau nak?” soal Kyung Soo sedikit tinggi.

            Soo Jin tersentak apabila Kyung Soo tiba-tiba marahnya seperti itu. Tetapi dia langsung tak takut akan Kyung Soo yang seperti dilanda angin monsun itu. Dia terus memeluk erat lengan Kyung Soo.

            “Oppa, jom temankan saya jalan-jalan.” Soo Jin berkata dengan nada manjanya.

            Kyung Soo menarik kasar tangannya. Soo Jin terkulat-kulat.

            “Soo Jin boleh tak kau berhenti kau kacau hidup aku? Dah berapa kali aku cakap aku tak sukakan kau jadi kau tak payah buang masa buat semua ni. Sia-sia aje tau tak. Aku tak peduli kalau kau secret admirer aku yang dah susah payah buat semuanya untuk aku sebab aku tetap takkan sukakan kau.” Kyung Soo meluahkan apa yang selama ini bersarang dalam fikirannya. Dia rimas dengan semua benda ni.

            Soo Jin terpinga-pinga. Dia memandang Kyung Soo dengan pandangan yang sukar ditafsir. Melihat Soo Jin yang mematung, Kyung Soo ingin meninggalkan saja gadis itu di situ. Dia menoleh ke hadapan dan pandangannya tertumpu ke arah seseorang.

            Yoon Hee memandang Kyung Soo dan Soo Jin silih berganti. Dia tidak sangka yang akan berjumpa dengan Kyung Soo di situ. Tapi apa yang dia buat dengan Soo Jin? Yoon Hee masih kaku di tempat dia berdiri. Matanya masih tidak lepas daripada memandang Kyung Soo.

            Tanpa sedar satu keluhan berat dilepaskan oleh Kyung Soo. Dia meninggalkan Soo Jin dan terus pergi melewati Yoon Hee. Tiada sebarang kata dikeluarkan saat melewati gadis itu bahkan pandang pun tidak. Mereka seolah-olah tidak mengenali antara satu sama lain.

            Yoon Hee kehilangan kata-kata. Dia menoleh ke belakang dan melihat Kyung Soo yang jauh dan semakin menjauh. Mindanya memaksa dia untuk menjerit memanggil nama lelaki itu. Bibirnya sudah bersedia untuk menyebut nama Kyung Soo tetapi hati kecilnya menghalang dia daripada berbuat begitu. Akhirnya hanya satu keluhan yang keluar dari mulut Yoon Hee.

 

           

 

 

Kyung Soo menutup pintu rumah sebelum ke ruang tamu. Semua ahli EXO sedang menikmati makan malam mereka. Dia memandang rakan-rakannya sekilas lalu langkah diatur menuju ke bilik.

            “Kyung Soo-ah, tak nak makan ke?” Chan Yeol yang perasan akan kehadiran Kyung Soo bertanya.

            Tetapi Kyung Soo hanya mengabaikan soalan itu dia terus masuk ke dalam bilik dan pintu bilik ditutup rapat. 11 pasang mata tertumpu ke arah bilik yang didiami oleh Kyung Soo yang diturut dikongsi dengan Kai, Luhan, dan Chen.

            “Kenapa dengan dia?” Sehun bertanya.

            Mereka tiada jawapan untuk itu. Kyung Soo tak pernah sekali bersikap seperti itu. Inilah kali pertama mereka melihat Kyung Soo menjadi dingin. Pasti ada sesuatu yang buruk sedang melanda kawan mereka.

            “Dia memang macam tu sejak Lay keluar hospital. Aku pun tak tahu apa masalah dia. Bila aku tanya dia cakap dia okey.” Kai bersuara. Dia ialah antara yang paling rapat dengan Kyung Soo selain daripada Baek Hyun dan Chan Yeol. Selalunya Kyung Soo akan menceritakan masalahnya kepada dia. Tetapi kali ini kawannya yang seorang itu lebih memilih untuk berahsia dan Kai hanya hormat akan keputusan Kyung Soo. Mungkin dia masih belum bersedia untuk menceritakan segalanya.

           

 

Lay menarik bagasi ke ruang tamu. Sebaik saja keluar dari hospital, esoknya Lay pulang ke China untuk menziarahi keluarganya yang sudah lama dia tidak berjumpa. Cuti seminggu yang ada dia manfaatkan dengan meluangkan masa dengan keluarganya kerana selepas ini dia pasti lagi sibuk hingga tiada masa untuk pulang.

            Lelaki berlesung pipit itu bingung apabila tiada seorang pun yang menyambut kepulangannya sedangkan beberapa hari lalu merekalah yang sibuk menyuruh cepat pulang ke Korea. Katanya rumah terasa kosong apabila dia tiada dan tak ada orang yang boleh mereka buli. Tetapi sekarang tiada siapa pun yang gembira melihat dia pulang bahkan semuanya bermuram durja seperti orang sedang berkabung. Ada sesuatu yang terjadi ke semasa dia tiada?

            Lay melabuhkan punggung di sebelah Luhan. Wajah kawan-kawannya dipandang satu per satu.

            “Kenapa semua orang diam aje ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?” soal Lay.

            Semua orang mengeluh serentak membuatkan Lay semakin tertanya-tanya.

            “Memang ada benda yang berlaku,” balas Luhan tidak bersemangat.

            “Apa yang dah jadi?” matanya meliar memandang yang lain yang masih membisu. Kemudian dia perasan ada seseorang yang ‘hilang’ di situ.

            “Mana Kyung Soo?” baru dia sedar yang Kyung Soo tiada bersama-sama mereka di situ.

            “Itulah masalahnya. Kyung Soo,” ujar Suho perlahan. Dalam kalangan mereka Suho seorang yang sangat sensitif dan prihatin terhadap kawan-kawannya. Jelas kerisuan terpancar pada raut wajahnya. Seperti seorang ibu yang risaukan anaknya.

            “Kenapa dengan dia?”

            Baek Hyun mengangkat bahu. “Kitorang pun tak pasti. Sejak kebelakangan ni dia asyik mengelak daripada kitorang aje. Bila kitorang tanya dia cakap dia okey. Entahlah tapi sekarang ni dia berkurung aje dalam bilik tak nak keluar,” terangnya.

            Mereka semua kenal Kyung Soo macam mana orangnya. Tak pernah-pernah Kyung Soo bersikap dingin macam ni. Sebab itulah tiada siapa yang dapat menyembunyikan rasa khuatirnya apabila Kyung Soo tiba-tiba menjadi dingin dan menjauh daripada semua orang. Kecuali Lay. Hanya dia yang tidak risau akan kawannya itu kerana dia dapat menghidu punca Kyung Soo menjadi seperti itu. Dan dia sangat yakin yang dia tidak silap.

            Lay bangund dari sofa dengan tenang. Beg galas yang tersangkut di atas bahu diletakkan di atas sofa. “Mana Kyung Soo?” soalnya. Mereka semua memandang ke arah sebuah bilik yang pintunya tertumpu rapat.

            “Bagi aku masa 10 minit. Aku jamin Kyung Soo akan okey.” Dengan penuh yakin dia ke bilik Kyung Soo.

                               

               

Kyung Soo sedang mendengar lagu melalui pemain mp3 apabila pintu diketuk dari luar. Dia merengus kasar. Seingatnya dia dah beritahu semua orang yang dia tak mahu diganggu. Dengan malas dia bangun dari katil dan menuju ke pintu. Lay berdiri di muka pintu. Kyung Soo berbaring semula di atas katil membiarkan Lay yang masih lagi belum melangkah masuk. Lay melangkah masuk lalu menutup pintu bilik. Dia duduk di atas katil Luhan yang bertentagan dengan katil Kyung Soo. Tetapi masih belum ada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.

                “Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap lebih baik kau keluar sekarang,” ujar Kyung Soo sedikit kasar. Dia langsung tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa terutamanya Lay.

                “Kalau ya pun kau marahkan aku tak payah libatkan yang lain. Diorang bukannya tahu apa-apa pun,” ujar Lay.

                Kyung Soo yang tadinya baring di atas katil terus duduk di birai katil sambil memandang Lay dengan pandangan yang mencerlung. Earphones yang disumbatkan dalam lubang telinganya ditanggalkan lalu meletakkan pemain mp3 di tepi.

                “Bila masa pulak aku marah kat kau? Tak ada kerja aku nak marah kat kau?” Kyung Soo membuang pandangnya ke tempat lain.

                Lay tersenyum sinis. “Dah tahu tak ada kerja buat jugak,” sindirnya.

                Dia kemudiannya berpindah tempat ke sebelah Kyung Soo. Bahu kawannya itu ditepuk perlahan. “Dahlah tak payah nak marah aku. Aku bukannya ada apa-apa dengan Yoon Hee tu. Kalau kau marah aku sebab cium pipi Yoon Hee baik kau buang aje perasaan marah kau tu. Aku tak ada niat lain pun bila cium pipi dia,” terang Lay. Dia tahu Kyung Soo turut ada di situ apabila dia bercakap dengan Yoon Hee minggu lepas. Dia sengaja mencium pipi Yoon Hee untuk melihat reaksi Kyung Soo. Jangkaannya tepat apabila Kyung Soo marah dengan tindakannya itu.

                Kyung Soo tidak berbicara malah memandangnya pun tidak. Tapi dia tahu yang Kyung Soo dengar apa yang dia katakan tadi.

                “Biarlah aku terus terang dengan kau. Memang aku ada perasaan dengan Yoon Hee tetapi dia tak sukakan aku. Ada lelaki lain dalam hati dia. Aku tak nak bersaing dengan lelaki yang ada dalam hati dia sebab aku yakin aku tak akan menang. Tapi kau, aku tahu yang kau boleh dapatkan hati Yoon Hee. Dan kalau kau nak dia jadi milik kau baik kau buat sesuatu sekarang untuk merebut hati dia.”

                Kalau diikutkan hati, Lay ingin saja beritahu Kyung Soo siapa lelaki dalam hati Yoon Hee tetapi dia dah berjanji. Biarlah Kyung Soo mendapatkan hati Yoon Hee dengan usahanya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

                “Kau rasa aku boleh menang ke?” soal Kyung Soo. Hilang rasa marahnya selepas Lay menjelaskan semuanya. Dia memandang Lay. Mengharapkan jawapan yang positif daripada lelaki itu.

                “Kalau kau masakkan aku kimchi spageti kau mesti menang,” ujar Lay berseloroh.

                “Ada pulak macam tu?”

                “Tolonglah masakkan untuk aku. Aku lapar ni. Sampai aje kat airport aku terus balik rumah tak pergi makan kat mana-mana. Aku ingatkan korang nak masakkan untuk aku sebab aku balik hari ini. Tapi hampeh. Dia orang semua lebih risaukan kau daripada gembira tengok aku balik,” adu Lay. Dia sudah menunjukkan skill aegyonya kepada Kyung Soo. Jarang sekali dia dapat bermanja dengan Kyung Soo seperti ini. Biasanya Kyung Soo rapat dengan Baekhyun, Chanyeol atau Kai. Jadi bila dia ada peluang untuk berborak dengan Kyung Soo sedikit sebanyak dia gembira.

                “Yalah.. yalah... aku masakkan.” Akhirnya Kyung Soo mengalah selepas tak sanggup melihat aegyo Lay yang berpontensi menyebabkan dia muntah hijau.

                 “Yeay... sayang kau.” Lay memeluk erat Kyung Soo.

                 “Lepaslah. Aku tak boleh bernafas ni.” Kyung Soo cuba melepaskan tangan Lay yang berlingkar di bahunya.

                  Lay hanya ketawa dapat mengusik Kyung Soo begitu.

                  Kyung Soo dan Lay melangkah keluar dari bilik dengan wajah yang ceria menuju ke dapur. Seperti tiada apa-apa yang jadi sebelum ni. Terkebil-kebil EXO memandang gelagat dua sahabat itu sambil tercengang.

                “Punyalah penat kita duk fikir sehari suntuk macam mana nak pujuk Kyung Soo yang kena angin monsun tu, Lay boleh buat tak sampai 10 minit aje?” ujar Baekhyun. Dia yang rapat dengan Kyung Soo pun tak diendahkan tadi tapi bila dengan Lay sekejap aje elok.

            “Misterinya...” EXO menggeleng cuba mempercayai apa yang berlaku sekarang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel