1

Hello, Mr. Crush!

Yoon Hee memandang imbasan tubuhnya di cermin untuk kali yang terakhir. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, dia mencapai beg galasnya sebelum keluar dari bilik. Hari ini merupakan hari pertama dia melangkah ke universiti sebagai seorang mahasiswi. Pelbagai perasaan bersarang dalam dirinya. Teruja, cemas, gemuruh semuanya bercampur menjadi satu. Dia menutup pintu sebelum turun ke bawah.

            “Selamat pagi,” sapa Yoon Hee kepada kedua-dua ibu bapanya.

            “Pagi, jom sarapan,” ajak Puan Hwang yang sudah duduk di samping suaminya di meja makan.

            “Lawanya anak omma hari ni,” puji Puan Hwang ikhlas. Yoon Hee hanya tersenyum.

            Encik Hwang melipat surat khabar sebelum diletakkan di tepi meja lalu memandang wajah anak tunggalnya.

            “Yoon Hee betul-betul pasti ke dengan keputusan Yoon Hee? Kenapa nak kena pindah keluar? Setahu appa rumah kita ke universiti bukannya jauh sangat, kamu boleh ulang-alik. Kenapa nak kena cari rumah sewa. Lagipun, kamu satu-satunya anak kami,” luah Encik Hwang.  

            Semalam anaknya itu menyatakan hasrat mahu menyewa di luar. Sungguh mereka terkejut dengan keputusan anaknya itu. Yoon Hee adalah anak tunggal dalam keluarga itu dan selama ini Yoon Hee tak pernah berjauhan dengan mereka. Jadi apabila Yoon Hee membuat keputusan untuk menyewa di luar membuatkan pasangan suami isteri itu dihantui rasa risau yang teramat. Apatahlagi anak mereka ialah perempuan, macam-macam perkara yang tak diingini boleh berlaku.

            “Omma dengan appa janganlah risau. Apa salahnya kalau Yoon Hee nak menyewa? Lagipun Yoon Hee nak belajar berdikari tak nak susahkan appa dengan omma. Appa dengan omma janganlah risau. Yoon Hee tahu jaga diri.” Pujuk Yoon Hee. Dia berharap sangat yang ibu bapanya bersetuju dengan permintaannya yang satu itu.

            “Kalau itu yang kamu nak, kami tak boleh nak halang? Tapi kamu nak tinggal dengan siapa?” soal Puan Hwang.

            “Dengan Ja Eun. Semalam kitorang dah bincang nak cari rumah sewa lepas habis kelas petang ni. Dia cakap dekat dengan kawasan universiti ada banyak rumah sewa yang murah,” ujar Yoon Hee bersungguh-sungguh.

            Yoon Hee memegang tangan kedua-dua ibu bapanya. “Omma dengan appa janganlah risau. Yoon Hee kan dah besar.” Yoon Hee cuba meyakinkan kedua-dua orang tuanya.

            Melihat anak tunggal mereka yang bersungguh-sungguh mahu berdikari, Encik dan Puan Yoon tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan hanya bersetuju.

            Pin! Pin!

            Yoon Hee bangun dari tempat duduknya. “Ja Eun dah sampai. Yoon Hee pergi dulu.” Dia mencium pipi ibu bapanya sebelum menyarungkan kasut dan keluar dari rumah.

 

“Ja Eun-ah.” Yoon Hee masuk ke dalam kereta. Senyuman ceria dihadiahkan buat kawannya.

            “Cantiknya orang tu hari ni. Macam mana dah sedia?” puji Ja Eun.

            Yoon Hee memakai tali pinggang keledar. “Dah. Kaja!”

 

Mun Hwa Universiti sungguh sesak dengan para pelajar yang pelbagai ragam. Pastinya sebahagian daripada mereka adalah pelajar baru yang ingin mendaftar sama seperti Ja Eun dan Yoon Hee.

            “Jomlah kita pergi daftar.” Ja Eun menarik tangan Yoon Hee ke tempat pendaftaran yang telah disediakan.

            Ja Eun dan Yoon Hee telah bersetuju untuk sambung belajar di universiti yang sama dan juga ambil bidang yang sama iaitu Ekonomi.

            “Tumpang tanya?”

            Yoon Hee dan Ja Eun yang sedang beratur untuk menunggu giliran mendaftar berpaling. Seorang gadis bercermin mata memandang mereka sambil tersenyum.

            “Korang berdua nak ambil bidang Ekonomi ke?” soal gadis itu ramah.

            Baik Yoon Hee mahupun Ja Eun kedua-duanya mengangguk sambil tersenyum.

            “Hai, aku Hana. Aku pun nak ambil bidang yang sama tapi aku tak ada kawan. Aku harap korang tak kisah kalau aku nak berkawan dengan korang.”

            “Mestilah kitorang tak kisah. Aku Jung Ja Eun. Panggil aje Ja Eun.” Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Hana.

            “Hai, aku Hwang Yoon Hee. Panggil aje Yoon Hee.” Giliran Yoon Hee pula memperkenalkan dirinya.

            “Leganya. Akhirnya aku ada kawan,” luah Hana gembira.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HyeMi22 #1
Chapter 33: Buat llah citer pasal baekkie
Overdose_Kpopers
#2
Chapter 33: huhu update soon...best giler citer ni...x sabar nk tunggu next part..nk bca chanyeolnya
EXOXOXOSEHUNIE12 #3
Chapter 32: Lagu apa yg chen nyanyi sampai hana melt?
Tak dpt nak cam lh lyric dia
Hajar_EXO
#4
Chapter 30: Amboi baekhyun~Sampai lagu Alone dia nyanyi
farzanasyuhada #5
Chapter 31: aaa...soooooo sweettt.. >_<
teringin nak jadi mcm diorg...hahaha T0T!
Peachyeolss
#6
Chapter 31: Ah sweetnya
Byun_Kyungmi
#7
tak yah lah complete-kan.. sambung je pasal diaorang.. biar jadi sawit gitu
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 30: Seriusly risau nape kyungsoo berubah rupenya nk sambut hari jadi x pasal dapat free penampar....untuk baekhyun cian pulak yer tak apa nanti bertemu jodohlah....ada special chapter kan2 x sabonye nk bace....
wannuraishah
#9
Chapter 30: kesian baekhyun kesunyian... jgn lupa buat sequel ^^
kayd2208 #10
Chapter 30: please buat Sequel