Destroyed By Curtain

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

Siapa kata,semua perkara indah belaka?Dia seperti globe,sentiasa berputar namun,globe tidak akan berputar jika tiada tangan yang memutarkannya,bukan?-Park Chunri

 

Tangannya berhenti menulis sesuatu yang mengarut diatas kertas didalam buku nota kecilnya.Dia menongkat dagunya dengan malas dan melemparkan pandangan kearah luar tingkap.Berharap 3 lelaki itu akan melalui kelas ini,dia berharap.Bukankah melihat sesuatu yang indah membuatkan hati kita berasa nyaman?Siapa yang cipta penyataan tersebut?

“Yah,kau dari Seoul?,”Soal seorang pelajar lelaki dengan senyuman yang lebar.Chunri sekadar mengangguk dan mengalihkan matanya dari bertentang dengan pelajar tersebut.

“Oh,aku pun asal sana,nama aku Hoseok,seronok dapat kenal kau!”Dia menghulurkan tangannya,untuk berjabat tangan dengan mesra sebagai rakan sekelas.Chunri tersenyum kelat dan menyambut tangan lelaki itu,berjabat seperti rakan seperniagaan yang maju kerjayanya.

“Hey,tempat sebelah kau kosong?Boleh ak-

“Hei Hoseok,kau jangan menggatal,itu tempat Park Jimin,a.k.a bakal suami aku”Chunri terangkat kening.Park Jimin,bukankah si y Goddes itu?. “Dan kau!,”Pelajar perempuan itu menghunus jarinya kearah hidung Chunri.

“Jangan nak mengurat bakal suami aku,”Dia menjegil matanya. “Tak..Takkan”Chunri mendeguk air liurnya dan melirik kearah Hoseok yang tersenyum manis dengan wajah yang gembira.Chunri menjatuhkan pandangannya keatas meja,lebih baik dia berdiam diri.

Selang beberapa saat,manusia yang dimaksudkan tiba,dia menggalas beg sekolahnya dengan bahu kanan,entah datang dari mana pula angin bertiup,menyebabkan rambut pelajar tersebut ditiup dengan sungguh bergaya,apabila dia meraup rambutnya kebelakang,semua pelajar tersipu-sipu,manakala Chunri cuba mencari punca angin dan dia sudah menemuinya,dua orang pelajar perempuan mengikutnya dengan kipas kecil ditangan.

“Oppa?Oppa dahaga?Kami ada belikan jus,”Salah seorang dari mereka menghulurkan sekotak minuman dengan layanan bak Maharaja China.Park Jimin sekadar tersenyum nipis dan berjalan menuju ke tempat duduknya,disebelah Chunri.Mata lelaki itu merenung tepat anak mata gadis tersebut,hampir gugur jantungnya.

“Dia..Dia tenung aku ke?,”Soal gadis itu sendiri dengan ekspresi begitu risau dan gelisah.

“Excuse me,boleh tak awak duduk sana?,”Soal seorang pelajar berambut paras leher dengan senyuman yang mesra namun terisi kesinisan didalamnya.

“Er…Uh..Okay,”Chunri membawa dirinya menuju ke tempat kosong disebelah,dia tidak tahu tempat duduk tersebut kepunyaan siapa.Dia hanya sibuk melihat Park Jimin yang dilayan dua gadis tersebut ya-

“Ini tempat aku”Chunri mengerutkan kening,adakah suara itu menegurnya?Perlahan-lahan dia menoleh kehadapan.Pandangan matanya menempuh seorang pelajar lelaki yang berwajah pucat dengan pandangan mata yang tajam.

“Hah?,”Chunri terkebil-kebil. “Kurang jelas ke? Ini tempat aku”Lelaki itu menepuk-nepuk permukaan meja.Dalam kata lain,mahu gadis itu berambus dari situ.Chunri menggigit bibirnya,dia bingkas bangkit dan menuju ke tempat asalnya semula.

“Maaf..Saya nak duduk,”Apabila Chunri berkata begitu,pelajar perempuan yang mengambil tempat duduk itu memusingkan kepalanya ke belakang dengan jelingan yang geram.Chunri tidak mampu berkata apa-apa,sebab ini tempat duduknya,dia ada hak?Bukan.

“Yah,ak-

“Kasilah dia duduk,itu tempat dia,kau boleh masuk kelas sekarang,waktu pelajaran akan bermula tak lama lagi,”Ujar Park Jimin dengan suara seperti coklat panas yang dituang ke atas coklat Vanilla yang menyegarkan,uwah,Chunri dapat rasakan keenakkannya.

Chunri melabuhkan punggung diatas kerusi dan membetulkan skirtnya sebelum melirik kesebelah,kearah Park Jimin yang sedang membuang pembungkus gula-gula batang dengan wajah yang selamba,namun selang beberapa saat lelaki itu berpaling kearah Chunri dan tersenyum manis.Wah,Chunri dapat rasakan kehangatan yang menerpa pipinya yang agak tembam,dia pantas menoleh kehadapan,lupa untuk membalas senyuman lelaki itu.

“Gila,aku tengah shooting drama ke? Tuhan,terima kasih!,”Chunri menyembunyikan senyumannya.

Chunri menggeleng kepala

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD