Girls And Scream

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

Bulan dan matahari,langit dan awan,bukankah mereka bersatu,ibarat saling bersama dan berganti antara satu sama lain,aku mungkin mengatakan sesuatu yang aneh,namun perkara-perkara itu melintasi dunia,untuk bersama,kini aku mungkin melintasi satu laluan untuk bersama,adakah itu tertulis?-Park Chunri.

 

Matanya terbuntang setiap kali menjejakkan kaki ke Pulau Jeju yang indah dan menenangkan ini,walaupun dia sudah ke sini lebih dari lima kali,perasaan gembira tetap mencucuk-cucuk hatinya.Senyuman indah terukir dibibirnya tatkala dia mengatur langkah dengan tangan mengheret bagasi hitam pekat bersama.

“Uh,”Bibirnya digigit dengan kening yang bertaut.30 minit didalam kapal terbang,minum bergelas-gelas air sejuk,terasa bagaikan pundi kencingnya sudah penuh.

“Omma,Chunri nak pergi tandas,”Puan Park sekadar mengangkat kening mendengar apa yang anak gadisnya itu beritahu.Gadis itu berjalan dengan pantas,jika dia berlari,orang sekeliling mungkin mentertawakannya.

“Aigo..Budak tu,”Puan Park menggeleng kepalanya. “Haih..Mujurlah dia dengar kata,”Puan Kim membetulkan kotnya dan menyilang tangan.

Pam tandas ditekan,Chunri menolak pintu tandas dan menuju kearah sinki,untuk membasuh tangannya,dia melihat wajahnya didalam pantulan cermin.Rosak!Rambutnya agak berserabai dengan wajah yang seperti baru bangun dari tidur.Dia menepuk-nepuk pipinya dan menggeliat.

Dia teringat pada apa yang diberitahu oleh ommanya minggu lepas,dia terpaksa bersetuju untuk melakukan semua ini setelah dirayu oleh ommanya,dia tidak sanggup melihat wanita itu menjadi sebegitu,kelihatan terdesak.

“Haiyoo..”Dia mengatur langkah keluar. “Macam mana agaknya nanti?,”Dia menyoal dirinya sendiri dan dengan tidak semena-mena dia terlanggar dengan seorang lelaki dan menyebabkan dia terundur sedikit.

“Oh!Maafkan saya!,”Chunri menundukkan badannya sedikit bingkas mempamerkan wajah yang agak cuak.

“Takpe,”Lelaki itu berjalan pergi tanpa sebarang ekspresi diwajahnya,tidak begitu menghiraukan maaf yang dipinta oleh Chunri.

“Hmm..Pelik,”ujar Chunri sendiri sebelum menggaru-garu kepalanya.Dia malas nak fikir banyak,dia menuju semula kearah ommanya dengan gaya berjalan yang malas.

“Omma,tadi,ada lelaki yang pelik”

“Eh?,lelaki yang pelik?,”Puan Park terjongket kening.Chunri bingkas mengangguk dan menguap,sesungguhnya dia masih penat,semua ini kerana dia mengemaskan semua barangnya pada lewat semalam,selalu buat kerja diakhir waktu,namun dia tidak pernah menyesalinya.

“Jomlah,nanti terlewat pula”Puan Park menjinjing begnya,Chunri membuntut dibelakang dengan beg bagasinya.Mengapa Puan Park sekadar membawa beg yang lebih kecil dari Chunri? Bukan,bukan kerana Chunri si gadis yang menukar pakaian setiap dua jam atau sebagainya.Tetapi,Chunri akan menetap disini dengan lebih lama berbanding Puan Park.

Mereka berdua berlari anak kearah teksi yang menunggu dihadapan pintu hadapan lapangan terbang.Tidak mahu teksi tersebut diambil oleh orang lain.Puan Park mengambil tempat duduk dihadapan,manakala Chunri dibelakang.

“Ke mana?,”Soal pemandu teksi tersebut,Puan Park menunjukkan sebuah kad kepada pemandu tersebut,mungkin alamat hotel yang ingin dituju.Chunri menghela nafas panjang dan menyeka peluhnya didahi dengan bibir yang dicebik.Ini sesuatu yang begitu random baginya,dalam kata lain juga,terlalu cepat akan perkara ini berlaku.Dia sebenarnya belum begitu faham akan situasi yang dihadapinya.

“Haih..Aku masih minor,”Chunri berkata sendiri. “Apa yang diorang harapkan dari pelajar tahun 2 yang menyedihkan ini?,”Chunri memainkan drama didalam mindanya sendiri.Rambut panjangnya diselak ke belakang,jaket varsitinya ditanggalkan lalu diletak diatas pahanya.Pandangan dilontarkan ke luar tingkap dengan wajah yang selamba.

“Chunri-ah,kalau kamu penat,kamu boleh berehat dahulu,perjalanan ambil masa lebih kurang satu jam setengah,”Mendengar apa yang Puan Park katakan,terbuntang luas matanya.Mak oih lamanya,hatinya tiba-tiba dipaut rasa hiba,pada hari esok,menjelmanya matahari,dia akan bersendirian di sini,bukan bermaksud dia seorang sahaja makhluk manusia diatas bumi Jeju ini,tetapi dia keseorangan tanpa manusia yang dikenalinya,mampukah dia tempuhi semua itu?Memandangkan selama ini dia sentiasa bersama wanita tersebut.Hatinya dijerat dilema.Mengapa ommanya menyuruh dia melakukan perkara sebegini?

Matanya memerhati pandangan diluar tingkap yang begitu menarik perhatiannya,ladang bunga,berjuta-juta kuntum bunga mungkin berada disitu,mewarnai bumi ini.Chunri menyelit rambutnya d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD