Three Of Us

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

Aku terluka,harap kau faham- Park Chunri

 

“Jadi..Kau satu sekolah dengan Jungkookie?,” soal Yuin dengan kening terjongket serta berpeluk tubuh. Matanya merenung tajam setiap pelusuk tubuh Chunri yang menghadap dirinya.

 

“Ya”

 

“Okay..Saya tak suka”

 

“Sorrylah sebab buat awak tak suka,tapi itu tak dapat ubah apa-apa,” Chunri menggapai beg galasnya yang terbaring diatas katil. Rambutnya yang menutupi dahi diselit dicelah telinga. Mata dikerling sekilas kearah Yuin yang setia berdiri disebelah pintu bilik yang terbuka. “Awak ada berhasrat untuk..Tinggal sebilik dengan saya ke?”

 

“What?”

 

Chunri tersengih “Yalah,saya dah nak keluar dari bilik..Awak masih tak berganjak,nak jadi penghuni bilik ni ke?,” terus raut wajah Yuin berubah secara mendadak dengan wajah mencebik. Kakinya melangkah laju keluar dari bilik dengan rambutnya diselak kebelakang. Nasib hujung rambut minah tersebut tidak tercucuk kedalam mata Chunri,kalau tak mesti dah kena ambil surat cuti hari ini dek mata berdarah. Dahsyat. Tercucuklah katakan.

 

Disaat daun pintu ditarik dengan tombol pintu,bunyi derap kaki turun dari tangga menarik perhatian Chunri,dia terus berpaling kebelakang. Matanya mengamati Jungkook yang sedang meraup rambutnya kebelakang dengan wajah yang agak mengantuk. Chunri dapat teka mengapa lelaki tersebut kelihatan kurang bermaya pada waktu sebegini,tidak seperti kebiasaannya. Sudah semestinya Yuin menjadi punca utama,dari tingkat bawah,Chunri dapat mendengar sayup-sayup gelak tawa serta perbualan yang tidak dapat dituras dengan tepat dengan pendengaran kerana ia tidak begitu jelas.

 

Jungkook mengerling sekilas kearah Chunri yang sedang merenungnya untuk beberapa saat sebelum perhatiannya beralih terhadap gadis yang berada dihadapannya dengan wajah yang masam mencuka. “Yuin”

 

“Jungkookie,awak akan tinggalkan saya keseorangan dekat sini?”

 

“Yalah,saya nak pergi sekolah ni,” jawab Jungkook dengan jelas sambil membetulkan beg yang digalas supaya dirinya berada dalam kedudukan yang lebih selesa.

 

“Uh..Dengan dia? Awak pergi dengan Chunri?,” soalnya dengan mata yang dibundarkan serta wajah ditunduk sedikit kebawah. Jungkook tersenyum kecil dan mengangguk.

 

“Apa kena dengan ekspresi dia tu..,” Chunri berbisik sendiri dengan mata dijegil.

 

“Sanggup awak biarkan saya kebosanan sendirian,awak tahukan..Saya tak suka tinggal bersendirian dan saya tak suka menghadapi kebosanan,” matanya dikerdip-kerdipkan. Mengharapkan jawapan yang dia harapkan dari tubir bibir merah jambu lelaki kacak dihadapannya.

 

“Kalau tak nak duduk sorang-sorang dan tak nak kebosanan,pergilah fun fair,buat apa dekat sini,” sekali lagi Chunri bermonolog dengan matanya lama merenung kebawah lantai serta tangan dimasukkan kedalam poket skirt sekolah yang berpetak-petak.

 

“Lepas balik sekolah nanti,kita buat sesuatu yang seronok,okay?”

 

“Wah! Really?”

 

Jungkook mengangguk sebelum mengusap kepala gadis itu lalu menghayun kaki melalui ruang ditengah yang luas menuju ke pintu utama rumah. Yuin melambai-lambai tangan dengan gembira kearah lelaki tersebut sebelum menjeling dengan senyuman penuh makna yang penuh ‘wangian’ terhadap Chunri yang turut membuntuti Jungkook dari belakang tanpa begitu hiraukan gadis yang agak kurang matang tersebut. Mengapa dia ekspresikan benda bodoh tersebut dengan begitu jelas? Mengelirukan sungguh!

 

“Nah..Bawak beg aku”

 

Chunri menyambut beg lelaki tersebut yang dicampak dengan sesuka hati sebelum dirinya melangkah masuk kedalam perut kereta lalu menghidupkan enjin kereta. Chunri tergopoh-gapah melalui belakang kereta sebelum menuju ke pintu kereta disebelah pemandu. Nafasnya tercungap-cungap.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD