Evil And Her Own
My Master Is CrazyTangan Jungkook yang menggenggam erat pergelangan tangan miliknya ditatap tanpa bersuara. Entah mengapa angin pada malam ini sungguh damai,namun itu tidak bermakna angin selama ini tidak damai ataupun ada peperangan antara angin. Tidak,uh.
Jungkook masih tidak melepaskan genggaman tersebut dan mengetap bibirnya. Entah sampai bila dia harus menyimpan rahsia ini dalam dirinya,sendiri. Kerana,dia tahu segalanya.
“Kalau aku lepaskan dia..Dia tidak akan terseksa..Kalau aku tak lepaskan dia…Makin lama…Nanti..Dia akan benci pada aku..,” Jungkook menarik nafas panjang. “Apa aku nak buat?,” dia berbisik sendiri dengan bibir yang diketap lama.
“Tujuan utama Jungkook merahsiakan hubungan itu..,”Jimin menyuakan bibirnya pada cawan. “Supaya Chunri tidak akan tahu sampai bila-bila mereka ialah tunang..,”Yuin mendiamkan diri dan mengangguk. “Tetapi..Bila dia dah kenal Chunri..Dengan cara jadikan Chunri sebagai orang gaji,dia jatuh cinta…Dan tak sanggup untuk buat rancangan dia yang sebenar..
“Untuk putuskan pertunangan sebab dia tidak suka Chunri,itu alasan yang cukup kukuh,bukan? Malangnya itu tidak berlaku pada hati dia,”Jimin tersenyum senget dan menarik nafas panjang. “Sebab..Jungkook tahu..Apa plan Mama dia,kan?,”Yuin menggeleng kepala dengan senyuman yang pudar.
“Kenapa kau tiba-tiba muncul dekat rumah tu?”
Yuin menyuap kek kedalam mulut dan menatap lama wajah Jimin yang sedang menantikan jawapan dari tubir bibirnya. “Untuk meleraikan hubungan mereka”
“Spesifik siket..Aku rasa ada percanggahan dengan kenapa Mama Jungkook hantar kau,kan? Mama Jungkook hantar kau ke sini,bukan?,” Jimin mengangkat dahi dan Yuin ketawa kecil tidak percaya.
“Pandai kau teka..A’ah,memang Mama Jungkook hantar aku..Untuk buat Chunri rasa cemburu dan hampa..Tapi aku takkan sesekali buat mereka berpisah atau apa..Sebab Mama Jungkook memang nak Chunri dan anak lelaki dia bersama”
“Bersama atas tujuan…Yang pathetic,bukan?,”Jimin menyeka hujung bibir dengan tisu.
“Boleh dikatakan..Atas kepentingan diri,”Yuin menghela nafas panjang dengan jawapan yang diberi. “Kau tahu kenapa Mama Jungkook buat macam tu?”
Jimin mendiamkan diri. “Sebab….
Comments