Library

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

Yes reader,fanfic ini sudah berusia satu tahun dan nasib baik saya sempat sedar.Haha.Dan in case korang tak kenal siapa itu Seyong. Ya,dia ialah ahli MyName. Saya rasa muka dia ada iras Jungkook,so.hahah.

 

--

 

Menantikan jawapan dimana soalannya aku rahsiakan-Park Chunri

 

Kakinya melangkah keluar dari kereta Peugeot bewarna kelabu. Matanya merenung lama sebuah bangunan yang mengakhiri jalan yang agak curam dipenghujung lorong ini. Dia membetulkan kaca matanya dan menarik nafas panjang.

Tiba-tiba nada dering panggilan mengejutkannya yang berada didalam kondisi yang agak cuak. Dia pantas menjawab panggilan tersebut. “Airi,ada apa?”

“Tuan,petang ini ada mesyuarat dengan pegawai-pegawai eksekutif syarikat. Tuan Ceo akan menghadirkan diri”

“..Kenapa dengan tiba-tiba?”

“Saya tak tahu,jadi..Mengenai dengan rancangan Tuan?”

Seyong mendiamkan diri. “Sempat. Selesai ni nanti,saya akan terus ke pejabat,” Seyong mematikan telefon lalu tergesa-gesa ke bangunan yang direnungnya tadi. Seusai kakinya melangkah semakin dekat,berpusu-pusu kanak-kanak yang comel keluar dari situ.

Tidak lama kemudian,seorang wanita yang memakai apron bewarna kuning muda dengan rambut yang disanggul kemas mengiringi kanak-kanak tersebut dengan seorang gadis yang berusia pertengahan 20-an.

“Bye-bye!”

“Jumpa esok!”

Wanita yang diperhatinya itu berlalu masuk meninggalkan gadis diawalnya tadi. Entah mengapa,dia tidak dapat menggerakkan anggota badannya seperti biasa. Beberapa wanita yang menjemput anak-anak mereka memerhatikannya dengan riak wajah yang kehairanan.

“Jungju mama,saya dengar cerita..Anaknya Puan Park tu dibawa ke Pulau Jeju”

“Pulau Jeju? Kenapa dia hantar anak dia kesana?”

“Entahlah..Tapi dia serahkan pada sebuah keluarga disana..Hmph! Anak sendiri dibiarkan kelaparan,anak kera dihutan disusukan!”

Seyong panas mendengar umpatan wanita-wanita tersebut. “Jadi..Puan Park menjaga anak kera?,” dia menunding kearah anak-anak wanita yang mengumpat itu. “Ini? Anak kera?”

Pedas sungguh kata-kata Seyong. Biar,biar mereka rasa. Wanita-wanita itu berlalu pergi dengan wajah yang tidak berpuas hati. Seyong tersenyum puas. Dia menyilang tangannya dan menarik nafas panjang,lega dapat sedikit sebanyak mempertahankan Puan Park.

“Encik ni..Siapa?”

Seyong berpaling kebelakang apabila ada suara yang menyapanya. Dia berdehem. “Sa..Saya Jeon Seyong”

Si pemilik suara yang menyapa menghulurkan tangan diiringi sebuah senyuman yang lebar. “Terima kasih!”

Seyong menyambut salam tersebut dengan ragu-ragu. Namun matanya masih memerhati anak mata milik si gadis tersebut. “Saya berterima kasih kerana awak pertahankan Puan Park,sejak kebelakan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD