White Lie

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

Kenapa lelaki cemburukan aku apabila aku rapat dengan seorang lelaki? Dia..Gay?- Park Chunri

 

Sarapan pagi yang sungguh menyelerakan siap dihidang diatas meja makan. Diiringi bau yang sedap dan membuat si penghidu kecur air liur semestinya. Chunri sungguh bangga,tidak sia-sia dia melawati sebuah laman web milik SugaDessert. Entah mengapa namanya seperti familiar semacam.

Dia menanggalkan apron yang merangkul dileher sambil menuju kearah sinki. Sebaik sahaja dia memusingkan badan,dia melihat meja makan menjadi kosong semula. Dimanakah semua sarapan yang dimasaknya? Semua soalannya terjawab apabila matanya beralih pada Yuin yang sedang menuangkan semua makanan ke dalam tong sampah.

“Hei,apa yang awak buat??”

“Apa? Saya cuma nak bantu Kookie agar tak mati”

“Hah?,” Chunri terangkat kening.

“Kookie ada alahan dengan gula perang dan..Sup cendawan!,” Yuin mendengus (ini adalah informasi palsu,Jeon Jungkook BTS tidak punya alahan pada gula perang dan sup cendawan. Rekaan AiSyah98 yang feb sahaja,hahhahahahhahah)

Chunri terkedu. Dia tidak tahu samada dia harus berterima kasih pada Yuin atau menumbuk tepat hidung mancung si gadis tersebut kerana telah membuang makanan yang dimasaknya dengan penuh kasih sayang ke dalam tong sampah. Hatinya berasap.

“Bukankah awak kena bersiap untuk ke sekolah? Apa kata biar saya buatkan sarapan yang ringkas untuk awak dan Kookie”

Ini strategi jahat atau apa? Mengikut naluri wanita a.k.a hati perempuan Chunri,hihi. Maaf,mengikut hatinya,ada sesuatu yang tidak kena. Namun,kita tidak boleh terlalu mempercayai naluri,kan?. “Oh..Okay,t-terima kasih”

Dengan tergesa-gesa dia mengatur langkah ke bilik untuk bersiap sebelum terlambat ke sekolah dan dimarahi Jungkook. Disaat itu,Yuin tersenyum manis,seperti gula-gula. Satang. Ya,satang adalah gula-gula.

Jungkook menuruni tangga sambil menyarungkan blazer ke badan tegapnya,matanya memerhati figura seseorang yang berada didapur. Fikirnya itu ialah Chunri namun sebaliknya. “Yuin?”

“Oh..Kookie,saya tengah sediakan sarapan”

Jungkook menganggukkan kepala. Mengapa Chunri tidak melakukannya seperti kebiasaannya?. Dia mahu menikmati sarapan yang dihidangkan oleh gadis tersebut. “Chunri bangun lewat,dia tengah bersiap. Saya tak nak awak pergi ke sekolah dengan perut kosong,jadi..Nah,saya buatkan susu coklat untuk awak. Minumlah,” mug bewarna oren dihulur kepada Jungkook yang kelihatan sedikit termangu.

“Oh..Okay”

“Jungkook”

“Apa dia?”

“Sebenarnya…

 

--

 

Rambutnya yang bewarna perang gelap diraup kebelakang dengan kakinya melangkah laju menuju ke pintu pagar sekolah. Dia tidak sabar untuk melihat wajah Choa yang kecewa dan sedih. Dia tidak sabar untuk menikmati pemandangan tersebut.

Oleh kerana itu,dia datang lebih awal dari kebiasaanya. Semuanya menjadi lebih mudah apabila dua biji matanya bertembung dengan susuk Choa yang sedang menggunakan jalan yang bertentangan di hadapan. Dia hampa,bukan kerana dapat bertembung gadis itu dipagi ini. Tetapi dia hampa kerana sebuah senyuman yang manis dan penuh semangat menghiasi wajah. Ini bukan seperti yang diharapkannya.

“Hei,Choa”

Gadis itu seperti tercengang apabila disapa sebegitu. “Apa? Kau nak ke bilik disiplin? Aku dapat tahu kau ponteng waktu kelas muzik”

Jin menjulingkan mata keatas. Nampaknya dia tidak berubah,sama seperti kebiasannya. “Kau okay?”

“Okay? Apa maksud kau?”

“Hmm..Kau nampak okay,” lelaki itu menarik nafas panjang.

“..Mengenai apa?,” Choa mengangkat kening.

“Hoseok”

Choa tersengih. “Apa kau fikir?”

“Bukan ke kau suka dia..Kau..Tak kecewa?”

“Hmm..Jadi..Kau dah tahu aku suka dia? Tak..Aku tak kecewa,mungkin mereka hanya kawan dan aku kena fikir positif,terlalu awal untuk mengalah”

Seusai kata-kata itu dilafaz,Jin menjadi semakin bengang. Kenapa? Ini bukan seperti yang dirancangnya. Dia mahu melihat gadis itu sengsara melalui emosi,mengapa dia masih tidak mengalah dan kecewa?.

“Okay,baguslah tu,” Jin cuba menyembunyikan perasaan tidak puas hati tersebut.

Choa beredar pergi. Dia sempat mengerling sekilas kebelakang,memerhatikan lelaki itu untuk beberapa detik. Mungkin dalam manga,setiap kali watak pere

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD