Where Are You!
My Master Is CrazyAku tahu bunyinya cliché,tapi jantung aku tak boleh bekerjasama,dia berdegup dengan terlampau laju.Hati,janganlah,nanti dia sedar akan perkara tersebut-Park Chunri
“Jadi,kaulah Park Chunri?,”Soal lelaki tersebut dengan meraup rambutnya yang agak tidak kemas ditiup angin ke belakang.Chunri terangguk-angguk,itu nama dia,ya,nama yang dipakai sejak 16 tahun yang lalu.Nama itu mungkin tidak sehebat BoA.Okay,tak lawak.
“Hmm,”Jungkook menghela nafas panjang. “Aku,Jeon Jungkook,”Jungkook menghulurkan tangannya,untuk berjabat tangan.Serius,tangan Jungkook terlalu bersih dan berkilat untuk disentuh,bolehkah Chunri menyentuhnya?Terasa bersalah pula,haha..
Chunri ragu-ragu untuk menyambutnya,dia menggigit hujung bibirnya dengan anak mata yang asyik mencuri pandang wajah jejaka tersebut.Dia tidak mampu menahan dirinya dari berkelakuan sebegitu.Mungkin Jungkook adalah putera raja yang kacak sewaktu zaman kehidupannya yang lalu.
“Uh…H-Hai,”Setelah lama berfikir,tangan Jungkook juga mungkin sudah kebas dek dibiarkan sebegitu dengan jangka masa yang lama,tangan mereka bersentuhan,serius?Bersentuhan?Chunri bagaikan terapung diudara,wah,ini kali pertama dia bernafas guna oksigen yang sama dengan begitu dekat,rasanya begitu hebat dan berbeza sekali.Chunri menundukkan wajahnya.Menyembunyikan perasaan sebenarnya.
“Ah,ya!Saya lupa!,”Chunri terus bergegas keluar dari bilik muzik untuk ke pondok pengawal,mungkin anak kawan ommanya telah menunggu disitu.Tidak boleh jadi,dia mungkin dituduh sebagai manusia yang tidak mengikut peraturan atau masa,tidak-tidak.Dengan pantas,dia lesap dari bilik tersebut.
“Tch..Kalutlah dia tu,”Jungkook tersenyum sendiri sebelum menggeleng lemah dan mengatur langkah keluar dari bilik tersebut dan mengikuti jejak Chunri yang semakin kabur dari pandangan.Tidak kurang lama selepas itu,Chunri termengah-mengah dihadapan pondok pengawal dengan badannya membongkok dan tangannya direhatkan diatas kepala lutut,dia mungkin boleh mati,bercampur degupan jantungnya berdegup begitu laju oleh Jungkook dan berlari seperti Usain Bolt.Dahinya diseka,dia lantas menuju kearah bagasinya dan mengipas-ngipas lehernya.
“Mana dia?Takkan dia tinggalkan aku sebab lama sangat buat dia menunggu,”Chunri membuat reaksi mahu menangis,jika betul sangkaannya,maka,dimanakah dia akan tinggal?
Tidak lama kemudian,telefonnya berdering,dengan pantas Chunri menjawabnya.Tidak sempat dia melihat pendailnya.
“Hello,mana kau?Dah lama aku tunggu,kau buat aku berpeluh!,”Jerkah suatu suara dari telefon,membuatkan Chunri ingin menangis ketakutan,nampaknya anak kawan ommanya seorang yang panas baran.
“Ma-Maafkan say-
“Mana kau pergi lama sangat?,”Soalnya dengan suara yang sinis.Chunri mengeluh panjang.Patutkah dia jujur?Sebab,menjadi jujur itu lebih baik dan menjernihkan keadaan.
“Saya jumpa..Dengan Jeon Jungkook”
“Siapa tu?Dia handsome ke?,”Soalnya lagi.Chunri menggaru-garu lehernya,bagaimana dia mahu menjawabnya.
“Jawablah,ya atau tidak!”
“Ya!Dia handsome!,”Chunri menepuk dahinya sendiri,malunya nak beritahu lelaki itu kacak dengan orang yang tidak dikenali,entah mengapa namun ia memang memalukan,faham tak semua?Chunri memejamkan matanya,nak aja dia lenyap didalam dunia ini.
“Pusing belakang kau”
“Hah?”Chunri terkebil-kebil.
“Buat ajalah”Suaranya seperti meluat.Chunri menoleh kepalanya perlahan-lahan.Namun tiba-tiba bahunya dipegang,dia terus menoleh kehadapan dengan mulut yang terlopong.
“Hei,tak balik lagi?,”Hoseok,Hoseok rupanya,Chunri menelan air liur
Comments