Sudden Visit

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

“Awak dah jumpa ibu kandung awak?,”soal Ellin dengan dahi yang diangkat. Dia sudah lama tahu hasrat tunangnya itu untuk mencari semula ibu kandungnya,itu pun sewaktu mereka berdua masih menengah atas. Ellin tidak tahu pula tunangnya itu sudah tahu dimana wanita tersebut berada selama ini.

 

“Ya..Saya dah jumpa..Ingat tak,saya pernah beritahu awak waktu menengah tinggi dulu,yang saya akan cari semula ibu kandung saya?”

 

Ellin mengangguk laju. “Ya,saya masih ingat,”Ellin tersenyum nipis. “Saya ada tiri perempuan..Setahun muda daripada Jungkook”

 

“Adik perempuan?,”Ellin kelihatan keliru. “..Jangan cakap…”

 

“Ya..Adik tiri saya..Ialah tunang Jungkook,”saat Seyong berkata sebegitu,Ellin terdiam seribu bahasa. “Eh,macam mana diorang boleh bertunang? Kalau Jungkook adik tiri awak dan tunang dia pun adik tiri awak…,”Ellin menggigit hujung bibirnya.

 

“Hubungan mereka sah”

 

Jawapan Seyong membuatkan Ellin terkebil-kebil. “Maksudnya?,”Ellin menyengetkan kepalanya. Seyong tersenyum penuh rahsia. Nampaknya dia masih mahu mengumpulkan rahsia yang sudah lama disimpan rapi didalam kotak kecil bergelar hatinya. “Yang saya pasti…Saya mesti putuskan pertunangan mereka”

 

Ellin menyandarkan badan pada kerusi dan menghela nafas panjang. “Seyong..Awak buat semua ni atas apa? Sebab awak berdendam?,”soalan yang diaju daripada Ellin membuatkan lelaki itu terkedu sendiri. Dendam? Dendam? Amarah? Kekecewaan? Semuanya bercampur aduk. Dia sudah keliru dengan perasaannya sendiri.

 

“Entahlah Ellin..Keluarga saya..Entah kenapa..Saya sentiasa impikan hubungan sebuah keluarga yang bahagia dan tenteram..Namun..Apa yang saya dapat hanyalah keluarga yang sempurna tanpa cacat cela dimata manusia,tapi berderai hancur dikolam mata sendiri,”dia menunduk pilu.

 

Ellin mengerutkan dahi dan menggenggam lembut tapak tangan Seyong. Cuba memberikan bimbingan dan semangat tanpa henti. “Apa yang terbuku dalam hati awak tu..Mungkin semuanya saya tak faham,saya tak dapat rasai. Sebab saya hanyalah manusia biasa,tapi kalau apa yang awak nak lakukan tu adalah langkah kearah kebahagiaan buat diri awak dan keluarga,saya akan faham,walau apa pun yang berlaku,”ungkapan Ellin sedikit sebanyak melegakan Seyong,membuatkan lelaki itu tersenyum sendiri.

 

“Ellin..Terima kasih,”genggaman tangan gadis tersebut dieratkan. “Terima kasih kerana menerima saya,walaupun saya bukanlah lelaki sempurna yang orang lain sangkakan”

 

---

 

“Dia bukan lelaki sempurna..Baby,dia tak normal…Kesian betul siapa jadi tunang dia tu…,”Chunri menghela nafas panjang. “Adakah sebab dia kurang sihat sekarang..Menyebabkan dia menari gelek ditengah halaman rumah sekarang ni?,”Chunri dan Baby sama-sama merenung Jungkook yang sedang galak menari gelek ditengah panas.

 

“Hmm..Hssss Hsss Hsss”

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD