What's the reason?
My Master Is Crazy"Hari ini,mama akan masak,"Puan Jeon berkata dengan selamba selangkah kakinya ke dapur.
"Eh,t-tak payahlah. Kerja saya kat sini memang..Uruskan semu-
"Hmm,"Puan Jeon menggeleng. "Mama nak masak hari ini,dapur ini mama punya sekarang"
Puan Jeon tetap dengan pendiriannya mahu memasak. Mungkin mahu memasakkan makanan untuk anaknya yang lama tak bertemu. Kasi Jungkook rasa air tangannya. Yang pelik,kenapa Puan Jeon gelarkan dirinya 'mama' pada Chunri? Aduh,hal kecik macam tu buat hati Chunri berdegup tau. Ah,mungkin sebab hubungan keluarga yang Chunri tak tahu tu? Mama Jungkook macam mama Chunri juga?.
"Oh..Okaylah macam tu,hmm Chunri pergi jemur baju,"Chunri membawa diri pergi tergedek-gedek dari dapur. Selang beberapa saat Jungkook menuju ke arah mamanya dengan belakang kepala digaru-garu.
"Macam mana Chunri? Jungkook suka?,"soal Puan Jeon dengan tenang sambil memotong bahan-bahan yang bakal dicampak ke dalam periuk. Jungkook yang mendengar persoalan sebegitu mengangkat keningnya.
"Mama faham Jungkook tukar situasi sekarang sebab nak uji Chunri,kan? Jadi,selama beberapa minggu ni,apa rasanya?,"soal Puan Jeon lagi,soalan pertama tadi pun belum dijawabnya Jungkook lagi. Ini sudah round ke dua.
Jungkook menyengetkan bibir. Apa dia nak jawab? Kerana jawapannya akan menimbulkan tindakkan yang akan diambil oleh mamanya. Dan tindakkan tersebut entah bagaimana rupanya.
"Entahlah,masih blur,"Jungkook meraup rambutnya kebelakang.
"Jangan suruh Chunri buat kerja berat-berat sangat...Dia tu tunang kamu,bukan orang gaji betol,"Puan Jeon memberi peringatan yang sering kali sebenarnya menerjah dalam otak Jungkook. Memang dia sedar,Chunri itu tunang dia,bukan orang gaji. Sebab itu tiada gaji untuk gadis tersebut. Seriuslah,siapa pula dalam dunia ini bayar gaji pada tunang?.
"Tapi,ma..Kenapa Chunri perlu berpisah dengan omma dia hanya sebab dia bertunang dengan Jungkook?,"soalan tersebut membuatkan Puan Jeon tersenyum kelat. Jungkook pun tidak sanggup untuk beri alasan apa lagi kalau Chunri memintanya untuk pulang ke Seoul. Takkan selamanya,sampai diorang berkahwin?.
"Anggap ajalah..Omma Chunri tu berhutang dengan keluarga kita..,"mata Puan Jeon meliar memerhati sayur-sayur di atas papa
Comments