6 Devils

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

Kita akan tinggal sebumbung untuk jangka masa yang panjang? Kau takkan tendang aku,kan? Aku homeless ni-Park Chunri

 

Jungkook merenung ke dalam almari pakaiannya lalu mengamati satu persatu helaian baju yang disangkut dengan penyakut tergantung. Dia tersengih senget kemudian dia terburai ketawa,memang kelakar betul kejadian beberapa minit yang lalu. “Macam jahat pulak kalau aku gelakkan dia macam ni..Minah tu mesti malu gila,kekek,” Dia menyilang tangan dengan mata dipandang keatas. Memikirkan sesuatu. Dia tersenyum,muncul satu idea.

 

Chunri menghantuk kepalanya pada dinding bilik dengan keluhan yang kasar,nak aja dia terjun bangunan setinggi 60 tingkat sekarang ini. Sungguh memalukan betul! Dia mengusut-ngasaikan rambutnya. Tidak boleh jadi,apa dia perlu buat? Jungkook pasti mentertawakannya seperti orang yang gila.

 

“Haih..Apa-apa pun,baik aku bersiap dahulu,” Dia menarik laci almari lalu meneroka pakaian yang tidak dilipat. Prinsip mengenai pakaiannya sebegini ‘mengapa mahu bersusah payah melipatnya sedangkan nanti akan dipakai lalu dibasuh jua’. Prinsip itu sesuai untuk orang yang pemalas begini,si pemalas yang jadi orang gaji. Wow,hebatnya..

 

Skirt labuh turquoise dikenakan dengan baju kemeja bewarna putih susu. Rambutnya diikat tocang. Okay,dah siap. “ Bye-bye,Baby”

 

“Sss..Sss..”

 

Pintu bilik dikuak dengan perlahan-lahan,sekarang dia begitu segan untuk berjumpa dengan Jungkook yang entah sudah bersiap ataupun belum. Minta-mintalah dia belum bersiap,Chunri memerlukan masa untuk menerapikan diri!.

 

“Hei,apa yang kau tercegat dekat situ?,” Sergah Jungkook dari belakang. Churni menoleh dengan pandangan mata yang terjatuh kearah wajah lelaki tersebut kemudian..

 

“Aik..,” Chunri menggaru lehernya. “Dia pakai baju terbalik ke?,” bisiknya sendiri. “Dia tak sedar ke? Nampak steady aja”

 

“Apa tengok-tengok? Tersengih-sengih,” Jungkook menjulingkan mata keatas.

 

Chunri menahan senyumannya. “Aku tahulah..Kau terpikat dengan kekacakkan aku ni..Tengoklah aku puas-puas”

 

Chunri ketawa terkekek-kekek. Dia cuba untuk menahannya,namun semakin lelaki tersebut membanggakan diri dengan kemejanya yang terbalik,semakin kelakar pula jadinya.

 

“Jungkook,awak pakai baju terbaliklah,” ujar Chunri dengan wajahnya ditunduk dengan badan seperti berada dalam vibrate mode. Bergetar-getar,menahan tawa.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD