Unexpected Situation

My Master Is Crazy
Please Subscribe to read the full chapter

Aku teringin untuk mengetahui tentang dirinya dengan lebih lagi. Itu perasaan yang normal jika kita tinggal sebumbung dengan seseorang,bukan?- Park Chunri

 

 

“Kenapa awak senyap aja?,” soal si gadis yang berambut perang gelap dengan mata yang bundar. Secalit senyuman nipis terukir diwajah manisnya. Sekali-sekala dahinya bercantum satu,tatkala menanti jawapan dari tubir bibir milik jejaka dihadapannya.

Namun,jejaka itu langsung tidak mengendahkannya. Dia lebih seronok membelek setiap helai kertas buku digenggaman tangannya. Nampaknya hati tersebut tidak terkutik dengan senyuman manis si gadis.

“Kalau awak tak jawab soalan saya,saya takkan berganjak dari sini!,” ugutnya dengan bibir diketap. Lelaki itu menjulingkan mata keatas lantas mengangkat punggung mahu beredar pergi.

“V! Jangan pergi!”

“Dah kau cakap tak nak pergi,biarlah aku yang pergi”

Dia mencebik bibir dengan nafas dihembus berhemah. Matanya merenung tajam kearah lelaki tersebut. Tiga tahun dia mengejar lelaki yang sama,dan lelaki tersebut berada dihadapan matanya sekarang. “Tak payah buat stail lelaki dingin dalam dramalah,macam tak kenal adegan bodoh ni,huh!,” dia mendengus dengan tangan disilang.

“Habistu kau nak apa? Senget?”

“Aku nak kau keluar dengan aku,” tadi bukan main sedap ditelinga mendengar dia menggunakan kata ganti nama ‘saya’. Namun sekarang sudah tertukar menjadi ‘aku’. Namun siapa kisah,kan?.

“Aku tak nak,jangan duk berkepit dengan aku aja,boleh tak?”

“Kalau tak?”

“Aku report dekat mak kau,yang kau ni suka kejar lelaki”

“Ada aku kisah? Mak aku restui hubungan kita,jadi kita boleh keluar macam pasangan yang bahagia,” matanya dikerdip-kerdipkan. Penat? Jika perkara yang melibatkan V,tiada yang menjadi penat bagi dirinya. Dia sanggup bekerja menyapu satu kota raya besar asalkan V bersama dengannya. Begitulah cintanya terhadap V,begitu dalam. Tiada sesiapa yang faham. Oh my.

“Kenapa kau kejar aku? Dah tak ada lelaki lain ke kau nak kejar? Rimaslah dengan kau ni,” V bergegas pergi dari lokasi pergaduhan tersebut tanpa berpaling kebelakang. Siapa tidak kenal perangai si V yang menyampah dengan semua manusia disekolah. Dia jarang dilihat bersama manusia-manusia diatas permukaan bumi ini. Kebiasaannya dia bersendirian,takpun bersama Jungkook ataupun Jimin. Termasuklah juga Kyorin.

“Eiii! Tak guna,” kakinya menghentak-hentak tanah dengan geram. Bibirnya diketap dengan mata mengerling keatas.

“Langit,kau menjadi bukti setiap kali kami bergaduh dan dia pergi bodoh macam tu aja,” dia mengeluh. Entah mengapa,setiap perkara yang tidak elok terjadi,dia merungut pada langit yang mendiam kaku. Kakinya dihayun menuju ke suatu tempat tanpa destinasi yang pasti.

“Kyorin!,” Tidak lama kemudian,Jungkook memunculkan diri,dengan tangan dilambai-lambai kearah gadis yang baru aja berduka cita sebentar tadi. Namun wajah senyuman seperti model iklan gigi terus menjadi penghias wajah miliknya. “Hei Jungkook!,” Dia meluru kearah lelaki tersebut.

“Lama tak nampak,kau menyorok dari aku ek?,” usik Kyorin dengan senyuman meleret-leret. Tangannya pula mencucuk-cucuk bahu Jungkook.

“Mana ada,aku terlampau kacak nak man sorok-sorok dengan kau ni”

“Cis,gedik”

Mereka berborak rancak ditepi pokok ceri yang berdaun lebat dibelakang sekolah. Sewaktu berbual kosong,mata Jungkook beralih kearah suatu tempat. Kyorin yang perasan akan pergerakkan anak mata lelaki tersebut mula curiga. Curiga akan apa yang sedang diperhatikan oleh lelaki itu dengan begitu kerap sekali.

“Kau tengok apa?”

“Tak ada apa-apa,” ujarnya dengan nada yang mendatar serta senyuman yang lebar.

“Chunri,apa yang awak tengok?,” Soal Choa sambil mulut mengunyah sandwich dengan begitu gelojoh. Dia agak lapar kerana pagi tadi dia mengejar pelajar yang bercumbuan ditangga belakang bangunan sekolah.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
semua org,saya salah tulis puan jeon,sebenarnya puan park.nanti saya edit balik

Comments

You must be logged in to comment
minion27
212 streak #1
Chapter 33: Update again
yunieyoseob #2
Chapter 33: Update soon!!
aquariusxpisces
#3
Chapter 33: Uihhh, banyak saya baca XD best cerita ni!! Kelakar, sedih gembira marah semua bercampur dan jadi rojak XD jeon jungkook ni sweet jugak ehhh hahahaha XD segala kupu-kupu keluar terbang dalam perut hahaahaha XD

Cerita yang bagus XD
Frisur #4
Chapter 33: update soon
SehunZziYeol12
#5
Chapter 33: Kak aisyah please updateee craving lah nak baca lagiiiii
khaisara #6
Chapter 33: pnat bca semua dari chapter pertama sampai la abis
update soon!!~
aisyashuhada
#7
YEAYYYY! Akhirnya author-nim update!! TQVVVVVVVVVVVM!
najwanabilla #8
Chapter 31: Update soon outhorr !!!!!!! *highnote* sampai begetar gegendang telinga outhor XD