As Bitter As Coffee
My Master Is CrazySemakin lama aku berada disini,semakin atmosfera yang asing bagi diri aku mula menjelma-Park Chunri
“Boleh tak kalau serahkan risalah ni dekat Choa?,” soal Suga dengan senyuman yang penuh bermakna kepada lelaki dihadapannya yang sedang menjegilkan mata.
“Huh? Oh,okay,” Hoseok mengangguk-angguk. Dia agak keliru,sejak bila pula pelajar lelaki yang berada dihadapannya ini,yang bermata sepet dengan wajah yang putih pucat seperti tidak cukup sel darah memulakan komunikasi kepada dirinya?.
“Oh,terima kasih! Aku hargainya,dan..Choa ada kecacatan pada mata sikit”
Hoseok tercengang. “Kecacatan pada mata?”
“Yep,tapi aku tak tahu kecacatan apa,” Suga menggosok hidungnya sebelum berlalu. Hoseok terkebil-kebil dengan risalah pada tangannya. Tidak jauh dari situ,Jin dan Rapmonster memerhati. Jin tersenyum bangga manakala Rapmonster menyilangkan tangannya. “Kenapa kau suruh Suga cakap camtu? Aku tak faham,” Rapmonster mengusap dagu. Entah apa yang Jin cakapkan.
Lelaki yang tersenyum bangga tersebut ketawa dengan kepala tergeleng-geleng. Tapak tangannya digosok-gosok dengan laju. “Tak sabar aku dibuatnya,” melihat wajah Jin yang teruja membuatkan Rapmonster semakin tidak menentu. Ini kerana dia tidak faham akan rancangan Jin.
“Weh,aku sumpah tak tahu ni,apa akan berlaku?”
“Hati perempuan macam sabun,” Jin mengerling kearah Rapmonster dengan senyuman terjongket kearah kanan. “Hah? Sabun?”
“Yes,sabun. Sabun begitu senang meluncur kegenggaman tangan”
Rapmonster tercengang. “Dah tu?”
“Begitu juga dengan hati perempuan,” Jin tersenyum nakal. “Pernah cicirkan sabun dari tangan?,” Rapmonster mengangguk sewaktu disoal oleh lelaki tersebut.
“Bila kita kutip sabun tu…Cuba lihat permukaan dia,apa terjadi?”
“Kemek”
“Yes,benda itulah yang kita nak lakukan pada Choa,” Jin ketawa terbahak-bahak.
Rapmonster terkebil-kebil. Mengikut kefahamannya,apabila Hoseok menyerahkan risalah itu pada Choa,ia akan menimbulkan komunikasi antara dua manusia tersebut. Lebih kurang?. “Yang Choa sakit mata tu kenapa? Aku tengok mata dia okay aja”
“Oh boy,” Jin menggeleng-geleng. “Apabila Ho
Comments