Apalah Daya Hati~ (Part 33)

Apalah Daya Hati

“...Kasih sayang ada di mana-mana. Untuk semua, untuk sesiapa sahaja yang mencari...”

First day bermalam di rumah banglo. Setiap bilik ada aircond. Malah, kawasan ruang tamu juga begitu. Memang dingin, sejuk dan nyaman sentiasa. Tapi, tetap tidak boleh mengalahkan aircond original. Udara yang diciptakan Allah itu lebih nyaman terasa. Terutama udara di waktu pagi. Udara pada waktu itu telah ditapis oleh filter  langit. Di situlah terciptanya ozone iaitu sejenis oxygen. Ia akan memberi effect  pada nervous system dalam memberikan tenaga yang fresh. Kemudian, badan akan terasa cergas, rajin dan bersemangat. Itulah hikmah dan *fadhilat bagi sesiapa yang keluar ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Power  dan sangat hebat ciptaan Allah. Tambah-tambah suasana kampung. Aduh, rindu pulak dekat kampung. Apa mak, abah dan Jiha tengah buat sekarang? Hmm.

‘Tuk tuk....’

Lamunannya terhenti. Pintu biliknya diketuk. Entah siapa yang mengganggu waktu istirehat macam ni? Tak reti bahasa betul! Sekilas dipandang jam di handphone nya. Huh! Pukul 11pm dah! Sah, tak reti bahasa. Segera dicapai tudung yang tersangkut di almari. Pintu dibuka perlahan.
“Oh, Syah....Hm, ada apa?”
“Dah tidur ke? Sorry for disturbing you.”  Erk! Pelik betul dia ni. Macam tak ada benda penting nak dibincangkan saja.
“Oh, memang dah nak tidur tadi. Terjaga. Bunyi ketukan pintu. Jadi, Isha terjaga. Ada apa ye?”  Matanya memandang Delisha Iman atas bawah. Matanya dipejam. Kemudian dia tersenyum.
“Boleh Syah masuk?”  What?! Putus fius apa mamat nih! Tiba-tiba nak masuk bilik perempuan malam-malam macam ni. Habislah. Hailaaa......
“No! Sorry. Erm, maaf. Tak boleh. Pergilah masuk bilik Syah. Dah lewat ni, Isha dah mengantuk. Assalamu’alaikum.”  Segera ditutup pintu bilik tidur tetamu itu. Sungguh aneh sikap Iskandar Syah. Melampau betul nak masuk bilik aku. Haish! Tak boleh jadi macam ni.....Bikin gubra je tadi. Fuhh...dup dap dup dap jantung dibuatnya. MasyaAllah.....

*Kelebihan

8:00am, Taman Melawati, Gombak.

You  buat apa kat dapur ni Isha?”  Terkejut Delisha Iman disapa Datin Nora. Datin Nora datang menghampirinya. Makcik Zakiah memandang sekilas wajah mereka berdua. Kemudian, disambung membasuh pinggan di dapur.
“Oh, tak ada apa. Saya nak siapkan sarapan.”  Senyuman terukir menghiasi wajahnya. Lesung pipit terserlah mekar pada kedua belah pipinya. Datin Nora membalas senyuman itu.
“Tak perlu honey. You ni menantu Dato’ and Datin. Ini bukan kerja you.”  Datin Nora segera memegang tangannya. Delisha Iman meletakkan pinggan yang dipegangnya tadi di atas kabinet.
“Eh, tapi.....”  Belum sempat habis ayatnya dipotong oleh Datin Nora.
No tapi-tapi....sekarang you naik atas, panggil Syah. Kejutkan dia dari tidur. Dia belum bangun lagi tu.”  Bala....Kena kejut Syah kat dalam bilik?! Oh, nehi....
“Oh...Isha rasa dia dah bangun kot.”  Delisha Iman terpaksa memberi alasan.
“Belum.. dia biasa bangun lewat. Pergilah kejut dia.”  ‘Habislah. Macam mana nak lari lagi ni wahai Delisha Iman.’ Hatinya bermonolog.
“Kenapa tercegat lagi. Pergi cepat...”  Datin Nora menolak badan Delisha Iman. Badannya mula bergerak. Dia menuju perlahan mendaki tangga besar itu. Fuh! Mata Datin Nora masih memerhatikannya. Pelik sungguh!
‘Apa perlu aku buat ni?’  Hatinya berbisik. Badannya sudah tercegat berdiri di hadapan pintu bilik Iskandar Syah. Matanya dipejamkan. Kemudian, matanya dibuka sambil memandang ke arah bawah. Datin Nora masih memerhatikannya. Tidak!

tuk tuk....

Pintu bilik itu diketuk.
“Assalamu’alaikum. Syah...Bangun..dah pagi...”  Haila. Ini saja yang mampu dilontarkan. Ishk!
“Honey, you masuk bilik dia. Dia tak kunci pintu.”  Datin Nora memberi arahan dari bawah. Matanya masih memandang aksi Delisha Iman.
“Maaf lah Datin. Saya tak boleh masuk bilik dia.”  Ibarat kebuntuan idea untuk diutarakan kepada Datin Nora.
“Tak pelah. Come here. Kita breakfast dulu. Biar I yang kejutkan dia.”  Fuh! Lega...Datin Nora bergerak menuju ke bilik anaknya. Delisha Iman menundukkan sedikit kepalanya isyarat menghormati yang lebih tua.

Kemudian dia berjalan menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi sofa yang empuk itu. Tudungnya dibetulkan. Nafas dilepaskan. Fuh....Cuak rasanya. Lima minit kemudian, kelihatan Dato’ Halim keluar dari biliknya. Lagaknya seperti menghampiri Delisha Iman. Tekaan itu tepat sekali! Dato’ Halim semakin hampir. Punggungnya dihempaskan. Berhadapan Delisha Iman. Diam. Surat khabar berhampiran dibuka. Sehelai demi sehelai muka surat itu dibuka. Kakinya disilang. Memang lagak orang kaya yang termahsyur. Mantap! Suasana sepi. Delisha Iman kehabisan kata-kata. Begitu juga Dato Halim. Masing-masing diam membisu. Diam itu lebih baik. Memang benar.

Seminit kemudian, Datin  Nora mula turun. Diikuti Iskandar Syah dari belakang. Mereka datang menuju ke ruang makan. Delisha Iman bingkas bangun. Pinggan dan cawan diletakkan satu persatu pada sudut untuk digunakan. Air teh yang baru dibuat oleh makcik Zakiah tadi dituang. Roti diletakkan di dalam pinggan. Telur separuh masak itu dibiarkan terletak di sudut meja masing-masing. Serentak mereka duduk. Datin Nora tersenyum melihat gaya Delisha Iman meletakkan segala bahan makanan tadi. Rajin. Detik hatinya.

Dato’ Halim meletakkan surat khabar yang dibacanya tadi di tepi meja. Teh yang dituang tadi dihirupnya perlahan. Sekilas dia memandang wajah Delisha Iman dan Iskandar Syah. Kemudian, dia bersuara.
“So, how's your life for the first day at my bungalow?”  Suaranya mendatar. Iskandar Syah memandang sekilas wajah Delisha Iman.
“Hm? Oh, Alhamdulillah. All praises to Allah. Nice bungalow.”  Delisha Iman mengukir senyuman. Iskandar Syah membalas senyumannya.
“So, macam mana planning you all? Honeymoon kat mana?”  Hampir tersedak Delisha Iman dibuatnya. Soalan apakah itu? haruskah dijawab atau sekadar buat don’t know saja? Aiseh!
“Planning apa papa? Kami belum kahwin pun lagi. Kan Isha?”   Iskandar Syah seakan memahami isi hati Delisha Iman. Dia memandang wajah gadis itu sambil tersenyum. Delisha Iman hanya mendiamkan diri. Fikirannya merayau ke tempat lain. Teringat waktu dulu semasa masih bersama Faris Haikal. Dia pernah menyatakan hasratnya kepada sahabat baiknya, Rasyidah untuk membuat trip to Shimla. Teringin untuk ke sana. Melihat keindahan  ciptaan Ilahi di negara orang. Bukan senang. Itu adalah suatu nikmat kurniaan Tuhan.......

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....