Apalah Daya Hati~ (Part 30)

Apalah Daya Hati

Banyak mata yang terbuka dan banyak pula yang terpejam. Memikirkan persoalan yang telah berlalu dan atau akan berlaku. Tinggallah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin Tuhan menolongmu. Percayalah! Esok pun Dia akan tetap menolongmu.
kata-kata Imam As-Syafi’e.

Faris Haikal termenung. Kelas pagi itu diteruskan seperti biasa. Banyak lagi kertasexam yang belum ditanda lagi. Hatinya merayau. Entah ke mana.
“Abang ....”  Aiman dengan muka selamba menegur Faris Haikal.
“Aish! Kan abang dah pesan panggil abang *mu’allim bila kat kelas. Aiman ni....Ada apa?”
“Okay, Aiman lupa la...hehe...Em, boring la kelas macam ni...Abang dari tadi mengelamun je. Bila nak belajar macam ni. Aiman nak main-main kat taman luar sana boleh?”  Berbunga muka Aiman. Excited untuk membuangkan segala kebosanannya berada di kelas.
“Mu’allim...bukan abang! Okay, hari ni kita belajar mengenai sains alam. Sunnah Tuhan. Nak? Dengar sini semua. Shh...hari ni, mu’allim akan bawak *antum semua belajar di luar kelas. Nak tak?”
Dengan bersungguh semua students Darul Izzah mengerumun Faris Haikal. Dia tersepit. Semua terdiam seketika. Faris Haikal bingkas bangun. Diikuti Aiman. Akhirnya semua turut keluar berjalan mengikut langkah Faris Haikal dan Aiman keluar.

“Cuba tengok pokok ni. Apa nama pokok ni?”  Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.
“Pokok semalu.”  Semua serentak menjawab.
“Wah! Pandai adik-adik mu’allim ni. Siapa tahu apa kelebihan pokok ni?”  Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan darinya.
“Hmm. Susah la soalan tu. Oh,ye. Tapi Zaki rasa mungkin sebab dia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni kat Zaki.”  Zaki dengan beriya menjawab soalan Mu’allimnya itu.
“Hehe....Aduhai...cute sungguh adik mu’allim sorang ni. Betul jugak jawapan tu. Kalau antum semua nak tahu, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ni? Boleh bagi contoh tak, Siddiq?”  Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian. Mungkin kerana umurnya lebih tua dari adik-adik Darul Izzah yang lain. Tingkatan lima. Sangat remaja.
“Hmm.....Bagi saya. Pokok semalu  ni macam perempuan!”  Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Hairan dengan jawapan itu.
“Wah, bagus jawapan tu. Cuba Siddiq terangkan.”  Faris Haikal teruja dengan jawapan anak muda itu. Mungkin dia sedang cuba memahami sesuatu tentang dunia kini.
“Yela, perempuan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok ni pulak kalau kita tengok, bila kita sentuh je dia tertutup. Ni menunjukkan dia nak protect diri dia. Tapi, perempuan zaman sekarang muka tak malu!”  Bukan main marah dan bertegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.
“Betul! Pokok semalu ni pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan ada sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya.”  Faris Haikal mengukir senyuman. Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.
“Oo..tapi, kalau pokok semalu ni dah tutup tapi orang nak  pegang jugak macam mana mu’allim?”  Aiman dari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum.
“Tangan orang tu akan luka sebab pokok  semalu ada duri!”  Faris Haikal menangkis hujah Aiman.
“Habis, kalau orang tu cabut jugak pokok ni?”  Aiman seperti mahu melontar provokasi.
“Dia akan dihukum Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaannya!”  Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepa tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya. Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan *ibrah yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing berfikir tentang ilmu alam. *Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermakna buat manusia sejagat.

* Guru lelaki
* Kamu semua (lelaki)
* Pengajaran
* Kejadian yang menjadi fitrah dunia (ciptaan Allah yang mempunyai hukum yang tersendiri.ex: Proses siang dan malam, perkahwinan, proses kejadian manusia dll.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....