Apalah Daya Hati~ (Part 1)

Apalah Daya Hati

1

Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam, sambil mendengar radio frekuensi 101.5,THR dan di samping melayan lagu 'Dil kya kare' di corong radio ini, mata Delisha Iman masih lagi menatap di skrin handphone nokia berwarna hitam, menunggu panggilan dan mesej dari Faris Haikal.

'Mana la si Faris ni, janji nak call...Ishk..' Bisik hati Delisha Iman teringat dengan niat Faris Haikal pagi tadi..

" Hmm...Nanti Is call Iman ye, malam ni after isyak, Is nak cakap sesuatu..." Serius suara Faris Haikal memberitahu Delisha Iman.

"Okay,..tapi kenapa tak nak cakap sekarang aje...” Delisha Iman bercakap dengan penuh tidak sabar.

“Em..Is sibuk sekarang,..malam nanti ada usroh...lagipun ada assignment yang nak kena hantar kejap lagi, jadi Is nak siapkan dulu...malam ni ye Is mesej...ok..?” Pujuk Faris Haikal.

“Hmm..ok,...Assalamu’alaikum...”

Sedang  menunggu panggilan daripada Faris Haikal, mata Delisha Iman mula layu.

‘Ergh, mengantuklah pulak...’ Detik hatinya, dalam sedang menunggu, matanya mula terpejam dan terus dibuai mimpi.

Seusai menunaikan solat subuh, Delisha Iman meneruskan rutin hariannya dengan membaca surah Al-Waqi'ah, dengan harapan agar rezekinya bertambah luas, di samping amalan hariannya untuk istiqomah dalam melakukan ibadah. Matanya segera berpaling memerhatikan  handphonenya yang sedang berbunyi, ternyata ada mesej yang masuk. Segera dibuka security code dan terus membaca isinya..'Oh,mesej dari Faris,...' Detik hatinya...

"Assalamu’alaikum..Maaf Is busy sangat semalam...tak smpat nak mesej..."

Delisha Iman tersenyum simpul. Memang menjadi kebiasaan Faris Haikal untuk meminta maaf apabila tidak membalas mesej. Senyum simpul Delisha Iman membawa maksud bahawa dia sudah masak dengan sikap Faris Haikal. Perhubungan mereka yang agak lama telah menjadikan Delisha Iman sangat memahami dengan sikap dan peribadi Faris Haikal.

Firasat hati Delisha Iman kali ini tepat lagi apabila membaca isi mesej dari Faris Haikal. Memang Faris Haikal ada alasan untuk tidak reply mesej pada masa-masa tertentu. Tidak mengapa, Delisha Iman sentiasa  menerima alasan yang diberi.

Dengan hati yang agak terpujuk Delisha Iman menjawab....

“Wa’alaikumussalaam.. takpe...tapi perkara apa yang Is nak bagitau semalam..?”

“Is nak bagitahu, Is nak stop kan hubungan kita....sebab banyak benda yang perlu Is fokuskan...harap Iman faham....”

Haila! Kenapa dengan tak ada angin, tak ada rebut tiba-tiba je buat keputusan macam ni?

Perasaan Delisha Iman ketika ini amat sukar untuk digambarkan, sedih hanya Allah saja yang tahu...Selama ini dia lah banyak memberikan motivasi dan semangat pada Delisha Iman.
‘Dia nak tinggalkan aku...ya Allah...Ya! Aku tahu dia seorang pendakwah yang bakal menjadi ustaz....kena jaga hati dan iman...tapi....inikah caranya.....?’  Delisha Iman mula bermonolog.

The most important things that give one's life a meaning are TAQWA (piety) and sincerity. Taqwa is to curb one's fleshly desires and to strengthen the spiritual potential through prayers to God and doing good deeds for humanity....’

Buku ‘Taqwa and Sincerity’ karya Osman Nuri itu diletakkan bersebelahan buku-buku kuliyyahnya. Hatinya mula protes.

Pening aku dengan syarahan ni... Nak kena jelaskan tentang ikhlas dan taqwa... Hmm.. Walau pening macammana sekalipun, aku tetap kena buat jugak syarahan ni untuk present nanti... Arghh... Lima belas markah tuu.....

“Dah-dah lah tu Iman... Bawak-bawaklah berehat. Jom la turun makan kat kafe, aku laparla....” SampukRasyidah dari belakang.

“Kau ni... Asyik lapar je.. Baru hari ni nak ajak aku makan. Before this asyik keluar dengan mamat tu je....”  Delisha Iman tersenyum segaris. Matanya mula tertumpu pada wajah teman sebiliknya itu. Rasyidah yang mengambil jurusan engineering sangat berbeza perwatakannya berbanding dengan Delisha Iman yang mengambil jurusan Ilmu wahyu. Kehidupan Rasyidah lebih sosial berbanding dengan kehidupan Delisha Iman. Walaupun begitu, Rasyidah lebih senang dengan Delisha Iman kerana sikap dan peribadi Delisha Iman yang terlalu sempoi memikat hati Rasyidah untuk mendekatinya.

“yela-yela... Tak nak makan dengan aku, terus terang je la... Jangan kaitkan mamat tu pulak....”  Rasyidah bingkas bangun dan mencebik ke arah Delisha Iman.

“Haha.... Merajuk la tu. Jom la..!” Pantas Delisha Iman mengambil duit serta menyarungkan tudungnya dan terus berlalu mengikut rentak Rasyidah ke pintu.

Kafeteria Mahallah Asiah...

‘Dinginnya di malam ini, suasana pilu... Terkenangnya ku kembali sejarah silam... Setelah engkau pergi, sepi hatiku. Tak mungkin bercinta lagi.... lalala...’
“Poyo gila mamat ni... Tiba-tiba jiwang malam-malam macamni nyanyi lagu putus cinta pulak....”  Separuh berbisik Delisha Iman sambil matanya memandang tepat ke bahagian meja yang diduduki oleh beberapa pelajar lelaki itu.“Wei Rasyidah, apsal ada orang jantan kat kafe kita ni?!” Suara Delisha Iman bergetar di ruang kafeteria. Memandangkan tidak ramai orang di kafe Asiah pada malam itu, suara Delisha Iman boleh didengari oleh beberapa pelajar yang berada berdekatan dengannya.

“Entahlah Iman, maybe kafe kat hostel lelaki tutup kot malam-malam....”  Rayidah berjalan mengikut langkah Delisha Iman dari belakang.

“Alaa.... Tak kan la tak boleh kot kita orang lepak kat sini, tukar angin.. Asyik makan kat sana je, boringla.. Nak jugak rasa makanan kat sini,... Kan cik Delisha Iman... Hehehe....”

Dengan muka yang agak selamba  Amir Asyraf menyampuk perbualan Rasyidah dan Delisha Iman. Amir Asyraf yang menetap di mahallah Bilal sangat kerap bertandang ke mahallah Asiah. Perjalanan yang mengambil masa beberapa minit sahaja dengan menaiki motor untuk ke mahallah Asiah menyebabkan dia lebih gemar untuk makan dan minum di situ. Kerana Delisha Iman lah Amir Asyraf selalu bertandang di kafe Asiah.

“Kepala lutut kau tukar angin.. Jangan sampai angin taufan pulak datang.... Dengar sini wahai encik Amir Asyraf. Ini adalah kafe perempuan. Awak dan kawan-kawan awak yang bernama LELAKI tidak berhak masuk ke kawasan ini! Faham?”  Dengan tegas amaran yang diberi oleh  Delisha Iman. Matanya membulat menahan marah.

“Amboi... Kerek nampak.. Jual la mahal.. Tengok sikit ada tak orang nak kat dia.. Orang dekat sini nak, dia jual mahal sangat....”  Amir Asyraf sekali lagi cuba mengubah reaksi Delisha Iman.
“Lantak r....! Bhai, bagi nasi goreng ayam dengan milo ais satu. Bungkus! Malas aku nak layan mamat serabut ni.... Syidah, cepat la order, kita makan kat bilik je.... Cepat sikit....!!”  Delisha Iman merengus perlahan menahan geram. Sikap Amir Asyraf yang kerap kali mengganggunya membuatkan dia melepaskan geram pada malam itu. Baginya Amir Asyraf semakin melampau sehingga berani masuk ke kawasan perempuan. Pak guard yang menjaga pagar mahallah Asiah sangat tidak tegas terhadap pelajar lelaki. Sudah lali Delisha Iman untuk membuat aduan tentang kes-kes yang melibatkan kaum adam. Hatinya bermonolog sendirian.

2

Sudah masuk tahun ketiga Delisha Iman di UIA. Sepatutnya pengajian dalam jurusan ilmu wahyu major in Quran Sunnah dan minor in Fiqh ini telah ditetapkan selama empat tahun pengambilannya. Tetapi, ia juga boleh dipercepatkan mengikut berapa banyak subjek yang diambil oleh pelajar. Teringat kata-kata kak Hawa tahun lepas apabila meminta study plan untuk major dan minor di Quran Sunnah Department.  “Kalau nak cepat habis, setiap sem kena ambil lapan belas jam credit hour dan setiap tahun perlu ambil short sem...” Bulat mata Delisha Iman. Mana mungkin untuk habiskan degree dalam masa tiga tahun setengah. Ini semua disebabkan dirinya yang sudah terlepas peluang itu kerana pada semester yang pertama dulu jam kredit yang diambilnya sangat rendah. Walaubagaimanapun, dia tetap redha. Semua ini hanyalah perancangan kita dalam membina strategi untuk belajar. Kita hanya merancang, tapi Allah lah yang menentukan. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah subhanahu wa ta’ala.

Tuk!! Rasyidah membuka pintu bilik H-2-3 dengan muka berseri-seri. Senyumannya meleret. Tirai langsir yang menutup bahagian bilik Delisha Iman dibuka laju.

“Eh, Iman.... Tengok ni... Ada surat untuk kau.. Aku dapat tau ada anak Dato' minat kat kau.....”  Senyuman Rasyidah masih lagi berbaki.

“Ha?? Kau ni... Biar betul.... Hmm.. Bak sini aku baca.”  Pantas dia mengambil surat yang berada di tangan Rasyidah. Matanya mula menatap baris-baris ayat yang tertulis di atas kertas berwarna ungu cair itu.

Ke hadapan wanita istimewa yang selama ini aku idamkan...Delisha Iman...

Dulu kita pernah berkawan...waktu sekolah rendah dulu, awak langsung tak peduli kehadiran saya.. Saya dari dulu suka kat awak.... Dan sekarang ingin melamar awak menjadi isteriku.... Sudikah dikau wahai saudari Delisha Iman? Saya tunggu balasan surat ini dari awak... Maaf, saya postkan surat ini kepada awak, tanpa memberitahu saya berada di mana.... Tapi, awak boleh postkan surat ini pada alamat berikut ini....

No 26, Taman Melawati,
Gombak,

50470 Kuala Lumpur

Yang benar dan amat-amat ikhlas mencintaimu,

-Iskandar Syah-

Ya Allah.....Syah?? Macam mana dia boleh tahu aku belajar kat sini.... Dia masih ingat kat aku? SubhanAllah...Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku sekarang… Macam mana dia boleh tahu aku kat sini?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....