Apalah Daya Hati~ (Part 14)

Apalah Daya Hati

Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang

Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir

Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan

Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja

Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....

-Monolog Faris Haikal-

Faris haikal bermunajat di malam yang hening. Suasana di halaman Darul Izzah sepi dan sunyi. Warna langit hitam pekat mewarnai. Hujan renyai-renyai merasa sejuk keseluruhan bandar itu. Anak-anak yatim kesayangannya sedang dibuai mimpi yang indah. Kadang-kala terdengar suara yang mengigau-ngigau memanggil ibu dan ayah. Mungkin terlalu merindukan kasih dan sayang seorang ibu dan ayah. Teringat keadaan Rasulullah s.a.w yang yatim piatu ketika kecil. Baginda sabar dan tabah dalam mengharungi mehnah duniawi. Walau badai datang menerjah, baginda tetap bersungguh dalam menyampaikan wahyu Allah. Itulah sifat yang sangat dikagumi. Faris haikal mengambil al-Quran di rak buku, lalu dia membuka untuk bertilawah pada malam yang sepi itu. Al-Quran merupakan mukjizat baginda. Dalamnya sangat banyak pengajaran dalam kehidupan. Faris haikal teringat kisah yang diceritakan oleh gurunya, betapa banyaknya mukjizat yang Allah kurniakan buat Rasulullah s.a.w. Ketika perang Hunain, para sahabat dahaga ingin minum air. Ketika di sebuah telaga, di mana airnya sangat masin. Lalu, Rasulullah meludah sedikit ke dalam telaga tersebut dan secara ‘miracle’ air itu bertukar menjadi seperti ‘air mineral’. Dalam riwayat lain menyatakan bertukar menjadi air yang manis dan lazat. Subhanallah !

Surah al-Kahfi menjadi pilihan Faris Haikal pada malam jumaat yang sangat tenang itu. Dia membacanya dengan penuh bersemangat dan sangat menjaga tajwid dan sungguh tartil bacaannya. Banyak yang dapat dijadikan amalan ketika dia masih kecil. Sewaktu berumur 8 tahun, gurunya di Darul Izzah itu selalu mengingatkannya agar menjadikan surah al-Kahfi sebagai amalan pada malam jumaat atau pada hari jumaat. Kata-kata gurunya sangat dia hayati dan ingat sehingga ke hari ini. Beliau berkata, surah al-kahfi boleh jadi pelindung dari fitnah dajjal. Dalam hadith Nabi juga ada menyatakan bahawasanya barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat pertama dari surah al-kahfi akan terhindar dari fitnah ad-dajjal.

Jarum jam menunjukkan pukul 6 pagi, azan subuh kedengaran. Hujan sudah mula berhenti. Angin yang bertiup di luar sangat sejuk. Faris haikal terus segera membangunkan adik-adik di Darul Izzah. Sambil menunggu untuk berjemaah dia meneruskan dengan solat sunat rawatib. Aiman datang dari bilik sambil membetulkan kain pelekatnya dan duduk bersebelahan Faris Haikal sambil menunggu sahabatnya yang lain sedang bersiap. Sambil menunggu, Faris Haikal terkumat-kamit meneruskan zikirnya. Aiman hanya mendengar dan sambil menahan ngantuk. Apabila semua adik-adik Darul Izzah sudah berkumpul, Faris Haikal memulakan solatnya dengan menjadi imam pada pagi jumaat itu. Memang sudah kebiasaannya menjadi imam kepada adik-adiknya di situ. Takbir dimulakan. Surah as-sajadah menjadi pilihan pada pagi itu, kerana sudah menjadi sunnah amalan Rasulullah membaca surah as-sajadah ketika menunaikan solat subuh pada pagi jumaat bersama para sahabat….

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....