Apalah Daya Hati~ (Part 28)

Apalah Daya Hati

"..... Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa......"

Faris Haikal termenung melihat kehijauan alam. Angin bertiup lembut sambil membelai rambut. Hujung rambut Faris Haikal terbang lembut. Mukanya yang lemah tetap bermaya kesan wudhuk yang diambilnya. Solat Zuhur pada tengahari itu ditunaikan dengan begitu kusyuk. Amir Asyraf hanya mampu melihat dari jauh. Taman rekreasi di Bandar Baru Bangi itu sangat tenang, walaupun kedengaran bunyi bising kereta lalu-lalang. Sesekali terngiang-ngiang bait sebuah nasyid dari Dehearty, Inspirasi Hati.

Kasih kaulah inspirasiku

Bila sendirian fikiranku buntu
Mengingati dirimu
Dikau tiada lagi di sisiku
Hatiku sayu bertambah pilu

Kasih kau inspirasiku
Kau mengajarku erti kehidupan ini
Takkan ku lupakan nasihatmu
Kerna ianya berguna untukku

Seringkali aku berdoa pada-Nya
Agar tabah menyusuri hidup ini
Ya Allah berilah ku kekuatan
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar

Sekiranya ku mendapat pengganti
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih
Banyak membantu dan mendorongku
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Faris Haikal menundukkan wajahnya. Hatinya sayu. Wajah Delisha Iman kembali bertandang. Lirik lagu Inspirasi Hati ini sangat kena dengan situasinya kini. Dia hanya mampu berdoa pada Ilahi bagi kebahagiaan Delisha Iman. Malas dan tidak suka mengganggu kebahagiaan rumah tangga orang fikirnya. Iskandar Syah juga mungkin sangat bahagia sekiranya berjaya mengahwini Delisha Iman.
Apa yang penting kini dia ingin mendekatkan dirinya pada Ilahi. Ingatannya terhadap pesanan gurunya sangat segar dalam ingatan. Memori dulu kembali ligat berputar di kotak memory nya. Ketika umurnya masih mentah lagi.
“ Kita sebagai hamba Allah, mestilah menyembahnya hanya keranaNya.”
“Apa maksud ustaz?”  Faris Haikal yang masih muda belia ketika itu sudah mula bersungguh untuk memahami maksud gurunya itu. Sambil melemparkan senyuman pada anak muda itu, dia menjawab.
“Faris masih muda. Apa yang ustaz nak sampaikan kat sini, kita ni hamba Allah. Kita sembah Allah sebab apa? Ramai yang sembah Allah salah satu sebabnya kerana tanggungjawabnya padaNya. Tidak lupa juga yang menyembahNya kerana takut pada neraka dan azabNya, dan ada juga yang sembahnya kerana syurgaNya. Jadi, di mana tahapnya penyembahan kita terhadapNya?”
“Oh, saya masih keliru ustaz.”  Faris Haikal sedaya upaya cuba memahami maksud tersirat gurunya yang sangat dia hormati itu.
“Wahai anakku Faris Haikal Abdullah. Dalam kitab Syarhul Hikam ada menerangkan tentang pengabdian kita pada Allah. Ada tiga peringkat yang mungkin ada di antara kita ni, wahai anakku. Peringkat pertama ialah kita menyembahnya kerana nerakaNya dan takut akan azabNya. Peringkat kedua, kita menyembahnya kerana syurgaNya. Dan peringkat terakhir inilah yang terbaik, iaitu kita menyembahNya hanya keranaNya, malah kita menyembahNya kerana sangat cinta,kasih dan rindu terhadapNya. Itulah pengabdian yang hakiki wahai anakku. Pengabdian beginilah yang pernah Rasulullah saw sebutkan dan baginda sangat memuji golongan ini. Faris tahu golongan apakah ini?”  Gurunya mula tersenyum melihat kesungguhan anak muda itu dari tadi memberikan focus yang sangat mendalam.
“Golongan yang Allah cintai ye ustaz?”  Faris Haikal mula mengagak.
“Benar juga itu wahai anakku. Itulah golongan *Muqorrobin.”
Air mata Faris Haikal mula menitis. Amir Asyraf yang hanya mampu melihatnya dari jauh tadi mula menghampirinya. Rindunya pada gurunya itu kian terasa. Hatinya mudah sayu kerana mungkin kerana kehilangan ibu bapa sejak lahir. Tambahan pula dengan hilangnya penguat semangat dalam hidupnya, termasuklah Delisha Iman yang banyak memberikannya semangat dalam hidupnya dahulu.
“Faris. Dah lama kita kat sini. Faris tak nak balik?”  Amir Asyraf memberanikan diri untuk menegur Faris Haikal yang sedang melayani perasaannya itu.
“Oh, maaf. Tak perasaan Amir ikut saya. Boleh jugak. Jomlah, lama adik-adik Darul Izzah tunggu kita.”  Faris Haikal mula berdiri dari bangku. Amir Asyraf masih tertanya-tanya di dalam hatinya, dan kini dia mula ingin mengutarakan persoalan dan pertanyaannya itu.
“Em, Faris. Boleh saya nak tanya sikit. Kenapa Faris tak nak pergi majlis pertunangan Delisha?”  Faris Haikal mula menghidupkan enjin keretanya. Dia juga sedang memikirkan soalan itu di dalam benak hati dan fikirannya. Tapi, tiada jawapan. Hanya senyuman yang dilontarkan. Kadang-kadang pelik dan hairan Amir Asyraf dibuatnya dengan sikap Faris Haikal. Boleh memberikan senyuman di saat berdukacita. Mungkin itulah sikap yang sangat disenangi oleh mereka yang berdampingan dengannya. Itulah keunikan Faris Haikal.

*Golongan yang sangat hampir dengan Allah

230pm at bungalow

“Mana bakal tunang Syah nye Datin?”  Dengan bersungguh kawan-kawan Datin Nora ingin melihat bagaimana rupa bakal tunang Iskandar Syah. Berduyun-duyun orang menderu masuk ke rumah banglo Dato’ Halim. Ingin menyaksikan pertunangan anak Dato’ ternama itu. Kelihatan sungguh berseri wajah Iskandar Syah. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibirnya. Dia melihat Delisha Iman berjalan dengan penuh bertatasusila menuju ke arahnya. Cuma sedikit terkilan kerana Delisha Iman tidak mengenakan baju pengantin yang dibelinya tempoh hari, tetapi dengan mengenakan jubah ungu berserta tudung bidang berwarna ungu cair. Walaupun begitu ia tetap dapat memikat hati Iskandar Syah, kerana sememangnya Delisha Iman kelihatan sangat menawan dengan baju apa sekalipun yang dipakainya.
“Ini lah orangnya.”  Datin Nora dengan bangganya memperkenalkan bakal menantunya itu kepada rakan-rakannya. Kelihatan riak muka rakan-rakannya sedikit hairan dan mengangguk-anggukkan kepala. Barangkali, merasa takjub dengan Datin Nora yang boleh menerima menantu yang memakai tudung lengkap seperti itu. Memang sungguh professional.
“Wah, good looking, and beautiful! Pandai Syah pilih ye Datin.”  Bersungguh Datin Shasha melihat wajah Delisha Iman. Habis dipujinya wanita *muslimah itu di hadapan Maya. Kebetulan Maya berada berhampiran dengan mereka. Segera dicebikkan bibirnya. ‘Eleh, perempuan kuno!’ Detik hatinya.
“Syah, cepatlah sarungkan cincin tu ke jari Isha.”  Datin Nora segera mengarahkan anaknya itu menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Delisha Iman. Kelihatan jurukamera tidak henti-henti mengambil gambar mereka dari tadi. Dengan disaksikan ramai orang seperti itu. Jelas kelihatan riak wajah Delisha Iman tidak selesa dengan situasi sebegitu. Iskandar Syah kemudian segera ingin memegang tangan Delisha Iman dan tiba-tiba wajah Delisha Iman bertukar gelabah. Mukanya merah padam. Dia masih membiarkan tangannya di sisi. Semua mata-mata meletakkan sepenuh perhatian kepada Delisha Iman. Mereka menunggu Delisha Iman memberikan tangannya untuk disarungkan cincin, tetapi keadaan bertukar sedikit kelam kabut. Delisha Iman masih mendiamkan diri. Kelihatan muka Maya dari tadi tersenyum sinis. Keadaan sunyi sepi seketika. Delisha Iman mula senyum dan seraya bersuara.
“Maaf Syah. Boleh mintak Datin yang sarungkan?”  Delisha Iman meminta izin kepada bakal tunangnya itu untuk meminta  agar Datin Nora yang menyarungkan cincin itu ke jari manisnya. Delisha Iman sempat terpandang wajah Hj Rahman dan Pn Bariah serta Najiha. Mereka hanya senyum dan kelihatan Hj Rahman menganggukkan kepala tanda setuju dengan cara anaknya itu. Najiha pula tersenyum nakal dan sempat membuat thumbs up pada kakaknya. Maya hanya melihat dari jauh situasi itu, dan dia mula berundur ke belakang.
“Ops, lupa! Nah Ma, sarung cincin ni bagi pihak Syah.”  Iskandar Syah menghiasi wajahnya dengan senyuman sambil memberikan cincin berlian itu pada Datin Nora. Majlis itu diteruskan dengan membiarkan Datin Nora yang menyarungkan cincin berlian itu ke jari halus Delisha Iman. Seusai itu, mereka sempat bergambar bersama-sama family Dato Halim dan Hj Rahman. Semuanya berjalan seperti biasa. Dalam hati Delisha Iman tidak jemu mengucapkan *hamdalah. Tanda syukurnya pada Ilahi kerana perkara yang dibayangkan tidak berlaku. Tidak tersangka semua rakan-rakan dan saudara-mara terdekat Dato’ Halim dan Datin Nora boleh menerima dirinya seadanya. Itulah dinamakan keajaiban!

*Perempuan/wanita yang beragama Islam(memegang prinsip Islam)

*Ucapan Alhamdulillah (syukur kepada Allah) (segala puji bagi Allah)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....