Apalah Daya Hati~ (Part 31)

Apalah Daya Hati

“Musuh perkara yang lebih penting ialah perkara yang penting. Kita mesti belajar ‘mengorbankan’ sesuatu yang berharga untuk mendapat sesuatu yang lain, yang lebih berharga. Begitu ditakdirkan oleh Allah. Oleh hukum sunnatullah. Di persimpangan ini kita mohon hidayah, biarlah suluhan hati kita dan pertimbangan akal ini dipandu oleh Allah. Jangan sampai kita tersalah pilih...”

Matanya kusyuk menatap skrin TV. Bersungguh mendengar ceramah dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Tangannya mencampak-campakkan remote controller sambil mata masih di skrin TV.Najiha dari tadi mengemas beg-beg yang ada dan melipat baju-baju yang tercampak di atas katil double itu. Sesekali matanya mengerling ke arah kakaknya itu. Entah apa yang bermain di fikirannya dari tadi. Muka yang amat toya dan nampak sangat keboringannya itu. Sungguh terserlah!
“Along....ooo,Long....Long... longlai.....”  Najiha memanggil Delisha Iman sambil membuat nada berirama. Delisha Iman masih dengan muka toya nya. Dia sempat menoleh ke arah adiknya sekilas. Kemudian, matanya sambung memberikan tumpuan pada skrin TV. Cincin berlian pertunangannya tersimpan elok di dalam bekas cincin. Cantik terbiar di atas meja mini sebelah katil. Hairan Najiha dibuatnya dengan sikap kakaknya sejak majlis pertunangan tempoh hari. ‘Apahal kakak aku sorang ni? Dengan cincin dia bukak. Biasanya orang bertunang akan sentiasa pakai cincin tunang diorang. Ni lain pulak jadi dengan kakak aku sorang ni. Hmm...aneh betul along ni!’  Najiha mula musykil dengan kakaknya.

‘Iman adalah mutiara.....’ (ringtone)
Delisha Iman memandang sekilas handphone nya. Nama Syah tertera di skrin handphone. Matanya berkedip. Dipejamkan seketika. Kemudian, ditekan button answer.
“Hm, Assalamu’alaikum. Ada apa?”  Agak tegas suaranya. Mungkin tiada mood untuk jawab panggilan.
“Wa’alaikumussalam. Aduh, kenapa kasar sangat ni? Dengan tunang sendiri pun nak marah ke?”  Iskandar Syah cuba mengubah reaksi Delisha Iman.
“Oh, mana ada marah. Biasa je. Ada apa call ni?”
“Nak tanya, dah siap ke belum? Nak check out. Nanti Syah akan ambik Isha kat sana, bawak balik rumah. Kan abah, mak and Jiha akan balik Perak..”  Aiseyman....Nak tanya ni je pun nak call. Membazir kredit je, mesej cukup!
“Hm, Jiha tengah kemas beg. Belum siap lagi. Sikit lagi. Kalau dah siap nanti Isha mesej la. Thanks,  assalamu’alaikum.”   Talian dimatikan. Handphone tadi dipegang kemudian dicampak ke atas kerusi sofa. Matanya kembali menatap skrin TV. Channel ditukar. Habis semua channel diubahnya. Boring! Langsung tak ada cerita menarik. Channel bukan main banyak. Satu pun tak best! Ergh! Dia kemudian bingkas bangun dari sofa. TV segera ditutupkan. Remote controller dicampak ke atas sofa berkenaan. Dicapainya towel di birai katil. Terus menuju ke toilet. Najiha menggeleng-gelengkan kepalanya. Hairan dengan tingkah laku Delisha Iman. Hmm. Entah apa yang mengganggu fikirannya.

Kepalanya terhenjut-henjut mengikut rentak lagu yang dimainkan. Kereta dipecut laju. Irama As Long As You Love Me semakin rancak. Sesekali matanya memandang side mirror di sebelah kanan. Laju mahu memotong. Lambat! Berkobar-kobar hatinya ingin membawa Delisha Iman pulang ke rumah banglonya. Senyuman terukir di bibir. Cermin mata hitam menghiasi wajahnya. Memang lagaknya seperti anak Dato’ yang ternama. Kaya. Bergaya.
Sampai! Enjin dimatikan. Pintu kereta dibuka. Dia berjalan menuju ke pintu masuk. Segera staff-staff di situ berdiri memberi syarat hormat padanya. Dia berjalan sambil membuka cermin mata hitam. Senyumannya segaris. Lif dibuka. Kakinya melangkah masuk. Sambil menunggu untuk sampai ke floor 16, tangannya segera menekan keypad i-phone nya. Nama Isha dipilih. Tangannya menekan number dan talian bersambung. Pintu lif terbuka. Kakinya melangkah keluar. Matanya melilau mencari bilik bernombor 312. Taliannya dijawab.
“Hello, along dalam toilet. Kejap lagi dia keluar. Kenapa call?”  Najiha menjawab panggilan telefon sambil matanya  memandang ke arah toilet. Lama Delisha Iman berada di dalam toilet. Entah apa dibuatnya dalam tu.
“Oh, okay. Syah dah sampai ni. Kat luar pintu. Boleh Syah masuk?”  Iskandar Syah berdiri tegak diluar pintu. Dengan memakai baju coat berseluar slek dan bertie. Sanggup keluar awal dari office semata-mata untuk membawa Delisha Iman pulang.
“Woo...nak masuk ke? Tak boleh! Along seksi. Dia mandi tadi.”  Bersungguh Najiha bercakap. Dia segera bangun dari katil. Diketuk pintu toilet.
“Along....Long,....Syah ni...Dia dah sampai. Dia nak masuk!”  Najiha memekik-mekik di luar toilet.
What?! No! Jiha, jangan bagi dia masuk! Cakap kat dia, tunggu dalam 20 minit.”  Apahal mamat ni sampai awal sangat. Aduhai!

Iskandar Syah terpaksa turun semula ke bawah. Mukanya kelat. Coffee dihirupnya perlahan. Matanya dipejam. Hatinya mula membayang sesuatu. Dia mula tersenyum nakal. Terngiang ayat Najiha tadi memberitahu situasi ‘alongnya’ tadi. Isha seksi. Dia tersengih. Matanya mula menangkap serangkap tajuk di paper hari ini. Tajuk yang menarik minatnya. Diambil paper itu dan dibaca. Sambil menunggu, sambil membaca. Tidaklah terasa boring sangat. Kalau menunggu orang perempuan bersiap, memang lama. Getus hatinya.

“Sengal la Jiha ni! Ada pulak cakap macam tu kat dia. Entah apa yang dia fikir nanti. Cakap along dalam toilet sudah lah!”  Muka Delisha Iman merah padam. Geram dengan adiknya yang tak reti bahasa. Bukan boleh cakap sesuka hati dengan orang lelaki. Fikiran orang lelaki berbeza dengan orang perempuan. Teringat dengan kata-kata Syeikh Ali Tantawi mengenai lelaki.
“Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.”

“Buat malu along je. Hish!”  Najiha buat muka toya. Dia mencebikkan bibirnya. Tangannya masih mengemas-ngemas barang-barang untuk dibawa pulang.
“Alaa along ni. Tak ada masa la dia nak bayangkan semua tu. Lagipun tadi Jiha kehabisan vocabulary la....”  Najiha buat muka selamba.
“Yela tu. Mana ubat along?”
“Tu haa....Ubat campak merata-rata. Bila kena attack baru terkial-kial nak cari!”   Najiha mula membebel. Sudah faham dengan perangai kakaknya. Migraine selalu. Bila stress mula la migraine pun coming.

Delisha Iman segera mengambil ubat homeopathy itu. Kemudian, dimasukkan ke dalam handbagnya. Tangannya  segera mencapai tudung. Jubahnya dibetulkan. Lama pulak nanti mamat tu tunggu. Getus hatinya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....