Apalah Daya Hati~ (Part 15)

Apalah Daya Hati

Suasana pagi di Hospital Kuala Lumpur itu sungguh sibuk. Kelihatan nurse-nurse sedang menjalankan tugas masing-masing. Doktor-doktor keluar masuk wad dan bilik kecemasan. Ada juga kelihatan pakar psikologist sedang menanti patient di dalam bilik yang disediakan khas. Ada yang sedang menanti ahli keluarga masing-masing. Bagaimana keadaan mereka? Baik atau sebaliknya? Semua yang berlaku ada hikmahnya. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Delisha Iman dan Najiha masih di KL. Pn. Bariah sungguh risau keadaan anak-anaknya di KL itu, kerana memang kebiasaannya Delisha Iman dan Najiha dididik supaya tidak keluar dari rumah kecuali ada kemaslahatan seperti belajar dan kerja.

Datin Nora dan Dato’ Halim tidak kelihatan. Mungkin mereka masih tidur di rumah. Hanya Delisha Iman dan Najiha yang menunggu Iskandar Syah di hospital. Sesekali Najiha merungut hendak pulang ke rumah, kerana bosan dalam keadaan seperti orang sakit kerana turut bersama di hospital berkenaan.

"Along, Jiha nak balik la…boring la duduk kat sini.. macam apa je… "  Najiha merungut sambil mencebikkan bibirnya.

"Alaa…sabarla…cuba kalau kawan jiha sakit macam ni, takkan Jiha nak biarkan dia…ziarah dan jaga orang sakit ni dapat pahala besar tau…"  Delisha Iman mula berceramah.

"Yela along ni…." Najiha mula bosan. Dia kemudian meminta izin kepada Delisha Iman untuk ke kedai mencari makanan untuk dijadikan alas perut pada pagi itu.

"Jiha…belikan roti untuk along sekali.. jangan lupa air kotak soya ye…"  Delisha Iman mula memesan kepada adiknya untuk dijadikan breakfast pada pagi itu.

Keadaan Iskandar Syah masih tidak berubah. Dia masih tidak sedarkan diri. Doktor berulang kali masuk dan keluar untuk memastikan kondisi Iskandar Syah baik-baik saja.

Delisha Iman termenung seketika di tepi katil Iskandar Syah. Dia mula terfikir, mengapa Iskandar Syah kembali kepada zaman ‘jahiliyyah’nya itu. Sehingga mencari minuman alkohol untuk menenangkan jiwa. Sedangkan sudah berbuih mulut Delisha Iman mengingatkan Iskandar Syah agar mengingati Allah. Cari Allah bila ada masalah. Bila senang kita ingat Allah, sudah tentu bila kita susah dan sakit Allah akan ingat kita.

‘Hmm…susah nak tarik seseorang ke jalan kebaikan…’  Delisha Iman bermonolog sendirian. Teringat kisah Rasulullah s.a.w yang ingin membawa cahaya keimanan ke dalam hati bapa saudaranya. Tetapi, hidayah itu milik Allah.. Allah akan beri pada siapa yang Dia kehendaki sahaja. Dalam surah al-An’am ayat 125, Allah menerangkan tentang hidayah itu sememangnya hak Allah.

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."

‘Subhanallah....'  Hati kecilnya mengucap tasbih. Nikmatnya bagi siapa yang dikurniakan hidayahNya. Sambil menunggu Najiha, Delisha Iman membuka lagi kitab 'majmuk syarif' nya untuk membaca doa ma'thur itu, supaya Allah menyembuhkan Iskandar Syah seperti sedia kala.

Seusai membaca, tiba-tiba pintu bilik itu dibuka perlahan. Disangkakan doctor Ridzuan yang ingin melihat kondisi Iskandar Syah, rupanya ternyata bukan. Dilihat seorang perempuan berkulit putih, berambut panjang berwarna perang. Dia mengenakan baju moden berskirt mini dan bertumit tinggi. Dia menuju masuk ke arah Iskandar Syah sambil menjeling ke arah Delisha Iman. Dia mula duduk di sebelah katil Iskandar Syah berlawanan arah dengan Delisha Iman. Tangan Iskandar Syah dipegang erat. Diusap kepala pemuda itu. Delisha Iman hanya mampu memandangnya dan tertanya-tanya di lubuk hatinya. ‘Siapa perempuan ni? Tiba-tiba datang duduk dengan selamba nya….Mungkin girlfriend Syah…’  Terdetik Delisha Iman akan persoalan-persoalan yang tiada jawapan. Dalam tidak disangka-sangka perempuan itu datang menghampirinya.

“Hey perempuan kuno! Kau buat apa kat sini?”  Maya bersuara agak sederhana sambil membuat muka penuh kebencian.

“Maaf, saya ada nama. Nama saya Delisha Iman. Awak tak berhak tanya soalan macamtu kat saya. Sepatutnya saya yang tanya awak macamtu…”  Delisha Iman bertegas dengan Maya. Dia agak geram dengan sikap biadap wanita itu.

“Amboi…bagusnya you ni..wow! I like your style…”  Maya mula memerli Delisha Iman.

“I ni girlfriend Syah.. so, you ni siapa? Tunang Syah? Yang dah putus tunang tu?”  Maya memerli sambil senyum sinis.

Pipi Delisha Iman kemerahan menahan malu. Mungkin cerita ini dah tersebar luas sehingga semua tahu tentang hubungannya dengan Iskandar Syah. Mereka hanya sempat bertunang dua hari kemudian terputus akibat Dato’ Halim yang menyerang Delisha Iman. Entah kenapa kebencian dalam hati Dato’ halim begitu hebat terhadap Delisha Iman.

“Maaf. Saya hanya berkawan dengan Syah…”  Delisha Iman mula mempertahankan dirinya. Dia rasa sangat tidak selesa bila berbual dengan Maya. Dia sememangnya dapat merasakan tahap kebencian Maya terhadap dirinya. ‘Huh! Sungguh menyedihkan…kenapa ramai sangat yang benci dengan aku? Aku ada curi harta diorang ke? Ada bunuh anak diorang ke? Argh! Malas nak fikir…’  Hati Delisha Iman tertanya-tanya.

“Kawan? Hahaha…haha…”  Maya tertawa dengan kenyataan Delisha Iman. Sambil menarik tudung Delisha Iman dari belakang, dia sempat berpesan. “Lebih baik kau jauhkan diri dari dia, sebelum ada perkara yang sangat-sangat dangerous akan berlaku  kat kau! Faham?!” Maya bersuara keras. Delisha Iman menahan sakit akibat ditarik rambutnya yang terselindung oleh tudungnya itu.

“Ergh!”  Delisha Iman malas hendak mencari gaduh. Baginya pergaduhan kerana lelaki membuatkan dirinya merasa hina dan begitu bodoh serta menjatuhkan maruah seorang wanita. Lagi-lagi dia seorang perempuan yang menjaga prinsip hidupnya. ‘Biar aku kalah dari pergaduhan kerana seorang lelaki daripada aku kalah dari melawan hawa nafsu!’ Delisha Iman bermonolog lagi. ‘Ah! Sungguh memalukan!’

Selepas puas menyakitkan hati Delisha Iman, Maya terus berlalu dari bilik berkenaan. Bagi dia, menyakiti Delisha Iman adalah hiburan dalam hidupnya. Dia terus berlalu meninggalkan Delisha Iman yang masih geram dengan sikapnya sebentar tadi.

Tanpa diundang air jernih keluar menitis di pipi gebu Delisha Iman. Dia masih terasa malu dengan peristiwa yang diungkit oleh Maya tentang hubungannya dengan Iskandar Syah yang hanya bertunang selama dua hari. ‘Unexpected! something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything…Allah….’

Ku akui perasaan wanita ingin mencintai dan dicintai

Bila diriku sepi hatiku merasa ingin dimiliki,

Melihat semua muda mudi ke sana ke mari,

Hatiku pula mencari..

Bila diri dimiliki,

Terasa ada yang tersembunyi,

Bukan bahagia ku miliki,

Namun kekurangan di hati..

Namun ku tetapkan hati,

Cinta harus dihargai,

Selagi dia menghargai,

Bahagia ku akan kecapi..

Namun diriku disedari,

Imanku kian menyepi,

Terusku mencari-cari,

Mana kebahagiaan yang dicari..

Tersedarku dari lamunan diri,

Cinta hakiki adalah cinta Ilahi,

Terusku mengadap pada yang punya diri,

Terima diri yang hina keji..

Ku temui kini bahagia yang hakiki,

Cinta sang Pencipta lebih suci,

Bukan cinta pada lelaki,

Tapi cinta kepada Ilahi……

Hati Delisha Iman bermonolog lagi. Terus dia berlalu dari bilik itu dan mengambil wudhuk. Telekong dibawa keluar dari beg kecilnya, disarungkan dan bermula dengan takbir…Solat sunat dhuha didirikan sambil menunggu Najiha pulang dari kedai.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....