Apalah Daya Hati~ (Part 21)

Apalah Daya Hati

Wajah Iskandar Syah ceria bercampur risau. Hatinya berkobar-kobar ingin meluahkan segalanya kepada Dato’ Halim. Dia harap dalam keadaan dia baru sahaja sedar dari koma ini akan menyebabkan Dato’ Halim memenuhi segala impian di hatinya. ‘Hopefully!’

“Papa, Syah nak mintak sangat pada papa kali ni. Mungkin permintaan Syah yang terakhir. Harap papa dan mama setuju dengan keputusan Syah....”  Iskandar Syah mula mengutarakan niat di hatinya sambil membetulkan kedudukannya di atas katil itu.

“Apa? Syah nak tukar kereta baru? Ofcourse papa akan bagi kereta baru kat syah. Kereta syah rosak teruk. Jahanam dah pun kereta tu.”  Dato’ Halim mula menyambung bicara anaknya itu.

“No la papa. Bukan nak kereta baru. Syah tau papa akan hadiahkan kereta baru kat Syah. Yang tu tak perlu mintak memang confirm dapat... tapi, ni Syah nak minta lain....”  Muka Dato’ Halim mula bersemangat ingin mengetahui apakah yang tersirat di hati anaknya itu.

“So, apa yang Syah nak?”  Dato’ Halim dan Datin Nora saling  berpandangan.

“Syah nak Isha...syah nak kahwin dengan Isha... I love her papa. Please understand me..”  Iskandar Syah mula merayu untuk memiliki Delisha Iman.

“Apa punya permintaan yang kau mintak ni Syah?! Ada apa kat perempuan tu sampai kau gila sangat kat dia??”  Dato’ Halim mula panas. Baginya walaupun disuap anaknya itu dengan harta banyak mana pun, hati Iskandar Syah tetap pada Delisha Iman. Macam-macam idea dia buat untuk membuatkan anaknya itu melupakan Delisha Iman. Semuanya gagal! Datin Nora hanya mampu mendiamkan diri. Dia malas untuk mencampur tangan urusan anak terunanya itu dengan suaminya.

“Papa...Syah harap papa jangan pandang pada luaran. Dia sangat baik papa. Dia boleh membahagiakan Syah. Malah, kita sekeluarga akan turut bahagia. Syah pasti papa...”  Dengan penuh keyakinan Iskandar Syah meluahkan isi hatinya itu. Mungkin dengan kesungguhannya itu akan mencairkan hati Dato’ Halim.

“Ok! Papa nak jugak tengok sejauh mana dia boleh bahagiakan kau...we’ll see! But, remember... sebelum kahwin kena bertunang dulu. Jangan jatuhkan standard aku sebagai Dato’. Dan perempuan tu mesti ikut apa yang disyaratkan.”   Dato’ Halim memberikan syarat kepada anaknya dan Delisha Iman. Mungkin dia malas nak bertekak dengan anaknya itu. Dan Datin Nora pula kelihatan sedikit ceria kerana Dato’Halim dan Iskandar Syah sudah mula berpelukan. Tiada lagi pergaduhan selepas ini mungkin. Detik hati Datin Nora.

“Jadi, macam mana Isha? Jangan diam macam ni... Syah nak dengar suara Isha... boleh kan? Papa dah izinkan. Syah dah pujuk papa tadi.”  Iskandar Syah menceritakan isi hatinya pada Delisha Iman. Delisha Iman hanya menundukkan wajahnya. Mungkin dia sedang berfikir sesuatu. Najiha hanya melihat dari jauh.

“Isha tak tau nak cakap macam mana. Isha kena bincang semula dengan mak dan abah. Dulu pun mak dengan abah dah bising waktu kita putus tunang dulu. Ni dah kena bertunang balik. Macam pelik je. Hmm...”  Delisha Iman bingung. Hairan dengan keputusan Dato’ Halim. Kenapa perlu bertunang semula? Sudah lah buat keputusan untuk bertunang, kena pulak buat majlis pertunangan tu besar-besaran. Membazir je! ‘Aduhai....’

“Ala...tak pe la.. asalkan kita bertunang. At least kita dah ada hubungan dan ikatan. Bolehla ye...kita ikut je apa papa suruh...”  Iskandar Syah memujuk Delisha Iman. Harapannya agar mereka mempunyai ikatan. Sekurang-kurangnya dia rasa tenang sedikit daripada tak ada ikatan langsung.

“Hm, nanti Isha bincang dengan mak dan abah semula...Ok lah, Isha kena gerak dulu ni. Mak dah lama tunggu Isha dan Jiha. Lama kami di KL ni.”  Delisha Iman mula bangun dari kerusi bersebelahan katil Iskandar Syah. Iskandar Syah seakan-akan ingin bangun dari katilnya tetapi sempat dihalang oleh Delisha Iman.

“Eh...Syah tak boleh bangun lagi. Belum cukup sembuh lagi. Tak pe, kami gerak dulu ye, Assalamu’alaikum....”  Delisha Iman dan Najiha mula melangkah keluar. Iskandar Syah seakan-akan terasa kehilangan walaupun Delisha Iman bukanlah pergi untuk selamanya. Tetapi, hatinya kini kembali terubat dengan kehadiran gadis idamannya itu. Betapa gembiranya dia kini. Seolah-olah sedang berputar lagu ‘Cinta Terakhir’ di dalam jiwanya. Dan lagu itu sememangnya menjadi pilihannya apabila teringatkan Delisha Iman.

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia.......

Iskandar Syah mula tersenyum keseorangan. Gembira dan ceria hatinya. Cintanya sudah kembali berputik. Esok, lusa Delisha Iman pasti akan menjadi miliknya!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yaya_almuslim #1
bah..ok pe if ada fic malay... martabatkan karya melayu di persada dunia..ok pe..ngeee..no offense ye..=)
syera515 #2
alhamdulillah....dpat gak bce..huhu...ane smbungannyer?da ta sbar asenyer...

nurulfarhanah #3
Setiap hari saya tertunggu - tunggu sambungannya. Terseksanya jiwa :' (
geec_ll
#4
huyyoo!

first tyme jmpe fic mlay..

kekeke~
ansyuhanim #5
x salah kan nak terbabas ke terbebas or bas skolah ke...?

dan nama pun asianfan? malaysia tak trmasuk negara asia ke heish?
dryseoul
#6
aku ingatkan asianfanfic untuk KPOP . JPOP . CPOP -.- "

mcm mana citer melayu boleh terbabas dkt sini jugak?
ansyuhanim #7
hehe...saya nk cuba je...lgpun adik sy yg prknlkn fanfics ni..sy ingat mmg utk semua bhs...rupanya sume in english...adeh...
ChocoBun
#8
and saya ingat takde orang post bm fanfic kat aff nihh :)

ansyuhanim #9
=) jemput baca....^^ mohon tunjuk ajar dan komen dari anda....